View: 25159|Reply: 161
|
Aliff Aziz Bengang Sikap Pengacara TV Tak Profesional
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Penyanyi, Aliff Aziz akui tidak senang dengan sikap seorang hos TV sebuah rancangan yang memperlekehkan tindakannya menamam cincin kenangan cinta bersama bekas kekasihnya, Adira ketika mengendalikan sebuah program hiburan baru-baru ini.
Aliff Aziz berkata hos wanita itu, tiada hak untuk mengatakan tindakannya itu seperti kebudak-budakan kepada khalayak kerana dia sendiri tidak mengenali hos tersebut yang juga seorang pelakon.
"Sebenarnya saya sedang menonton ketika program itu bersiaran langsung di televisyen.
"Apabila nama saya disebut dan pengacara itu mengatakan tindakan saya menanam cincin seperti kebudak-budakan yang menjadikan saya jadi panas.
"Saya tak mahu sebut siapa nama hos dan program itu, kerana saya tahu peminat serta orang ramai pasti sudah tahu.
"Sebenarnya, saya bukan orang yang sensitif yang tak boleh diperkatakan begitu.
"Malah saya pernah kena lebih kasar daripada itu dan saya tiada masalah. Tapi orang itu perlu jadi kawan saya terlebih dahulu.
"Pada saya, dia (hos berkenaan) perlu berhati-hati dengan apa yang ingin katakan.
"Sebab kalau dia terkena salah orang, mungkin dia akan dibalas lebih teruk daripada orang itu. Nasib baik saya masih boleh tenang.
"Cuma, apa hak dia cakap saya budak-budak? Siapa dia yang boleh menghakimi saya begitu?," kata Aliff Aziz kepada murai.com.my
Aliff Aziz ditemui selepas Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM Pulau Pinang di Prangin Mall Pulau Pinang pada 1 Jun lalu.
Dalam konsert tersebu,t Aliff telah menghiburkan penonton dengan dua buah lagu iaitu Jangan Ganggu Pacarku dan Sayang Sayang.
Berikutan rasa tidak puas hatinya terhadap hos tersebut, Aliff Aziz telah pun meluahkannya di entri akaun Twiiter miliknya mengenai perasaan kurang senangnya dengan hos TV berkenaan tanpa mendedahkan nama serta program berkenaan.
Dalam program hiburan tersebut, hos wanita itu bersama seorang hos lelaki sedang mewawancara bekas kekasihnya Adira.
Menurut penyanyi lagu Sayang Sayang itu lagi, cara hos wanita itu dianggap tidak profesional dan tidak menjaga air muka tetamu yang dijemput.
"Saya tak mahu perkara ini menjadi lebih besar. Cuma saya berpendapat, sebagai seorang hos dia adalah pengacara yang tidak professional.
"Cara dia cakap itu buat orang ramai atau penonton meluat walaupun mungkin dia cuba mahu berjenaka.
"Tapi tak mengapa, saya tak kisah kerana kata-katanya itu tidak menjejaskan langsung periuk nasi saya dan rasanya tidak perlu untuk saya memikirkannya lagi,"luahnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai tindakannya yang menanam cincin perjanjian cinta bersama Adira itu, Alif memberitahu itu salah satu caranya untuk meluahkan perasaannya.
"Saya menanam cincin, sekadar untuk menanam kenangan saya bersama cincin berkenaan sepanjang saya memakainya ketika bercinta bersama Adira. Itu sahaja.
"Malah itu cara saya untuk luahkan rasa saya dan tak bermaksud orang lain tak suka saya tidak boleh buat kerana saya pun manusia biasa juga.
"Setiap orang apa pendapat masing-masing dan itu hak merekalah nak kata apa pun.
"Saya tidak hiraukannya selagi apa yang saya buat tidak berdosa dan tidak memburukkan sesiapa," jelasnya lagi.
Alif telah memuat naik foto dia menanam cincin tersebut di laman sosial Instagram miliknya.
Mengenai perkembangan terbaru, Aliff yang baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Khirana untuk TV3 dan Gerhana untuk siaran RTM.
Credits: murai.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak songeh pulak mamat poyo ni....elok ko pegi balik ke Singapura.... |
|
|
|
|
|
|
|
sape?
kiah propa ker ngn ikhwan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
si nabil kan??? aku tertengok meletop semalam...pergh, giler putih adira.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ntahapapa pun pegi tanam cincin |
|
|
|
|
|
|
|
neelopa... |
|
|
|
|
|
|
|
Nilopa and bang bil..xde pusara ngan nisan jah cincin tu.aku pon rasa cam bangang je tanam cincin post kt instagram.kahkah.mmg budak hingusan.ko tanam ko diam2 sudah la. |
|
|
|
|
|
|
|
toxicated posted on 3-6-2013 05:10 PM
Nilopa and bang bil..xde pusara ngan nisan jah cincin tu.aku pon rasa cam bangang je tanam cincin po ...
si aliff ni jd tetamu kat meletop tu ke noks?
|
|
|
|
|
|
|
|
loopak le ni..haha..knp x nk sound nabil skali?? aku rsa cm sama je dua2 dok ckp psl hal 'tanam cincin' ni..
tp mmg mcm bdk2 pon aliff aziz oiiii..opss sorry |
|
|
|
|
|
|
|
funnyTONE posted on 3-6-2013 05:03 PM
si nabil kan??? aku tertengok meletop semalam...pergh, giler putih adira..
kan thread ni cakap artis wanita. nabil tu lalaki. so neelofa la kot. kesian dia. rasa simpati pulak abang kat neelofa asyik kena hentam je. bersabar lah ye
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 3-6-2013 05:13 PM
si aliff ni jd tetamu kat meletop tu ke noks?
tak lah. Aliff Aziz tengok rancangan MeleTOP masa rancangan tu tengah Live, yang dijemput ke MeleTOP tu bukan Aliff Aziz tapi Adira. Adira ni pulak awek Aliff Aziz. so Alif aziz ni marah sebab pengacara tu cakap budak2. sudah faham ?
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 3-6-2013 05:13 PM
si aliff ni jd tetamu kat meletop tu ke noks?
Adira noks..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pailang posted on 3-6-2013 05:31 PM
tak lah. Aliff Aziz tengok rancangan MeleTOP masa rancangan tu tengah Live, yang dijemput ke MeleT ...
oo padan la beliau begitu sentap skali
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt x puas ati kt nilopa.padahal bang bil sama naik jah mengata cincin dia tuh.hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ko menyanyi pun tak best nk merengek plak..blah la!
|
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya dok tanam cincin bagai...padan muka kena sindir |
|
|
|
|
|
|
|
mmg mcm budak2 pun... pi tanam dlm tanah, sempat snap, masuk instagram...takde kerja...kot ye pun nak buang, buang je dlm longkang diam diam, abis citer... |
|
|
|
|
|
|
|
neelopa la nihhh..
mcm budak budak pon kau tu tanam cincin bagai.
nasib baik takbuat video macam shila amzah.. |
|
|
|
|
|
|
|
daripada tanam... baik aku gadai.... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha xpro
puih la ko budak kecil |
|
|
|
|
|
|
| |
|