Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center ialah penjara yang unik di Filipina. Ianya penjara yang menggunakan koreografi tarian sebagai salah satu cara untuk memulihkan banduan yang ditahan di dalamnya. Kami pasti anda pernah melihat video banduan berbaju oren menari lagu Thriller beberapa tahun yang lalu. Banduan-banduan ini kesemuanya meringkuk di dalam penjara CPDRC. Video tarian mereka menjadi viral dan lama-kelamaan pihak penjara mengenakan bayaran kepada orang awam yang ingin melihat persembahan banduan-banduan di dalam penjara ini. Walaubagaimanapun pada tahun 2010 persembahan tarian banduan ini dihentikan kerana wang yang dikutip dikatakan disonglap oleh pihak pengurusan penjara. Selain daripada itu pihak Amnesty International mendakwa ada banduan yang dipukul apabila enggan menyertai tarian beramai-ramai ini. Mereka juga berkata keadaan di dalam penjara ini masih lagi belum sempurna dan mengikut piawaian hak asasi manusia.
Jadi inilah cerita disebalik video viral. Selepas menjadi terkenal digunakan oleh pihak penjara untuk mengaut keuntungan!
pernah tengok national geografi pasal sorang peninju wanita Thailand yang wakili negara Thailand untuk kejohanan besar dunia. perempuan tu pun sebenarnya banduan. orang buat video pasal dia, macamana kehidupan dalam penjara dan dia training boxing kat penjara tu. azab sebenarnya siapa yg masuk penjara Thai sebab diorang perlu kerja untuk dapat duit kerana semua keperluan dalam penjara perlu di bayar. makan, mandi, basuh baju, nak beli ubat gigi dan segala2nya perlu di bayar. tak kerja maksudnya tak makan la untuk hari tu. Actually pengajaran yang cukup baik untuk banduan sebab rata2 cakap diorang takkan masuk balik kerana kehidupan dalam penjara sangat susah.
cerita pasal peninju tu pulak, kerajaan promise pada dia, jika dia menang kejohanan besar pulak, dia akan dibebaskan tanpa syarat. so, dia berusaha keras untuk menang.
bahagia je tgok.. pada masa yg sama kesian pun ada, walaubagaimana pun pihak pengurus penjara yg tidak amanah itu perlu dipenjara juga kerana kesalahan mengsonglap hasil tarian mereka.. sudahlah begini ditindas pula.