CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6089|Reply: 11

D-Max 2013

[Copy link]
Post time 30-5-2013 04:02 PM | Show all posts |Read mode



PASARAN trak pikap di Thailand lebih besar. Maka tidak hairanlah kebanyakan pengeluar memilih Thailand sebagai lokasi pemasangan tempatan. Bahkan kebanyakan model baru 4x4 juga lebih awal tiba di sana berbanding Malaysia.
Dan model baharu D-Max ini sebenarnya tiba di Thailand setahun lalu dan  jualan direkodkan sudah mencapai 250,000 unit.
Kedatangan Isuzu D-Max serba baru ke pelabuhan Malaysia seharusnya terjadi lebih awal. Namun, kerana Thailand diganggu oleh banjir dan bencana alam yang melanda Jepun memberi kesan kepada penghantaran alat ganti seluruh dunia termasuk Malaysia.
Untuk mengatasi masalah ini, Isuzu telah membina kilang sokongan di Thailand Oktober lalu bagi memenuhi peningkatan permintaan kenderaan Isuzu.
Tindakan berkenaan sedikit sebanyak membantu mempercepatkan kehadiran Isuzu D-Max di negara Asia Tenggara.
D-Max merupakan hasil usaha sama antara Isuzu dengan General Motors (Colorado). Justeru itu, D-Max merupakan saudara kepada Chevrolet Colorado karena kedua model ini hasil kerjasama antara GM dan Isuzu.
Di bawah bonet Isuzu D-Max terletaknya enjin 2.5 liter Super Commonrail baharu bersama  sistem turbo Variable Geometry System (VGS) yang dikawal oleh komputer.

Ia bukan sahaja memberikan maklum balas pendikit dan prestasi yang lebih baik, tetapi juga mengurangkan emisi dengan kecekapan bahan api yang lebih efisien.  

Enjin baharu ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 136PS pada 3,600 rpm dan tork 320Nm antara 1,800rpm hingga 2,800rpm. Ia sememangnya lebih daripada sepadan jika dibandingkan dengan prestasi model tiga liter sebelum ini. Untuk penghantaran kuasa lebih lancar, D-Max dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan manual atau automatik bersama mod penukaran berurutan.

Kabin lebih luas

Dari segi luarannya juga hadir dengan penyegaran baru terutama di sektor eksterior. Dengan garis badan yang lebih tegas membuat tampilannya kian perkasa dan berkarakter sporty sebagai trak pikap dua kabin.

Isuzu D-Max serba baharu memiliki tubuh dan bahagian belakang yang lebih besar. Sekali gus membuatkan ruang kabin dan kargo secara signifikannya menjadi luas.

Ia disumbangkan dengan dimensi luaran dua kabin  yang telah bertambah di mana panjang 5295 milimeter (mm) telah bertambah 260mm, lebar 1860mm (+60mm) sementara jarak roda dipertingkatkan kepada 3095mm (+45mm).

Selain itu, profil rekaan badan berbentuk seperti baji yang baru direka untuk kecekapan yang menggunakan kemudahan terowong angin Institut Penyelidikan Teknikal Kereta Api Jepun.

Ia merupakan kemudahan sama yang digunakan untuk membangunkan kereta api laju Jepun. Hasilnya, tahap seretan (Cd) trak pikap ini adalah paling rendah dalam kelasnya. Sekali gus menyumbang kepada D-Max yang lebih senyap dan cekap terutama ketika memecut di lebuh raya.

Masuk ke bahagian kabin, anda akan mendapati posisi pemilihan mod pacuan empat roda yang sebelum ini diletakkan pada fascia papan pemuka telah dipindahkan hampir dengan pemandu dan tuil gear. Cukup memudahkan.
Selain itu, Isuzu juga telah menambah sepasang tweeter ‘exciter’ yang pertama dalam kelasnya pada kemasan bumbung di bahagian atas kepala penumpang untuk kualiti bunyi terbaik.

Keselamatan

Isuzu kini menghadirkan generasi kedua D-Max dengan menggunakan platform baru i-GRIP (Isuzu Gravity Responsive Intelligent Platform). Badannya 42 peratus lebih kaku berbanding sebelumnya.
Tapi hasilnya pengendalian kereta jauh lebih baik dan dalam tingkah laku yang boleh dijangkakan.
Bagi memastikan ia selari dengan kecanggihan itu, Isuzu D-Max serba baharu menerima pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif.

Ini demi memenuhi permintaan global yang mahukan kenderaan lebih selamat dan menepati piawaian Euro NCAP yang ketat.
Selain daripada penambahbaikan ketara pada casis dan dinamik tubuh yang memberikan Isuzu D-Max kualiti pengendalian terbaik, ia kini hadir bersama ciri seperti Sistem Kawalan Tarikan (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik  (EBD) dan Bantuan Brek.
Pada ruang kabin, tempat duduk menawarkan perlindungan piat (whiplash), dan kemudahan Isofix. Isuzu  menyasarkan jualan 8,200 unit D-Max tahun ini.

Sudah pun berada di semua wakil jualan sah Isuzu, harga yang ditawarkan bermula dari RM69,799.60.  Untuk maklumat lanjut layari www.isuzu.net.my atau hubungi 1-300-88-1133.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 04:05 PM | Show all posts
Bersempena dgn nama aku..hehehe berbilion taniyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 04:22 PM | Show all posts
DeMax posted on 30-5-2013 04:05 PM
Bersempena dgn nama aku..hehehe berbilion taniyaaaa

ni pon sama





Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 04:42 PM | Show all posts
pprt mana mai la TT ni..
tered tah hapa2...

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 06:15 PM | Show all posts
atira posted on 30-5-2013 04:42 PM
pprt mana mai la TT ni..
tered tah hapa2...

tengok la ... bilangan tered jah sengah daripada point...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 06:22 PM | Show all posts

..dia punya rebadge Chevy Colorado lagi cantek...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2013 06:58 PM | Show all posts
absorber agak keras.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 07:06 PM | Show all posts
awangbok posted on 30-5-2013 06:58 PM
absorber agak keras.


jangan beli D-Max, common problems:

1. brek disc  depan mudah rosak
2. hand brake cable mudah rosak
3. car alarm selalu jam
4. banyak "blind spot" bagi drivers
5. bateri cepat drained

6. bunyi injin bising



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 08:51 AM | Show all posts
pyropura posted on 30-5-2013 07:06 PM
jangan beli D-Max, common problems:

1. brek disc  depan mudah rosak

oh..mcm tu eh..bnyak juga problemnyer..tu yang 2013 punyer ke...tuan kene problem tu kat d max tuan ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 08:53 AM | Show all posts
Ni rebadged Proton Inspira dan Prevayfrghtt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:05 PM | Show all posts
Eksekutif proton semua poyo tul. Tak buat pickup truck & suv
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 12:06 AM | Show all posts
pepehal pun pikap truck paling panas Toyota Hilux

ade je hilang, sampai nak beli hilux ni pun kena beli sekali sukuriti system yg ada GPS skali baru leh amik insurans pikap tu

kenderaan paling byk kena rembat kat Mesia ni:

1) Honda Civic
2) Toyota Hilux
3) Yamaha LC135
4) Honda eespai

... ke ada lg kenderaan yg panas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057134 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list