CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4106|Reply: 0

Bahaya warna rambut

[Copy link]
Post time 8-4-2013 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Mewarnakan rambut adalah suatu budaya lumrah dalam masyarakat, terutama remaja.


Mereka ingin tampak bergaya dengan fesyen rambut yang saling bertukar warna­nya. Namun, tanpa mereka sedari ia mengundang bahaya yang amat besar.



Satu kajian Persatuan Penyelidikan Barah Amerika Syarikat, mendapati pewarna rambut mempu­nyai risiko kepada penyakit barah.



Berdasarkan kajian itu, terdapat dua bahan kimia dalam pewarna rambut ialah ‘para-phenulencediamine’ dan‘tetrahydro-6-nitroquinoxaline’.

Bahan kimia itu menunjukkan tanda kerosakan genetik badan manusia dan menyebabkan barah ke atas haiwan.

Kajian itu turut mendapati kaum wanita yang sering menggunakannya berisiko tinggi mendapat barah rahim. Ini kerana wanita dikenali pasti mempunyai variasi genetik berbanding lelaki.



Wanita yang me­ngandung mempunyai lebih banyak ‘karsinogen’, iaitu unsur yang boleh membawa kepada kanser ini.

Setiap wanita mempu­nyai karsinogen yang berbeza. Ada yang lambat pergerakannya dan ada yang cepat.

Bagi wanita yang karsinogen yang lambat maka risiko terkena kanser adalah rendah, begitulah sebaliknya.



Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kanser Me­nyeluruh Norris di Universiti California Selatan mengenalpasti sejumlah ge n yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap arylamines iaitu zat yang terdapat dalam pewarna rambut yang kekal.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058951 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list