CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2371|Reply: 0

Diana Amir ketepikan malu demi Palestin

[Copy link]
Post time 4-6-2013 02:30 PM | Show all posts |Read mode




PERNAH dikaitkan dengan seorang ustaz sedikit masa dahulu, aktres manis berhijab sopan, Diana Amir kini lebih selesa apabila statusnya sebagai tunangan orang diketahui ramai.

Bukan sengaja ingin menghebahkan cerita peribadi tetapi baginya itulah jalan terbaik bagi menutup gosip-gosip liar di luar sana.
Janji temu yang diatur ketika sesi fotografi di Studio Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini menjelaskan lagi segala persoalan mengenai dirinya. Nyata sikap ramah dan mudah didekati membuatkan temu bual yang dijalankan berlangsung dengan sempurna.

Jelita dirias juru mekap terkenal, Mas, dengan padanan busana dari butik Saidatul Nisa, Diana tampil anggun bergaya tatkala lensa kamera menghala ke arahnya. Satu demi satu 'pose' dihadiahkan malah boleh dikatakan hasilnya memang terbaik.

Meskipun di peringkat awal penulis bercadang untuk menggandingkannya dengan seorang pengacara yang semakin meningkat naik namun ketentuan Allah tiada siapa yang mampu melawannya. Pada saat-saat akhir, Diana terpaksa beraksi sendiri tetapi 'langkahnya' langsung tidak canggung.
"Mujurlah saya tiada program hari ini. Jika tidak mungkin saya pun tidak dapat hadirkan diri untuk fotografi. Seba itulah saya sangat hargai jemputan dari MW ini. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen mahupun layar perak seperti dahulu tetapi jadual harian saya memang padat.

“Ada masanya dengan majlis ilmu seperti slot motivasi bersama pelajar institusi pengajian awam mahupun swasta, forum dengan pihak masjid di samping perniagaan agensi pelancongan yang diberi nama Addin,”ungkap gadis manis ini.

Ujarnya agensi pelancongan itu baru tiga bulan beroperasi dan sekarang diuruskan oleh rakan niaga. Ia bermula dengan minatnya yang suka melihat negara orang namun tidak tahu bagaimana hendak merealisasikannya.  
“Dahulu saya memang teringin melihat negara orang tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Hendak dijadikan cerita, saya bertemu dengan Encik Nizam yang berminat untuk menerbitkan buku saya.
“Kami berbincang panjang dan tak tahu bagaimana pula boleh masuk cerita tentang agensi pelancongan. Kami bertukar idea dan buat penelitian khusus mengenainya sebelum sepakat untuk menubuhkan syarikat yang ada hari ini.
"Akhirnya pada Januari yang lalu, kami telah membawa sekumpulan pelajar ke Bandung, Indonesia untuk bercuti dan insya-Allah pada April ini, kami buka pakej untuk tunaikan umrah dan ziarah dengan anggaran penyertaan jemaah sekitar 40 ke 60 orang.
“Memandangkan masih baru dalam bidang yang diceburi maka kami bercadang untuk merujuk kepada agensi pelancongan Kembara Ilmu yang lebih berpengalaman malah khidmat mutawif pun diambil dari sana," jelas anak kelahiran Johor Bharu ini yang aktif mengacarakan program bual bicara SIS di TV9.

Ketepikan malu demi Palestin
Kesempatan mengacarakan rancangan berkenaan benar-benar membuka peluang kepadanya untuk ke luar negara. Katanya sekitar Februari dan Mac ini, dia akan menjejakkan kaki ke Jepun dan Switzerland untuk mengumpul bahan bagi dimuatkan dalam program berkenaan.
"Alhamdulillah, semua ini rezeki. Tujuan utama ke sana memanglah untuk bekerja tetapi dalam masa yang sama dapat juga saya melihat-lihat negara orang dengan lebih dekat. Kalau sebelum ini asyik dengar cerita sahaja tetapi kali ini betul-betul di hadapan mata.
“Sebenarnya saya memang suka melancong dan impian itu sentiasa ada tetapi masalahnya tak tahu bagaimana cara untuk ke sana. Syukurlah Allah mudahkan segala-galanya," jelasnya yang muncul dalam drama Kerana Dia di stesen televisyen Al-Hijrah.
Umum mengetahui, kesengsaraan masyarakat di Palestin sentiasa mendapat perhatian dunia malah di Malaysia pelbagai bantuan telah diusahakan bagi ,meringankan bebanan mereka. Diana dan rakan-rakan tidak terkecuali menyertai misi berkenaan meskipun tidak berperang secara terus sebagai tentera namun naluri srikandi tetap ada.
"Siapalah yang tidak sedih melihat anak-anak kecil, orang-orang tua serta golongan wanita diperlakukan dengan kejam. Kediaman di bom, kebebasan dirampas, kegembiraan direntap tanpa alasan yang munasabah.
“Saya memang tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah Palestin tetapi melalui laporan berita yang sampai ke telinga, hati ini benar-benar rasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan. Walaupun bukan dengan pertempuran, kami cuba lakukannya,”ujarnya yang
telah mengikut satu kempen 'One Million For Gaza' bersama lebih 20 artis lain.
Kata Diana dalam program artis berjalan sekitar kawasan Bukit Bintang dan Masjid India sambil membawa tabung bagi mengutip derma. Ini adalah pengalaman pertamanya dan dia bersyukur  sambutan yang diterima dari masyarakat baik yang muslim mahupun tidak, memang menggalakkan.
“Kalau hendak tahu, satu malam sebelum program tersebut berlangsung saya rasa sangat teruja. Tiada rasa malu kerana memang niat saya untuk membantu lagipun bila buat kerja-kerja amal seperti ini, hati rasa bertambah tenang. Bak kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
"Usaha kami tidak terhenti di situ sahaja. Bersama kumpulan Usrah Fitrah kami pergi ke kilang-kilang dan universiti untuk terangkan mengenai Palestin melalui ceramah dan tayangan Video. Dengan cara ini, mereka lebih faham dan jelas berkenaan misi yang kami jalankan.
“Lagipun isu Palestin bukanlah isu kami sahaja tetapi melibatkan seluruh saudara Islam serta masyarakat dunia. Kerana itulah kita perlu sama-sama berganding bahu untuk menyelesaikannya," ujarnya sambil menunjukkan beberapa keping gambar berkenaan aktiviti yang telah disertai kepada penulis.
Bakal akhiri zaman bujang?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.120792 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list