CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4579|Reply: 30

[Tempatan] Isteri kelar Suami [edisi cemburu]

[Copy link]
Post time 31-5-2013 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Isteri kelar dagu, dada suami lena

Tawau: Akibat cemburu kerana mengesyaki suaminya mempunyai teman wanita, seorang isteri bertindak kejam apabila mengelar dagu dan dada suaminya ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Taman Kinabutan Ria, Batu 5, Jalan Apas di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun bekerja sebagai mekanik terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Tawau dan menerima 13 jahitan di dagu dan sembilan jahitan di dada.


Dalam kejadian jam 3.20 pagi itu, berlaku pertengkaran antara mereka apabila isteri mangsa berusia 54 tahun mengesyaki mangsa mempunyai teman wanita.

Selepas pertengkaran itu, mangsa masuk ke dalam bilik lalu tidur.


Isteri mangsa yang juga seorang suri rumah sepenuh masa berang dengan kejadian itu lalu bertindak mengambil sebilah parang di dapur dan menggelar dagu serta badan suaminya yang ketika itu nyenyak tidur. Anak mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian meminta bantuan jiran sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, berdasarkan maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Tawau.

“Ketika itu, isteri mangsa cuba melarikan diri bersama parang yang digunakan ketika kejadian.


“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas di Taman Megah Jaya kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka,” katanya, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian kerana percaya suaminya mempunyai teman wanita selain mendakwa dia dikenakan jampi sehingga mengalami penyakit ganjil.


“Mangsa masih dirawat di Hospital Besar Tawau dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.


Awang Besar berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Jun depan untuk membantu siasatan lanjut.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. -hmetro
(gambar hiasan)
http://www.facebook.com/mytawau

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/31







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 08:55 AM | Show all posts
sabar kak...
tu belum kene poligami...
kalu tak, ntah apa lagi yang nak kene kelar...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 08:58 AM | Show all posts
Nasib baik x kelar leher...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:14 AM | Show all posts
dah tua dah kak oii..
cemburu cm bru smlm kawenn..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:21 AM | Show all posts
emm suri rumah memang la rasa tertekan bila dengar macam ni...
dah terkelar nak kata apa hadap je le hukuman....
tapi somi x mati dah kira baik la tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:23 AM | Show all posts
alasan kukuh utk somi ceraikan bini dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2013 09:26 AM | Show all posts
ganaz giler bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:35 AM | Show all posts
amek kaw....kaw kaw kena....nak kawin lg...kena caranya...pasti dpat...
hati pompuan......keras mcmana pun...lmbut juga....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 09:39 AM | Show all posts
akak tu dah ilang sabar la tu...smpi kena rasuk kelar laki dia...nasib kau la..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:46 AM | Show all posts
ganasnya kak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:49 AM | Show all posts
kalau dia potong terus tut laki dia lagi lah naya......nasib kelar kat dagu je...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:55 AM | Show all posts
haduhai
cemburu punya pasal

dan dan ko kena sabit jenayah

laki tu sihat senang lenang dia dpt cari pompuan lain..


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:59 AM | Show all posts
parang lagi.....

ari tu pkrja parang bos, ni istri pula parang somi..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
simpati sangat dgn nasib isteri teraniaya. dah hilang kesabaran lah tu...  
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 10:22 AM | Show all posts
wife dia tu suluk mari ka?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 10:23 AM | Show all posts
jgn tido ngn psycho..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 10:40 AM | Show all posts
dari segi undang2 kite tgk mmg isteri yang salah tapi kalo ikut perikemanusiaan lelaki tuh yang salah....yang dok gatal2 pasang betina lain kenapa.....padan la muka kau....nasib baik kelar ..kalo terus dipotong anu kau lagi teruk...hahahahahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 10:57 AM | Show all posts
sbb dah dekat menopause tu..tu yg jd ganas semacam
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 11:05 AM | Show all posts
ganas betul..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 11:08 AM | Show all posts
cemburu ke sakit hati bila si mekanik tua pasang dua ....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.441128 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list