Ketika tinggal hanya beberapa hari lagi menjelang hari mengundi Ahad ini, pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan mendedahkan video sumpah laknat keduanya yang dibuatnya di Mekah berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas pembantu Anwar itu, yang membuat sumpah laknat pertamanya di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada tahun 2008, berkata dia membuat sumpah laknat kedua itu semasa mengerjakan Umrah di Mekah pada 9 April 2012.
Dia berharap video tersebut akan “membersihkan” namanya dan keluarganya selepas bapanya Azlan Mohd Lazim semalam menarik balik permohonan maafnya kepada Anwar berhubung tuduhan liwat itu.
Azlan sebelum ini berkata tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi politik, tetapi telah dinafikan oleh Saiful.
Saiful berkata beliau berharap sumpah laknat kedua yang dibuatnya di Masjidil Haram di Mekah akan mengurangkan keraguan mengenai kesahihan dakwaannya itu.
Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan itu dan oleh itu mahkamah tidak boleh menyokong keterangan Saiful berhubung dakwaan kejadian itu. Mkini
tiada kaitan dgn politik?? tp wat sumpah lg dr 3 ari tarikh mengundi.. memg la lawak.. tak kirela anwar tu peliwat tegar ker haper,, yg penting aku nk kerajaan baru.
ini yang dikatakan mahkamah Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 duluuuuuuu:
“…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”
tapi bebas sebab masalah teknikal kerana tak dapat tentukan tarikh peliwatan perlubangan....liwat tetap liwat...hidup Anwar!
... khabarnya .... Rafizi pun satu spesis ngan anwar ...
gaya kegayahan tu ada ... tapi harap2 tidaklah ..... he is to smart to be a gayah ... modga ianya hanya tuduhan iar dari X-Pengasas PKR (Sumber: Buletin TV3)
munchkin posted on 2-5-2013 08:50 PM
Aku salah baca ke. Kan ke tulis sumpah tu dibuat tahun lepas (sumpah depan kaabah). Bila pulak dia b ...
Bersumpah memang tahun lepas, tapi videonya dipampang kat umum masa nak dekat PRU. Mcm jugak masa Anwar bertanding PRK di Permatang Pauh dulu, Saiful angkat sumpah di masjid... Anggap ajelah ini secara kebetulan..................