CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 2

[Tempatan] {1} Buta tapi gagah: Berenang rentas Selat Pulau Pinang!

[Copy link]
Post time 20-5-2013 07:17 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMMED SHUKOR (dua dari kanan) meraikan kejayaan Faiq (dua dari kiri) menamatkan renangan merentas Selat Pulau Pinang di pantai Bagan Ajam semalam.

BUTTERWORTH - Seorang pemuda cacat penglihatan berjaya berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh lima kilometer dari Jeti Marina, George Town ke Kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini pagi semalam.


Walaupun terpaksa menahan sakit akibat disengat obor-obor dan mengharungi ombak kuat, Faiq Adnan, 23, berjaya menamatkan renangan tersebut dalam masa dua jam 20 minit 35 saat.


Dia yang merupakan pelajar tahun dua jurusan Kesusasteraan Melayu Universiti Malaya memulakan renangan dari jeti berkenaan kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi jurulatihnya, Datuk Ooi Win Juat.


Ketibaan Faiq kira-kira pukul 11.20 pagi di sini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), Mohammed Shukor Ismail dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang (JBSPP), Zakaria Kasa.


Turut menyambut ketibaannya ialah Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (Pesron) Pulau Pinang, Tiun Ling Ta, kedua ibu bapanya, Adnan Yusof, 62, dan Norhayati Mohd. Isa, 57, serta kira-kira 200 orang yang menunggu sejak pukul 10 pagi.


p/s tahniah...Bahaya tu disengat obor-obor , boleh bawa maut...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 07:56 AM | Show all posts
buleh jadik munteri lahh nanti
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 08:47 AM | Show all posts
bangga parents dia.. walaupun serba kekurangan, tapi membanggakan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 301357 Replies : 7453
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13898 Replies : 123
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 118356 Replies : 1571
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20462 Replies : 102
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9493 Replies : 26
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7270 Replies : 43
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 35731 Replies : 377
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 13515 Replies : 181
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
YgBenarPerangkap halus kewangan :Buy Now Pay La
Views : 8831 Replies : 55
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 18794 Replies : 151

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.081952 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list