CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

DIANA

[Copy link]
Post time 8-9-2013 10:53 AM | Show all posts
bila kuar wayang nie???

Filem Diana yang mengisahkan riwayat hidup mendiang Puteri Diana yang maut dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, dikecam hebat pengkritik sejurus tayang perdananya di sini, semalam.


Bintang utama filem itu, Naomi Watts sebelum ini mempertahankan pembabitannya dalam filem kontroversi itu yang menyoroti kisah percintaan Diana dengan doktor Pakistan yang menetap di London, Hasnat Khan.


Namun, dalam beberapa jam semasa tayangan perdana Diana, akhbar Britain mula menghentam filem itu dengan hebat.


Times dalam laporannya memuji lakonan Watts yang disifatkan 'baik mahupun skrip filem itu agak memalukan' dan merumuskan Diana sebagai 'teruk'.
"Kasihan Puteri Diana. Saya teragak-agak untuk menggunakan terma 'filem kemalangan kereta'. Namun, kebenaran yang tidak seronok adalah, 16 tahun selepas tragedi itu, Puteri Diana sekali lagi 'mati' hari ini dengan keadaan yang lebih dahsyat,'' tulis pengkritik akhbar Guardian, Peter Bradshaw.
The Daily Telegraph pula memberi dua bintang kepada filem itu, lebih satu bintang berbanding Guardian dan Times.


Berdasarkan buku karya Kate Snell pada 2001 berjudul Diana: Her Last Love, filem itu memaparkan kisah cinta Puteri Diana dan Dodi Fayed, yang disifatkan rakan-rakanyya sebagai sengaja membuatkan Khan cemburu. - AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 12:45 AM | Show all posts
ni bukan diana, ni dh serupa muke camelia masa mude2 dlu..

failed..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 11:35 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 8-9-2013 10:53 AM
bila kuar wayang nie???

Filem Diana yang mengisahkan riwayat hidup mendiang Puteri Diana yang mau ...

bad review la plak...
box office payah, oscar pun mcm x je

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 04:17 PM | Show all posts
batmana posted on 9-9-2013 12:45 AM
ni bukan diana, ni dh serupa muke camelia masa mude2 dlu..

failed..

betul..ada iras camelia..bagi aku gambar baju biru tu nampak cam diana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2013 02:44 AM | Show all posts

Last edited by Rhyno on 15-10-2013 02:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kuar kat malaya ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2013 02:23 PM | Show all posts
Tayangan di seluruh negara pada 7 November (Khamis).
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 01:35 AM | Show all posts
nanti citer nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2013 11:42 AM | Show all posts
Tak saba nak tonton
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 01:24 PM | Show all posts
tak ada yang hensem, next!1!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 11:03 AM | Show all posts
review citer ni teruk katenye. kt rotten tomato dpt belas-belas persen je
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 11:20 PM | Show all posts
7hb ni keluar... tak tau nak tgk ke tak. review tgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:06 PM | Show all posts
Filem yang 'menyedihkan'

Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)




Filem: Diana Pengarah: Oliver Hirschbiegel Pelakon: Naomi Watts, Naveen Andrews, Cas Anvar, Juliet Stevenson, Douglas Hodge



Dilema atau krisis yang perlu dihadapi pembikin naskhah biografi ialah apabila pengkritik akan menjadi lebih teliti, terperinci dan cerewet dalam segala hal.

Bukan saja dari sudut yang paling asas dan jelas seperti rangka kisah dan alunan penceritaan, malah sehingga sekecil-kecilnya aspek seperti bagaimana subjek yang diceritakan itu bercakap, berjalan, berpakaian atau stail rambutnya.

Filem Diana tidak terlepas dari perkara yang sama. Penulis lakon layar, Stephen Jeffreys dan pengarah Oliver Hirschbiegel terdedah kepada risiko yang besar kerana Puteri Diana adalah antara wanita yang paling terkenal di dunia.

Apabila kita menyebut perkataan a€˜terkenala€™, ia bermaksud semua orang kononnya a€˜mengenalia€™ puteri itu secara peribadi dan mempunyai persepsi yang berbeza-beza mengenainya. Persepsi ini dicipta melalui apa yang mereka lihat, baca dan dengar melalui segala medium media.

Filem Diana tidak menceritakan keseluruhan hidupnya, sebaliknya hanya memberi fokus kepada kisah dua tahun sebelum kematiannya yang tragis pada 31 Ogos 1997.

Diinspirasikan dari buku Diana: Her Last Love tulisan Kate Snell (2001), naratifnya bertumpu kepada kisah selepas berpisah dengan Putera Charles serta hubungannya dengan Dr. Hasnat Khan dan Dodi Fayed.

Apa yang terjadi dengan filem ini ialah ia menerima kecaman, bukan saja dari pengkritik profesional, malah penonton biasa yang merasakan Diana tidak memberi keadilan kepada puteri kesayangan ramai itu. Filem ini seharusnya menjadi a€˜lebih besara€™, bukan saja dari segi skala, tetapi jiwa dan perasaannya.

Saya bersetuju dengan pandangan umum itu selepas menyaksikannya sendiri. Saya tidak mahu menuduh Diana dihasilkan dengan sambil lewa kerana saya pasti pihak produksi sudah melakukan yang terbaik, namun standard yang terhasil tidak lebih sekadar telefilem dari saluran televisyen Hallmark.

Watak Diana dibawakan calon Pelakon Wanita Terbaik Oscar sebanyak dua kali, Naomi Watts. Saya memuji jabatan tatarias dan solekan yang cuba menyalin hampir seratus-peratus gaya asli Puteri Diana. Bagi saya, a€˜helaha€™ ini amat penting untuk mewujudkan realisme dan kepercayaan terhadap subjek yang diceritakan.

Namun, saya tidak boleh menyalahkan Watts apabila raut wajahnya yang tidak seiras dengan Diana (tanpa bantuan mekap dan pemakaian) membuatkan ada masa-masa tertentu saya tidak mempercayai dia adalah puteri diraja itu.

Sebagai contoh, babak Diana menyarung rambut palsu panjang berwarna hitam untuk melarikan diri dari paparazi. Ketika ini, Watts kelihatan lebih mirip Elizabeth Hurley berbanding Diana, tetapi saya enggan meletakkan itu sebagai masalah terbesar filem ini.

Saya berterima kasih sekurang-kurangnya pihak produksi memilih pelakon seperti Watts yang mempunyai kredibiliti dan trek rekod yang cemerlang. Namun, kerana karakter Diana itu sendiri yang larger than life, penonton dapat merasakan betapa Watts berikhtiar keras untuk menjadi puteri diraja tersebut.

Percubaan dan persembahan Watts yang tidak mengecewakan itu tidak dapat menyelamatkan keseluruhan filem ini. Karakternya ditulis dengan teruk. Bukan bermaksud dari segi moral atau etika, sebaliknya ketiadaan dinamik membuatkan penonton tidak mampu terikat atau berkongsi empati.

Diana dalam filem ini digambarkan dengan ringkas. Sedih kerana terbuang dari istana, dia terdesak menginginkan cinta dari kalangan lelaki biasa sehingga sanggup melakukan apa saja. Wataknya tidak benar-benar dikupas sehingga ke lapisan yang terakhir membuatkan penonton hanya melihat di permukaan.

Penulis skrip mahupun pengarah seakan tidak cuba mendalami sikap atau motivasi mengapa Diana bertindak sebegitu dalam satu-satu hal. Dalam erti kata lain, saya percaya karakter sebenar Puteri Diana lebih kompleks dari apa yang dipertontonkan. Ya, bukan kerja mudah tetapi di sinilah cabaran pembikinnya.

Latar watak Hasnat (lakonan Naveen Andrews) mempunyai faktor penceritaan yang kuat; tersepit di antara cinta, kerjaya, keluarga dan agama. Namun, lakon layar filem ini memberikan penonton persepsi bahawa dia ialah lelaki yang tidak berhenti mengeluh dan egoistik dalam gaya melodrama yang meresahkan.

Seperti Watts, lakonan Andrews berada pada tahap yang membanggakan, tetapi mereka hanya bagus apabila berasingan. Mereka seakan tiada keserasian apabila bersama. Selain penulisan yang membosankan dan pengarahan yang lemah, suntingan juga menjadikan filem ini mendatar serta pilihan muzik yang klise.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131114/hi_03/Filem-yang-menyedihkan#ixzz2khABzDrz
© Utusan Melayu (M) Bhd


Mod yang budiman : Maaf kalau tak berkaitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:12 PM | Show all posts
tq mod bg gula2
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk.... Best!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2013 01:51 PM | Show all posts
Sesapa dah tengok tu silalah komen....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2013 07:03 PM | Show all posts
Cerita pasal hubungan diana dgn hasnat tu je ....tapi mcm spoil skiit la ending dye ....tup tup lepas dinner ngan dodi n diana tgh tunggu hasnat kol....terus ckp diana da mati eksiden ...atleast kan berlambak news yg cite pasal eksiden diana ne ...amek la sikit......buat footage ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 09:13 PM | Show all posts
revolusi_30 posted on 16-11-2013 07:03 PM
Cerita pasal hubungan diana dgn hasnat tu je ....tapi mcm spoil skiit la ending dye ....tup tup lepa ...

footage tu dah jadi hakcipta terpelihara kot....

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 16-11-2013 09:13 PM
footage tu dah jadi hakcipta terpelihara kot....

Boleh minta kan dari CNN ka .. BBC ka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2013 12:22 PM | Show all posts
Dari segi lakonan, plot, bagi berapa bintang ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.196453 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list