CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 8-7-2013 12:12 PM | Show all posts
mrsT posted on 8-7-2013 10:13 AM
confident jerk auna kawin dengan karl..  
kalau bukan karl mcm mana.. boleh jadi muiz..

hahhhhh muiz
janganlaaaaa
nak ngan abam khal jugek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 01:36 PM | Show all posts
Update untuk edisi petang pulak yer?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:17 PM | Show all posts
xpe je dgn muiz..

khal dgn akak kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 09:55 PM | Show all posts
mrsT posted on 8-7-2013 10:13 AM
confident jerk auna kawin dengan karl..  
kalau bukan karl mcm mana.. boleh jadi muiz..

ggrrrrrrrrr....   kalo karl tak kawen ngan auna... kaka kejor TT ngan parang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 05:38 AM | Show all posts
asyriqa posted on 8-7-2013 09:55 PM
ggrrrrrrrrr....   kalo karl tak kawen ngan auna... kaka kejor TT ngan parang...

  mari kita bersenam sebab kaka mau kejar dengan parang..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 05:42 AM | Show all posts
ok.. untuk semua.. pagi nie... nanti akan di sambung lagi yaa..insyaALLAH..

*****************************************************************************


Sampai di rumah jam sudah menginjak pukul 2 petang. Setelah berbual dengan mama dan abah tentang majlisnya Auna Aulia naik ketingkat 3 menuju ke bilik. Dia membuka pintu bilik dan masuk melangkah ke dalam. Pintu otu di tutup dan di kunci dari dalam dia tak mahu gangguan. Kelihatan biliknya sudah bertukar wajah. Ada set katil baru. Katil bertiang empat sama seperti yang selalu di angankan. Mesti orang kedai hantar masa dia tak ada. Rindu dia dengan katil bujang. sofa di sudut bilik juga sudah bertukar lain sangat. Lainnya suasana bilik. Dah macam bilik dia. Cuma dinding saja yang tak di cat baru sebab baru dua bulan sudah biliknyadi cat warna putih gading. Di kiri dan kanan katil ada meja kecil yang berlaci di letakkan lampu tidur kiri dan kanan. Meja soleknya  sudah bertukar wajah. Biliknya dah ada karpet berbulu lembut berwana putih. Ada satu coffee table dan bersofa nbaru. Semuanya serba baru. Dia rindukan bilik lamanya. lemah segala sendi melihat semua persiapan yang sedang di jalankan.


Mama kata tadi, nanti akan ada orang yang pasangkan langsir di keliling tiang tu nanti. Mama dah upah orang untuk tatarias biliknya semuanya dah selesai. Mama dah tempah tempat untuk dia buat rawatan spa, kawan mama yang kenalkan. Mama suruh pergi sekurang-kurangnya 4 kali sebelum majlis. Kak Syafiqah atau kak Zahra akan temankan.


Pada Khamis siang nanti, sebelah pagi  mamanak adakan majlis kenduri doa selamat dan khatam Al Quran serta berzanji. Majlis itu nanti hanya akan melibatkan kaum wanita sahaja. Lepas tu malam ada majlis berinai kecil sedikit sebelum tu ada majlis mandi beradat sempat. Hanya suka-suka dan hanya untuk kaum keluarga dan adik beradik sahaja yang terlibat. Mama kata lagi ada majlis bertunang sekejap sebelum majlis akad nikah.  Atas permintaan bakal keluarga mentua. Mama turutkan saja. Bukan susah pun kata mama.


Mamakata lagi hari rabu ni kena pergi fitting baju sebab boleh betulkan mana-mana yang perlu. Nanti abang akan ambik dekat office pergi lepas waktu kerja. Mama tunggu dekat sana. Mama dan abah akan mula cuti hari rabu ni. Anak punya pasaltak apa. Seumur hidup sekali sahaja. Anak perempuan mama dengan abah sorang saja pulak tu. Abah cakap kalau perlu dia cuti sebulan pun tak apa asalkan semuanya yang terbaik untuk anak gadisnya. Abang Aakif dan abang Aamir seperti biasa. Menurut bersetuju. Mereka akan start cuti hari Isnin depan untuk membantu. Mereka cakap adik mereka sorang sahaja tak ada yang lain. Mereka nak pastikan semuanya berjalan dengan baik.


Abah cakap akad nikah pada hari Jumaat selepas solat Jumaat. Nanti tak ada kelam kabut. Lepas akad nikah ada sedikit jamuan ringan sebelah malamnya baru ada jamuan makan malam dan kenduri doa selamat. Jemputan hanya keluarga danteman-teman rapat sahaja. Majlis bersanding abah dengan mama bercadang nak buat tiga minggu selepas majlis akad nikah. Mama dah uruskan semuanya dengan wedding planner. Mama cakap ini hadiah untuk dia dari abah, mama, abang Aakif dan Aabang Aamir. Dia hanya perlu siapkan badan sahaja.


Auna Aulia duduk di tepi tingkap. Ada tak orang bertanya pendapat dia? Auna Aulia sedih. Dia sedar keluarganya teruja. Atuk, nenek, Tok Daddy, Tok Mummy dan yanglain-lain tak putus telefon ucap tahniah. Masing-masing berjanji nak datang awal.  Seminggu sebelum majlis Tok Daddy  dengan Tok Mummy akan sampai hari  Selasa tengah malam dengan keluargaDaddy Muammar dan Mummy Aireen. Mama Madarina kakak mama dengan abah Zamri akan sampai siangnya.  Dia memandang keluar jendela. Kelihatan rintik-rintik hujan membasahi bumi. Hujan tolong menangis dan melempiaskan apa yang dia rasa ketika ini. Mama kata, barang-barang hantaran mama dah upah orang untuk gubah guna fresh flower bunga daisy kegemaran dia, mama pilih warna lemak ketam. Mama cakap lagi dia kena cuti seminggu awal sebab mama tak bagi dia keluar kemana. Jadi esok dia kena hantar borang cuti. Dengan kerja yang melambak-lambak macam mana dia nak cuti, yangitu mama cakap pandai-pandai dia kena uruskan sebab yang lain-lain mama dahtolong uruskan.


Dia meletakkan jari telunjuknya di cermin. Mengikut aliran air yang mengalir. Hatinya kosong. Dia tak tahu apa yang dia rasa. Dia nak menangis tapi tak ada air mata.Dadanya sesak penuh dan sempit. Rasanya seperti kekurangan oksigen dimuka bumi ini. Adakah semua orang yang bakal mendirikan rumah tangga akan merasa apa yang dia rasa. Dia merasakan begitu perit sekali. Hendak menjerit tetapi suara itu tidak keluar. Apa yang sebenarnya telah terjadi pada dia. Apa mahu sebenarnya hatinya ini. Dia sendiri tidak tahu apa yang hatinya mahu.


Dia sedar dia tidak boleh berpatah balik. kata telah di sepakat. Keputusan sudah diambil. Kata putus telah diberi. Jadi dia hanya perlu menerima takdir dengan redha. InsyaALLAH pasti ada kebahagian untuk dia. Dia hanya berserah. Tanpa Auna Aulia tersedar dia terlelap di kerusi di tepi tingkap.

Hari Isnin. Auna Aulia bersiap seperti biasa. Dia mengenakan baju kurung berwana biru dan bertudung putih bercorak biru. Banyak yang perlu diuruskan minggu ini.Abangnya Aazad Aakif menghantar dia ke pejabat. Aabang Aakif janji petang pukul enam akan datang ambik dia.  Bila dilarang dengan alasan dia boleh balik sendiri abang Aakif cakap izinkan dia selesaikan tanggungjawab dia sebelum dia serahkan tanggungjawab itu pada orang lain.


Auna Aulia sebak. Abang Aamir pun cakap macam tu. Dia tak suka. Dia benci mendengarnya. Dia nak sentiasa abang-abangnya mengambil berat tentangnya. Diatak suka bila abang-abangnya seakan-akan berlumba untuk memenuhi tanggungjawab mereka sebelum dia melangsungkan majlis perkahwinan. Kalau macam ni tak kawin pun tak apa. Dia sedih.


“Okeydah sampai jaga diri. apa-apa call abang..” kata Aazad Aakif.


“Okey..abang drive baik-baik..” kata Auna Aulia dia menyambut salam abangnya. Dia mengucup kedua-dua belah pipi abangnya. Seperti yang dia sentiasa lakukan.


Melangkah ke pejabat, kelihatan geng gossip seperti biasa sibuk bergossip. Macam cerita hangat saja. Tapi macam biasalah kalau ketuanya Sherry pasti ada yang menarik.Kak Syafiqah di meja leka membuat kerja.


“assalamualaikum kak..” sapa Auna Aulia.


“Waalaikummussalam..apersal lemau jerk akak tengok..”


“Ngantuk..malam tadi tak boleh tidur. Akak jom masuk bilik saya kejap. Ada benda nak discuss lah. pasal projek kat Seremban tu.” kata Auna Aulia.


Serentak dengan itu Syafiqah mengambil buku notanya dan mengikuti Auna Aulia kebilikAuna Aulia. Walaupun dia bakal kakak ipar kepada Auna Aulia ini pejabat diaharus bersikap professional. Di sini dia bekerja di bawah Auna Aulia.



*********************************************************************

andai nya khal tak kahwin dengan Auna jangan lah pulak ada amokkan yaa.. kaka @ asyriqa

Last edited by mrsT on 9-7-2013 05:53 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2013 08:59 AM | Show all posts
kehkehkehkehhhh.... sib baik esok dah mula puasa... kaka dah insaf dan redhaaaaaa...  tak moh marah2 n ngamuk2 lagi nanti hilang kegojesan kaka nih tau...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:01 AM | Show all posts
takan seketoi tuh jah sambungnya.... pleaseeeeeeee laling (sehabis mendayu n ngan lemah lembut)  bagi ler banyak2 ari nih yer... tak cukup tuh seciput jahhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 09:37 AM | Show all posts
mrsT posted on 9-7-2013 05:42 AM
ok.. untuk semua.. pagi nie... nanti akan di sambung lagi yaa..insyaALLAH..

********************* ...

janganlah macam nih....huhuhuh semangat nih tau nak tunggu wedding khaleel ngan auna nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 10:58 AM | Show all posts
Lagi suspen ni? Jadi ke tak jadi kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 11:24 AM | Show all posts
jadikan jela auna ngan khal
namo org len ... kalo tak ganti auna ngan kite neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 12:54 PM | Show all posts
"Kenapa dik..” tanya Syafiqah lembut.

“Entahlah kak, Auna takut sebenarnya. Takut untuk menghadapi yang Auna akan kawin minggudepan..” luah Auna Aulia.

“Bertenanglah.Kita nak buat benda baik memang syaitan akan membolak balikkan hati kita. Bila berkahwinnya anak adam syaitan akan menangis. Banyakkan berdoa, mengaji berzikir mintak padaNYA di tenangkan hati dan di permudahkan segalanya,”nasihat Syafiqah.

“Thank’sakak. Akak nanti Auna nak cuti tau. Akak tolong uruskan boleh?” tanya AunaAulia.

“Nak cuti dari bila sampai bila?” tanya Syafiqah.

“Mmamasuruh ambik cuti dari hari Isnin rasa malas lah pulak. Karang tak ikutkanpanjang pulak ceramah. So kene lah ikutkan. Selasa minggu depannya tu sayamasuk pejabat balik. Akak tolong yaa..” pinta Auna Aulia.

“errmmnanti akak isikan borang, Auna sign jerk. Ada apa lagi nak akak tolong? Muka tumacam ada lagi benda tak selesai.”

Auna Aulia tersengeh. Dia suka lah pilihan hati abang-abangnya. Ngam satu kepala.Baik kak Zahra atau kak Syafiqah semua senang nak masuk kepala. “Akak dengankak Zahra teman Auna pergi spa yer. Mama suruh..”

“oo..yang tu kiter orang tahu mama dah cakap awal-awal.” Syafiqah tergelak.

“ermm..yer lahh tu. Auna takut lah akak..” luah Auna Aulia lagi.

“Auna takut apa? Pasal malam pertama sorry akak tak dapat tolong sebab akak sendiri tak lalui lagi..”

“Akak…!!”serentak dengan itu Auna Aulia membaling pemadam pensil kearah Syafiqah. Dia malu bila bercakap berkanaan dengan itu. Benda itulah yang dia elak dari bercakap.

“Sebelum akak lupa semalam mama call akak, suruh teman Auna shopping hari ni. Lepas waktu kerja.”

“Shopping apa lagi ni?”

“Yang itu rahsia. Nanti Auna akan tahu jugak. Okeylah Akak nak pergi sambung kerja.Borang cuti tu bila dah setle nanti akak tunjuk pada Auna. Ohh yaa Auna tak na kbagi tahu dekat budak-budak ke yang Auna nak cuti kawin?” tanya Syafiqah.

“Perluke? Akad nikah jerk pun..bukan bersanding..”

“terpulang pada Auna lah but kalau bagi tahu at least dia orang tak terperanjatlah bila tengok jari Auna merah dengan inai.”

AunaAulia mengangguk. Mengiakan apa yang dikatakan oleh Syafiqah. Ada kebenarannya.Dia mengetuk-mengetuk pensil lukisan di meja. “Okey lah.. akak bagi tahu mereka lepas Auna bercuti. Lepas tu jemput sekali datang untuk majlis yang malam tu. Lepasakad nikah. Kad dia mintak dengan abang yaa..Auna pun tak tengok lagi kad tu.”Kata Auna Aulia.

“Okey no hal my dear sister in-law to be. For you darling..” kata Syafiqah. Lalubangkit dari kerusi dan keluar.

Auna Aulia termenung sendiri. Selepas itu dia tenggelam dengan kerjanya. Tak sedar dah menginjak tengahari. Dia tersedar bila Syafiqah ajak dia makan. Tapi dia menolak. Kerana ingin melelapkan mata sekejap. Hanya mengirimkan sandwich sahaja.

Selepas solat zohor Auna Aulia menyambung kerjanya semula. Tiba-tiba biliknya diketuk dan kelihatan plastic beg subway ditunjukkan. Orangnya tak nampak sebab terselindung di sebalik pintu.

Auna Aulia tersenyum dia tahu tangan siapa. Khaleel Zachry kemudian menunjukkan diri. Terus lelaki itu duduk dikerusi dihadapan Auna Aulia tanpa perlu Auna Aulia pelawa. Tak malu sungguh.

“Nah sandwich. Syafiqah minta tolong hantar.” Kata Khaleel Zachry. Sejuk jerk bunyisuara. Huh.

“Terima kasih. Memang lapar giler ni. Kenapa kak syafiqah tak hantar sendiri?” tanyaAuna Aulia pelik.

“Dia sibuk isi borang cuti orang tu. Kan ker orang tu nak cuti kawin.”

Auna Aulia terdiam. Tangannya yang sibuk mengemaskan meja kerjanya terkaku. Nafasnya di hembus perlahan. Setiap kali Khaleel Zachry menyebut perkataan kawin dia rasakan seperti Khaleel Zachry menyindirnya.

“Lamanya cuti. Teruk saya nak cover awak nanti.” Kata Khaleel Zachry lagi.

Auna Aulia diam. Khaleel Zachry mana pernah nak berlembut dengan dia. Asyik mengeras saja dengan dia. Dengan orang lain elok pulak di layannya. Kadang-kadang dia pun pelik, kadang Khaleel Zachry okey dengan dia kadang-kadang ko.

“Seminggu jerk. Selasa depan tu Auna naik kerja balik. Tak payah risau. Nanti Auna siapkan semua sebelum Auna start cuti.” Jawab Auna Aulia.

“Okeylah kalau macam tu. Jangan lupa. Siapkan semuanya sebelum bercuti. saya tak nak terkejar sana sini buat kerja orang lain” Kata Khaleel Zachry lalu bangun dan ingin melangkah keluar tangannya seperti biasa dimasukkan kedalam poket. Sebelum membuka pintu tiba-tiba Khaleel Zachry bersuara “Masa rehat untuk rehat untuk makan. Bukan untuk berkerja. Tak payah lah berdiet, badan dah sekeping nanti taksedap cik abang nak peluk. Rasa macam peluk papan saja.” Komen Khaleel Zachry.Serentak dengan itu pen yang kebetulan berada ditangan Auna Aulia dibalingnya kearah Khaleel Zachry. Tapi lelaki itu sempat mengelak dan tergelak. Auna Aulia sakit hati.

Petang itu selepas habis waktu pejabat abangnya Aazad Aamir pulak yang menanti menghantar mereka ke The Curve membeli belah. Kak Zahra dan Farzahana  pun dah lama menanti. Auna Aulia hanya mengikut. Tapi bukan kepalang terkejutnya dia bila Kak Syafiqah dan Kak Zahra membawa dia kebutik pakaian dalam.

Huwaawaawa..dia tak sanggup. Macam-macam jenis lingerie yang ada termasuk pakaian dalam.Dia rasa nak pitam. Rasa ngeri pun ada juga. Rasa macam perempuan murahan punada jugak. Hilang akal apa mereka suruh dia pakai baju dalam macam ni. Mereka kata khas untuk malam pertama. Pakaian dalam yang lain tu adalah sebagai permulaan hidup. Uuuuweeek…Hilang akal sungguh. Dia tak sanggup. Dah macam dalam buku cerita Projek Memikat Suami lah pulak. Bila dia luah pada mereka dijawabnya memang sekarang ni projek pikat suami pun. Biar suami Auna Aulia sayang Auna Aulia ketat-ketat. Tak pandang yang lain dah.

Huuuwaaaaa dia tak rela.. tak rela. Dalam pada tak rela pun dia kena relakan jugak. Mama pesan suruh ikut sahaja. Kak Syafiqah sempat menyuruh dia beli beberapa pasang baju tidur untuk bakal suaminya. Kak Syafiqah kata biar ada sentimental value untuk mereka pada malam pertama. Eeeee rasa nak muntah hijau  dengar. Nak tak nak Auna Aulia tetap kena pilih. Akhirnya dia pilih warna putih, warna merah dan warna hitam untuk baju tidur mamat tu. Errmm okey lah tu. Jangan tak adakan. Saiznya besar dari saiz abang-abangnya.

Selepas itu mereka pergi membeli beberapa pakaian baru untuk Auna Aulia. Semuanya serba baru. Bayangkan dalam beberapa jam dia boleh bershopping sakan macam ni. Memang marathon sungguh.

Sampai rumah dah pukul dua belas lebih. Dia menapak lemah naik ke bilik. Masuk bilik kemas barang mandi solat selesai apa yang patut. Tapi sempat lagi dia fikir tinggal lagi sembilan hari lagi dia nak kawin.

Lepas tu dia tertidur. Dalam lena dia bermimpi ada seorang lelaki yang menanti dia dipintu masjid. Dia seakan kenal dengan susuk tubuh itu tapi dia tak dapat melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu membawa dia mengelilingi kaabah untukmelakukan tawaff. Siapa lelaki itu. Dia dapat merasakan dia kenal dengan lelaki itu cuma wajah lelaki itu tidak cukup jelas.

Esoknya dia terlewat bangun. Enam setengah baru tersedar. Kelang kabut bersiap kepejabat. Bersama Aazad Aamir pulak. Petang habis waktu bekerja Aazad Aakif pulak yang ambil. Bawak pergi mall kali ni Pavillion pulak. Beli barang lagi atas arahan mama. Dayang-dayang Kak Syafiqah, Kak Zahra dan Farzahana tetap ada disisi menemani dia. Macam dah kena brain wash dengan mama jer.

Lusanya dia ke spa pulak. Berlulur, facial dan segala bagai. Rimas pulak jadinya.Bosan. Penat dah rasa macam robot pulak. Kene ikut saja semua. Tak boleh kata tidak. Nanti mama akan tukar mood kepada mood sedih. Maka adalah babak air mata.Itu yang dia tak suka.

Khaleel Zachry langsung dia tak jumpa di pejabat. Mungkit sibuk menggantikan dia melihat tapak project. Site memang dia tak pergi dah. Dia suruh orang lain pergi. Mama tak bagi dia cakap tak elok. Big boss Datuk MegatK halid Zamri macam faham jer tak ada pulak tanya soalan pelik-pelik. Semua kerja-kerja Auna Aulia dia suruh orang lain yang buat. Sementara Auna Aulia buat kerja pejabat sahaja, Datuk Khalid Zamri cakap bakal pengantin tak elok keluar selalu. Darah tengah manis. Dalam pada tu siap cakap kalau tak cukup cuti tu beritahu saja nanti akan tambah lagi lagi kalau tak cukup. Aikk macam suka jerk dia cuti lama-lama.

Jadual pada minggu ini betul-betul padat. Selesaikan segala urusan pejabat, urusan shopping kawin dan macam-macam lagi.Penat. Tolong lah sesiap yang terlebih rajin untuk urut kaki dia. Rela dia hulurkan kaki untuk di urut sekarnag jugak.


*****************************************************************************

harap cukup panjang yaa.. enjoy..



Last edited by mrsT on 9-7-2013 01:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2013 01:06 PM | Show all posts
@asyriqa   kaka.. selamat berpuasa yaa..

@cegitu    tak jadi kawin..

@yoozara   hahahaa... nanti kiter pertimbangkan yer..  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 01:39 PM | Show all posts
tenkiu tenkiu tenkiu
tapiiiii
tak cukup panjang lagi tu ..hahahaha


psttt ***
kpd kaka2, adik2, abam2
selamat berpuasa dan mempertingkatkan  lagi ibadah inshaa Allah
maafkan sye if ade ayat2 yg tak syok uolss bace hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:00 PM | Show all posts
Selamat berpuasa untuk semua....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 03:02 PM | Show all posts
Gitu juga dengan sy...selamat menjalani ibadah berpuasa...semoga segala amalan kita akan diterima olehNya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2013 03:03 PM | Show all posts
selamat berpuasa semua.. nanti TT samb lagi yer..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:10 PM | Show all posts
Slmt berpuasa sumer....hopefully kita dpt beraya bersama2 Khal & Khal & Khal....and Auna...
(byk nye Khal....rembes punya pasal...hehe..)

Maaf if ada tersilap bicara ye TT and kengkawan skalian...
kita sama2...menunggu hepi ending Khal & Auna...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:43 PM | Show all posts
Selamat berpuasa juga untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:43 PM | Show all posts
TT ni sengaja jah tau... nak bagi kaka2 semua saspen kann..kann... mendera la namanya tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 1.132361 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list