View: 11083|Reply: 16
|
Siapa KAKI MEMANCING masuk sini...
[Copy link]
|
|
Kegiatan budak kampung kini juga hobi yang mahal! Aksesori dan peralatan memancing mengalahkan set permainan golf. Kegilaan terhadap aktiviti memancing diambil kesempatan oleh penganjur sah dan penganjur "kaut untung" menerusi pelbagai pertandingan.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan menganjurkan grand prix memancing jelajah semenanjung. Kaki-kaci pancing sanggup berbelanja besar untuk menjayakan misi mendaratkan ikan yang paling besar dan paling berat. Kepuasan utama bukan lagi hadiah, tetapi keseronokan menunjukkan bakat luar biasa.
Hadiah yang disediakan memang lumayan, termasuk wang tunai lima angka. Selain itu, pemenang berpeluang membawa balik kereta nasional, atau motosikal berkuasa tinggi. Namun, pemenang sebenar ialah penganjur kerana berjaya memungut yuran penyertaan mencecah RM50k, sedangkan nilai hadiah dan kos penganjuran sekitar RM40k..
Detik yang paling mengujakan kaki pancing ialah pergelutan dengan ikan untuk ditarik naik. Tanpa teknik yang betul, si kaki pancing pula akan ditarik ke air, dan terpaksa berputih mata. Maka, bagi mempelajari teknik terbaik, kaki pancing melanggan majalah Pancing dan melayari laman sesawang yang berkaitan.
Jika telah berkeluarga, si kaki pancing harus meyakinkan isteri dan anak bahawa dia tidak akan melencong. Maklumlah, tempoh keluar memancing agak lama. Macam-macam hal boleh berlaku.
Jika seekor ikan pun tidak dapat didaratkan, alamat beli sahaja di pasar sebagai ganti. Jika hendak nampak real, beli ikan yang masih hidup. Pilihan yang betul ialah mengaku sahajalah...
Ada banyak cerita tentang pancing-memancing sebenarnya. Orang Melayu dahulu kala mewariskan peribahasa yang sangat bijak, iaitu kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Maksudnya, bagi menempuh ujian yang besar, persediaan rapi amat diperlukan supaya kerja tidak menjadi sia-sia.
Orang Cina mengatakan "jika kamu beri seekor ikan, seseorang itu akan dapat makan untuk sehari, tetapi jika kamu beri ajar dia menangkap ikan, nescaya dia akan makan ikan sepanjang hayatnya." Peribahasa berkenaan sangat meluas digunakan oleh organisasi amal, serta yayasan kebajikan. Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam diriwayatkan sebagai pernah memberikan kapak dan tali kepada seorang sahabat supaya dia boleh berdikari.
Dalam sesi latihan sumbang saran, cerita tentang tangkap ikan selalu digunakan sebagai anologi / kiasan / perbandingan / tamsilan. Misalnya, tajuk "Syarat-syarat hendak berjaya dalam peperiksaan." Peserta akan diminta menyenaraikan syarat kejayaan menangkap ikan..
Secara sumbang saran / percambahan fikiran / perah minda / brainstorming, senarai berikut mungkin tercatat:
Pemancing: sihat, bijak, sabar, kuat, cepat, berimaginasi, suka menolong, yakin, berilmu
Peralatan: canggih, cukup, tahan, mengelirukan ikan, senang dibawa, muat dalam kereta, saiz fleksibel
Umpan: senang dapat, murah, disukai ikan, tahan dalam air, boleh digunakan berulang kali
Kawasan: selamat, selesa, banyak ikan, boleh dilalui kenderaan, dibenarkan, dekat dengan kedai makan
Ganjaran: lumayan, berpatutan, segera, paling tidak balik modal
Apabila pancing terkena seronok x terhinggaa...apa lagi jum la cr port mancing!!!
Dapat plak 2 3 ekor skali pg memancing.... fuhhh baru berasap dapur...
Hi JIKA ADA PORT BAIK MEMANCING SHARE2 LA PIC KE ALAMAT KE... XKISAH AIR TAWAR KE MASIN......
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal ko dapat ikan kecik kecik jer ... |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 21-5-2013 03:11 AM
Apasal ko dapat ikan kecik kecik jer ...
da ikan besar smua dah knyang...
|
|
|
|
|
|
|
|
mancing kat kolam je.. sejam 20 inggit kalau ada rezeki boleh dapat 4-5 ekor dalam 3 jam minima pastu jual balik ikan tu rm13/kg average dalam 1.5kg - 2.5kg sekor buat modal pusingan next trip.. |
|
|
|
|
|
|
|
cilik posted on 21-5-2013 10:01 AM
mancing kat kolam je.. sejam 20 inggit kalau ada rezeki boleh dapat 4-5 ekor dalam 3 jam minima past ...
jum la pg memancing.... hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 21-5-2013 10:08 AM
jum la pg memancing.... hehehe
nape ko x join forum pancing.net kat situ ramai kawan yg ko leh ajak mancing..
|
|
|
|
|
|
|
|
kristal posted on 21-5-2013 11:52 AM
nape ko x join forum pancing.net kat situ ramai kawan yg ko leh ajak mancing..
saja bukak buku baru....
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 21-5-2013 09:11 AM
da ikan besar smua dah knyang...
Kekadang orang kata air tak kena ...
Aku puas gak memancing aka menebing ... tapi kini tak lagi ... sebab jauh dan no kaki dah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mancing kat Fish Valley , Semenyih ...
Jauh gak dari rumah aku ...
penat ... kalau jalan kaki ... 9 minit sampailah ...
sini ada restoran dan juga tempat beriadah untuk bebudak ...
Mekong cat fish ..
Rohu
Talapia
|
|
|
|
|
|
|
|
Minat pancing di kuala sungai dan tepi laut,
minat pancing sotong
Dapat sotong baru pancing ikan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Banyak nya ikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Try bagi baju ni.. dia mesti suka...
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 yg minat mancing ...bottom...jigging....n merawai di kapal karam port klang
jom......pemancing 3 orang 1 boat rm 350
termasuk umpan , air batu, sarapan, dan air mineral
mancing 10-12 jam ...pagi hingga petang
call sms wassap
sidi 0193014670 |
|
|
|
|
|
|
|
Hi salam perkenlan dri suma kaki mancing saya zahin ddk di shah alam kalu sape2 ade group mancing invite la saya nk kenal2 n belajar lg pasl mancing 0183638864 |
|
|
|
|
|
|
|
shah alam kau pegi TBNSA dam air kuning
|
|
|
|
|
|
|
| |
|