CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11547|Reply: 83

Membuka Hijab Pengetahuan - Manusia dan Haiwan

[Copy link]
Post time 23-4-2013 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Salam, moga berbahagialah kepada sesiapa yang sampai ucapan ini...

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecualiorang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan supaya bersabar.

Untuk menyahut seruan supaya "berpesan-pesandengan kebenaran" pada surah Al-'Asr ini, maka terpanggillah haku untuk berpesan kepada para pembaca mengenai suatu kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran yang berisi penuh Hikmat yang selama ini kita tidak sedari.bukanlah kita sengaja untuk lalai, tetapi kita hidup dizaman penuh dengan fitnah akhir zaman! kita telah di "brainwash" sejak dari kecil lagi. kita diselimuti oleh pendapat dan pengetahuan(sains) yang bersumberkan orang2barat yang kadang2 tersasar! dan ada kalanya pendapat dan hasil kajian mereka kita benarkan seterusnya menjadi "presepsi minda" kita..walhal, tanpa kita sedariianya bercanggah dengan "panduan hidup" kita Al-Quran dan Sunnah! Maka, “hijab demi hijab” mula menyelimuti diri kita tanpa kita sedari..

ApakahHijab?

“Hijab menurut bahasa artinya menghalangi sedangkan menurut istilah artinya orang yang menghalangi orang yang masuk sebab-sebab warits dari mendapatkan harta waritsannya.”

Hijab yang hendak kita bincangkan disini bukanlah berkaitan dengan hartadan pewarisan. Tapi kita membincangkan tentang hijab yang menghalangi kita dari kebenaran. Hijab itu bermacam2. Umpamanya dinding. Ia juga hijab kerna ia menghalangi kita dari terus melihat apa yang disebelah dinding itu.

Di akhir zaman ini hijab yang paling banyak menutupi kebenaran itu datangdalam bentuk “pengetahuan”tanpa kita sedari. Mari kita perhatikan satu contoh“hijab pengetahuan”yang selama ini kita benarkan tanpa kita sedari.

KENYATAN A
“Manusia itu DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta manakala haiwan TIDAKDIBERIKAN AKAL.”

KENYATAN B
“Manusia dan haiwan sama-sama DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta.”

Di antara KENYATAAN A dan KENYATAAN B, kita pasti akan cepat bersetuju dengan  KENYATAAN A:“Manusia itu DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta manakala haiwan TIDAK DIBERIKAN AKAL.”

dan tidak bersetuju dengan KENYATAAN B : “Manusia dan haiwan sama-sama DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta".
Kita merasa kenyataan itu betul dan benar kerna semua orang disekeliling kita juga berpendapat demikian dan  kita terus membenarkanya pada tahap “simpulan mati”. Juga disokong apabila kita sendiri memerhatikan/menyaksikan haiwan itu benar2 “tidak diberikan akal”. Hasilnya kita pasti akan mengatakan “kamu gila” atau “kurang akal” kepada seseorang yang mengatakan “HAIWAN ITU JUGA BERAKAL”. Dan kita akan mempertahankan pendapat kita hingga “ketitisan darah yang terakhir” walaupun pada hakikatnya kita mempertahankan kepalsuan tanpa kita sedari!
Maka inilah yang dikatakan “hijab pengetahuan”yang menyelubungi minda kita tanpa kita sedari.
Kita umat Islam ditinggalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Maka gunakanlah ia sebaiknya dalam membuka “hijab pengetahuan” yang menyelubungi diri kita selama ini.


APA ITUAKAL?

1. Menurut kamus dewan, akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia.

2. Menurutpendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab, akal membawa pengertian kepintaran.

3. Menurutal-Muhasabi pula, akal ialah al-Gharizah. Iaitu sesuatu sifat semula jadimanusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu.

Dalam bahasa mudah akal digambarkan “sebarang tindakbalas(putusan) yang bersumberkan pengertian/kesimpulan terhadap sesuatu setelah melalui proses berfikir”

Perhatikan ayat ini baik-baik:-

Dan dikumpulkan untuk Sulaiman tenteranya, terdiri dari bangsa jin, manusia dan burung. mereka berbaris dengan teratur.

Sampai ketika mereka datang di lembah semut, seekor semut(raja) berkata: "Hai semut-semut! Masuklah ke tempatmu, supaya jangan dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya sedang mereka tiada tahu."
(Surah AnNaml ayat 17-18)

Apakah semut dalam ayat ini mengambarkan kepada kita bahawa ia TIDAK BERAKAL?

Semut itu mengarahkan semut-semut lain supaya berlindung di tempatnya kerna ia(raja semut)“mengerti”akan bahaya jika dipijak tentera Nabi Sulaiman yang melalui tempatnya di Lembah Semut! Nabi Sulaiman dikurniakan kepandaian untuk mengerti bahasa haiwan terutamanya burung..disini kita melihat Nabi Sulaiman memahami komunikasi diantara semut-semut itu yang jelas menggambarkan adanya "akal kepintaran" diberikan kepada semut untuk mengelak bahaya.

Apakah kita tetap mengatakan “haiwan itu tidak diberikan akal oleh Maha Pencipta”? sedangkan ayat ini diambil dari Al-Quran yang tiada kepalsuan didalamnya..

Mari kita perhatikan lagi ayat2 lain.

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau akuakan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

Burung Hudhud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepadaNabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya,dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit)dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yangbesar.

"Aku dapati raja perempuan itudan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah,dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka,lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

"Allah!- Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".

Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, atau pun engkau dari golongan yang berdusta.

"Pergilah bawa suratku ini,serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam padaitu perhatikanlah apa tindak balas mereka".
(Surah AnNaml ayat 20-27)

Bagaimana dengan burung Hudhud dalam ayat-ayat ini? Apakah ia(burung) masih menggambarkan kepada kita “haiwan tidak diberikan akal”? dimana burung itu begitu petah dalam melaporkan apa yang diketahuinya kepada Nabi Sulaiman.

Juga mari perhatikan,

Dan Tuhan engkau mewahwukan kepada lebah: “Ambillah tempat diam di bukit, di pohon kayu dan apa yang dapat mereka dirikan.”

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah AnNahl ayat 68-69)

Apakah ayat tentang lebah ini juga masih menggambarkan kepada kita “haiwan tidak diberikan akal”?

dimana lebah itu “mengerti”perintah(wahyu)kepadanya dari Maha Pencipta, supaya tingal di pohon2 dan menghisap madu dari bunga2.Dan sampai sekarang kita dapat melihat lebah tetap melaksanakan “wahyu/perintah”yang diturunkan kepadanya..


KESIMPULAN

Sesungguhnya “HAIWAN ITU JUGA DIBERIKAN AKAL” oleh Maha Pencipta. Tetapi akal yang diberikan tidaklah sama tahapnya sebagaimana akal yang diberikan kepada manusia yang begitu kompleks. Akal pada haiwan adalah dalam kelasnya tersendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan akal yang diberikan pada manusia..Dan apa yang dapat kita gambarkan didalam ayat2 Quran itu, ada unsur "kepintaran atau kebijaksaan" yang timbul didalam dunia haiwan seterusnya memberikan gambaran haiwan itu juga memiliki akalnya tersendiri..

Akal yang diberikan pada manusia itu juga berbeza tahapnya berdasarkan umur manusia itu..Akal seorang budak kecil(umur 1-2tahun) lebih rendah berbanding orang dewasa. Namun ia sudah diberikan akal(tahap rendah).Kadang2 mereka akan “menangis”untuk mendapatkan perhatian ibu bapaknya dan bukan menangis kerna ia sedang sakit..ini juga boleh diketegorikan berakal(tahap rendah).

Sesungguhnya inilah salah satu kenyataan tentang “hijab pengetahuan”yang selama ini kita tidak sedari.

p/s Dan bukanlah keterangan ini menyokong sebarang teori bahawa “manusia itu berasal dari pada beruk!”kerna Al-Quran sudah terang2 mengisahkan asal usul manusia.

Semoga Bermanfaat..

Last edited by habakuk on 23-4-2013 04:10 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 01:40 PM | Show all posts
Berfikir guna otak dgn berfikir guna akal sama ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 01:45 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-4-2013 01:40 PM
Berfikir guna otak dgn berfikir guna akal sama ke?

berfikir guna otak(maklumat tersimpan)..Berfikir disina bermaksud "memproses maklumat" yang tersimpan dalam otak.. maka lahirlah kesimpulan "akal"....dan "akal'" yang kita dapat boleh juga diproses bersama maklumat dalam otak untuk menghasilkan "akal" lagi..ini yang aku faham la.
Last edited by habakuk on 23-4-2013 01:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
apakah seharusnya tidak ber-akal? meniadakan akal? dan menghindari tela'ah fikir?

beriman tanpa harus berakal?

beriman tanpa perlu berfikir?

apakah dengan berfikir, pasti TERSESAT?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:35 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-4-2013 01:40 PM
Berfikir guna otak dgn berfikir guna akal sama ke?

well dear

otak   tu merujuk kepada jasad anatomi atau neural substrates -  the bhn / substrates

berfikir is a verb , it is also  a cognitive - based action , psychological process...well hardly seen by naked eyes, can be actively picked  up by certain foci of activation in the brain and depends stil on  imaging modalities you 've used in research.

both representing the most fine  work / creation  of  Allah ...kan? tengok otak cuma cells tapi ....proses fikiran tu ...hmm....sapa  yg menggerakkannya? mekanisme  dari sudut biokimia menarik tetapi bagaimana satu bhn kimia otak berfungsi dan berinteraksi  dan dikawal selia - itu i mean hanya dengan itu sahaja dah membuktikan kita adalah hamba , jiwa hamba yg menangguk kasih  Pencipta-nya


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 08:37 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 23-4-2013 07:55 PM
apakah seharusnya tidak ber-akal? meniadakan akal? dan menghindari tela'ah fikir?

beriman tanpa h ...

pasti ? sounded too absolute a term really

how about probable? guarded?

tak tersesat  jika berpegang pada al quran dan hadith
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2013 09:30 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-4-2013 08:35 PM
well dear

otak   tu merujuk kepada jasad anatomi atau neural substrates -  the bhn / substrate ...

Apa yg membezakan kata² berikut?
- Quran Dictionary - ح س ب
- Quran Dictionary - ظ ن ن
- Quran Dictionary - ف ك ر

Sdgkn Akal
- Quran Dictionary - ع ق ل

...yg membezakan insan dgn makhluk lainnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:38 PM | Show all posts
saudara menarik thread ini setakat ini

persoalan saudara sebenarnya mengingatkan saya pada suatu majlis ilmu yg saya  hadiri  tentang islamisasi ilmu . tapi dalam ceramah tu bersifat akademik ada juga dinyatakan kepentingan nilai Islam dalam meletakkan sesuatu nilai  dalam ilmu ilmu yg berkaitan manusia dan alam etc etc laa...memberi nikai tauhidik pada ilmu yg pada zahirnya bersifat 'value- free'.

okay now, dalam majlis itu apabila dibicarakan tentang kebenaran Al - Quran, telah disepakati bahawa AL Quran itu kalamullah dan boleh berdiri sendiri. Al Quran adalah benar dan ia tidak memerlukan dapatan sains untuk membuktikan benarnya kalamullah itu sebab - kita yakin dan percaya dan sains terdedah pada proses  empirikal untuk membuktikan sesuatu theory atau tidak. Lalu contoh yang diambil ialah

api - api sebagaimana kita ketahui sifatnya membakar dan dalam kisah Nabi Ibrahim , api tu tak membakar so kat sini ada ruang bagi sesiapa yg nak pertikaikan dari sudut sains  kenapa in this  case api tak membakar - okay i rasa kalau pada saintis yg tauhidik mungkin ini sebagai sumber motivasi untuk mencari teori baru tentang teori pembakaran - i think in certain field of engineering depa ada belajaq  tentang pembakaran / combustion.

tapi dalam majlis tu seorang ahli sirah Islam dan yg mahir agama / dan arabic
mula memberi hujah - ni i guess a turning point for me to actually faham yg kenapa org yg ahli agama ni depa ada sesuatu explanation yg menarik walhal depa tak semestinya tahu in scientific explaination in detail. Tapi bagus kalau semua all rounders .
Beliau kata - api tu sifatnya makhluk dan dah jadi lumrah makhluk untuk menurut dan patuh akan directive/ arahan  ALLAH as the Creator.

so mmglah api tu  akan menjadi sejuk dan tak membakar Nabi Ibrahim AS.

so , apa kaitan citer saya ni dengan intipati thread saudara ialah - saya lontarkan persoalan

adakah api ni ' berakal' ? sebab ia menurut / dan boleh tunduk  pada directive ALLAH...?

dan kalau ini wow ini menunjukkan apalah benda yg tak bernyawa like api pun 'ada unsur 'keboleh fahaman ' sebagaimana anda  takrifkan maksud akal dlm thread ini?

so sorry soalan ni kalau berat

i open to anyone yg well ada basics Agama dan aliran sunni

dan yg waras berfikir.
Last edited by mbhcsf on 23-4-2013 10:47 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 09:39 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-4-2013 09:30 PM
Apa yg membezakan kata² berikut?
- Quran Dictionary - ح س ب
- Quran Dicti ...

kata apa  ye? i blur blur
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:43 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-4-2013 09:39 PM
kata apa  ye? i blur blur

Jika akal bertakhta maka, pasti ada hirarkinya kn?
- tingkat² yg menjauhkn kita drpd berfikir spt binatang ternak juga yg melata gtu...

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:46 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-4-2013 09:43 PM
Jika akal bertakhta maka, pasti ada hirarkinya kn?
- tingkat² yg menjauhkn kita drpd berfiki ...

aiyoo kanda..Alex bahasa you i am like aiyoooo

akal bertakhta?

huh?

dear i am readinga journal ....i need either english  or malay

akal bertakhta ? like hmm?

simple language ....your l;anguage is too clever laa

tang bahasa Quran tu ...i tak faham lagi tu lee...
cares to explain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 09:50 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 23-4-2013 09:30 PM
Apa yg membezakan kata² berikut?
- Quran Dictionary - ح س ب
- Quran Dicti ...

Bro haku sangat2 setuju kalau menkaji cara neh.. apa yang membezakannya...dulu ada gak kaji..tapi tentang kata dalam Quran  "qalbu" "sudur" "nafs" "hawa" "afidata" yang mana semua merujuk kepada HATI  dalam bahasa melayu..tp last2 haku surrender..
sebab semua nya berpunca daripada kecelaruan bahasa melayu yang kita guna tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 10:01 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-4-2013 09:38 PM
saudara menarik thread ini setakat ini

persoalan saudara sebenarnya mengingatkan saya pada suatu  ...

Berkenaan api neh belum ada kepastian bro..tp kalau gunung tuh rasanya ada "akal".. sebab ada satu ayat Quran menceritakan tentang gunung tuh akan tunduk dan belah kalau diturunkan Quran kepadanya sebab "tanggungjawab sangat berat"...nt carik ayat tuh..

Comments

i am a lady laaa not a brother ...hehehe  Post time 23-4-2013 10:49 PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:12 PM | Show all posts
habakuk posted on 23-4-2013 10:01 PM
Berkenaan api neh belum ada kepastian bro..tp kalau gunung tuh rasanya ada "akal".. sebab ada satu ...

Al Hasyr ayat 20 i think
cer check
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 10:14 PM | Show all posts
Ok nih ayat tentang gunung...

Surah Al-Hasyr, ayat 21.

"Kalau Al-Quran ini Kami turunkan kepada sebuah gunung, sudah tentu engkau akan melihat gunung tu tunduk dan belah kerana takutnya kepada Allah. Itulah perumpamaan yang Kami buatkan untuk manusia supaya manusia dapat memikirkan."

tentang api tuh masih tiada kepastian sebab ia menyalahi adat..api sifatnya membakar...dan api tuh menjadi sejuk dengan izin Allah.. wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
@ mbhcsf, i guess u hv scientific background

kadang manusia terlalu cepat menilai.

pertanyaan: apakah "ilmu" yg "benar" itu hanya pengamatan bahasa? apakah hanya ilmu sejarah dan hukum yg dapat memahami agama?

bukankah alam dan kehidupan exist with knowledge?

bahkan alam bersifat relative ... apakah harus islam menyangkal realitas ?

sy setuju dengan puan mbhcsf, bahwa Al Quran dan Hadits adalah pegangan yg kuat ... dan terserak banyak ilmu yg dapat kita pelajari, untuk memuji keagungan Allah. tanpa harus naive atw curiga, namun tetap waspada dan senantiasa mengharap Petunjuk.

bagaimana bila bertanya perkara mesin pada ahli hadist? atw mengobati pening menahun pada seorang ulama qiraat?

apakah kita tengah membatasi ilmu?

Comments

erkk...Puan ? realitas...oh not again .....hehehehe  Post time 23-4-2013 11:05 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ketundukan pada Allah tidak mesti memiliki akal ...

seperti air yg selalu jatuh pada tempat yg paling rendah ... atw gas yg selalu mengisi ruang kosong ... kepatuhan dan ketundukan ini mengena pada segala hal, mau dia benda hidup atw mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 10:52 PM | Show all posts
ok nak huraikan tentang gunung..konsep "adanya akal-mengerti" pada gunung itu boleh difahami secara mudahnya:-

1. Makhluk ciptaan Allah yang diberikan(turunkan) kitab Quran pasti akan memikul "tanggungjawab sangat besar". Dan bukan calang2 makhluk yang sanggup memikulnya.
2. Gunung pastinya mengetahui perkara "tanggungjawab" ini. ini menunjukan adanya "pengetahuan(maklumat walaupun sedikit)" yang dimiliki gunung.
3.Tindak balas gunung pasti tunduk dan belah sebab timbulnya rasa takut(tidak mampu memikul tanggungjawab sekiranya diturunkan kepadanya)
4. Semua ini menggambarkan kepada kita adanya "akal-mengerti" pada gunung itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 10:55 PM | Show all posts
dionysusxxyyzz posted on 23-4-2013 10:42 PM
ketundukan pada Allah tidak mesti memiliki akal ...

seperti air yg selalu jatuh pada tempat yg pa ...
ketundukan pada Allah tidak mesti memiliki akal
bagaimana pula rasa "takut"?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 10:59 PM | Show all posts
i am a lady laaa not a brother ...hehehe


erkkkkkk silap!
ok sis....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.088897 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list