Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama..
Ketika itu saya baru sahaja selesai kelas al-Quran dengan ustazah. Tiba-tiba ustazah memanggil salah seorang sahabat saya yang ketika itu dia sedang berjalan melintasi halaqah kami.
Sengaja ustazah panggil untuk bertanyakan tentang pengalamannya ketika majlis perkahwinan. Ketika itu kami saling tertawa senyum. Terlintas di hati untuk bertanya tentang kos hantaran kepada ustazah. “Ustazah kahwin dulu berapa ribu hantaran?” Soal saya. Tetapi ustazah diam tersenyum. Sehingga rakan-rakan lain beredar, ustazah membuka cerita.
“Perkahwinan kami simple ikhtiar. Tak ada bertunang, terus kahwin. Kenal pun sekejap”.
“Hantaran ?” “Tak ada hantaran, beri mas kahwin ikut negeri.” Balas ustazah.
Mendengar jawapan itu, saya terkedu seketika. Seorang wanita yang berkelulusan sarjana, dan kini sedang dalam proses menyambung PhD. Seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Cukuplah yang boleh saya katakan dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita solehah. Kini mereka kekal bahagia sehingga sekarang. Alhamdulillah.
Itu cerita kos hantaran. Tidak ada ertinya jika mahu mengulas lagi kenapa sekarang tingginya hantaran perkahwinan. Namun usah disalahanggap bahawa hantaran dan mahar itu adalah sama.
Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib. jadi dah memang adat melayu agaknya suka buat majlis besar - besaran..baru baru ni saya ke majlis perkahwinan saudara sepupu.. ketika itu dalam 2.45 petang.. tapi makanan dah habis.. bila di tanya tuan rumah cakap makan order 1000.. tapi kad kawin printing 1500 dah diedarkan.. Namun persoalannya sekarang mengapa kos hantaran kini terlalu tinggi kalau kenduri kawin makan pun tak cukup.. kalau barang mahal tak mungkin sebab semuanya asal dari budget.. pihak perempuan pun jangan la ikut level degree.. kalau post graduate lagi la tinggi.. status ???
Last edited by phongsakorn on 21-4-2013 07:03 PM
|