CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17652|Reply: 82

KEMBAR BUAYA

[Copy link]
Post time 13-4-2013 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kisahkembar buaya ni sebenarnya ada kat mana-mana. Namun disebabkan ramai orangsekarang menganggapnya hanya mainan perasaan atau mimpi, mereka juga tidak mahuterlibat dalam menyekutukan Allah (syirik). Maka di sebabkan itu, mereka lebihterdorong untuk tidak mempercayai atau tidak mabil tahu. Ini adalah kisah yangterjadi kepada Am (bukan nama sebenar) iaitu kawan kepada adik saya, Izzat.


Seperticerita-cerita sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa adik saya bekerja diJB. Izzat ni percaya pada benda-benda sebegini mungkin kerana latar kami yangdatang dari keluarga yang mempunyai susur galur mengubat secara tradisional.Rakan-rakan mereka tidak mempercayai cerita Am kerana dianggap sangat kolot dankarut di zaman serba canggih dan moden ini.
Ammerupakan seorang budak lelaki yang beperwatakan sederhana. Berumur kurang 2atau 3 tahun dari Izzat. Am dilahirkan dari keturunan orang asal atau jugadipanggil (Orang Kuala kerana mereka tinggal di kuala-kuala sungai). Berkulitgelap dan berketinggian sederhana. Wajahnya sekali pandang seperti lelakibiasa. Budak-budak muda yang nakal dan baru ingin menerokai dunia. Namun, siapatahu dia mempunyai sejarah yang boleh membuatkan orang ramai dan kwan-kawanjauh darinya. Am ketika lahirnya, dia kembar BUAYA. Ya, buaya. Yang lebihmenggemparkan ialah, buaya itu keluar dari rahim yang sama dengan ibunya itudalam keadaan nyata dan mampu dilihat oleh ayahnya sendiri serta bidan yangmenyambut kelahiran Am.


KetikaAm di dalam kandungan ibunya, ibunya mendapat mimpi didatangi seorang wanitapertengahan umur dan menyatakan bahawa ibunya mengandungkan anaknya. Wanita itujuga meminta sekiranya anak itu lahir, akan segera dilepaskan ke dasar sungaiStulang di johor bahru. Siapa yang mahu mempercayai cerita karut ibunya itu?Suaminya sendiri tidak mahu mempercayai mimpinya itu. Malah dianggap sebagaigurauan semata. Namun, ibu Am bertekad bahawa dia akan mengikuti arahan Wanitaitu kerana dikhuatiri Am juga turut diambil sama sekiranya anak Wanita itutidak dilepaskan di laut. Ibu Am pada mulanya tidak menyangka bahawa diamenghamili Am dan kembarnya adalah seekor buaya.


Setelahmencapai kata sepakat bersama bidan yang menyambut kelahiran Am, Ibu Am selamatmelahirkannya dan sesudah itu dia sendiri melepaskan buaya itu ke dasar lautStulang. Pada malam itu, ibu Am mendapat mimpi. Wanita itu hadir danmengucapkan terima kasih kerana menghantar anaknya ke dalam laut. Dia jugamembuat beberapa perjanjian yang tidak mampu saya nyatakan disini. Wanita itujuga meminta setiap malam Jumaat keliwon, Am atau ibunya perlu memberinyajamuan. Sekiranya tidak dilakukan, umpama mengundang malapetaka.


Maka.Termeterailah sebuah perjanjian diantara manusia dan Jin. Ya, ia adalahperbuatan menyekutukan Allah iaitu memberi jamuan kepada Jin kerana khuatirterjadinya malapetaka. Sedangkan itu semua adalah di dalam kuasa Allah swt. Beberapahari sebelum tibanya Jumaat keliwon. Ibu Am telah didatangi wanita itu danmengingakannya bahawa janji yang telah terpatri.
Padahari yang ditetapkan, ibu Am menyediakan pulut kuning dan dihidang di atasdulang. Pulut kuning itu dikelilingi beberapa biji telur rebus dan seekor ayamkampung yang dipanggang. Ayam kampung itu perlu dibeli di dalam keadaan masihhidup dan disembelihsediri olehnya. Wanita itu juga memberitahu bagaimana untukmenyembelih ayam itu. Ibu Am yang tiada pengalaman menyembelih ayam takut padamulanya. Dia bukan sahaja takut kerana tidak pandai menyembelih ayam. Malah,dia juga khuatir bahawa suaminya mendapat tahu bahawa dia menurut sahaja mimpinyayang dikata kolot itu.


Ibunyamenguatkan hati untuk menyembelih dan menyediakannya sendirian. Kerana mengikutperjanjian,jangan ada sesiapa tahu atau nampak dia menyediakan ancak(makanan/jamuan kepada jin@belaan). Setelah siap dimasak, pada tengah malam(khamis) dia perlu ke laut sehingga air separas dada dan melepaskan dulangmakanan itu. Dia juga tidak dibenarkan menolah kebelakang walau apa pun yangdidengari.


Setelahnaik ke daratan, dulang berisi ancak itu telah tiada dan diganti dengangelombang hebat seperti seseorang yang bergelut di dalam air. Lantas ibu Amberlari ke dalam rumah. Setibanya dirumah, didapati suaminya nyenyak tidur dantidak sedar akan kehilangganya sebentar tadi. Segera dia membersihkan diri dantidur disebelah suaminya. Semenjak ibu Am membuat ancak kepada buaya yangdisangka kembar Am itu. Hidup mereka mulai berubah. Kini hidupnya semakinsenang. Suaminya mencari duit makan dengan hasil tangkapan laut seringdicemburui rakan-rakannya kerana suaminya itu mampu mendapatkan ikan denganmudah di dalam masa yang singkat. Timbul fitnah bahawa suaminya ada membelajembalang laut. Namun, tidak dihiraukan suaminya itu kerana dia menggangapnormal sekiranya dia menjadi senang dan ramai yang mencemburuinya.


Setelahbeberapa tahun, Am kini telah dewasa. Dia kini bekerja sama tempat denganIzzat. Mereka berdua berkawan baik. Mereka sering keluar memancing bersama. Amtidak banyak bercakap dan hanya akan tersenyum jika diusik rakan-rakan. Namun,rakan-rakannya termasuk Izzat pelik kerana walau dimana pun mereka pergimemancing samada di sungai, longkang, tepi jambatan atau laut, Am lah orangpertama yang akan menaikkan ikan besar yang bukan calang-calang punya berat.Kadangkala ikan yang diperolehi Am itu mencecah 10kg.


Amjuga diminati dan digilai oleh ramai wanita. Ini juga menimbulkan rasa tidaksenang hati di kalangan rakan-rakan. Dia sering diejek sebagai orang kuala yangtidak sedar diri. Namun begitu, Am hanya akan tersenyum. Hanya dengan izzatsahajalah dia menceritakan kisah ini. Dan sehingga kini. Am yang akan mengambilalih tugas emaknya itu iaitu memberi makan ancak kepada kembarnya.


Didalam kisah ini, banyak pendapat mengatakan ibu Am telah ditiduri jin @jembalang laut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2013 10:54 AM | Show all posts
SEDIKITKISAH PENGAMAL ILMU BUAYA JADIAN


Buayajadian, terdapat 2 cara yang saya ketahui serba sedikit mengenai ilmu buayajadian ini


Pertama,dimana seseorang itu akan menuntut ilmu dan bertapa di dalam sebuah gua yang mengalirdi dalamnya air. Akan tiba suatu hari di dalam pertapaanya itu air di dalam guaitu menjadi air pusar yang besar. Di kala itu, kayu yang dipuja selamapertapaanya itu harus diletakkan di tengah-tengah pusaran air itu (saya tidaktahu caranya) dan dibacakan mentera keatasnya. Maka, kayu yang di dalam pusaranair itu akan bertukar menjadi buaya yang besar. Atau satu lagi versi ceritayang saya dengar, orang yang bertapa itu sendri akan terjun ke dalam pusaranair dan bertukar menjadi buaya besar.


Kedua,seekor cicak perlu dipuja oleh mereka yang ingin menjdi dukun buaya iaitukebolehannya untuk mengawal buaya dan mendapatkan hasil laut yang cukuplumayan. Pada hari yang ditetapkan, cicak itu akan dicampak ke dalam sungai dancicak itu bertukar menjadi buaya pada pandangan mata kasar manusia biasa.Sebenarnya ia hanyalah seekor cicak. Wallahualam


PANTANGLARANG ILMU BUAYA JADIAN


Merekayang mempunyai ilmu ini adalah dilarang sama sekali untuk berkahwin.
Sekiranyamereka ingin melakukan hubungan badan, mereka perlu memilih mana-mana isteriorang dan meniduri mereka. Ketika mereka meniduri isteri orang, mereka adalahdilarang sama sekali sehingga diketahui oleh suami wanita itu mahupun dilihatoleh sesiapa sahaja. Ilmunya akan tawar dan dia akan menjadi buaya terus.
Merekajuga dikatakan akhir hayatnya akan dibaham buaya. Wallahualam


DESA-DESUS


1.     Jika inginmemancing di sungai, jangan menggunakan cicak sebagai umpan. Ia seolah-olahmempersendakan buaya kerana cicak itu salah satu di kalangan keluarganya. Buayaakan keluar dan mengamuk
2.     Jika menangkapudang di sungai, jangan pula kamu naik ke darat dan membakar udang hasiltangkapan itu. Ianya juga dikatakan akan mengundang kmarahan buaya.
3.     Dilarang mencucikelambu di sungai kerana seolah-olah menjemputnya kerumah.
4.     Dilarang jugamencuci periuk bekas makanan di sungai, ianya juga seolah-olah memanggil merekake rumah.


Wallahualam....

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 12:43 PM | Show all posts
so.. smapai skang ni la diorg still kasi jamuan kat buaya tu?.. syirik tuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 12:59 PM | Show all posts
menarik cerita nie tapi........
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 05:18 PM | Show all posts
syirik pulak dahhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 04:00 PM | Show all posts
Terbaik gak citer nih....ada sambungan TT?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2013 09:26 AM | Show all posts
skeezotone posted on 13-4-2013 12:43 PM
so.. smapai skang ni la diorg still kasi jamuan kat buaya tu?.. syirik tuhh..

aah..budak Am tu nak buat balik ancak tu...
sebab buaya tu datang dalam mimpi dia...
dia cakap keluarga Am dah lupakan asal usul keturunan
tu yang Izzat cerita..cakap juga benda ni syirik...
entah si Am tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:28 AM | Show all posts
abgfandy79 posted on 13-4-2013 12:59 PM
menarik cerita nie tapi........

tapi...???
ada salah ke apa yg saya cakp??
kalau ada..mohon betulkan...
sebab dengar pon dari orang tua-tua bercerita..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 09:28 AM | Show all posts
antara posted on 15-4-2013 09:26 AM
aah..budak Am tu nak buat balik ancak tu...
sebab buaya tu datang dalam mimpi dia...
dia cakap k ...

smpai bila dia nk amalkan benda2 khurafat camni.. biak dia cari org2 yg pandai supaya stopkan gangguan jin ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:28 AM | Show all posts
aerolz posted on 13-4-2013 05:18 PM
syirik pulak dahhhh..

ermm....syirik....
sebab die pilih untuk ikut buaya tu punya permintaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:29 AM | Show all posts
kagiru posted on 14-4-2013 04:00 PM
Terbaik gak citer nih....ada sambungan TT?

sambungan??? heheh tak tahulah...
tunggu kalau Izzat ade cerita lagi..saya sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 09:32 AM | Show all posts
skeezotone posted on 15-4-2013 09:28 AM
smpai bila dia nk amalkan benda2 khurafat camni.. biak dia cari org2 yg pandai supaya stopkan gang ...

dah ade jugak cakap...
tapi kalau org asal ni....
diorang lagi banyak percaya benda-benda macam ni...
kan diornag duduk kat pinggir sungai....
walaupun kebanyakan dah islam...
tapi masih belum meluas..diorang masih ikut pantang larang nenek moyang
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:39 AM | Show all posts
antara posted on 15-4-2013 09:32 AM
dah ade jugak cakap...
tapi kalau org asal ni....
diorang lagi banyak percaya benda-benda macam  ...

pantang larang nenek moyang xsalah kalo nk amalkan kalo dia xbercanggah ngn agama.. ada jer petua nenek moyang yg bagus kalo kita nk amal. tapi kes2 kembar ngn binatang ni mmg pelik kak.. camen bole jd camtu ehh.. mesti jin yg masukan anak2 binatang dlm perut org bg tujuan nk mnyesatkan manusia.. Allahhuallam.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 10:02 AM | Show all posts
bestnya ada kembar buaya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 10:04 AM | Show all posts
skeezotone posted on 15-4-2013 09:39 AM
pantang larang nenek moyang xsalah kalo nk amalkan kalo dia xbercanggah ngn agama.. ada jer petua  ...

ibu Am ditiduri jin katanya....
kan kat atas ada ckp...
yg ilmu dia ni cuma boleh meniduri isteri orang,,,
die tak boleh tidur dengan anak d***....
mungkin ini salh satu...ade juga kes yg kembar ular...
tapi kembar ular ni..tak nmpk..yg nmpk cuma kembarnya sahaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 10:05 AM | Show all posts
myakayina posted on 15-4-2013 10:02 AM
bestnya ada kembar buaya..

suke ye mya????
sila lah hamekkk hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 10:06 AM | Show all posts
myakayina posted on 15-4-2013 10:02 AM
bestnya ada kembar buaya..

nape ko nk ada anak yg kembar ngn buaya ker?

aku suggest ko telan telor buaya ms ngandung
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 10:06 AM | Show all posts
antara posted on 15-4-2013 10:04 AM
ibu Am ditiduri jin katanya....
kan kat atas ada ckp...
yg ilmu dia ni cuma boleh meniduri ister ...

owhh.. sorry2.. lupa plak.. hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 10:14 AM | Show all posts
skeezotone posted on 15-4-2013 10:06 AM
nape ko nk ada anak yg kembar ngn buaya ker?

aku suggest ko telan telor buaya ms ngandung

choi tau mulut ko ni skeez...  iols bukan apa..pernah dengar gak dulu ada org bercerita psl manusia ada kembar dgn haiwan..filem pun pernah ada dulu kan...filem Indon klu tak silap pasal buaya2 ni..

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 10:16 AM | Show all posts
antara posted on 15-4-2013 10:05 AM
suke ye mya????
sila lah hamekkk hehehhe

tak nak la.. iols dah pikir, nti dia ngap kita tinggal ngep!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.711435 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list