Sinopsis:
Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.
Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.
Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.
Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?
paling iols suka Hazama yg blakon sbagai watak pembantu mmng membantu
sangat2 spanjang pjalanan citer..masa scene cemas pun bleh buat kita rasa lawak
ja mmang penyeri dalam citer LARI ni...
boleh kira berapa baris je dailog pelakon2 dalam movie ni
apa motif Maya(Zira) membontot Khalif (Aaron Aziz) ke Thailand hanya semata2 nak beritahu yg keadaan disana dah bnyk berubah, even tho laki dah masuk penjara..Dira tu masih isteri orang
..hello beb..Khalif tu bekas mat terap, takat lorong2 tikus petik jari je Khalif tu boleh masuk.
watak Maya sgt2 la tidak membantu..tak ada pun tak apa
I baru beli dvd nya. Plot cerita agak ringan sesuai jd drama. tapi tahap aksi berlawan AA dlm filem ni npk lebih hebat dan ganas berbanding kl gengster. Watak maya alahai setakat cam watak selit aje... wujudnya hazama ada kelucuan di situ.
apa kaitan tajuk LARI dgn jalan ceritanya? sepatutnya ahmad idham letak nama BERGADUH..tu je la kejenye sepanjang2 citer ni..mat haron lebih sesuai jadi bapak erin malek..