CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15093|Reply: 124

[Tempatan] TAHNIAH-Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda

[Copy link]
Post time 21-5-2013 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda



KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. -BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 10:05 PM | Show all posts
untunglaaaa pucuk tua
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:11 PM | Show all posts
gaji tak 'rasmi' ketua mntri  lgi meletooooooooop................
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:15 PM | Show all posts
nest PRU aku nak jadi calon
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:16 PM | Show all posts
Gaji CM .. RM39K ...

Ala ala perbelanjaan sehari jer tue ....

Side income lebey banyak daripada main income ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
CM nak jaga Sarawak yg BESAR juga Labenon. Last edited by brownstone on 21-5-2013 10:21 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2013 10:22 PM | Show all posts
tinggi dari federal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:23 PM | Show all posts


gambar paling fak bulan ini...



bukan suruh tengok zul atau khalid...tengok mamat yg tengah2 tu buat muke fak... hahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 10:26 PM | Show all posts
Ini yg buat taib mau kekal jd cm smpi mati
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:31 PM | Show all posts
duit gaji tak pandang n sentuh pun depa ni..duit projek persen haram bagai lg masyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:36 PM | Show all posts
rakyat pun naik aperrrr...naik GST!





Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:51 PM | Show all posts
haiiiii ... gaji banyak tu mampu hidup mewah melimpah limpah ruah?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 10:55 PM | Show all posts
hh...sama dgn gaji 3 bln aku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:00 PM | Show all posts
PITTSBURGH posted on 21-5-2013 10:55 PM
hh...sama dgn gaji 3 bln aku tu...

3 bulan sama dengan yang mana? hehe

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:01 PM | Show all posts
...klu kerajaan telus....senaraikan gaji menteri2 starting from our beloved PM......curious jgk nak tahu........
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:03 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 21-5-2013 11:00 PM
3 bulan sama dengan yang mana? hehe

rahsiaaaa..sapa lah kita khennnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2013 11:06 PM | Show all posts
tahniah.
tu tanda sarawak makin  maju dan makmur
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:23 PM | Show all posts
Yah ... menjaga kawasan yang luas ....

kawasan hutan ... nyam ... nyam ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lanun2 di msia bertmbh kaya
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 11:39 PM | Show all posts
rambut putih bertambah kaya raya, rakyat pprt putih mata............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062621 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list