CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2084|Reply: 0

Honda NC700X, NC700S kini di Malaysia

[Copy link]
Post time 29-4-2013 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Boon Siew Honda telah melancarkan dua buah model baharu motosikal berkuasa tinggi iaitu NC700X dan NC700S.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, penawaran siri NC700 mencerminkan usaha syarikat untuk memperkenalkan pelbagai model baharu dipasaran tempatan.


"Model baharu ini menggabungkan elemen gaya, terdedah (Naked) serta Crossover," katanya dalam satu kenyataan.


NC700X berkonsepkan 'Crossover' yang direka khas untuk penunggangan dalam bandar dan jalan tidak berturap 'off-road'.


Motosikal ini menggunakan enjin dua silinder sebaris berkuasa 670cc dengan sistem penyejukan cecair berteraskan platform kejuruteraan yang serupa dengan NC700S.



HONDA NC700X



NC700X disediakan dengan pilihan transmisi enam kelajuan manual atau Transmisi Dwi Klac Honda generasi kedua serta penetapan sport.


Model NC700S yang berkonsepkan terdedah (naked) didatangkan dengan ruang simpanan dalaman besar.


Harga jualan untuk NC700X RM53,988 sebuah (Standard) dan RM62,088 sebuah (ABS dengan DCT), manakala NC700S, RM49,888 sebuah (Standard) dan RM58,088 sebuah (ABS dengan DCT).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061591 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list