CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4532|Reply: 12

Nak tanya pendapat masalah tempat kerja...

[Copy link]
Post time 5-4-2013 02:31 AM | Show all posts |Read mode
Salam rakan forumer semua, aku ade masalah di tempat kerja aku, aku kerja bahagian Teknikal Computer ngan satu kedai komputer swasta di Kota Bharu, walaupun aku kerja teknikal tapi dalam surat lantikan aku jugak sebagai pembantu jualan. Aku dah kerja selama 4 tahun, staff kat situ pun tak ramai cuma kami bertiga sahaja. Aku mula kerja dengan gaji 400 dah selepas beberapa bulan gaji aku dinaikkan kepada 600.. Masalah aku bermula apabila kerajaan umumkan dasar gaji minimum 900, dulu aku berdua je staff tapi dengan tidak semena boss aku tambah 1 lagi staff so skang jadi 3. Masalah aku pas kerajaan umum gaji 900 ialah yang dia xkan bayar gaji 900 sebab ofis tak mampu, yang aku tahu ofis bukan tak mampu cuma sebab ofis menanggung banyak kos peribadi dia, kereta avanza, hilux, api air rumah dia, insurans anak2 dia. Dulu caruman KWSP boss aku main ikut suka dia jer berapa nak carum, dalam 3 orang staff tue, cuma aku dan akak kerani jer yang dicarum KWSP, teknikal sorang lagi xdicarum walaupun dah kerja selama 1 tahun, alasan boss aku sebab dia tak sign surat jawatan.
So sekarang selepas dasar gaji min 900 boss aku terpaksa bayar kwsp aku dan kerani tue mengikut tangga - gaji 900, yang mana beliau dakwa ofis tidak akan mampu bayar, walaupun banyak untung tapi semua keuntungan boss dah pindah masuk ke akaun peribadi, latest boss aku buat peraturan, bulan 4 nak sales sebanyak 10ribu sebulan, kalau aku gagal maka boss aku akan gugurkan aku dari KWSP. Persoalan sekarang bolehkah bos aku berbuat demikian? sebab gaji minimum 900 pun dia tak nak bagi. Sekarang aku diberi berbagai tekanan untuk aku berhenti sendiri seperti gaji aku dilewatkan, aku dimarahi tanpa sebab, walaupun tak pernah ade kes..
Memang rasa tak puas hati sangat sebab dah 4 tahun aku kerja kat sana dan skang aku diberi layanan begini, kepada siapa aku nak mengadu.. Perkeso pun xdicarum tau nak bolot untung ke dia saje.. Dia takkan berhentikan aku cuma akan bagi tekanan supaya aku berhenti sendiri, dah la aku guna kenderaan sendiri untuk hantar barang ofis, maintainence kereta pun xde..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 08:34 AM | Show all posts
klu lapor kt KWSP, mmg kena la bos ko.. bayar KWSP lambat kena denda ni, ni lak buat syarat macam tu..

ni aku petik dr website KWSP..

Upah

Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.

Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP:

Gaji
Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
Bonus
Elaun
Komisen
Insentif
Tunggakan upah
Upah bagi cuti bersalin
Upah bagi cuti belajar
Upah bagi cuti separuh gaji
Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya


Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP:

Caj perkhidmatan
Bayaran kerja lebih masa
Ganjaran
Faedah persaraan
Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
Yuran Pengarah

Klu aku jadi ko, aku berhenti keje @ lapor pada KWSP & PERKESO..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 08:44 AM | Show all posts
jahhh.. pat taun ko dimain2kan dek bos ko yg zolim hiteww..

ade ke skunk gaji boleh below 900? mana nak idop kalo elaun tak brape ada nak kaver..

ini hak uolss sbagai pekerja.. satu laporkan pd epf.. majikan wajibulghunnah carumkan epf pd pekerja..  

kalo koje kedai kasot takpelah ini keja di upis wehh.. mana boleh buat mcm neh.. socso pun kalo boleh kene mntk gak..

kata uols keje ade keluar2 pntg tuh.. papehal jadik waktu kerja.. sokso la harapan kite...

kedua ko report pd jbtn sumber manusia... hak sebagai pekerja dan tanggungjwb majikan.. jgn biar dia lepas gitu saja..

perah tenaga keringat org pstu byrn tak setimpal...

last aku nasehatkan ko carik keje len... yg lbh ada masa depn,.. ni keje teda masa dpn.. dah la epf suka2 nak bg tak bg..

epf tuh lah punca pendptn ko masa pencen nnt.. takkan nak keje smpi bertongkat?? bertindak skunk jgn tunggu lagik 4 taun tuk bertindak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:15 AM | Show all posts
Gaji ko 600 jek...
foreign worker kat opis aku pon gaji 900
ada OT elaun makan bla bla lg
cari kerja lain la
kalo jd despatch pon gaji beso gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:17 PM | Show all posts
lapor je kat kwsp..perkeso sume tu..bia kena bos awk tu..mana boleh buat staff mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:57 PM | Show all posts
Kalau gaji minimum tu, kerajaan dah announce hanya berkuatkuasa kepada syarikat yg mempunyai pekerja 5 org dan keatas saja. pekerja syarikat tu ade 3 org saja kan? U boleh refer kat sini..

http://www.mohr.gov.my/pdf/minimumwagesorder2012.pdf

Kalau bab KWSP & PERKESO tu, baik u buat report je.. mana boleh suka2 x nak mencarum & suka2 nk bayar berapa.
Even xde surat lantikan pun kawan u itu berhak utk dicarumkan.
Undang2 mane die pakai?
Ntah2 syarikat dia ni pun x berdaftar ngan SSM kot.
Income tax pun ntah bayar ntah tidak. Lari cukai kot.
Sbb benda2 ni semua diperlukan utk declare pendapatan syarikat dia nanti.
Lepas u report, u pegi cari keje lain.. yg boleh menjamin masa depan u nanti.
Lepas ni please berhati2 sebelum sain ape2 appointment letter.
Pastikan KWSP, PERKESO tu mesti ada.
Tapi skg banyak company xnak carum pekerja yang dlm tempoh percubaan.
Itupun sebenarnya dah menyalahi labour law.
Dalam tempoh 3 bulan probation tu kalau ape2 jadi kat u, susah nanti.
So, pandai2 la u nk cari kerja lepas ni...
Ape2pun pastikan nasib u sbg pekerja terbela.
Good Luck TT




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2013 09:28 PM | Show all posts
mushroomsup posted on 5-4-2013 11:15 AM
Gaji ko 600 jek...
foreign worker kat opis aku pon gaji 900
ada OT elaun makan bla bla lg

jangan kata foreign ko, budak kerja kbmall bahagian jual jeruk pun gaji lagi mahal dari aku, kerja dalam ekon plak tue, sedih kadang2 pikir, kalau ade PC Fair ke ape, makanan kena beli sendiri, xde elaun, kalau ade pun malam bagi la RM10 buat makan, berdiri jaga booth dari kul 10pagi - 10 malam. kalau boss bangsa lain xpe, nie sesama melayu haduii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:52 PM | Show all posts
Memang aku akan berhenti pun sebab makin melampau dah boss aku, cuma sebelum berenti tue fight le dulu, ade ke patut panggil aku masuk bilik pastu bagi syarat saya nak sales 10k maintain setiap bulan baru saya akan carum kwsp ngan tangga gaji 900, wad de hell? kerja penat2 maintain sales 10k (walaupun aku nie teknisen ) yang dapat cuma tambahan 100 dari caruman KWSP sebelum minimum 900!? Gaji xmo kasi 900 alasan kewangan syarikat xcukup? tapi kalau sales 10k sebulan untuk sorang staff tue kira cemane? komisen pun xde nak aku kerja letih2 mampos2 kayakan dia dan aku dapat kwsp tambahan 100 ngan gaji tetap 550, giler ahhh rasa macam nak tumbuk jer boss aku, sib baik la dia pompuan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 10:54 PM | Show all posts
Kalau sesape pernah nampak aku di theard mistik nun aku pernah bukak thread "bossku cuba mandremkan diriku" ekoran kegagalan beliau mandrem tue la timbul plak syarat macam syaitan nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 10:55 PM | Show all posts
sanggup plak dia kata, kalau xleh capai 10k, dia akan hantar surat gugurkan aku dari caruman KWSP walhal aku masih kerja kat sana, bila kejadian tue berlaku ler akan aku report pade KWSP pastu blah good bye, so sebulan lagi masa nie untuk aku cari keja lain la, dah kawin ade anak sorang kalau aku bujang xpe la, nie masa depan gelap nak mampos,
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 12:07 AM | Show all posts
600 gaji u? Seriously now nara rasa nak tendang ke laut je despatch sekor  kt office tu. Gaji 1k lebih, kerja ngantor n edar surat je, tapi sering mia n awol. Lgsung x hargai kerja, sedangkn rmai lagi kt luar sana yg underpaid.  

Nasihat nara, sebelum resign, fight dulu hak kamu yg perlu.At the same time  Try la minta kerja govt. Nara x tau apa qualification u, u boleh guna serendah kelayakan pmr utk kerja driver, despatch, buruh etc. Gaji plus elaun kt 1.3k jugak tau. Tu pmr. Klau klykn spm, stpm, dip, degree makin tinggi, but dont expect gaji mcm kerja bank or petronas. Sekurang2nya x underpaid mcm u lslui skrg, nasib x terbela pulak tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2013 09:51 AM | Show all posts
Nara_Gaara posted on 6-4-2013 12:07 AM
600 gaji u? Seriously now nara rasa nak tendang ke laut je despatch sekor  kt office tu. Gaji 1k leb ...

Saya nie lulusan diploma sains komputer, pernah dapat dean list lagi mase blajar kat UPM, tapi biasalah kat kelantan, kadang2 bukan dapat kerja yang betul2 ikut kelulusan, tapi aku teknisen kira bonus la sebab aku blajar sains komputer, merangkumi semua aspek komputer. Keja kerajaan bukan tak mintak, dah banyak kali asik xdapat jer, sini kerja kerajaan kuat sangat kabel2 nya, kalau xde sokongan memang payah la, kakau jenis mak pak kerja kampung xdenya nak dapat keja kerajaan mudah2. Seingat aku, aku xde la demand sangat pasal gaji nie, asal berbaloi, mula2 pas grad aku keja programmer, pastu opis tutup boss ade masalah, masa tue gaji 1200, suka la dok kat kelantan gaji camtu, pastu aku kerja sebagai kerani komputer kat HQ MLM di kelantan nie, gaji 400 jer, 3 bulan keja naik 450.. Pastu aku keja la kedai komputer skang nie, mula2 masuk gaji 400, masa tue orang tengah suka, xsampai setengah tahun gaji aku naik 450, 550 pastu 600..

Sampai la 4 tahun gaji 600.. Atas kertas tulis jer komisen untung jualan 10% service 10% komisen pastu dok canang bagitau orang staff gaji murah pun ade komisen.. Yang sedihnya komisen tak pernah bagi betul2 , 3 4 bulan kerja bagi la 50 komisen, nak raya bagi la 50, cuti kalau mintak trus masam, minyak keta, 4 5 kali kuar anta barang bagi 10, jauh sehingga bachok, 40KM pun bagi 10.. Tapi semua aku sabar sebab ade family, anak sorang kalau bujang aku dah lama berhenti. Cuma pas kejadian dia panggil dia bagitau kat aku stakat beki2 aku upah budak2 pun boleh, tue yang buat aku kecik ati sangat2, keringat diperah xsetimpal ngan bayaran..

duit opis tak cukup sebab boss bayar keta avanza, hilux, exora dia, yang staff nie nak makan tengahri pun pikir.. Mesti korang pikir cemane aku leh survive kan, mesti korang ingat aku makan hasil bini, sebenarnya tak, dalam masa aku kerja aku juga buat sambilan, macam jual telefon china, tablet china, kadang2 freelance programming, semua kerja aku buat xde kaitan pun dengan customer opis, cuma sebab ihsan kawan2 tolong bila dengar citer aku camni. Dalam ramai2 staff aku la yang tahan paling lama 4tahun, orang lain setahun pun dah payah nak tahan. Skang boss aku leh ek ngan aku pasal ade orang baru dia leh pegang ngan gaji 500 sebabnya si mamat nie tangkap cintan ngan akak kerani kat sini, kita macam macai la ape pun tak kisah.. Laki orang tengah gila anak dara, mudah la nak dimanipulasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 12:46 AM | Show all posts
Bro ... berhenti jer lah, tak payah nak dendam dendam ...
Rezeki Allah swt yang beri ....
Kalau boleh berhijrah  ... lakukan saja ...
Kesian kat boss , tapi tak kasihan pada diri sendiri dan anak dan isteri ...
Bro ... awak memang kejam ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074705 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list