CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2691|Reply: 0

[CARI Info Kioks]Pengembaraan Nissan 4x4 di tahap terbaik!

[Copy link]
Post time 30-4-2013 04:49 PM | Show all posts |Read mode












Pengembaraan Nissan 4x4 di tahap terbaik!
Nissan Jurassix Park 2013, Miri


Miri, 27 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bakal menganjurkan pengembaraan 4x4 yang mengujakan, dikenali sebagai Nissan Jurassix Park 2013 di Miri, Sarawak, bermula dari 24 – 26 Mei 2013. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4x4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail.

Pada hari pertama dan ketiga dalam acara yang berlangsung selama tiga hari tersebut, orang ramai berpeluang untuk memandu uji Nissan Navara 4x4 di sekitar litar. Pandu uji ini membolehkan mereka merasai sendiri kuasa dan kemampuan Nissan Navara. Hari kedua pula menyaksikan pertandingan “4x4 Off Road Warrior Challenge”. Ini merupakan acara utama yang eksklusif buat pemilik jentera 4x4 Nissan.

Meluahkan rasa terujanya mengenai acara ini, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Amat penting bagi para pemilik untuk memahami ciri-ciri dan kemampuan sebuah jentera 4x4. Jadi mereka boleh memanfaatkannya secara sepenuhnya. Ini juga merupakan salah satu daripada banyak acara yang dianjurkan untuk pelanggan-pelanggan setia kami sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini. Kami percaya pelanggan Nissan berhak menerimanya.”

Dato’ Chen memberitahu, semua pelanggan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan. Justeru, acara-acara seperti ini diadakan untuk menunjukkan penghargaan ETCM terhadap sokongan mereka sekian lama.

Sepanjang acara utama ini, para pemilik Nissan diberi peluang untuk lebih memahami tentang kemampuan serta ciri-ciri sebuah trak 4x4. Laluan semula jadi di Tapak Perkampungan Nissan mempunyai sembilan tahap berbeza yang akan menguji kemampuan kenderaan pacuan empat roda Nissan. Para peserta juga perlu bersaing di antara sama lain untuk menempuh laluan tersebut.

Para pelanggan Nissan yang ingin menyertai pengembaraan 4x4 yang menyeronokkan ini boleh melayari laman web Nissan atau Facebook Nissan Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Yuran pendaftaran untuk dua orang peserta adalah RM100. Bagi mereka yang memerlukan penginapan untuk satu malam, yuran tambahan yang dikenakan untuk dua orang adalah sebanyak RM100. Sementara bagi mereka yang mahukan penginapan selama dua malam pula, yuran tambahannya adalah RM200 untuk dua orang (jumlah semua RM300). Penyertaan maksimum untuk setiap kenderaan ialah seramai dua orang.  

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 11 Mei 2013.
Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web:  www.nissan.com.my.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063535 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list