CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8053|Reply: 58

[Tempatan] 3 pelajar UPNM dpt biasiswa RM1 juta seorg ke akademi tentera berprestij US

[Copy link]
Post time 6-6-2013 02:33 PM | Show all posts |Read mode
3 penuntut UPNM terima biasiswa ke institusi ketenteraan berprestij AS
2013/06/06
  
PELABUHAN KLANG: Tiga penuntut Malaysia yang menerima biasiswa ke tiga institusi ketenteraan berprestij di Amerika Syarikat (AS), bertekad untuk tidak mensia-siakan peluang itu bagi meraih ilmu demi pembangunan bidang ketenteraan negara.

Mohamad Aidil Shafiq Abd Aziz, Muzaffar Abdul Halim dan Santos J. Jayagopal masing-masing bakal melanjutkan pelajaran peringkat ijazah selama empat tahun di Akademi Tentera AS (USMA) di West Point, New York; Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland; dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado Springs, Colorado.

Pelatih dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu menerima biasiswa bernilai RM1 juta masing-masing bagi belajar dan mengikuti latihan di akademi terbabit.

Mohamad Aidil, 19, berkata beliau teruja kerana bakal berpeluang mengendalikan peralatan ketenteraan berteknologi tinggi dan kemahiran itu amat berguna untuk pembangunan ketenteraan Malaysia.

"Saya juga teruja untuk belajar budaya kerja tentera AS yang boleh diamalkan dalam operasi ketenteraan kita," katanya kepada pemberita selepas menerima surat penerimaan daripada Laksamana Samuel J. Locker pada satu upacara di atas kapal USS Blue Ridge yang singgah melawat di Pelabuhan Klang, di sini malam tadi.

Bagi Muzaffar, pengalaman menerima anugerah dan upacara penyampaian yang dilakukan di atas kapal perang merupakan suatu yang tidak ternilai.

Anak jati Sarawak berusia 18 tahun itu juga bertekad untuk berusaha keras bagi memastikan peluang yang diterimanya tidak sia-sia.

"Saya mahu belajar semua yang boleh dipelajari daripada tentera laut AS dan bawa balik ilmu itu ke negara ini," kata anak sulung daripada empat beradik yang menjadikan bapanya, seorang pegawai tentera, sebagai sumber inspirasi.

Santos, 19, yang berpegang kepada moto "Difficult Situation Yes, Impossible No" yang bermakna tidak ada yang mustahil walau sesukar mana sesuatu keadaan, berkata beliau berbesar hati dapat menerima anugerah itu.

"Saya berharap satu hari ini saya akan menjadi seseorang yang dapat menyumbang kepada negara," katanya.

Sementara itu, Locker berkata biasiswa itu membolehkan pelajar Malaysia mempelajari lebih lanjut ilmu ketenteraan dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, 20 rakyat Malaysia telah menamatkan pengajian mereka di akademi ketenteraannya sejak 1991, bagaimanapun ini kali pertama dalam tempoh 19 tahun Malaysia ada calon untuk USAFA. - BERNAMA Last edited by paperchase on 6-6-2013 03:06 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2013 02:34 PM | Show all posts
tahniah, mesti dah lalui proses saringan yg ketat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 02:50 PM | Show all posts
Pergh!
Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 02:54 PM | Show all posts
Harap2 masa belajar nanti tak terikut2 atittude tentera US yg tak elok tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 02:55 PM | Show all posts
wah...tahnniah....semoga ilmu diperolehi digunapakai di negara sendiri nanti ye....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 02:56 PM | Show all posts
buat apa nak belajar dah...
dah dapat 1 juta dan jadi jutawan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2013 03:00 PM | Show all posts
Darat sorang, laut sorang, udara sorang. Lengkap semer.
West Point, Maryland & USAFA nih sgt2 pemes, salu masuk dlm citer2 TV series mcm NCIS tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:03 PM | Show all posts
stended laa.. budak medic pun nilai skolar jutaan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 03:03 PM | Show all posts
hebat,.. jotawan muda
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:08 PM | Show all posts
taniahlah.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:09 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 6-6-2013 03:03 PM
stended laa.. budak medic pun nilai skolar jutaan ..

Saya tak pandangpun nilai scholarship tuh, sbb saya dulu pun mcm tuh gak. Dan ramai lg yg dah dpt nilai scholarship yg mcm tuh.
Tp yg highlight kat sini, tmpt2 yg derang nk gi study tuh.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:55 PM | Show all posts
Kittie posted on 6-6-2013 03:09 PM
Saya tak pandangpun nilai scholarship tuh, sbb saya dulu pun mcm tuh gak. Dan ramai lg yg dah dpt  ...



...... ekkk ... saya sungguh mata duitan ....




Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:57 PM | Show all posts
dak UPNM ni loaded2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 03:59 PM | Show all posts
Wow! Congrats..semoga mengharumkan nama Malaysia kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:02 PM | Show all posts
Wah!.......untungnya!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:05 PM | Show all posts
bagusnya.. tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2013 04:05 PM | Show all posts

mungkin worang amarika belum tau siapa punsyarah Upnm nan facist nih.......



Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:07 PM | Show all posts
tahniah dari ambo.....berjaya kang berbakti untuk rakyat Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:07 PM | Show all posts
nanti jgn lupe balas budi pulak, jgn jadi mereka yg urban....diludahnye balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:11 PM | Show all posts
Dah berpuluh dah malaysian dapat join westpoint ni tak pernah mention pun nilai sebelum ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072282 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list