CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1912|Reply: 0

[CARI Info Kioks] NISSAN FASHIONABLY KL RAIKAN SENI FESYEN DAN MUZIK

[Copy link]
Post time 8-4-2013 04:55 PM | Show all posts |Read mode


















NISSAN FASHIONABLY KL RAIKAN SENI FESYEN DAN MUZIK
DENGAN KERJASAMA FESTIVAL SENI MAPKL 2013 PUBLIKA


Kuala Lumpur (5 April 2013) – Dalam menyokong industri seni, muzik dan fesyen tempatan, pengedar kenderaan jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah bekerjasama dengan Festival Seni mapKL 2013 Publika.  Nissan Fashionably KL berlangsung mulai 5 – 7 April 2013 yang melibatkan pameran seni, persembahn muzik secara langsung serta pertunjukan fesyen untuk mempromosikan empat model terlaris Nissan - Nissan ALMERA, Nissan TEANA, Nissan X-GEAR dan model yang akan dilancarkan, kereta elektrik sepenuhnya sifar emisi Nissan LEAF.

Hujung minggu itu dimulakan pada petang 5 April 2013 apabila para jemputan menikmati pengalaman festival Nissan Fashionably KL secara keseluruhannya. Ia dimulakan dengan satu pameran seni berorientasikan fesyen di White Box, sebelum diikuti oleh pertunjukan fesyen eksklusif di Black Box daripada para pereka fesyen tempatan seperti Syomir Izwa, Zleqha dan Allien Gan. Acara itu kemudian diakhiri dengan parti di The Square yang dihiburkan oleh DJ tempatan, Chris Olivia.

Sepanjang hujung minggu, terdapat banyak aktiviti yang boleh disertai oleh orang ramai. Daripada pameran seni di White Box hinggalah persembahan muzik di The Square oleh artis-artis tempatan seperti Nadhira, SonaOne, BeatNation, Caprice, H3, Meliha Faisal dan ramai lagi. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat semua kenderaan Nissan sambil menikmati muzik secara langsung.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen Yuen Thiam berkata, “Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Andrews Models, Publika dan MAP dalam acara eksklusif ini yang berkait rapat dengan fesyen penuh gaya, cita rasa tinggi dan gaya hidup yang Nissan gembira untuk menjadi sebahagian daripadanya.”   

“Nissan Fashionably KL sememangnya satu platform terbaik untuk mengaitkan jenama Nissan dengan fesyen yang penuh gaya dan estetik. Ia pastinya akan membangkitkan minat dari kalangan bintang-bintang fesyen, malah mungkin golongan kaya dan terkenal juga,” tambahnya.

Model yang telah memenangi pelbagai anugerah, Nissan TEANA tampil dengan gaya mewah dan moden. Kini ia dilengkapi Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang memberi amaran kepada pemandu menerusi lampu LED atau Buzzer sekiranya bahaya dikesan dalam zon peka seluas tiga meter panjang dan tiga meter lebar.

Nissan ALMERA merupakan tawaran terbaharu dalam pasaran sedan segmen B bersama ciri-ciri teknologi terkini, gayaan tubuh yang aerodinamik dan ruang kabin luas dalam pakej mampu milik.  Ia dibina di atas platform global “V” (versatil) baharu yang menggunakan kerangka ringan tetapi kukuh bersama komponen  keselamatan sepenuhnya.  

Nissan X-GEAR menggabungkan gayaan luaran berinspirasikan SUV dengan versatiliti dan ruang luas yang mendahului kelasnya. Penampilan luarannya diserlahkan lagi menerusi tempat duduk dan kemasan pintu yang dibalut dengan fabrik “Tartan”. Ia juga praktikal dengan tempat duduk boleh lipat bersama konfigurasi 60:40 yang menggandakan ruang kargo daripada 383L kepada 769L apabila tempat duduk diturunkan.

Kenderaan sifar emisi yang ditunggu-tunggu, Nissan LEAF ialah kereta elektrik 100 peratus. Ia membuktikan sokongan Edaran Tan Chong Motor terhadap inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan yang mapan. LEAF menawarkan pengalaman pemanduan yang unik kerana ia tidak mempunyai enjin pembakaran dalaman diesel atau petrol dan hanya dikuasakan sepenuhnya oleh sebuah motor elektrik.  

Semua kereta Nissan ini boleh dilihat mulai 5 hingga 7 April 2013 di Nissan Fashionably KL, Publika. Acara ini terbuka kepada orang ramai pada Sabtu dan Ahad, 6 dan 7 April 2013.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.633006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list