CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2855|Reply: 9

Petua Mencari Lelaki Yang Baik

[Copy link]
Post time 5-4-2013 09:38 AM | Show all posts |Read mode

1. Yang berkemampuan.


2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.


4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.


5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.


7. Mudah memaafkan.


8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah…


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 09:54 AM | Show all posts
Insyallah..Amin

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:19 AM | Show all posts
Saya memiliki ciri-ciri di atas kecuali nombor 4. Saya tak reti memasak.
Kepada sesiapa yang berminat untuk berkenalan dengan saya yang comel ini, jangan segan untuk PM saya ataupun hubungi saya di talian ini... 0162888***
Cuba lah dulu ya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 01:53 PM | Show all posts
owh....trime kasih for info ni.....baiklah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 01:57 PM | Show all posts
pnjgnye senarai ... ape kate kalo kite didik diri kita jd yg tbaik yg mungkin supaya insyaAllah akan bjodohan ngan yg terbaik ... boleh x gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 02:17 PM | Show all posts
sy pon cari calon gak, tp tak de la bersyarat sgt... cuma asal dia boleh jaga sy didik sy atau sama2 mendidik diri ke jalannya... yg lain2 tu bonus la kot ~wink~wink~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2013 02:30 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 5-4-2013 11:19 AM
Saya memiliki ciri-ciri di atas kecuali nombor 4. Saya tak reti memasak.
Kepada sesiapa yang ber ...

alang2 nk bagi tu..publish full number la
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 04:06 PM | Show all posts
alhamdulilah kalo dpt seperti semua di atas...terimalah kekurangan dan kelemahan psgn kita dengan seadanya..


kdg2, apa yg kita nak..belum tentu tuhan tunaikan semua...kalo dpt sebahagian jek, itupun dh mencukupi,,kita sdiri yg kena pandai corakkan..baiki sama2...susah nk cri pasangan yg betul2 serasi dan satu kepala ngn kita..pasti ada yg kurangnye..


berdoalah.. moga dia jodoh kita dunia akhirat... jgn putus doa, putus harap..selagi terdaya, berusahalah untuk jd yg tbaik...kita sdiri yg kena bsikap baik..sblm nk terima kebaikan org lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 04:40 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 5-4-2013 11:19 AM
Saya memiliki ciri-ciri di atas kecuali nombor 4. Saya tak reti memasak.
Kepada sesiapa yang ber ...

go goo goo  gud luck broo
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 05:10 PM | Show all posts
ai pon mengharapkan dpt lelaki yg mcm ciri2 kat atas....doa kan ek kawan2..huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.444594 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list