IPOH - Keseronokan sebuah keluarga menonton televisyen dikejutkan dengan kehadiran ular tedung selar yang muncul di hadapan pintu rumah mereka di Taman Tasek Damai, Klebang, di sini, Selasa lalu.
Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli keluarga terbabit bertindak menahan kepala ular berbisa itu menggunakan pintu sementara menunggu bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Pembantu Pertahanan Awam Daerah Kinta, Rayner Saimon berkata, pihaknya tiba di rumah terbabit kira-kira jam 10.30 malam dan menangkap reptilia berbisa yang tersepit di pintu ruang tamu rumah berkenaan.
“Sepanjang minggu ini, kami menerima 13 kes mengenai penemuan ular.
“Ada ular yang ditemui sangat agresif, berbahaya dan berbisa. Malah tidak kurang juga terdapat spesis ular yang separuh berbisa dan tidak membahayakan langsung