CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11648|Reply: 93

RUKUN IMAN

[Copy link]
Post time 12-4-2013 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Rukun iman ada 6 perkara, bagaimanakah kita nak memenuhi tuntutan tersebut dari percaya menjadi yakin.... Rukun Islam kita bole belajar di sekolah, tapi rukun iman macam mana nak belajar atau amal...

Mari sama-sama berkongsi pengetahuan untuk memenuhi tuntutan itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 02:55 AM | Show all posts
Kena tanya nabi s.a.w. ni...

Bg saya, sabar dan malu tu sebahagian drpd 60/70 tingkatnya
Persoalan yg utama tu: Adakah ketika sedang melakukan dosa tu dikatakan beriman?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 09:20 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 12-4-2013 02:55 AM
Kena tanya nabi s.a.w. ni...

Bg saya, sabar dan malu tu sebahagian drpd 60/70 tingkatnya

Assalamualaikum,

Tu lah nak tanye nabi saw, dah tak dapat. Banyak kebenarannya, sabar dan malu itu termasuk sebahagian dari Iman. Adakah sedang melakukan dosa itu di katakan beriman ?  ...adakah iman itu penebat dosa. Selagi bernafas, tetap tak bole lari dari melakukan dosa secara sengaja ataupun tak, nampak ataupun tak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 10:47 AM | Show all posts
@NorAddin  - would u like to help this guy ?

dia tanya rukun iman - so u know , kena tahu komponen rukun iman

and I HOPE  thread ni bukan medan berbalah  jadinya

macam satu thread  tu kat dalam sub board.

just my concern.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2013 12:02 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Andai di amati betul-betul... rukun iman itu sendiri seperti satu perjalanan di alam ini, dari mula kejadian hingga kembali kepada asal.

Pertama-tama ALLAH memulakan penciptaan...
kemudian MALAIKAT menjadi utusan/wakil ALLAH kepada jin dan manusia untuk mengenal ALLAH
kemudia RASUL pula menjadi wakil/utusan kepada jin dan manusia untuk mengenal ALLAH
kemudian KITAB iaitu Ahli kitab yang menjadi utusan/wakil untuk mempertahankan kebenaran yang di bawa oleh RASUL,
kemudin KIAMAT iaitu petanda-petanda kiamat yang menjadi utusan/wakil untuk menzahirkan kebenaran akan kedatangannya, yang telah diperingatkan oleh RASUL dan AL KITAB
akhirnya kembali kepada KETENTUAN ALLAH..

Agak-agak nya kita di era mana.... Last edited by GiQ on 12-4-2013 12:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 03:10 PM | Show all posts
GiQ posted on 12-4-2013 12:02 PM
Assalamualaikum,

Andai di amati betul-betul... rukun iman itu sendiri seperti satu perjalanan di  ...

Era mana????? tak faham la aku soalan ko ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2013 03:45 PM | Show all posts
GiQ posted on 12-4-2013 12:02 PM
Assalamualaikum,

Andai di amati betul-betul... rukun iman itu sendiri seperti satu perjalanan di  ...

Apa beza kitab dgn suhuf?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2013 08:55 PM | Show all posts
hantukiller posted on 12-4-2013 03:10 PM
Era mana????? tak faham la aku soalan ko ni

Assalamualaikum,

Ye ke ...alahai. Simple je sebenarnya. Kita semua dalam mengamalkan Agama Islam perlu menunaikan tuntutan-tuntutan rukun yang ada. Itu secara umum semua tahu dan amal. Apa yang saya bawakan itu adalah Rukun Iman bila di pandang dari sudut EVENT. Dari era mula-mula iaitu hanya ALLAH yang ujud, kemudian era Malaikat, era Rasul, era Kitab, era Kiamat dan era Ketentuan ALLAH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 09:25 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbt,
mcm mna manusia nak percaya dgn rukun yang enam itu andai rukunnya ghaib kecuali satu.
dalam keenam-enam rukun itu, hanya kitab yang kita nampak. jika yang nampak ini kita tidak faham, adakah itu
maksud percaya? Sesuatu yang kita percaya hendaklah kita ketahui maksudnya. Jadi untuk beriman, perlu kenal kitab
kerana kalau kita tidak kenal kitab maka kita tidak dikira beriman. ini lah sebenarnya dari pandangan Allah, kalau dari pandangan manusia,
macam2 lah iman itu.

"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus." Qs 42:52
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 06:55 PM | Show all posts
atiqullah posted on 13-4-2013 09:25 PM
Assalamualaikum wbt,
mcm mna manusia nak percaya dgn rukun yang enam itu andai rukunnya ghaib kecu ...

Assalamualaikum..

Andai kata kitab itu perkara yang nampak, petanda-petanda kiamat juga bole nampak atau dalam kata lain bole di saksikan. Alhamdulillah.. Mula-mula kita lihat dan kaji perjalanan rukun iman semasa zaman baginda Rasulallah SAW. Di mana dan macammana kita nak faham tentang penyaksian...

Percaya kepada ALLAH
Di zaman Arab Jahiliah, semasa datok Baginda Rasulallah SAW menjadi penjaga dan pemegang kunci Kaabah, satu peristiwa besar telah berlaku di mana tentera bergajah yang di ketuai oleh Abrahah telah datang untuk menyerang Kaabah. Kaum-kaum Arab jahiliah tahu Ka'abah itu milik ALLAH dan ada yang menggelarnya rumah ALLAH. Tetapi bagi mereka tiada beza nya ALLAH kerana mereka juga penyembah berhala yang terdapat dalam Kaabah. Sebelum diserang, Abdul Mutallib berkata kepada masyarakat Mekah bahawa Kaabah itu milik ALLAH dan ALLAH juga lah yang akan pelihara, lalu mereka semua berlindung di kawasan pergunungan. Seperti yang kita semua ketahui, serangan itu telah gagal. ALLAH telah mengirim Burung Ababil untuk menghancurkan tentera Abrahah. Bagi kita di zaman sekarang,  tiada apa di rasakan atau nampak dari peristiwa itu kerana kita tidak ada di zaman itu ( minda sekarang juga telah di korupkan oleh filem-filem yang lebih hebat visualnya dari peristiwa itu). Tetapi bagi masyarakat Mekah zaman itu, atas apa yang di perkatakan oleh Abdul Mutalb, mereka telah menyaksikan satu peristiwa yang sungguh hebat dan di luar kemampuan Manusia untuk melakukannya (Naungan ALLAH).. Itulah PENYAKSIAN mereka tentang UJUD  nya ALLAH  . Dari peristiwa itu ALLAH telah menzahirkan tentang keujudannya secara TERANG kepada masyarakat. Penyaksian ini lah yang meyakinkan tentang UJUD nya ALLAH.

Peristiwa ini juga terdapat di dalam Kitab Al Quran di dalam Surah AL FIL. Surah Al Fil juga berkaitan dengan kesemua Rukun Iman itu, cuba saudara hayati surah itu dan kita bole muzakarah berkenaan nya . ( point-point dalam surah itu adalah ALLAH, TENTERA, TIPUDAYA, MENGIRIM BURUNG, BATU DARI TANAH TERBAKAR, DAUN DI MAKAN ULAT)

Apa yang nak di capai dari rukun iman yang pertama itu adalah yakin tentang UJUDnya ALLAH

Wallahualam

Last edited by GiQ on 15-4-2013 07:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 07:04 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 12-4-2013 03:45 PM
Apa beza kitab dgn suhuf?

Assalamualaikum,

Kiranya salah tolong betulkan. Kitab itu buku di mana matlamatnya adalah sebagai panduan untuk mencapai sesuatu perkara. Suhuf pula seperti risalah atau kepingan-kepingan kertas yang di dalam nya terdapat catatan pengajaran, hukum hakam dan lain-lain tetapi tidak lengkap.

Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 07:36 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 12-4-2013 03:45 PM
Apa beza kitab dgn suhuf?

Salam..
SUHUF (( صحف )) pengertian B. Arab ialah Kata Jamak ( plural ) bagi perkataan SOHIFAH (( صحيفة )) yang bererti LEMBARAN ( Scripture ).

tentang suhuf nih haku dah lama muskil.. dalam quran ada menyebut suhuf nabi Ibrahim dam Suhuf nabi Musa...Surah Al-A’ala , Surah ke-87, ayat 18 – 19.

pastu ada pulak info pasal suhuf2 lain seperti..
10 suhuf kepada Nabi Adam a.s.
50 suhuf kepada Nabi Syith a.s.
10 suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s.
30 suhuf kepada Nabi Idris a.s.
10 suhuf kepada Nabi Musa a.s.


yang haku muskil nih..dari mana mereka tahu jumlah suhuf nih..kalau ada yang tahu leh share info ok..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 07:44 PM | Show all posts
rajin2 mencari ilmu supaya lebih mantap...dan banyakkan berfikir tentang 6 perkara tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 07:50 PM | Show all posts
habakuk posted on 15-4-2013 07:44 PM
rajin2 mencari ilmu supaya lebih mantap...dan banyakkan berfikir tentang 6 perkara tuh...

Alhamdulillah, benar. Juga banyak berdoa dan mohon di beri kefahaman dan amalan yang sebenar-benarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:17 PM | Show all posts
GiQ posted on 15-4-2013 07:50 PM
Alhamdulillah, benar. Juga banyak berdoa dan mohon di beri kefahaman dan amalan yang sebenar-benar ...

Betul bro..kalau boleh tiap kali lepas solat mohon kepada Allah supaya mudahkan untuk kita memahami tiap ilmu yg kita pelajari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 08:29 PM | Show all posts
habakuk posted on 15-4-2013 08:17 PM
Betul bro..kalau boleh tiap kali lepas solat mohon kepada Allah supaya mudahkan untuk kita memaham ...

Alhamdulillah,

Bukan kalau bole lg , sewajibnya begitu dan dalam setiap detik.. ye dak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 08:37 PM | Show all posts
GiQ posted on 15-4-2013 08:29 PM
Alhamdulillah,

Bukan kalau bole lg , sewajibnya begitu dan dalam setiap detik.. ye dak.

memang wajib bro...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:39 PM | Show all posts
habakuk posted on 15-4-2013 07:36 PM
yang haku muskil nih..dari mana mereka tahu jumlah suhuf nih..kalau ada yang tahu leh share info ok

Jumlah suhuf tu disebut dalam hadith Nabi, tak silap saya Abu Dzarr Al-Ghifari RA yang tanya pasal suhuf2 tu kepada Nabi Muhammad SAW

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:43 PM | Show all posts
mnm77 posted on 15-4-2013 08:39 PM
Jumlah suhuf tu disebut dalam hadith Nabi, tak silap saya Abu Dzarr Al-Ghifari RA yang tanya pasal ...

ok thank u bro..nt haku carik hadis tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:49 PM | Show all posts
habakuk posted on 15-4-2013 08:43 PM
ok thank u bro..nt haku carik hadis tuh...

Ni saya dah dapat, mungkin boleh membantu, Insya-Allah...

Abu Zar berkata bahawa saya bertanya kepada Rasullulah s.a.w., “Berapa banyakkah kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t? Baginda s.a.w menjawab, “Seratus suhuf (kitab-kitab kecil) dan empat buah kitab-kitab. Lima puluh suhuf diturunkan kepada Shith a.s, tiga puluh kepada Idris a.s, sepuluh kepada Ibrahim a.s dan sepuluh kepada Musa a.s sebelum Taurat. Selain daripada itu, empat kitab iaitu Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran yang suci telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Abu Zar bertanya lagi, “Apakah yang terkandung dalam suhuf-suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s? Rasulullah s.a.w menjawab, “Suhuf-suhuf itu mengandungi peribahasa-peribahsa (nasihat), misalnya, “Wahai raja yang berkuasa dan bongkak, Aku tidak mengutuskan kamu hanya untuk mengumpulkan harta. Aku mengutuskan kamu untuk menghalang aduan orang yang teraniaya daripaaada sampai kepadaKu. Kamu hendaklah menyelesaikan aduan itu terlebih dahulu kerana Aku tidak menolak aduan orang yang dizalimi, walau dia seorang yang kafir sekalipun.”

Sambungan penerangan Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar, “Dalam suhuf-suhuf itu juga disebutkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras (selagi dia tidak hilang akal) untuk membahagikan masanya kepada tiga bahagian. Sebahagian untuk beribadat kepada Allah s.w.t, sebahagian untuk bermuhasabah (menghitung diri) dengan merenungkan sebanyak mana amalan baik yang telah dilakukannya dan sebanyak mana amalan buruk yang telah dilakukannya. Sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal. Mustahak juga bagi orang yang berakal untuk menjaga masanya, sentiasa berfikir untuk memperbaiki keadaannya dan menjaga lidahnya daripada percakapan-percakapan yang sia-sia serta tidak berfaedah. Sesiapa yang sentiasa bermuhasabah terhadap percakapannya, nescaya lidahnya akan kurang mengeluarkan perkataan yang tidak berfaedah. Seseorang yang berakal janganlah bersafar melainkan untuk tiga tujuan iaitu untuk mencari nafkah ataupun untuk mencari kerehatan yang diharuskan.” Saya (Abu Zar) bertanya lagi, “Ya, Rasulullah, bagaimana isi kandungan yang terdapat dalam suhuf-suhuf yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Keseluruhan isi kandungan suhuf-suhuf itu ialah kata-kata nasihat. Contohnya, ‘Aku hairan dengan seseorang yang yakin akan kematiannya tetapi masih berseronok dengan sesuatu perkara ( ini adalah kerana, seseorang yang yakin bahawa dia akan mati misalnya kerana telah dihukum gantung, tidak lama lagi akan menaiki tali pergantungan maka dia tidak mungkin dapat berseronok dengan apa-apa perkara sekalipun). Aku hairan dengan seseorang yang yakin tentang kematiannya tetapi masih dapat berketawa. Aku hairan dengan dengan seseorang yang memerhatikan musibah-musibah, pertukaran-pertukaran dan perubahan mendadak yang berlaku di dunia ini setiap masa tetapi masih berasa tenang dengan kehidupan dunia. Aku hairan dengan seseorang yang percaya dengan takdir tetapi masih berdukacita dan bersusah hati. Aku hairan dengan orang yang percaya bahawa tidak lama lagi dia akan dihisab tetapi masih tidak melakukan amalan yang baik.’ Abu Zar berkata berkata lagi, “Ya Rasulullah, nasihatilah saya.” Pertama-tamanya Baginda s.a.w menasihati beliau supaya bertakwa. Baginda s.a.w menerangkan bahawa takwa adalah asas dan tunjang segala perkara. Abu Zar berkata lagi, “Tambahkanlah lagi (nasihat) untuk saya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca al-Quran dan berzikrullah, kerana membaca al-Quran menjadi nur di dunia ini dan bekalan untuk akhirat.” Abu Zar terus meminta tambahan nasihat dan Baginda s.a.w memberitahu, “ Elakkanlah diri daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.” (Banyak ketawa memudaratkan rohani dan jasmani). Abu Zar meminta untuk ditambah lagi. Rasulullah s.a.w bersabda, “Teruskan jihad kerana jihad adalah ‘rohbaniah’ umatku.” (rohbaniah adalah amalan rahib iaitu orang di kalangan umat terdahulu yang telah memutuskan semua hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk Allah s.w.t)

Abu Zar meminta nasihat lagi dan Rasulullah s.a.w bersabda, “bergaullah dengan orang miskin dan fakir, jadikanlah mereka sahabatmu dan duduklah bersama mereka,” Apabila Abu Zar meminta nasihat lagi, Rasulullah s.a.w pun bersabda, “Lihatlah orang yang rendah daripada kamu (supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu) dam jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, jika tidak mungkin kamu akan memandang rendah nikmat-nikmat Allah s.w.t ytang telah diberikan kepadamu.”

Apabila Abu Zar meminta nasihat lagi, Rasulullah bersabda, “Hendaklah melihat kesalahanmu sendiri supayaa menjadi benteng dirimu daripadaa mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri terlibat dengan perkara itu. Untuk sabitkan kamu bersalah sudah memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain sedangkan keaiban itu terdapat pada dirimu sendiri, walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu. Kamu akaan bersalah juga sekiranya kamu menuding jari ke arah keaiban orang lain sedangkan kamu sendiri melakukan keaiban itu.” Setelah itu Rasulullah s.a.w menepuk dada Abu Zar dengan tangannya lalu bersabda, Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada takwa yang menyamai meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan dan tidak ada kemuliaan yang dapat menandingi akhlak yang mulia.”
(Dalam menterjemahkan hadith ini, kefahaman dan maksud lebih diutamakan daripada makna perkataan demi perkataan dari segi bahasa).

Hadith riwayat Ibn Hibban, disebut dengan panjang lebar oleh Mulla 'Ali Al-Qari, secara sempurna oleh Imam Suyuti (Rah). Secara ringkas disebut dalam Kitab At-Targhib.

Dipetik daripada Fadhilat Al-Quran - Himpunan Kitab-kitab Fadhail Amal.
Dikarang Oleh: Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.087500 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list