CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2858|Reply: 4

cerpen : hanya dalam hati. ( u )

[Copy link]
Post time 5-4-2013 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Hazriq baru sahaja balik daripada kenduri kahwin rakannya ,Ika yang bertemu jodoh dengan seorang peguam dari Johor.Kali kedua hati Hazriq tercalar dan berakhir dengan senyuman palsu.Dia tidak lah bergitu rapat dengan Ika atau nama sebenarnya Syafika.Seorang kawan yang agak lama dikenalinya.Lama sejak daripada sekolah rendah.

Mungkin kerana Hazriq seorang pendiam.Tak banyak bercakap.Tak banyak berbicara.Cuma perasaan cemburu yang tersimpan di hati bila melihat Ika lebih rapat dengan kawan-kawan lelaki yang lain.Ingin mulutnya terbuka dan bertanya pada Ika.Ingin dia berbicara dengan Ika selain daripada tersenyum dan bercakap sepatah dua.Tapi difikirnya mungkin Ika tidak melayan responnya.Dan mungkin juga dia tidak tahu apa yang sepatutnya dibicara.

Setahun yang dulu,ketika Hazriq masih lagi di semester akhir di sebuah kolej di Terengganu, diperkenalkan seorang gadis padanya.Rakan kepada rakannya.Sifat Hazriq yang tidak melayan perempuan akhirnya hilang bila Julia hadir dalam hidupnya.Pada mulanya Hazriq agak tertekan kerana Julia  ingin rapat denganya.Bagaikan hilang kebebasan dalam hidup.Dia tidak juga melayan Julia sebagai seorang rakan,cuma sifat riang dan suka berkawan Julia membuatkan hati Hazriq menjadi lembut dan lama kelamaan hadir suatu rasa dalam hati Hazriq.

Dia mula rasa rindu akan Julia bila sehari tidak berjumpa.Rindu untuk berada dekat dengan Julia.Rindu untuk melayan perangai Julia yang suka memaksa walaupun dahulunya Hazriq merasakan yang Julia agak menjengkelkan.Rindu yang dia sendiri tidak tahu sebabnya.Dia tidak tahu kenapa rasa itu hadir.Kerana sifat pendiam Hazriq, dia cuma tersenyum bila melihat Julia pergi daripada hidupnya.Bertemu lelaki lain dan menamatkan hidup dengan lelaki pilihannya.Yang pasti lelaki itu bukannya Hazriq kerana tidak pernah Hazriq meluahkannya pada Julia.Dia tidak berani.Dia takut dengan reaksi Julia jika dia luahkan.Dan segalanya berakhir dengan sakit.Sakit yang cuma Hazriq yang tahu dan dia masih pendamkan.

Pengalaman kali pertamanya berulang lagi.Cuma yang membezakan Julia dengan Ika, Hazriq mengenali Ika cukup lama.Bukan setahun , bukan satu semester.Cuma bila dia terpandang kembali Ika yang sudah lapan tahun tidak berjumpa, Hatinya berdetik kembali.Dia memang tidak pernah menegur Ika apatah lagi berbual dan berbicara.Dia cuma mampu tersenyum dan bergelak tawa bersama apabila dengan rakan-rakan. Hazriq bukanlah orang yang mampu membuat Ika ketawa.

Perasaan suka dalam hati Hazriq masih lagi dipendam.Sama seperti perasaannya pada Julia dahulu.Diperamnya dalam-dalam.Takut untuk diluahkan.Dia hanya melihat sayu.Hanya tersenyum apabila melihat pasangan pengantin itu diraikan.Hadir seribu sesalan dalam hati Hazriq.Seribu kecelaruan dan kesakitan yang menusuk.Ika memandang Hazriq dan tersenyum.Senyuman palsu dibalas Hazriq bagaikan tiada apa berkecamuk di dalam hatinya.Dan Hazriq pun meninggalkan majlis tersebut.Mungkin lagi dia boleh tersenyum buat kali kedua.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 07:13 PM | Show all posts
Ada lg tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 09:45 PM | Show all posts
khaizarina posted on 5-4-2013 07:13 PM
Ada lg tak?

cerpen ni satu je.tapi ada lagi cerpen lain-lain.belum upload lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 11:32 AM | Show all posts
kesian hazriq....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 04:43 PM | Show all posts
smpai situ je?
takdak sambungan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.935933 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list