CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
Post time 5-7-2013 06:09 PM | Show all posts
haippppppppppp... mana cukup tu sayang oooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... lekat celah gigi kaka jah ni...   malam nih tak dop ke... ye lah kalo nak bagi kaka2 ni seme tido lena kena bagi lagi sedas dua... baru vroooommmm... kata orang... muahahahaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 06:32 PM | Show all posts
Best sgt2...
Tapi kalau ada edisi malam lagi best  
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsT posted on 5-7-2013 02:29 PM
samer2.. suker??

Suker sangat....sambunglah lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 12:54 AM | Show all posts
awanjingga posted on 5-7-2013 02:43 PM
ye ke pnjng ? ke huruf tu besor sikit dri biasa tu mcm pnjng je en3..

memang tamak sungguh.. tak baikk tauu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 12:55 AM | Show all posts
suria74 posted on 5-7-2013 02:57 PM
boleh la tt untk ptg nih, heheheheh kalo rajin smbg la lagik...larikkkkkkkkkkkkkkk

kalau malas blehh takk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 12:56 AM | Show all posts
yoozara posted on 5-7-2013 04:25 PM
tak cukupppppppppp kahkahkah

baikkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2013 12:57 AM | Show all posts
asyriqa posted on 5-7-2013 06:09 PM
haippppppppppp... mana cukup tu sayang oooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... lekat celah gigi kaka ja ...

haiii heeppppp kaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 12:57 AM | Show all posts
MsIda posted on 5-7-2013 06:32 PM
Best sgt2...
Tapi kalau ada edisi malam lagi best

nanti lah buat edisi larut pagi dah nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 02:12 AM | Show all posts
mananyaaaaa edisi larut pagi sayang ooooiiiii.... gigih kaka tongkat mata kaka ngan batang mancis nih, nunggu edisi larut pagi...
nan hado jah...  laruttttt sudahhhh... eheheheheee...    esok kalo tak sambung pnjang2... kaka bako umah nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 02:48 AM | Show all posts
asyriqa posted on 6-7-2013 02:12 AM
mananyaaaaa edisi larut pagi sayang ooooiiiii.... gigih kaka tongkat mata kaka ngan batang mancis ni ...

hahahaa.. .. kita bakar..kita bakar..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah larut petang pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2013 04:17 AM | Show all posts
“Auna cepat. Dah pukul 745. Majlis mula pukul 8” Zahra mengetuk pintu bilik air.


“Akak pergi dulu. Nanti saya datang saya nak solat dulu.” Jawab Auna Aulia dari dalambilik air.


“Akak suruh abang teman ya..” kata Syafiqah.


“Takapa suruh abang pergi dulu. Saya datang kemudian.”


Kedengaran loceng pintu bilik mereka berbunyi. Diselangi suara Abangnya. Auna Aulia meremdamkan seluruh muka dan badannya dalam bath tab. Tak nak dengar apa-apa.


Pintu bilik air di ketuk dari luar. “Yaya…Yaya.. bukak pintu ni..” kedengaran suara Aazad Aakif mengarah Auna Aulia membuka pintu.


“Tak nak.. badan penuh sabun. Abang pergi dulu..”


“Auna Aulia.. bukak pintu ni..” arah Aazad Aakif sekali lagi.


“Tak mau lah kacau..”


“Abang kira sampai tiga..bukak pintu ni sekarang. Yaya ni kenapa ni?” tanya AazadAamir pula.


Auna Aulia mengeluh. Kalau dah dua-dua abangnya berpadu nampaknya dia kenelah mengalah. Diakan adik yang tu kat luarkan tu kan abang.


“Auna Aulia dengar tak? Abang suruh bukak pintu ni. Karang abang pecahkan pintu nibaru tahu..” kata Aazad Aakif.


Auna Aulia buat bodoh. “Yaya ok. Abang pergilah dulu.. nanti Yaya datang kemudian.”Jawab Auna Aulia lagi.


Dah nama pun abangkan mereka tahu perangaiadik mereka yang sorang ni.


“Yaya..open the door now..” kata Aazad Aamir.


Alaa leceh sungguh kalau abang dah speaking London ni. Maksudnya kena dengar. Kalau tak teruk nanti. Auna Aulia bangkit dan membilas badan. Bathrobe disarung badan. Rambutnya yang basah dia biarkan. Badannya menggigil kesejukkan. Pintu bilik air dibukak.


“Ya ALLAH..” hanya itu yang terkeluar dari mulut Aazad Aamir. Tangan Auna Aulia di tarik.Dia terus mencapai tuala untuk mengelap rambut yang basah. Muka Auna Aulia dah pucat dan badan dah menggigil.


“A..aa…bang…sejuk..tutup aircond please.” itu yang terlafaz dari bibir Auna Aulia yang sudah membiru.


Zahra kelang kabut mematikan suis aircond bilik mereka. Aazad Aamir ligat mengeringkan rambut Auna Aulia. Aazad Aakif menggenggam tangan Auna Aulia dan digosoknya untuk memberi haba. Syafiqah juga membantu, Zahra memberi Auna Auliaair panas. Masing-masing kalut.


“Yaya please jangan buat macam ni lagi. Risauabang” luah Aazad Aakif.


“Sorry..”itu yang mampu dia ucapkan.


Tanpa mereka sedari ada mata yang memandang tapi dia tidak boleh membantu hukum yang menghalang dia dekat. Jika diturut rasa hati ini. Mahu dia membawa Auna Auliadalam rangkulannya. Akan dipanaskan tubuh itu dalam dakapannya. Takkan diabiarkan gadis itu kesejukan. Tapi dia sedar hukum dan adap tidak menghalalkan cara. Dia hanya mampu memerhati dalam kepahitan. Gelora dan keinginan di tahan.Lebih perit rasanya. Melihat gadis kesayangan dari jauh sedangkan dia tak pernah jauh dari gadis itu.  Tak pernah walau pun sekali. Dia selalu dekat.  Dia melangkah pergi dengan hati yang berat. Tapi dia tahu kesayangannya selamat berada didalam lingkungan mereka yang menyayanginya.


Setelah keadaan Auna Aulia kembali okey. Mereka bergegas ke Tumasek Beach untuk acara malam ni. Auna Aulia mengenakan seluar linen putih bersama blouse lengan panjang putih dibawahnya bercorak hijau. Selendang bercorak rama-rama dipakai bertanah putih. Dipadan kan bersama sandal.


Kedatangan Auna Aulia telah memukau sepasang mata. Hati yang gundah menjadi lapang melihat si gadis menjelma jua. Masing-masing sibuk menjamu selera. Auna Aulia berbual dengan mereka yang ada disitu.


Mereka bergelak gembira bila ada yang menyanyi dengan suara yang sumbang mambang. Tak dinafikan ada juga suara yang sedap.


Auna tergelak besar bila Abangnya Aazad Aakif dan Aazad Aamir menyanyi lagu Aci-Aci buka pintu. Kak Syafiqah dan Kak Zahra pun tak tak kurang hebatnya menyanyi.Lagu ketulusan hati Anuar Zain lagi. Gedik sungguh. Dia pun di tarik sama menyanyikan lagu tu. Nasib suara tak sumbang pecing tak lari ke laut. dah lah depan laut ni. Kalau tak mesti malu. Wawaaaa kakak jahat. Tahulah nak tujukan lagu tu kat abang. Kenapa dia di kait sama. Tak ada feel langsung. Mengekek dia ketawa bila abang-abangnya menghulurkan bunga kepada mereka. Yang lagi kelakar bila Aazar Aamir buat lawak yang kononnya nak terjatuh konon-kononnya.


Khaleel Zachry sedang rancak berbual dengan sorang gadis. Auna Aulia hanya memerhati mereka dari jauh. Dia tak tahu siapa gadis itu. Cuma yang pasti dari awal lagi mereka kelihatan mesra. Sesekali mata mereka berlaga dan cepat-cepat Auna Aulia mengalihkan pandangan mata. Mata ni pun durhaka jugak dengan tuan badan. Dahlah nak menikah tak lama lagi, lagi dok gatal pandang orang lain.Ish..ishh..ish.. durhaka sungguh. Balik ni kena cuci mata ni sungguh-sungguh.


Tiba-tiba terdengar suara Aazad Aakif  melaungkan nama Khaleel Zachry dengan menggunakan mikrofon.


“Khaleel tolong ke depan yaa. Tolong dermakan suara sumbang kau untuk kami pakat-pakatgelak..” kata Aazad Aakif.


AunaAulia tercengang. Abangnya yang agak pendiam tu malam ni boleh terlebih aktif pulak. Si Khaleel ni pandai ke nyanyi sedap ker suara. ke katak pun serender dengar suara dia. Dahlah tu boleh pulak terlebih becok. Amboi..


Khaleel cepat.. terdengar satu suara menjerit. Auna Aulia memandang kearah Khaleel Zachry yang melangkah dengan segak ke hadapan. Khaleel Zachry mengenakan kemeja putih berserta jacket dari fabric cotton di dalam dan berseluar khakis berwarna biru sama warna dengan jacket yang disarungkan. Baru dia perasan Khaleel Zachry pandai bergaya. Ada aura dan karisma. Nampaknya disini ramai yang mengenali Khaleel Zachry. Tak mustahil juga ada yang menaruh hati.


Kelihatan Khaleel Zachry bercakap-cakap dengan orang teknikal yang bertugas. Selepas itu dia mengambil gitar yang dihulurkan oleh entah siapa-siapa Auna Aulia tidak tahu. Yang dia tahu suasana jadi begitu sunyi. Semua mata memfokuskan pada Khaleel Zachry seorang. mata dh mula lah tu buat aksi durhaka pada tuan.

“testing..testing..”kata Khaleel Zachry. “Terimalah lagu kau tak pernah jauh..” sambungnya.


Dimana pun ku berdiri
Kaukan tetap kuingati
Kauselalu dekat dalam hati ini
Dantak pernah sehari pun
Hari-hariyang berlalu
Tanpaaku merindu mu kekasihku
Saatkita berjauhan
Janganada rasa bimbang
Kernacinta menyatukan perasaan
Takmengira detik waktu
Inginkulafaz selalu
Akucinta kepadamu
Walauseribu liku di depanku
Akantetap aku tempuh
Dalamhatiku kau tak pernah jauh
Walaupunterpaksa ku menunggu
Tanpajemu dan selalu
Sentiasadekat di hatiku...
Kaumembuat hidup ini
Semakinlebih bererti
Kaumiliki kelebihan tersendiri
Takmengira detik waktu
Inginkulafaz selalu
Akucinta kepadamu
Walauseribu liku di depanku
Akantetap aku tempuh
Dalamhatiku kau tak pernah jauh
Walaupunterpaksa ku menunggu
Tanpajemu dan selalu
Sentiasadekat di hatiku...
Kaumembuat hidup ini
Semakinlebih bererti
Kaumiliki kelebihan tersendiri
Takmengira detik waktu
Inginkulafaz selalu
Akucinta kepadamu
Kekasih...kepadamu... kekasih


Semua orang memberikan perhatian dan penghayatan pada lagu itu. Alam seakan turut merasakan isi hati insan yang menyanyi itu. Mata Auna Aulia terpaku kepada KhaleelZachry. Hanya kepada Khaleel Zachry. Suasana dirasakan sunyi dan sepi.

Hanya kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai. Petikan gitar dari Khaleel Zachryberpadu dengan suaranya yang mendayu. Caranya seperti bersungguh bukan seperti memang bersungguh seakan-akan menujukan lagu itu pada seseorang dan dia sedangberhadapan dengannya. Meluahkan segala rasa dijiwa. Dia merasakan sepertiKhaleel Zachry mahu menyampaikan apa yang dia rasa pada insan itu. Bersungguh. Sama seperti dalam kereta dulu penuh penghayatan. Seakan-akan cuba menceritakan isi hatinya pada seseorang , seorang yang terlalu istimewa. Tapi pada siapa tidak Auna Aulia tahu. Cuma yang pasti dia begitu menghayati lagu itu.



*********************************************************************

ok dah sambung... enjoy yaa...  cukup kan.. dah panjang dah nie..



Last edited by mrsT on 7-7-2013 04:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 07:08 AM | Show all posts
tak cukupppp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 08:44 AM | Show all posts
utk semua yg sudi membaca cerita ting tong saya.. tq very much..

**************************************************************

Bait-bait kata lagu itu, walau seribu liku di depanku, akan tetap aku tempuh, dalam hatiku kau tak pernah jauh. Siapa yang ada dihati Khaleel Zachry dan tak pernah berada jauh dari pandangan jejaka itu. Tanpa Auna Aulia sedari tangannya memusing-musingkan cincin tunang yang berada di jari manisnya.


Walaupada sesiapa pun lagu itu ditujukan dia tidak peduli. Matanya dan sepasang mata yang cantik dan bercahaya milik Khaleel Zachry seakan bertemu. Redup, lembut dan mendamaikan. Kenapa tiba-tiba Auna Aulia merasakan ada air hangat yangmengalir dipipi. Kenapa dia merasakan sangat sebak. Ya, dia bersalah denganlelaki yang sedang menyanyi itu. Menghukum lelaki itu. Kesian.

Tiba-tiba kedengaran orang bertepuk tangan dan Auna Aulia seperti tersedar dari lamunan. Laguitu dah tamat. Khaleel Zachry sedang berjalan duduk di kerusinya. Dia seperti balik semula kepada dunia nyata. Cepat-cepat dia mengesat airmata yang mengalirdi pipi. Dia tidak mahu sesiapa yang perasan. Terdengar siulan di merata-rata.Kelihatan juga ada yang bangun untuk memberikan perhormatan.

Auna Aulia bangkit dari tempat duduknya. Dia ingin berjalan di tepi pantai. Menenangkan jiwa. Mencari damai dihati. Banyak perkara yang begitu menyesakkan dada. Pada abang Aamir dia maklumkan. Abang Aamir nak teman. Tapi dia tak nak dia nak bersendirian. Sedang dia berjalan menyusuri pantai dia terasa seperti ada yang mengikutnya dari belakang.

“Terus jalan, tak payah tengok” kata suara itu. Auna Terkejut bila mendengar suara itu. Milik Khaleel Zachry.

“Kenapa awak ikut saya”

“tak elok awak jalan seorang..”

“tak payah risau. Dari sini kat boleh nampak orang kat sana.” Jawab Auna Aulia merujuk kepada kumpulan mereka tadi.

“Orang yang berdarah manis ni senang nak tarik apa-apa datang mendekat..”jawab KhaleelZachry.

Auna Aulia buat muka bosan. Lagi-lagi cerita ni. Dia nak dengar dari mulut lelaki nikata maafkan diri. tapi lain pulak yang mamat ni cakap. bosan.

“Awak suka dia ke?” tanya Khaleel Zachry lagi.

“entah..kan dah tanya tadi petang” jawab Auna Aulia polos.

“Kenapa entah..” Khaleel Zachry masih di belakang dengan jarak lebih kurang 10 langkah kebelakang dari Auna Aulia. Jadi untuk mereka harus menjerit sedikit untuk bercakap.

“Tak ada jawapan. Saya akan sayang dia dan terima dia seadanya” jawab Auna Auliayakin.

“Tapi awak tak pernah jumpa dia..”

“tak apa lah.. orang dulu-dulu pun kawin tak pernah kenal antara satu sama lain.Kenal masa lepas akad nikah tu lah baru kenal. Apa salahnya saya jadi macam orang dulu-dulu”

“Awak rela dengan pilihan family awak?” provoke Khaleel Zachry lagi.

“Saya rela dan saya redha. Restu keluarga saya di hadapan saya. Saya tak perlukanbenda lain. Hanya restu mereka. Lagipun saya tahu mereka akan pilih yang terbaik untuk saya..”

“Baguslah.Kalau awak cakap macam tu. Saya doakan awak bahagia dengan pilihan mereka. Tak nak jemput saya ke?” tanya Khaleel Zachry lagi.

“perlu ke awak ada? Lagipun majlis ni hanya keluarga terdekat jerk.. segan saya..”jawab Auna Aulia.

“Terpulang pada awak. Awak jemput saya datang. Kalau awak tak jemput pun saya tetap akan datang..” jawab Khaleel Zachry.

“Tak malu sungguh..” jawab Auna Aulia tergelak.

“Saya nak ucapkan selamat pengatin baru dekat awak. Saya nak jadi orang yangpertama.. saya betul-betul maksudkannya.”

“Terima kasih. Doakan untuk saya.”

“Yaa..baik.. kita dah jauh ni saya rasa elok kita patah balik.” Kata Khaeel Zachry.

“betullah.. jomlah..” ajak Auna Aulia.

“kita kekalkan jarak kita macam ni ya.. awak depan saya belakang.” Kata KhaleelZachry.

Entah kenapa Auna Aulia rasa bahagia dengan layanan itu. Dia rasa selamat. Rasa dilindungi. Tapi cepat-cepat dia matikan rasa yang hendak berkutik tu. Diab akal menjadi isteri kepada orang. Tidak harus dia biarkan apa-apa jua rasa wujud dalam diri dia pada orang lain. Hatinya hanya untuk suami yang bakal dia nikahi sedikit masa lagi. Keluhan lagi terkeluar dari mulut dia.

"tak baik mengeluh. seprti awak tidak mensyukuri nikmat yang ALLAH beri pada awak.." tegur Khaleel Zachry.

Andai dia mengerti apa yang dia rasa kan bagus. bisik Auna dalam hati..

Mereka berjalan ke tempat tadi, kelihatan abang-abangnya sedang menanti. Setelah bercakap lebih kurang mereka berjalan balik ke bilik. Masing-masing mendiamkan diri. Sampai dipintu bilik mereka terus masuk kebilik masing-masing.

“Apa yang Auna bualkan dengan Khaleel tadi?” tanya Zahra.

Auna Aulia terkejut. “Tak ada apa. Dia wish selamat pengantin baru dekat Auna. Macam mana dia tahu Auna pergi pantai ekk?”

“Dia tanya abang Aakif tadi lepas tu minta izin nak cakap dengan Auna dari abang.Abang cakap okey then dia pergilah..” jawab Syafiqah.

“Tapi tak kan wish jer kot.. tak ada cakap apa-apa?” tanya Zahra sekali lagi. Macampelik lah pulak.

“Mana ada. Tu aja. Dia tanya confirm ke nak kawin dengan mamat tu. Sedangkan Auna takpernah tengok rupa bentuk mamat tu.. tak takut ke?” jelas Auna Auliabersungguh.

“tujerk..” tanya Syafiqah terkejut.

Auna Aulia pelik. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? “ iyer.. eh..eh.. tanya ni macam ada apa-apa yang Auna tak tahu jerk..”

“Tak ada apa-apalah.. saja tanya..” jawab Syafiqah kalut dan buat-buat sibuk kemasbeg.

“ermm akak masuk mandi dulu lah.. panas..” kata Zahra seperti melarikan diri.

Auna Aulia pelik melihat etlatah masing-masing. Macam ada rahsia jerk. Tapi dia malas nak perah otak nak berfikir. Sampai masa dia akan tahu juga. Tak payah pening-pening. Terus dia berbaring di atas katil yang empuk. Meregangkan segala urat saraf. Fuhh leganya.

Besok dah balik Kuala Lumpur. Isnin kerja. Mama dah suruh apply cuti awal. Rasanya dia malas nak ikut. Biar lah dia berada di luar rumah. Menghabiskan hari-hari bujang dia sendiri. Lagi dua hari dia nak kawin baru dia cuti. Tapi mama dah pesan bermula dari hari Isnin ni kemana-mana hatta pergi tempat kerja pun akan di ambil oleh keluarga. Mama tak kasi dia bersendirian. Mama cakap kemana punmesti berteman.

“weii..pergi mandi Auna jangan tidur dulu,” tegur Syafiqah.

“eemm..”jawab Auna tetap melelapkan matanya. Dia inginkan menghayati bunyi ombak. Entahbila dia dapat bersenang lenang begini. Dia sebenarnya takut untuk menempuhi gerbang perkahwinan. Tambahan pula dengan orang yang tidak dia kenal. Takpernah tengok rupa. Kata orang terlajak perahu terlajak kata buruk padahnya.Dia harus redha dengan ketentuannya.

Akhirnyadia tertidur. Jam 3.30 pagi Auna Aulia tersedar. Bangun solat isyak dan tertidur balik dengan telekung-telekung sekali dia bawak naik katil. Dia tersedar bila ada orang mengejutkannya.

Selepas itu dia masih bermalas malas dalam bilik. Begitu juga dengan Zahrah dan Syafiqa masing-masing bermalas-malasan. Tepat jam 9.00 pagi mereka turun sarapan. Jam sebelas mereka mula check out.

Mereka berkumpul di hadapan lobby Avillion Port Dickson. Abang Aamir parking kerata Satria Neo kak Zahrah berdekatan dengan lobby hotel. Motor dia juga dah ada kat depan. Tinggal nak bawa saja lagi. Ni lah mungkin konvoi terakhir dia yang berstatus single. Kalau suami dia tak minat motor besar macam mana yaa..bosannya hidup. Tawakal saja lah. huhuhuuuu. Sebelas setengah pagi merekabergerak pulang ke kuala lumpur.

Masih sama seperti masa datang, Khaleel Zachry di belakangnya. Lelaki itu banyak mendiamkan diri. tak banyak cakap. Hanya memandangnya dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan. Auna Aulia sayu.. dia tak tahu kenapa.

*****************************

sorry lambat update bz sikit.. enjoy..



Last edited by mrsT on 8-7-2013 08:52 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 08:52 AM | Show all posts
@yoozara    harap ini cukup panjang yaa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:58 AM | Show all posts
sukup pjg tu hikhik
owhhh abam khal
Last edited by yoozara on 8-7-2013 09:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 09:52 AM | Show all posts
heheheeh terharunya.....x sabar nk tgk wedding mereka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2013 10:13 AM | Show all posts
suria74 posted on 8-7-2013 09:52 AM
heheheeh terharunya.....x sabar nk tgk wedding mereka....

confident jerk auna kawin dengan karl..
kalau bukan karl mcm mana.. boleh jadi muiz..

hahahhahaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 10:59 AM | Show all posts
mrsT posted on 8-7-2013 10:13 AM
confident jerk auna kawin dengan karl..  
kalau bukan karl mcm mana.. boleh jadi muiz..

ehhhh jgn la gitu...dah terasa2 bau nasi minyak si khaleel nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:48 AM | Show all posts
baru baca n suka ngan cerita nie
bila nak sambung lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.128165 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list