CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 4-7-2013 10:38 AM | Show all posts
atas permintaan.. semua.. hadiah kasih sayang dari saya yaa.. untuk hari ni.. tetiba rasa dalam hati bunga-bunga pulakkan..

********************************************************************************************

“Auna,Zahra, Syafiqah dah siap ke? Marilah kita pergi nanti lewat. Masa tak cukup ni.Banyak yang perlu kita uruskan.” Kata Puan Mardiah.

Merekaterus turun kebawah kelihatan yang lain sudah menanti.

“aiksemua nak ikut ker?? Macam rombongan cik kiah jerk..” kata Auna Aulia.

“rombongantak rombongan.. kami semua kena paksa ambik cuti oleh mem besar jadi semuaorang akan tolong Yaya beli barang untuk Yaya.” Kata Abah.

“Errrmmmbetul tu.. mula-mula kita pergi butik pilih baju nikah dulu. Kemudian kita pergi shopping barang hantaran.” Kata mama.

“Ni Yaya, ambik sampul ni. Dalam ni ada credit card dengan sedikit cash money. Gunadengan berhemah yaa..” kata abah sambil menghulurkan sambul surat berwarnakuning.

Auna Aulia menyambut sampul kuning itu dan melihat isi dalamnya. Dia terkejut.Terkelu. “Banyak nya abah..” Dia rasa serba salah untuk menerima.

“Ambik saja. Gunakan dengan baik. Duit Yaya tu Yaya simpan untuk kegunaan masa depan.Ini tanggungjawab abah. Bagi abah peluang buat selesaikan tanggungjawab abah pada anak abah sampai sudah.” Kata Encik Aizar sebak.

Auna Aulia tidak menunggu walaupun sesaat dia terus memeluk abahnya. Kemas rangkulannya. Mata yang menyaksikan turut merasa hiba.

“Sudalah berdrama air mata..karang sampai ke petang satu benda pun tak selesai..” tehurabah. Semua orang kembali ceria.  Mereka semua bergerak ke MPV Encik Aizar. Banyak yang perlu di buat hari ni.

AunaAulia memandang senang dengan situasi sekarang. Rahmat Allah begitu terasa.Dulu dia menangis dan berduka. Kini dia menangis lagi dalam bahagia. Tiba-tiba dia teringat kata-kata arwah Adura sebelum dia meninggal, kita yang menentukan corak dan rentak kehidupan kita. Walaupun kita sedang berduka sekali pun jika kita memilih untuk bahagia kita tetap akan merasa bahagia walaupun kita sedang jatuh terduduk. Tapi jika kita sedang berada dipuncak bahagia jika kita memilih untuk berduka kita tetap berduka walaupun ketika itu kita dilimpahi dengan kebahagian. Bumi Allah ni luas dan begitu jugak rahmatNYA. Terima sesuatu takdir itu dengan tangan yang terbuka. Hati yang lapang tanpa perlu mengeluh pasti ada nikmatnya. Serahkan semuanya kepada ALLAH kerana ALLAH maha mengetahui. Semoga roh Adura tenang disana. Saya mampu menerima takdir ini Dura. Terima kasih atas nasihat. Semoga awak bahagia di sana. Bisik hati kecil Auna Aulia.

Hampir seharian mereka bertujuh berjalan mencari barang menempah itu dan ini untukmajlis akad nikah itu nanti. Kini mereka semua di KLCC untuk mencari barang bagi hantaran pihak lelaki. Auna Aulia terkedu. Macam mana nak beli. Dia satu pun tak tahu tentang mamat tu. Alaa… masalah lah pulak.  Nak beli apa. Apa yang mamat ni suka apa yangmamat ni tak suka.. huuuwaaaaaa….

Sedang dia bertimbal balik. Terdengar abangnya nya berbual dengan seseorang. Dia melihat dari biasan cermin. Alamak Khaleel Zachry. Alamak malunya. Dia rasa kulit mukanya dah tebal berinci-inci. Macam manalah dia harus minta maaf atas sikap buruk sangkanya selama ini. Dia memasang telinga perbualan dari abangnya.Abang ni pun sudah-sudahlah sikit sikit peluk.. sikit sikit peluk. Macam apadah.. gay  ke..Apa yang suka sangat. Sharelah sikit dengan aku ni. Alamak mama dengan abah pun dah kerumun mamat ni. Girang semacam jerk. Eeee geli usus tengok.

Auna Aulia terus masuk ke dalam butik Burbery. Keluarganya masih riuh diluar. Macam tak pernah jumpa dengan Khaleel jerk lagak masing-masing.  Ishh bosannya. Haa ni lagi satu. Nak beli apa untuk mamat ni. Jangan kata saiz orangnya pun aku tak kenal. Macam mana nakpilih ni.

Setelah Khaleel Zachry pergi. Baru ahli keluarganya masuk. Ingat dah lupa tujuan asaldatang sini. Auna Aulia mengomel. Dia tak tahu nak pilih apa ni.

“Mama..Yaya tak tahu nak pilih apa ni. Mana Yaya tahu mamat tu macam mana..” fuhhterluah jugak akhirnya.

“Yaya pilih lah ikut gerak hati Yaya. Yaya kan ada teste tentang fesyen ni. Beli dengan ikhlas insyaALLAH akan dapat yang terbaik..” nasihat mama.

“tapiYaya tak tahu saiz dia macam mana. Ukuran dia..”

“Yaya nak jumpa dia? Abang boleh call.. suruh dia datang pilih sama-sama. Dia pun mesti tengah pening nak pilih.” tiba-tiba Aazad Aakif bertanya.

“Ishhtak nak lah.. Yaya kan dah cakap Yaya tak nak tahu siapa dia. Biarlah masa akad nikah nanti yang menjawab segala persoalan..” jawab Auna Aulia yakin.

“ermm riak sungguh..” Aazad Aamir bersuara.

“Jadi sekarang Yaya pilih. Cepat. Saiz dia lebih kurang Abang Aamir dengan Aabang Aakif cuma dia tinggi sikit. Orangnya kulit cerah so semua warna boleh masuk.Tak yah risau. Puas hati dengan info yang diberi?” tanya Aazad Aakif.

“Okey..puas hati so jadinya abanglah yang akan jadi mangsa model untuk mencuba yaa.Jangan marah.”

Terus laju tangannya memilih dari baju kemeja kerja berjangkit kepada wallet, tali pinggang, jam,  set mandian,perfume.  Dari satu butik ke satu butik didalam KLCC ni di terjah untuk mecari barang tadi baru saja dia belikan sebentukcincin platinum di Tiffany & Co. Itu pun jari abang Aakif yang jadi mangsa.Biarlah kalau tak muat nanti besarkan. Senang habis cerita. Kaki dia dah penat.Nak rehat.  Katil pun dahterbayang-bayang depan mata. Huuwaaaa…

Sampai saja di rumah Auna Aulia terus menapak kebilik. Dia tidak memperdulikan sesiapa lagi. Ingin direbahkan badan di katil aduh.. sakitnya kaki. Taubat nak shopping macam ni lagi..huwaaaaa.. yang dia pelik Kak Syafiqah, Kak Zahra dengan mama ader jerk tenaga untuk berjalan macam tu. Hahaha nampak sangat kaki shoppingkan.

Syiling bilik yang berwarna putih dipandang. Dalam masa dua minggu ni banyak benda yang terjadi. Dia merenung kembali perjalanan hidupnya. Cuba bermuhasabah diri. lagi dua minggu status dia akan bertukar seumur hidup pulak tu. Dari cik kepada puan dari single kepada married..ishh..ishh.. seram bila dia ingat. Itu lah rahmat ALLAH ni luas. Terbuka lah hati untuk menerima dengan tenang.  Tanpa dia sedar dia tertidur lena.

Diluar rumah, ada sepasang mata memerhati jendela biliknya. Hanya mampu memerhati dari kejauhan. Tidak berani mendekat kerana ia berada di tanam larangan. Wajah itu mengukir senyuman dan terus motor di pecut membelah kepekatan malam kedinginan tapi dia tak merasa kedinginan itu kerana hati berlagu riang.

Hari yang dinanti telah tiba. Hari Sabtu tiba jua. Semalam Jumaat pun dia bercuti. Uruskan apa yang patut. Atas arahan mama. Bersangkut paut dengan shopping jugak. Tapi yang tak bestnya abang Aakif cakap trip cherating cancel ganti dengan trip konvoi pergi Port Dickson. Bosan. Tapi nak buat macam manakan naktak nak kene enjoykan diri. Minggu ni konvoi. Minggu depan kelas. Minggu depannya lagi kawin. Haa boleh percaya tak.. hambik ko.. terancang cantikjerk kan.

Kak Syafiqah dan Kak Zahra akan joint jugak tapi orang follow dari belakang naik kereta. Busan. Mama tak bagi dia orang bonceng motor dengan abang cakap tak manis. Hahahaa. Abang cakap nanti kite semua duduk kat Avillion Port Dickson.Waaa harus menarik ni. Tapi cuma satu mission yang kene setle sebelum aku nak kawin. Kene mintak maaf dengan Khaleel Zachry. Nanti nak mintak abang uruskanlah pertemuan tu.

Setelah bersiap mereka bergerak. Auna Aulia menunggang Harley-Davidson Iron 883 atas keizinan abah. Rasanya macam dah jadi hak milik dia aja. Muakakakaka.. abang-abangjangan marah ya. Bunyi dia pun dah menyedapkan halwa telinga apa lagi denganmenunggangnya. Arrhhh kuda ku gagah berlari lah jawabnya. Hitam itu menawan. Kalau Ducati merah panggil The Red Devil Princess yang ni panggil TheBlack Devil Princess. Hehehehee.. kalau dapat try Harley Fat Bob antara yangterbaru dipasarankan ke best. Harga dalam pound lebih kurang 15K.

Aazad Aakif menunggang Harley Fourty Eight kelauran 2010 berwarna hitam silver. AazadAamir menunggang Dyna Fat Bob – FXDF di import tapi abang beli masa dia ada katsana dulu. Menangis mama masa abang Aamir beli motor ni. Mama cakap dari beli motor ni baik belanja mama shopping. Bukan dengan abang Aamir jerk dengan abah dengan abang Aakif dan dengan aku sekali kena. Tapi cuma yang boleh aku cakap bawak motor kuasa besar ni adalah kepuasan yang tidak ternilai. Tak perlu bawak laju-laju. Enjoy the scenery.  Tak perlu kata apa-apa. Bunyi dia, bila kita menunggang macam kita bersatu dengan motor. Dia rasakan kedamaian disitu. Bukan untuk berbangga atau merempit. Only the driver can feel the feeling. Oucch.. menangis beb.. Itu lahbezanya.

Ramai jer tengok perempuan bawak motor besar. Selamba derk jerk. Kacang, semudahA B C tapi haruslah kene dengan saiz bentuk badan dan jenis saiz motor tu sendiri. Dulu selalu  jugak kutuk orang naik motor ni beli motor mahal-mahal tapi bila dah terjurumus ke lembah ini rasa hobi yang menarik rasa dah tak mau kembali kepangkal jalan lagi dah rasanya untuk memilih hobi yang lain. Cuma harus diingat modal untuk beli motor juga besar. Bergantung kegunaannya juga untuk apa.Serupa nak beli kereta kita nak yang macam mana. Untuk apa. Kepuasan macam manayang kita mahu.

Dia ada kenal seorang lelaki panggil dia Pak Am dia dulu adalah bekas pesara  Navy berpangkat  lah juga. Sekarang ni tengah travel the world last sekali dengar dia di Canada. Dia sewa motor dekat sana dan travel bersama isteri dia. So sweet.  Dia belajar dari bawak motor ni adalah focus dan kita kena pantas membuat tindakan dan keputusan. Hanya jauhari yang kenal manikam kan. Lagi satu setiap motor akan ada bunyi mereka yang sendiri. Sedap bunyi nyer cuba dengar baik-baik.Aaauuummmmm… kuda ku gagah berlari. Hahahaaa..


**************************************

kalau ada kekurangan minta maaf yaa




Last edited by mrsT on 4-7-2013 11:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 10:56 AM | Show all posts
mrsT posted on 4-7-2013 10:38 AM
atas permintaan.. semua.. hadiah kasih sayang dari saya yaa.. untuk hari ni.. tetiba rasa dalam hati ...

''Pak Am dia dulu adalah bekas perasa  Navy berpangkat  lah juga''

yang oii kot ye pon angau  , bole ke navy tu di rasa..??

pesara tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 11:09 AM | Show all posts
awanjingga posted on 4-7-2013 10:56 AM
''Pak Am dia dulu adalah bekas perasa  Navy berpangkat  lah juga''

yang oii kot ye pon angau  , ...

ok dah betulkan dah.. tq..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 11:17 AM | Show all posts
wahhhh...baru rasa segar bila baca part nih.....hepi jek semua org, smpi su pun terikut2 hepi....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:16 PM | Show all posts
wow....bestnya..2x update.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 02:30 PM | Show all posts
nak lagi
nak lagi
nak lagi !!!!!!!!!!!
hahahhaa...sungguh tamak diriku ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2013 03:32 PM | Show all posts
nak lagi plssss....
syok sgt merempit cite ni ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 12:58 AM | Show all posts
ok last kopek untuk malam nie.. terima kasih kerana sudi membaca yaa

****************************************************


Merekasampai di Stesen Minyak Esso di Sungai Besi tepat jam 7.45 pagi. KelihatanKhalil Zachry sudah ada disana menanti dengan Sportster® 1200 Custom XL1200Cberwarna kuning hitam okey. Smart giler. Tapi kalau ikut performance sama jerdengan Dyna Fat Bob dan iron 883 aku ni, cuma dia punya nampak smart lah. Duit pun cantik jugak.  Apa sal aku tengok mamat ni berseri jerk ker mata aku yang kero sebab dah buat salahkan. Tak apa karang aku minta maaf ketat-ketat dekat dia okey.


Aazad Aamir berjalan ke arah Auna Aulia  yang sedang  berdiri di tepi motornya. Penunggang –penunggang yang lain sibuk berkenalan.  Aazad Aakif nampaknya macam kenal mereka itusemua. Macam tu jugak dengan Aazad Aamir, Khaleel Zackry lagi lah tak blehblah. Ada jark budak perempuan yang sedang mengusha dia.


“Yaya nak minum tak?” tanya Aazad Aamir.


“Boleh jugak,” menyambut coffee Nescafe dalam tin. “Berapa orang abang?” tanya Auna Aulia lagi.


“Tak ramai.. sebab last minit masing-masing ada hal. Dalam 25 buah motor jerk..?”jawab Aazad Aamir.


“Apa aktiviti nanti?”


“Sampai nanti kita check in. Lepas tu ada game pantai sikit. Malam ni ada BBQ. Sesi suai kenal. Lepas  macam biasa sesi karaoke dan lepas tu tido. Esok lepas sarapan bebas and then tengahari lepas lunch balik kl” terang Aazad Aamir.


Mereka di dekati oleh kawan abang Aamir. Mereka berbual mesra selepas memperkenalkan aku sebagai adik kepada Abang Aamir dan Aabang Aazad.


Auna Aulia tengelam dalam dunia dia sendiri. Tanpa dia sedari sepasang mata sedang memerhatinya dari jauh. Menghayati keindahan ciptaan tuhan. Sebelum mereka memulakan perjalanan seorang telah diarahkan untuk membacakan doa semoga perjalanan mereka selamat dari sebarang bencana dan malapetaka. Selamat pergi selamat balik. Sebenarnya bukan hanya orang yang memiliki Harley saja yang ikuttapi ada juga yang lain seperti BMW, KAWASAKI, DUCATI, NINJA dan kawasan sewaktu dengannya.


Auna Aulia menyumbat telinga dengan IPOD APPLE. Dengar lagu sambil menunggang.Tabiat dia. Entahlah dia suka. Diringi muzik sambil melihat keindahan ALLAH.Dia mengemaskan topi keledar dan sarung tangan. Tudung dimasukkan kedalamjacket. Bergaya. Ouch.. menarik..


“Pakai glove tu elok-elok. Helmet tu pun..” tegur satu suara.


Auna Aulia menoleh. Eh bila masa mamat ni ada kat belakang dia. Tak suka arr. Dahlah rasa bersalah ni. Auna Aulia menarik muka menyampah. Benci..benci..benci..kenapa mesti ada jer yang tak kena pada mata mamat ni. Dia menarik nafas dalam.


“Tahulah.. sibuk jerk” jawab Auna Aulia menjeling.


“Orang cakap jerk. Bagi nasihat. Kalau tak nak dengar terpulang”


“Tahulah.. terima kasih” jawab Auna Aulia. Terus dia duduk atas motornya.


Sedang dia membetulkan kedudukan helmetnya, dia terkejut bila mamat tu datang membetulkan ikatan topi keledarnya dan memakaikan dia sun glasses. Dia terkaku. Anak mata lelaki itu dipandangnya. Rasanya terkurang oksigen dah rasanyani.  Aduh kurang lagi lah mas kawin aku kalau macam ni. Abang – abang aku ni pun satu boleh buat derk jer. Apa punya abanglah. Kutuk Auna Aulia.


“Bawak motor baik-baik” kata suara itu dan melangkah kearah motornya disebelah kirimotor Auna Aulia.


Lagaknya selamba sahaja. Membetulkan topi keledarnya. Jacket dan memakai sun glases berjenama ray band, so hot. Berkarisma. Ada keyakinan cara dia mempress motor. Aduh. Tiba-tiba dia rasa dah jadi tunggang langgang. MasyaALLAH.. weii Auna kaunak kawin tak lama lagi ingat tu.. ingat.. ingat Auna Aulia. Terus Auna Aulia memandang kedepan menanti arahan selanjutnya. Dia tak berani menoleh di sebelah kiri. Dia rasa mamat tu pandang dia macam nak telan.


Sepanjang perjalanan  Aazad Aakif dan Aazad Aamirdi depan Auna Aulia dan Khaleel Zachry di belakang. Kadang-kadang Auna Aulia ternampak seakan Khaleel Zachry sedang tersenyum dengan dia. Hilang akal apa mamat ni.  Tak sekali pun Khaleel Zachry tidak cuba memotongnya. Layan jerk.


Mereka sampai di Avillion Port Dickson jam lebih kurang pukul 1130 pagi sebab berhentidi RnR Seremban. Biasalah  nama pun konvoi kan bawak pun ala-ala santai. Ada juga penunggang yang ambil kesempatan membawa kelaurga. Si suami membawa motor si isteri membawa kereta menarik. Suka tengok.


Sampai di kuanter pendaftaran Auna Aulia mendapat bilik Water Chalets. Mengadap laut Selat Melaka. Errmm menarik. Dia akan berkongsi dengan Syafiqah dan Zahra. Mereka sedang mencari parking. Abangnya dua orang  akan duduk dengan Khaleel Zachry dan bilik sebelah-sebelah. Senang kalau ada apa-apa jadi itu abang cakap. Bukan senang nak berdating ke? Itu aku yang cakap.


Mereka masih berlegar di lobi. Pengunjung diberi welcoming drink. Sungguh nyaman rasanya. Selepas itu mereka dibawa menjamu makan tengahari di Village Court. Setelah selesai menjamu selera bagai segalanya mereka menuju ke bilik masing-masing. Bukak saja pintu bilik mereka semua tercengang. Wow.. menarik giler.


“Zahra,Auna cantiknya bilik kita ni..” kata Syafiqah. Terus dia landing di atas katilyang bertiang empat itu.


“Akakni kalau abang tengok sure reject” kata Auna Aulia.


“Ishh..mulut tak sayang..” tegur Syafiqah sambil berbaring dan menutup mata. Menikmat ikatil yang empuk. Zahra juga melakukan benda yang sama.


Auna Aulia mengambil tempat di katil sebelah berdekatan dengan pintu koridor. Pintu yang telah dibuka menderu angin laut masuk.
Tiba-tiba telefon dibilik mereka berbunyi. Zahra menjawab. Yang kedengaran ok.. ermm..baik.. tak romantic langsung abang. Pada pendengaran Auna Aulia. Dia terfikir buatnya bakal suaminya cuba beromentik dengan dia mesti senak perutkan masa tu. Jangan dia kejung kat situ sudah. Waaa tak sesuai sungguh. Tak patut..takpatut..


****************************************
kawan-kawan enjoy ok.. apa2 kalau ada silap dan salah minta maaf yaa




Last edited by mrsT on 5-7-2013 01:05 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2013 06:27 AM | Show all posts
“Abang Aamir cakap jangan lupa petang ni lepas Asar dalam pukul 5 macam tu ada pertandingan Beach Volleyball. Lepas tu malam ada dinner dekat Tumasek Beach ada sesi karaoke sekali.” Beritahu Zahra.


“Kaunak main ke volleyball ni Zahra?” tanya Syafiqah.


“Harus..”


“Auna?”tanya Syafiqah.


Auna Aulia diam. Dia cuba menikmati kedamaian. Sambil berfikir.


“Auna kau nak main ke petang ni?” Syafiqah mengulangi soalannya.


“Tengoklah dulu. Kalau ada mood main tak ada mood tak payah main. Jadi supporter jerk. Nak tidur lah nanti kejutkan erk kak..” kata Auna Aulia terus menutup muka dengan bantal.


“Jangan lupa solat zohor dulu..” Zahra mengingatkan Auna Aulia.


Bila teringat solat terus Auna Aulia bangun menuju kebilik air.  Baik dia solat dulu karang tertidur dia ni bukan boleh dipecayai sangat. Dah lah tilam empuk. Karang tertidur terus.  Selepas selesai mandi dan solat zohor berjemaah yang diimamkah ustazah Syafiqah hahahaa. Masing-masing terus landing atas katil tersedar bila Aazad Aamir telefon Zahra dan Aazad Aakif telefon Syafiqah. Dia tak ada siapa nak call huwaaaaa sedihnya. Abang-abangnya pun tak nak call dia. Sedih..sedih..sedih..


Setelah selesai solat asar mereka beriringan ke VolleyBall Beach. Nun dihujung sana. Abang-abangnya semua berjalan beriringan dengan teman hati masing-masing. Dia huwaaaa sob..sob..sob..sob.. jalan sorang-sorang. Khaleel Zachry jalan dibelakang dia. Huwaaaa lagi sedih. Macam mana nak minta maaf ni.


“Yaya nak play tak?” tanya Aazad Aakif.


“Huh..baru ingat Yaya ke? Ingat sibuk bercinta jerk?”


“aiikk jelouse ke?” sampuk Aazad Aamir.


Auna Aulia buat muka menyampah tahap dewa. Jelingan berapi dia sedekahkan dekat abang-abangnya.


“jangalah macam tu bakal pengantin kami ni nak bagi yaya tenangkan diri. kata nak kawinkan..”


Huwaaaaaaa..nak balik..nak balik. Abang dah buli adik. Ini tidak adil..tidak adil bagi ku.“Sibuklah. Malas nak main nak tengok jerk. Abang boleh tolong tak?”


“Tolong apa?” tanya Aazad Aakif dan Aazad Aamir serentak.


“Cakapdengan Khaleel Auna mintak maaf.”


“ooo yang itu cakap sendiri. Abang tak campur. Yaya dah buat salah better Yaya sendiri yang minta maaf” kata Aazad Aakif.


“Betul cakap Abang Aakif tu Yaya. Pergi lah minta maaf dengan dia. Tadi dia cakap dianak tengok sunset dekat sini. Nanti Yaya pergi jumpa dia minta maaf. Abang akan teman dari jauh.” Kata Aazad Aamir. Aazad Aakif hanya mengiakan.


“Pergilah.Kami tengok dari jauh. Setle kan apa yang Yaya rasa perlu setle kan dengan dia.Jangan tangguh tak baik” sokong Aazad Aakif.


“Okeylah. tapi make sure abang ade dekat-dekat okey.” Auna Aulia memberipersetujuan.


Auna Aulia hanya menjadi penonton melihat Abangnya bermain. Begitu juga Syafiqah danZahra. Gembira betul mereka. Sesekali matanya melirik ke arah Khaleel Zachry. Begitu cekap dia bermain. Dengan ketinggian dia kelihatan gagah. Auna Aulia menikmati ciptaan Allah yang satu ini. Tapi akhirnya Khaleel Zachry dapat menangkap pandangan Auna Aulia bila mereka berlaga pandang. Auna Aulia cepat melarikan pandangan matanya. Nafasnya senak. Rasa macam tak cukup oksigen.


Akhirnya permainan dimenangi oleh kumpulan Khaleel Zachry. Kumplan yang disertai oleh abangnya Aazad Aakif kalah dapat di tempat ketiga dan ada kumplan Aazad Aamir dapat nombor dua. Jadilah. Bersyukur. Masing-masing mula buat aktiviti sendiri.Ada yang mandi laut ada yang berjalan-jalan menanti waktu. Ada yang terus balik ke bilik berehat.


Auna Aulia memerhati Khaleel Zachry berjalan ke pantai dari jauh. Dia menoleh kearah abang-abangnya mereka memberi isyarat suruh dia pergi mendekatkan diri kepada Khaleel Zachry. Auna Aulia menapak pelahan lahan. Kini Khaleel Zachry di depan Auna Aulia di belakang.


“Sampaibila awak nak ikut saya Auna?” tegur Khaleel Zachry. Tangannya masih didalampoket seluar track suit berjenama adidas berwarna hitam.
AunaAulia terdiam. Terkejut. “Auna..Auna nak mintak maaf dengan awak..” kata AunaAulia tergagap-gagap.


Khaleel Zachry berhenti dari melangkah. Dia menunduk kebawah melihat pasir tanganan masih didalam poket seluar. Kepalanya ditoleh sedikit untuk melihat Auna Aulia.Tapi Auna tidak mampu menjangka adakah pandangan itu berbentuk sindiran atau sebaliknya kerana terlindung di sebalik kaca mata hitam kepunyaan KhaleelZachry.


“Nak minta maaf atas sebab apa?” Tanya Khaleel Zachry. Dia berpusing mengadap laut.


Auna Aulia melepas keluhan. Dia buntu. Ketandusan ayat untuk meminta maaf.


“Orang yang mengeluh adalah orang yang  tak mengsyukuri nikmat tuhan dan orang yang berani adalah orang yang berani mengaku kesalahan orang lain dan meminta maaf” kata Khaleel Zachry tergelak melihat perubahan muka Auna Aulia.


Haa baru nak meleser nasib kau puji. Kalau tak memang ringan jerk dah nak menjawab.

*****************************************************************

ini untuk pagi ni pulak.. enjoy ya..

jangan merusuh pulak nanti... hehehheheee

tq sebab sudi baca...



Last edited by mrsT on 5-7-2013 06:31 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 06:31 AM | Show all posts
dah cukup panjang dah nie rasanya iyerr dakk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 08:29 AM | Show all posts
cukup kot...tapiiii
nak lagi kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 09:33 AM | Show all posts
yoozara posted on 5-7-2013 08:29 AM
cukup kot...tapiiii
nak lagi kekekeke

hah gitu la jugak su rasa nih...cukup gak...tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii leh smbg lagi x......hhahahahha x sabar nak tau next entry....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 01:37 PM | Show all posts
Edisi untuk Petang ada ke ????  hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:11 PM | Show all posts
MsIda posted on 5-7-2013 01:37 PM
Edisi untuk Petang ada ke ????  hehehe.....

Setuju......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 02:17 PM | Show all posts
ok.. nie edisi petang ok.. mood ting tong sikit.. sebab kepala ting tong.. enjoy k.. sila tinggal sebarang komen yerr macam biasa..

******************************************************************************

“Auna tahu, Auna salah sebab salah sangka dengan Khaleel sebelum ni Auna minta maaf..”

“Kalau saya tak nak maafkan?”

Auna Aulia tercengang, aduhh… tak nak maafkan pulak. Abis tu macam mana?

“alaaa..tak nak maafkan ker?” Tanya Auna Aulia. Macam budak kecik lah pulak cara dia bertanyakan soalan.

“errmmm..kalau saya tak nak maafkan jugak..”

“Janganlah macam tu, Auna rasa bersalah. Sebab salah sangka. Tapi salah Khaleel jugakkenapa tak nak bagi tahu.. biarkan Auna macam ni fikir yang bukan-bukan.”

“apa yang yang difikirkan?”

Karang kalau aku hangin kang. Mesti nak leser aku bukan-bukan. Aku dah insaf lahh nak minta maaf ni. Auna Aulia mengomel dalam hati.

“Hatitu jangan nak kutuk-kutuk saya yer. Saya boleh dengar awak tengah berbakul kutuk saya..” tegur Khaleel Zachry.

Auna Aulia tergamam, macam mana mamat ni tahu aku kutuk dia. Dia dengar ker apa?

“Okey..sorry, tapi kenapa awak tak nak berterus terang dengan Auna. Mana awak menghilang saat Auna perlukan awak.” Tanya Auna bertalu-talu.

“Awak perlukan saya ke?” Tanya Khaleel Zachry dia melemparkan pandangan ke arah laut.

Auna Aulia menghebuskan nafas halus. Dia mula sebak. Ditahannya supaya air mata itu tidak mengalir. “Yaa.. saya perlukan awak. But you are not there for me. Adura pun tak ada. Tak ada sesiapa pun ada dekat dengan saya saat mereka mencaci maruah saya. Saya keseorangan masa tu. Siapa yang nak percayakan saya?” luahAuna Aulia. Airmatanya mula mengalir.

“Siapa cakap tak ada orang percayakan awak? Siapa cakap awak tiada sesiapa? Awaksilap. Awak ada keluarga awak yang sentiasa ada dibelakang awak. Awak ada Allah untuk mengadu. Kita tak pernah keseorangan Auna.”

“Tapi siapa nak percaya saya masa tu..” sangkal Auna Aulia.

“Kepercayaan siapa yang lagi penting? Kepercayaan orangkah atau kepercayaan keluarga awak pada awak. Biar seluruh dunia berpaling kearah lain dan mencaci kita tapi jangan keluarga membuang kita Auna. Bila keluarga membuang kita, kita adalah orang yang paling miskin di dunia ini walaupun pada zahirnya kita kaya”

“Sayasedih. Saya bila semua orang bercerita dibelakang saya.”

“Awaktahukan cerita itu tak betul?”

“Tapi,kenapa awak tak ada masa tu..”

“Allahada untuk awak.”

“Kenapa selama ini awak diamkan? Kenapa semua orang tak bagi tahu saya?”

“Apa perlunya semua orang bagi tahu awak Auna? Selepas kejadian tu, saya ada jumpa dengan family awak bagi tahu kedudukan sebenar. Saya ada jumpa dengan Adam membetulkan keadaan. Saya tak nampak kenapa perlunya saya bari tahu awak apayang saya telah lakukan. Awak tak fikirkah saya perlu berhadapan dengankeluarga saya untuk menerangkan benda yang sama. Awak tak tahu kah saya juga terlibat sama dengan cerita tak betul tu. Saya juga ada mak dan ayah yang perlusaya jaga hatinya Auna”

AunaAulia terdiam dia terlupa akan itu. Adoi.. rasa nak ketuk kepala sendiri lahpulak.

“saya mintak maaf..saya betul-betul minta maaf..” minta Auna Aulia lagi.

“Awak larikan diri awak ke Dubai. Tinggalkan mama dengan abah awak disini. Awak takfikir ke apa perasaan mereka. Bertahun mereka pujuk awak. Awak tak kesian ke?Kenapa awak tak mahu terima sesuatu itu dengan tangan terbuka. Menerima takdiri tu dengan hati yang tenang. Allah menguji kita kerana kemampuan kita.”

“saya tak larikan dirilah.. saya ikut abang kerja kat sana..” jawab Auna Aulia.

Khaleel Zachry tersenyum sinis. Menjeling ke arah kanan. “Yer ker tak larikan diri?Abis tu bertahun baru balik?”

“Mana ada.. tak lari mana-mana pun” jawab Auna Aulia.

“Macam saya tak tahu awak frust dengan Adam kan?”

“hello,sekarang ni kita cakap pasal awak dan saya tak ada kene mengena dengan Adamlah..” sangkah Auna Aulia.

“yerker tak ada kene mengena. Bukan awak frust dengan Adam yang awak lari sampai keDubai..”

Ishhhdia ni. Sekeh kepala tu karang baru tahu. Auna Aulia menjeling kearah KhaleelZachry.

“mana ada.. tak ada kene mengena pun..” sangkal Auna Aulia. Walaupun itulah salahsatu sebab kenapa dia membawa diri kesana.

“saya dengar abang awak cakap awak dah nak kawin..” tanya Khaleel Zachry tiba-tiba.

“errmm..betul lah tu…” jawab Auna Aulia

“Siapa orang tu..?”

“Entah..”Auna Aulia mengjongkitkan bahu.

“aikk awak nak kawin tapi awak tak tahu siapa yang akan berkahwin dengan awak?Pelik..”

“Tak berminat nak tahu. Lagupun I trust my family choice..”

“Awak tak takut ke dia cacat ke? Senget sebelah ke? Hodoh dan tak hensome macam sayake? Awak tak takut..”

Auna Aulia cuak. Ya lah. Tapi takkan family dia pilih orang yang bukan-bukan. Takmungkin tak mungkin.

“haaa…hahaa…muka dah cuak.. tahu takut..”

“Khaleel…awak jahat… saya benci awak.. awak jahat…” jerit Auna Aulia. Dia baru tersedar yang Khaleel Zachry provoke dia.

“Jangan senang cakap benci.. nanti awak jatuh sayang dengan saya susah…”

“huhhuu..perasan tak hingat..”

“Awaktak takut ke?” Tanya Khaleel Zachry lagi.

“Ntah..”

“Awak ikhlas terima dia?”

“Saya cuba ikhlaskan hati saya.”

“Awak cintakan dia?”

“Saya akan mencintai dia bila dia sah menjadi suami saya. Tak salahkan kalau dia buatsaya jatuh cinta pada dia.”

“memang tak salah lebih afdal sebenar bercinta lepas kahwin benda yang berdosa ni memang sedap tapi lagi sedap dan nikmat kalau lepas kahwin..”

“apa maksud awak?” Tanya Auna Aulia pelik. Apa maksud dia ni. Macam ke arah songsangdah ni.

Khaleel Zachry tergelak cara berhemah dulu sebelum menjawab. “Maksud saya bercinta nilah sebelum kahwin.. pegang tangan semua tu. Bagi saya kalau betul dah pekenan baik jumpa parent dia pinang terus. Dari keluar berdua banyak buruk dari baik.”

“emmm..betul lah tu..”

“awak nak honeymoon dekat mana bila dah kahwin?”

Eh..ehh..mamat ni ada ke tanya soalan macam ni dekat aku. Tak ada kesopanan langsung.“Ntah… tak fikir pun.. kalau dekat sini pun okey. Dekat jerk tak payah pergi jauh.”

“aikktadi kata tak fikir..” kata Khaleel Zachry.

Hantulahh mamat ni. Sekeh laju-laju karang ni. Tadi dia yang tanya bila aku jawab pandang aku macam lah aku ni gatal sangat kan..

“Janganlah marah. Bakal pengantin tak elok masam-masam..”

AunaAulia menjeling geram. Sangat-sangat geram.

“Haaa dah berdamai dah yer..” tegur satu suara.

Auna Aulia melihat Aazad Aakif dan Aazad Aamir berjalan kearah mereka.

“Dah jom balik. Dah nak magrib.” Kata Aazad Aamir.

“Errmm..bakal pengantin darah manis mana boleh duduk sini lama-lama” usik Syafiqah.

Auna Aulia tarik muka. “Habis tu.. Khaleel awak maafkan saya tak?” tanya Auna Aulia geram. Sebab Khaleel Zachry tidak menyatakan kemaafan pada dia.

“Nantilah saya fikirkan..”jawab Khaleel Zachry berlalu.

“Khaleel awak jahat…….” Jerit Auna Aulia. Khaleel Zachry dah melangkah jauh. Hanya kedengaran suara gelaknya saja. Berpadu dengan bunyi deruan ombak.

Akhirnya Auna Aulia melangkah meninggalkan pantai. Menuju kebilik. Sampai di bilik kelihatan Syafiqah dan Zahra tengah bersiap untuk solat. Auna Aulia terus masuk kedalam bilik air. Dia ingin beremdam dalam bath tab. Kegemaran dia. Kalau marah remdam badan dalam air kasi sejuk sikit.



*********************************************

cukup panjang dah rasanya niee... jgn merusuh yaaa..



Last edited by mrsT on 5-7-2013 02:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:26 PM | Show all posts
Thank you darling......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2013 02:29 PM | Show all posts
cegitu posted on 5-7-2013 02:26 PM
Thank you darling......

samer2.. suker??

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:43 PM | Show all posts
ye ke pnjng ? ke huruf tu besor sikit dri biasa tu mcm pnjng je en3..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:57 PM | Show all posts
boleh la tt untk ptg nih, heheheheh kalo rajin smbg la lagik...larikkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 04:25 PM | Show all posts
tak cukupppppppppp kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.081394 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list