SIDANG MEDIA DAN FANMEET BERSAMA LUNAFLY
Singapura, May 10 - Selepas mereka memukau Lukies di Indonesia dan Malaysia, kini tiba masanya pula Lukies Singapura untuk bakal mendapat tampiasnya. Bertempat di Hotel Studio M telah dilangsungkan sidang media yang diadakan pada 10 Mei 2013. Tidak seperti di Malaysia, Lunafly cuma berkesempatan menemui para media selama 15 minit sahaja disebabkan mereka terperangkap didalam kesesakan jalanraya daripada KLIA. Pada kali ini para media agak puas bertanyakan soalan kepada mereka selama setengah jam sidang media tersebut dijalankan. Kedatangan pertama mereka ke Singapura adalah untuk sesi rangka promosi album terbaru mereka iaitu Fly to Love.
Pelbagai soalan yang ditanya dan antara yang sah ditanya ketika datang ke Singapura adalah makanan. Lunafly menyatakan bahawa mereka harus mencuba "Chilli Crab" yang popular di Singapura sebagaimana yang disarankan oleh senior mereka Brown Eyed Girls.
Ditanya berkenaan dengan album sulung penuh mereka. Lunafly memberitahu bahawa album sulung yang pertama bertajuk "Fly to Love" mereka telah pun dilancarkan dan didalam album tersebut, selain lagu-lagu single yang lepas, terdapat 3 buah lagu baru dimasukkan yang dinyanyikan dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris. Bezanya album sulung ini dengan album single yang terdahulu adalah kebanyakan genre lagu-lagu baru mereka lebih berentak rancak berbanding dengan genre akustik dan "easy listening" dalam single yang lepas.
Diitanya apakah perasaan mereka selepas mendarat di lapangan terbang. Sam dengan wajah teruja menyatakan bahawa mereka sungguh tidak menyangka akan disambut oleh para peminat yang begitu ramai sekali. Sam berterima kasih kepada para peminat yang datangmenyambut mereka pada malam sebelumnya.
Ketika ditanya tentang penulisan lagu, Sam menyatakan bahawa ramai yang mengetahui mereka akan menulis lagu dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum diterjemah ke dalam Bahasa Korea. Sam menambah lagi bahawa setiap lagu baru akan mempunyai dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea.
Bila media bertanyakan adakah ahl Lunafly ini suka kepada wanita yang lebih tua atau muda, ini jawapan mereka; Teo kata “everything” bermaksud dia boleh menerima dua-dua. Jawapan tersebut tentu saja membuatkan media tertawa lucu ditambah lagi dengan gelagat MC mencuit hati menyatakan yang Teo ini seorang yang tamak. Manakala Yun pula, dia menyatakan dia lebih suka pada wanita yang lebih tua berbanding yang lebih muda darinya.
Bagi Lunafly, muzik merupakan fokus utama mereka. Pada masa sekarang, Sam merupakan seorang DJ untuk Radio Arirang. Namun begitu mereka berhasrat menunjukkan apa yang mereka mampu lakukan di bidang lain pada masa akan datang.
Ditanya samaada mereka mempunyai perancangan untuk muncul dengan lagu solo original masing-masing? Ini disebabkan setiap dua minggu, Lunafly akan menyanyikan dan memuat turun lagu "coverversion" artis lain yang akan dinyanyikan oleh mereka di laman youtube rasmi mereka. Sam menyatakan mereka melihat diri mereka sebagai satu kumpulan dan belum tiba masanya untuk menyanyikan lagu solo masing-masing.
Bila ditanya lagu apakah yang mempengaruhi dan mengubah persepsi terhadap muzik? Teo memberitahu bahwa artis yang diminatinya adalah Jamie Cullum. Manakala Yun pula, dia banyak mendengar lagu-lagu daripada John Mayer dan Eric Clapton dan ini jugalah salah satu membuatkan beliau timbul rasa minat untuk bermain gitar sambil menyanyi. Bagi Sam pula, kumpulan The Beatles banyakmemberi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu. Tambahannya lagi, lagu kegemarannya semenjak dari kecil adalah "Yesterday" dan"Let it be".
Bercakap pasal kumpulan K-pop wanita, Lunafly mengatakan bahawa mereka selalu berhubung dengan 15& dan Sam juga memberitahu yang beliau amat terkejut kerana tidak menyangka Hello Venus juga adalah peminat Lunafly. Untuk kolaborasi, 2NE1 menjadi pilihan Lunafly.
Ditanya bagaimanakah perwatakan mereka di atas pentas adakah sama juga apabila di luar pentas? Dengan pantas mereka menjaya "Ya, sama". Bila di atas pentas mereka memang menjadi diri mereka sendiri. Teo jenis yang suka dan banyak bercakap, kata Sam. Yun pula jenis yang pendiam seperti Sam. Apa yang peminat nampak adalah diri mereka yang sebenar.
Gambaran bagaimanakah Lunafly dalam masa lima tahun yang akan datang? Teo berharap yang mereka masih sibuk dalam bidang yang diceburi dan mempunyai banyak aktiviti samada di Korea mahupun di luar negara. Mereka juga berharap yang mereka masih diterima dan disayangi oleh peminat-peminat. Yun berharap yang Sam masih menjadi DJ dan Lunafly akan menjadi terkenal seluruh dunia serta mengimpikan konsert penuh jelajah dunia.
Sidang media berakhirn dengan pertanyaan, oleh kerana hujung minggu tersebut merupakan Hari Ibu di Singapura, mereka ditanya tentang bagaimana mereka meluahkan perasaan kasih sayang kepada ibu mereka. Bagi Teo, memberi wang dan membuat panggilan telefon dan mesej. Ini membuatkan para media tergelak apabila Teo menyebut memberi wang. Teo juga memberitahu yang sekarang ini mereka susah hendak balik berjumpa ibu bapa mereka. Sam menceritakan bahawa dia sudah setahun setengah tidak bertemu ibu bapanya. Apabila Hari Ibu, Sam selalu menghadiahkan bunga untuk ibunya. Sementara Yun pula, memandangkan dia yang
paling muda dalam kumpulan tersebut, Yun sering bercakap dengan ibunya dengan membuat panggilan telefon setiap hari.
Keesokan harinya,bertempat di Causeway Point, sesi autograf telah diadakan bermula pada pukul 5.00 petang terbuka kepada pemegang tiket VIP dan Cat 1. Sebelum sesi autograf, para peminat disajikan dengan lagu "Fly to Love" dan "Superhero". Pemegang tiket VIP dan Cat 1 berpeluang melihat artis kesayangan mereka secara 'close-up and personal ' semasa sesi autograph.
Selesai sahaja sesi autograf, pada hari yang sama, Lunafly berpeluang untuk muncul di rancangan popular Singapura secara live, ShengShiong Show, di Media Corp. Ramai Lukies yang datang ke Media Corp untukmemberi sokongan terhadap Lunafly. Ternyata Lukies tidak mengecewakan, sokongan padu dengan menyanyikan 'fanchant' menggegarkan studio.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur JNation Entertainment kerana sudi menjemput CARI Malaysia untuk sama-sama turut serta didalam sidang media ini.
Artikel oleh: just_aku Gambar oleh: just_aku
Editor oleh : isabel Last edited by isabel on 25-5-2013 03:06 PM
|