CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 0

[CARI Info Kioks]ETCM MENINGKATKAN TARUHAN MENERUSI NISSAN X-TRAIL

[Copy link]
Post time 17-4-2013 11:25 AM | Show all posts |Read mode















ETCM MENINGKATKAN TARUHAN MENERUSI NISSAN X-TRAIL
YANG TELAH DITAMBAH BAIK DAN LEBIH SPORTY


Kuala Lumpur, 16 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Di samping menawarkan praktikaliti, bahagian luaran yang lebih rugged dan ruang dalaman lebih halus.

Nissan X-Trail baharu yang diimport sepenuhnya ini menawarkan keselesaan premium yang sewajarnya ada pada sebuah SUV dalam kelasnya. Ia telah ditambah baik menerusi penampilan luaran yang lebih berani dan sporty. Misalnya gril dan bampar hadapan, lampu utama bagaru, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek. Nissan X-Trail baharu Nampak semakin rugged sekarang dengan rim aloi 5x jejari berkembar dan tayar bersaiz 17 inci.  

ETCM turut meningkatkan pertaruhan ke atas keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parking dan tuil gearnya kini dibalut kulit. Selain rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sentuh navigasi multimedia 6”, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk untuk ruang penyimpanan barang hadapan.

Ketika X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api, Pengarah Eksekutif ETCM, ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Dengan pengenalan semua perubahan terkini ini, Nissan X- Trail akan terus berpegang kepada multi fungsinya, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan ketahanan di jalan biasa dan laluan off-road. X-Trail telah dibandingkan dengan kenderaan “Segmen D” kerana prestasinya mengagumkan, keselesaan dan memberikan pengalaman yang mewah.”

Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Papan bagasi yang boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter sememangnya diterima baik oleh para pemilik X-Trail yang menghargai praktikaliti yang ditawarkannya. Nissan X-Trail yang sangat versatil dan rugged ditawarkan pada harga di atas jalan RM149, 530.60 bersama pengenalan warna baharu, Putih Solid.

Sempena pengenalan Nissan X-Trail 2.0 baharu, ETCM akan mengadakan kempen promosi dikenali sebagai “Which Road X-Cites You?” dan “X-travaganza”. Kempen Which Road X-Cites You?” turut membawa tiga lagi model Nissan yang berkongsi sifat sama – Pengembaraan. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman (X-Perience) Nissan X-Trail, menerokoa (X-Plore) Nissan Navara dan teruja X-CITE(D) dengan Nissan X-Gear!

Untuk tempoh terhad, promosi “X-travaganza” pula menawarkan rebat menarik sehingga RM10,000 (dalam bentuk nilai) dan pelbagai hadiah untuk model-model Nissan terpilih.

Maklumat lanjut mengenai Nissan X-Trail 2.0 baharu, kempen atau promosi “X-travaganza”, sila  layari laman web: www.nissan.com.my

Last edited by CariReporter on 17-4-2013 11:28 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049844 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list