CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 14-5-2013 09:12 PM | Show all posts
bab 8 akan menyusul......perjalanan yang berliku-liku akan dilalui oleh Lily Dayana nanti....er....nak bgtau sekali lg...dah ada dlm penulisan2u.my saya punya karya...br sampai bab 3.....hehehehehe...kat sini saya rempit sikit....khas untuk yang sudi baca karya saya
Last edited by wipers81 on 14-5-2013 10:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2013 04:39 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...

BAB 8


            Lima hari selepas kematian emak, aku terpaksa pulang ke JB dengan menaiki kereta abang Iman unuk menguruskan rumah sewa kami di sana. Aku yang pada mulanya menolak untuk pergi bersamanya, akhirnya terpaksa mengalah. Nampaknya keadaan tidak memihak padaku. Kembarku pula, mahu menaiki kereta bersama Pak Uda.  Seboleh-bolehnya aku cuba menahan rasa amarahku pada abang Iman. Peristiwa beberapa hari lalu masih segar dalam ingatanku. Sejak hari itu, aku cuba menjauhkan diri darinya. Tambahsakit hatiku bila melihat senyuman nakal yang terbit dari bibirnya sebaik berjaya meyakinkan Pak Udaku supaya aku menaiki kereta bersamanya. Perlahan keretanya bergerak keluar dari laman rumah atuk. Kelihatan di belakang, kereta Pak Uda turut mengekori kami.

          “ Kenapa dari tadi senyap je kau ni dik? Kau marah lagi ke dengan abang? Sorry okay. Please dik, jangan buat abang macam ni. Selagi abang tak dengar suara dan bercakap dengan adik, abang tak tenang. Adik nak abang buat apa supaya adik maafkan abang? Abang sanggup buat apa je, asalkan adik dapat memaafkan abang. Please say something?” luahnya setelah agak lama keadaan sepi. Aku hanya mendiamkan diri sedang otakku bekerja keras memikirkan apa yang perlu aku katakan untuk membalas hujahnya?

          “ Macam nilah abang. Adik akan maafkan abang jika abang berjanji takkan buat lagi macam malam tu dan adik juga nak abang berjanji yang abang takkan ungkit lagi soal sayang ke cinta ke pada adik. Geli tau tak! Boleh tak anggap adik ni macam adik abang? Adik rimas tau tak dengan abang sekarang.” Balasku dengan nada geram. Aku memalingkan wajahku ke cermin keretanya. Lebih baik tengok jalan raya, lagi bagus.  



Last edited by wipers81 on 15-5-2013 04:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:43 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia...

          “ Okay, yang mula-mula tu abang boleh janji, Insya Allah abang akan cuba sayang. But  yang kedua tuh, berat sikitlah sayang. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa dik. Kalau kita dah sayangkan seseorang, mustahil untuk kita buang perasaan tu dengan mudah. Kecuali jika abang ‘pergi’ dulu, abang akan bawa bersama perasaan ini dik.”  Aduh…dialog romantiklah pula. Bangkit pula bab-bab kematian ni. Pantas air mataku mengalir. Emak….

          “ Alamak….abang minta maaf sayang. Bukan sengaja abang nak cakap macam tu.  Abang cuma nak gambarkan bagaimana perasaan abang pada adik. Sorry sayang. Janganlah menangis sayang!” Pujuknya lalu tangan kirinya cuba memegang tangan kananku. Aku segera menarik kembali tangankku.

          “ Abang Iman! Adik dah tak tahu nak cakap apa lagi. Macam nilah, adik dah malas nak bertekak dengan abang,  so biarlah  waktu yang menentukan. Andai ada jodoh antara kita, adik terima dengan hati yang terbuka. Namun jika tiada jodoh antara kita, adik doakan moga abang bahagia walau dengan siapa pun abang bersama. Tolong jangan terlalu mengharap pada adik! Satu lagi, stop calling me ‘sayang’.” Terus sahaja, aku melentokkan kepala ke kerusi keretanya dan buat-buat tidur. Aku tidak mahu fikir akan hal ini.   

           “ Baiklah, kalau itu yang adik harapkan, abang akan akur. Tapi ingat dik, abang tak akan sesekali berputus asa untuk mendapatkan cintamu dik. Abang akan berusaha untuk menjadikan adik permaisuri hati abang.” Tegasnya lagi. Dia kemudianmeneruskan pemanduannya. Mungkin sebagai menghormati permintaanku, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Sepanjang perjalanan, hanya suara DJ di radio kereta yang menemaninya.  

            Kira-kira dua jam kemudian, kami sampai ke Johor Bahru. Sayu hatiku melihat rumah sewaku di sana. Banyak kenangan terpahat di rumah ini bersama arwah emak. Di sinilah suka duka, pahit manis yang kami kecapi. Kereta Pak Uda masih belum kelihatan.  Ah…mungkin sekejap lagi sampailah mereka. Aku membuka mangga pintu rumahku. Sebaik pintu rumah terbuka, aku melangkah masuk. Abang Iman masih di luar, mungkin menanti abahnya. Tiba-tiba aku rasa sangat hiba. Laju saja air mata aku menuruni lalu membasahi pipi. Aku terduduk di lantai. Seolah-olah aku nampak bayang emak sedang duduk dimesin jahitnya yang terletak di sudut rumah sewa kami.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:10 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:50 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia..

           “ Adik, sabarlah. Abang tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Yang dah pergi tu, biarlah dia pergi dengan tenang. Kita yang masih hidup ni, kenalah teruskan kehidupan. Banyak-banyaklah adik berdoa untuk kesejahteraan Makngah di ‘sana’.” Lembut ucapannya menyapa telingaku. Tanpa aku sedari, aku melentokkan kepalaku di bahunya. Tangan kanannya lantas memaut bahuku. Kemudian aku tersentak!

           “ Eh…apa yang korang berdua buat ni hah! Kan ke tak manis, kalau orang nampak! Hish…kau ni pun Iman, harapkan besar saja. Cubalah guna akal tu sikit.” Tiba-tiba Mak Uda menyergah kami. Bila mereka sampai? Gulp….laju saja aku menelan air liur. Ya Allah….apa aku dah buat?

           “ Mak, jangan ingat bukan-bukan. Kami bukan buat apa-apa pun. Abah mana?”  Balas Iman dengan muka selamba, kemudian dia bingkas bangun menuju ke luar rumahku.

           “ Ma….maaf Mak Uda.” Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Mak Uda hanya menggeleng sahaja. Aku juga bingkas bangun menuju ke bilik.

            Aku dan kakak mula mengemas pakaian kami. Menurut Pak Uda, barang-barang arwah mak dia akan uruskan. Dia telah menyewa sebuah lori. Aku menyuruh Pak Uda meletakkan barang-barang arwah mak di rumah atuk. Biarlah ia di sana. Banyak juga barang arwah. Mesin jahit dia saja ada dua. Belum lagi barangan elektirk yang lain.

          “ Pak Uda! Esok kami ingat nak pergi ke sekolah, nak ambil keputusan PMR dan semua dokumen berenti sekolah. Lepas tu, Pak Uda buatlah apa yang patut.” Akhirnya, Pak Uda berjaya mendapatkan kami rumah anak yatim yang akan kami huni.
  
            Rumah anak yatim itu, terletak di sebuah daerah di Segamat, Johor. Apa yang aku tahu, rumah anak yatim itu baru sahaja di buka di sana. Sudah tentulah kami antara yang terawal menjadi penghuni di sana. Sudah hampir dua hari sesi persekolahan bermula. Sungguh aku rindukan rakan-rakanku yang sedang berada di dalam kelas sekarang ini. Aliran apa agaknya yang dipilih mereka? Apa agaknya keputusan peperiksaan aku? Sementara itu, di sekolah....

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 04:54 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia...

            Sejak mula sesi persekolahan kali ini, Fahim resah. Hidupnya jadi tidak keruan.  Wajah yang sering menjadi igauannya sepanjang cuti sekolah yang lalu masih tidak muncul walau sudah tiga hari sesi persekolahan bermula. Dia mendapat tahu dari Sofia bahawa emak Lily Dayana telah kembali ke rahmatullah kira-kira lima hari lepas. Dia amat terkejut, dia kasihankan gadis itu. Gadis itu kini sudah menjadi yatim piatu dalam usia yang begitu muda. Moga engkau tabah wahai gadisku.

           " Fahim, kau nak derma tak untuk family Yana? Tadi time rehat, aku sempat telefon rumah, mak aku cakap Yana dah sampai dari kampung.  Dengar-dengar, dia akan berpindah.” Terkedu Fahim dengan kenyataan dari Fara. Ya, mereka masih sekelas lagi begitu juga dengan yang lain, Tingkatan 4 Sains 2.

          “ Betul ke Fara? Kau rasa, takpe ke kalau aku nak ziarah dia balik sekolah nanti?”  Soal Fahim. Dia sangat teringin berjumpa dengan pujaan hatinya itu.  

         “ Eh...apa pulak yang tak boleh! Macam nilah, balik karang kita berkumpul kat gate sekolah. Ramai yang nak pergi melawat dia.” Balas Fara kemudian berlalu pergi selepas Fahim memasukkan wang ke dalam tabung yang dipegangnya.

         “ Sabarlah Fahim. Aku pun sedih juga, yelah dua tahun kami duduk bersama, alih-alih tahun ni…..aku rasa lain bila Yana tak sekolah kat sini lagi!” Sofia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Azreena juga turut merasakan kehilangan. Dia menundukkan wajahnya yang sugul. Kehilangan ibu tercinta masih berbekas dalam hati, kini sahabat baiknya pula akan meninggalkannya. Sofia dan Azreena telah mengambil keputusan duduk bersebelahan tahun ini. Mereka sangat merasakan kehilangan seroang sahabat yang baik.

         Tamat sesi persekolahan. Terasa hari ini sungguh panjang. Debaran di hati Fahim kian terasa. Sebentar lagi, dia akan ke rumah ‘buah hatinya’. Dia benar-benar rindu akan wajah itu. Sahabatnya Zaki Irshad juga akan turut sama menyertai rombongan ini. Mereka masih lagi duduk bersama tahun ini. Sejak mula buka sekolah, Fahim turut perasan akan kesugulan wajah sahabatnya itu.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 05:14 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia...

           Seperti yang dijanjikan, setelah semuanya berkumpul tidak lupa juga cikgu Saparman akan turut menyertai mereka dan akan bertemu di rumah Lily nanti. Mereka mula mengatur langkah menuju ke rumah Lily Dayana.

          “ Dah habis ke kau kemas baju dik?” Abang Iman menegurku.

           “ Opocot..mak kau! Apelah abang ni, kot ye pun bagilah salam. Ni tak main sergah je huh.” Balasku sambil mengurut dada.  

           “ Amboi, sejak bila pulak pandai melatah ni?” Dia tergelak. Terasa lucu pula melihat telatah gadis genit itu.

           “ Sejak besok!” Aku mencebik ke arahnya. Ei….dahlah Pak Uda, Mak Uda dan kakakaku takde time ni. Mereka keluar ke pasar dari tadi lagi. Mungkin adalah mereka ke mana-mana tu? Seriau juga aku dengan mamat ni, takut juga peristiwa beberapa hari lepas berulang lagi.

           “ Amboi jawapan kau dik tepat, padat dan menyengat lagi.” Pantas sahaja jarinya mencuit hidung mancungku ini. Ini dah lebih! Aku bingkas bangun lalu beredar ke luar rumah. Aku duduk di kerusi yang emak sediakan di luar rumah. Selalunya, petang-petang macam ni, ada sahaja jiran yang datang bersembang dengan emak. Aku mengalihkan pandangan ke pintu di sebelah kiriku. Di ambang pintu inilah, emak selalu duduk bersandar pada pintu sambil menjahit. Dia akan melayan sesiapa yang singgah untuk bersembang dengannya. Air mataku menitis lagi.

          “ Hei…sayang, sudahlah…jangan macam ni. Abang kan ada, dik.” Abang Iman mengambil tempat di sebelahku. Tangan  kanannya memaut bahuku. Ah…sudah..dia buat lagi. Aku menolak lembut tangannya, namun diperkemaskan lagi pautannya. Aku bungkam. Lalu aku hanya membiarkan sahaja dan berharap agar dia tidak melampau.

          “ Assalamua’laikum Lily Dayana.” Siapa yang bagi salam? Aku menoleh ke kanan, wah…ramainya. Macam rombongan sekolah pergi bercuti pula.  Aku bingkas bangun menuju ke arahrombongan tersebut yang terselit wajah-wajah yang amat aku rindukan.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:13 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2013 05:20 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia...

           “ Cikgu, eh..korang pun ada. Ya Allah, rindunya aku kat korang semua.” Terus sahaja aku memeluk sahabat-sahabatku itu. Sofia dan Azreena juga tidak melepaskan peluang memelukku. Lama juga kami berkeadaan begitu. Kemudian mataku bertembung dengan wajah yang aku akui membuat hati aku agak berdebar. Fahim hanya tersenyum tawar. Di sebelahnya Zaki, hanya memandang wajahku dengan pandangan yang kosong.  Apa yangs edang difikirkannya…tidak tahulah.

             Fahim terpaksa menyembunyikan riak cemburu di wajahnya. Siapa jejaka itu?  Apa hubungan dia dengan gadis pujaannya sehingga berani dia memeluk gadis itu? Persoalan yang hanya mampu dilontarkan dalam hatinya. Dia tahu, Zaki juga begitu. Sebenarnya dia dan Zaki telah membuat perjanjian. Mereka akan beralah jika gadis pujaan mereka memilih salah seorang dari mereka. Zaki juga sudah lama menyimpan perasaan terhadap gadis itu, namun sukar untuk dia luahkan. Hanya dengan usikan sedemikian, Zaki merasakan dia dekat dengan gadis genit itu.

           “ Maaf kawan-kawan! Yana kenalkan, abang sepupu Yana, Amzar Shahiman Bin Ismail.” Aku memulakan kata selepas keadaan sepi seketika. Dapatku lihat kekeruhan di raut wajah Fahim dan Zaki sedari tadi lagi. Ah…apa yang aku fikirkan ni?  Janganlah nak perasan Yana! Mana mungkin mereka nakkan kau?  Sedarlah diri sikit!!!

            Setelah hampir sejam mereka berada di rumahku, cikgu Saparman dan beberapa rakanku yangl ain meminta diri.  Aku menghantar mereka pulang sehingga ke laman.  Di dalam rumahku yang masih tinggal adalah Fara, Ecah. Enab, Fiza, Azreena, Sofia, Zaki dan si dia..Fahim.

          “ Yana, kau tetap ke dengan keputusan kau nak pindah? Tak boleh ke kalau kau tinggal je dekat sini. Mak aku kan ada, kami semua boleh tengok-tengokkan kau.”  Soal Fara kepadaku. Mengharapkan agar aku terus tinggal di JB. Mana mungkin! Wang pencen bapaku tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 05:23 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia...

            “ Fara, bukan aku tak nak ikut cadangan kau, aku tak mampu Fara, keadaan sekarang tidak memihak pada aku untuk berbuat demikian. Aku kena fikirkan masa depan Liana, hidup kami masih panjang. Arwah mak aku mesti tak suka kalau aku terlalu bergantung harap pada orang.  Selagi aku mampu bertahan, aku akan cuba Fara. Korang janganlah risau, doakan kejayaan aku dalam meneruskan kehidupan ini.” Balasku dengan sedikit sebak.  

            " Lah…ramai rupanya dalam rumah. Maaflah, pakcik keluar tadi. Dah lama ke sampai?” Pak Uda menyapa sekumpulan sahabat anak saudaranya yang penuh di ruang tamu. Pak Uda duduk di kerusi yang ada di hadapanku. Kemudian, muncul pula sepupuku yang tadi hanya menjadi pemerhati kami dari luar.

            “ Pakcik, tak boleh ke Yana tinggal terus kat sini? Saya sayang sangat nak berpisah dari dia. Kami ni dah macam adik beradik.” Rayu Azreena. Aku juga begitu Azreena.

           “ Susah bagi pakcik nak benarkan nak. Siapa yang akan jaga mereka, siapa yang akan menanggung mereka? Lagipun, Yana dah buat keputusan dan ia sudah muktamad. Sedangkan tawaran pakcik untuk menjaga mereka pun ditolak. Pakcik dah pun dapat rumah anak yatim tu. Mereka akan berpindah ke Segamat seminggu lagi.”Pak Udaku menjelaskan pada rakan-rakanku. Aku perasan kehampaan di wajah semua sahabatku.  Mengertilah sahabat, amat berat keputusan yang aku ambil ini.

          “ Takpe, adik-adik janganlah risau, abang akan jaga kawan korang ni dengan baik ibarat menjaga nyawa abang sendiri. Kalau korang nak tahu, abang sayangkan kawan korang ni lebih dari diri abang sendiri.” Tiba-tiba mamat sengal ni bersuara. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya padaku. Ei…sabar je aku dengan perangai kurang semenggah dia ni. Ada ke patut dia kata macam tu pada rakan-rakanku?

            Fahim tergamam dengan kejadian sebentar tadi. Hatinya benar-benar dipaut rasa cemburu. Takkan seorang abang sepupu sanggup melayan adik sepupu sampai macam tu? Mmmm….mungkin mereka rapat dari kecil agaknya. Fahim memujuk dirinya sendiri.  Lantas dia memberi isyarat pada Sofia.

          “ Er…Yana. Jom kita ke luar sekejap! Ada benda aku nak bagitau ni. Jomlah!” lantas ditarik tanganku agar bangun dari kerusi yang di dudukiku. Aku bingkas bangkit mengikutinya ke luar. Dari luar kedengaran riuh suara Fara dan yang lain bertanyakan itu ini pada sepupuku. Memang aku akui, abang Iman seorang yang ramah.  

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2013 05:27 PM | Show all posts

maniskah derita, pahitkah bahagia...

           “ Ada apa Sofia? Penting sangat ke ‘hal’ kau tu sampai tarik aku ke luar ni?” Aku melabuhkan duduk di sebelahnya. Berdebar-debar juga hati aku ni.

          " Macam ni. Esok kau nak pergi sekolah ambil result kan? Kau jangan balik lagi tau. Kau tunggu kat gate sekolah kejap ye. Ada hal sikit aku nak sembang dengan kau. Lepas tu, aku hantar kau balik nanti.” Hai…semacam je permintaan kawan aku ni. Kalau ye pun, bagitau ajelah kat sini. Sulit sangat ke hal tu? Macam-macamlah si Sofia ni….

          “ Apa yang rahsia sangat ni Sofia! Tak boleh ke kau bagitau kat sini je. Kau ni kan buat aku dug..dag..je!” Huh! Deras degupan jantung aku ni.

          “ Kau ni Yana, cubalah belajar sabar sikit. Esokokay aku beritahu kau. Sabarlah ye..” Dah macam kerang busuk pulak dia ni sengih macam tu. Aku cubit jugak pipi si Sofia ni baru dia tau.

           “ Yelah tu! Okay, aku tunggu kau esok. Kalau tak suspend story kau…..siap kau!”  Hihihi…macamlah keras sangat amaran kau tu Yana. Sofia mengangkat tangan kanannya sebagai isyarat ‘promise’. Dah macam nak baca ikrar je kau Sofia.  Kami tergelak.

            Tidak lama kemudian, mereka semua meminta diri. Sungguh aku tak sangka yang Zaki dan Fahim sudi menziarahi aku. Aku agak bengang dengan keletah abang sepupuku yang sengal tadi. Huh! Berani sungguh laki-laki itu. Lagi aku marah, lagi melampau pula dia ni. Lantaklah!  Jangan dia melampaui batasan sudah..


Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 09:56 PM | Show all posts
nanti bab 9 pula......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 02:19 PM | Show all posts

RE: Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

BAB 9


             “ Kak, cuba kau tengok baju raya kita tahun ni. Nampaknya, mak cuma sempat potong baju kau je kak” kataku dengan nada sebak. Aku tunjukkan kain itu kepada Liana.  Dia mengambilnya dan membawa kain itu ke pipinya. Liana juga turut sebak. Air matanya mengalir laju.

            “  Habis tu, baju kau macam mana dik? Aku bukan reti potong baju ni!” Balasnya.  Diletak kembali kain itu ke lantai.

           “ Aku rasa aku boleh kak. Aku cuba, sebab aku selalu tengok mak potong baju. Aku cuba nanti kak.” Ya, aku selalu mencuri pandang setiap kali emak memotong kain pelanggannya. Emak pernah memberi amaran agar aku sesekali tidak mengusik kain percanya.  

             Biasalah, kadang-kadang arahan emak aku tidak ikut. Bila emak tiada di rumah, aku curi-curi ambil kain percanya yang sudah lama, aku cuba memotong kain perca itu seperti yang dia lakukan. Patung ‘barbie’ aku yang dah lusuh akan menjadi mangsa fesyen aku. Hehehe…jangan tak percaya, jadi tau hasil tangan aku. Macam-macam fesyen aku cuba. Bila siap hasil aku, pasti akan aku sorokkan. Ada sekali tu, emak terjumpa hasil kreativiti aku. Aku pula dah pucat muka masa tu, namun tak pula dia marah. Dia senyum dan menggeleng kepalanya padaku. Sebak dadaku mengenangkan peristiwa itu.  

            “ Kalau kau yakin takpe dik. Bila nak mula potong? Puasa lagi seminggu hari je ni! Kita pun, lusa dah nak pindah.” Tanya kakak. Ye tak ye juga! Macam mana aku boleh lupa. Bulan Ramadhan hampir tiba. Ramadhan pertama tanpa emak. Ya Allah, mampukah kami mengharungi cabaran hidup di masa akan datang?

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 02:24 PM | Show all posts

RE: Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

“Aku cubakak, malam ni!” Aku kena berusaha menjadikan impian emak menjadi kenyataan. Niatnyauntuk memakai baju raya sedondon tahun ini. Ya, akan aku laksanakan. Aku mahukami berdua menziarahi kuburnya memakai baju yang dia inginkan. Itu tekad aku.

Penatsungguh aku hari ini. Hampir separuh barang dalam rumah sudah di kemas. Lusa, loriakan datang mengambilnya. Kami juga akan bertolak lusa, hari aku akanmeninggalkan bandar JB ini mungkin untuk selama-lamanya. Aku menuju ke ruangmenjahit emak. Aku memulakan misi aku. Di meja inilah emak sering memotong bajupelanggannya. Pak Uda, Mak Uda, kembarku dan sepupuku..rasanya tengah menontontelevisyen agaknya.  

Hampirsejam aku di sini. Alhamdulillah, ingatan aku masih kuat. Satu persatulangkah emak dapat aku ingat. Macam tak percaya pula, aku berjayamelakukannya.  Proses menjahit pulakemudian. Aku tidak sedar, rupanya ada pemerhati setia yang sedang berdiri disebalik tiang sambil memeluk tubuh. Tiba-tiba……

“Ehem! Amboi pandainya buah hati abang ni potong baju. Bertuahnya abangesok-esok ni. Tak payah susah-susah nak hantar upah.”

“Opocot…hantu sengal! Hesy…apa ni abang Iman? Tak paham bahasa kebangsaan ke?!! Dahtak reti nak bagi salam ke hah?!!” Sedikit tinggi nada suaraku.  Suka sangat buat aku terkejut. Dia ni memangnak sangat aku ni goal cepatagaknya.    Goal sebab serangan sakit jantung!!

“Uish….garangnya sayang abang ni. Amboi…siapa pulak yang sengal ni? Alalasayang…janganlah marah. Tapi sukalah tengok muka adik kalau marah. Comel je..”  Memang dia ni tak pergi sekolah ke? Nama ajebelajar tinggi siring dengan bangangnya yang bertingkat-tingkat. Kan dah terkasar bahasaaku. Kecik je aku tengok dia ni…

“Wahai cik abang yang  fail bahasa kebangsaan…tu namanya bukan garang,tapi itu namanya you make me angry...angry faham!!! Dah berapa lama abangjadi pengawal kat tiang tu hah??!!” Marah sungguh aku ni. Sebenarnya akubimbang juga, manalah tahu perangai ulat bulu yang tak cukup bulu dia tu datangsemula. Meremang bulu roma aku tiba-tiba. Hesyy…..ngeri beb!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 02:30 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

            “ Wah..ayat kau dik…pergh…macam power rangers je. Hai..sejak bila pandai marah-marah ni sayang?” Erk….power rangers dikatanya aku. Apa ingat aku ni budak-budak tadika ke? Dah tua bangka pun masih tengok rancangan Power Rangers ke?  Alamak!! Dia bergerak menghampiri aku. Aku menelan air liur. Hah..sudah….mana kau kak?

            “ Ye Mak Uda!! Kejap ye, adik datang ni.” Terus sahaja aku cuba meloloskan diri.  Abang Iman cuba menarik lenganku tapi silap banyaklah! Aku dah boleh baca taktik dia. Dengan pantas sebaik sahaja aku hampir dengannya, macam lipas kudung aku berlari mengelak. Fuh…lega aku sebab dapat menyelamatkan diri akhirnya. Takpe, kalau dia buat perangai ni lagi, aku akan suruh Pak uda aku hantar dia ke sekolah agama semula.

              Pagi itu, aku dan kakak sudah bersiap. Kami akan ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PMR kami. Aku meminta Pak Uda yang membawa kami.  Nasib baik rancangan aku menjadi. Nampak sangat Abang Iman kecewa dengan aku. Hahaha….padan muka kau hantu ulat bulu yang sengal!!

             Kami sampai ke sekolah kira-kira jam sepuluh pagi. Kami terus sahaja bergerak ke  pejabat  sekolah  yang  terletak di  tingkat  satu  diblok A.  Kini slip keputusan sudah berada dalam tanganku. Dengan lafaz Bismillah…aku membukanya. Kembarku juga turut berbuat demikian.  Hasilnya….

            “ Syukur Ya Allah. Pak Uda, adik lulus!!” Aku hampir melompat kerana terlalu gembira. Mana taknya, keputusan aku agak memberangsangkan. 5A 3B. Emak, adik lulus mak…air mataku mengalir di pipi.

            “ Alhamdulillah…tahniah adik. Pak Uda bangga dengan kau nak.” Dia memaut bahuku. Agak janggal aku dengan responnya, tapi tak apalah, dia ayah saudara aku juga.   

            “ Aku tak sangka aku pun lulus dik. Ingat result aku teruk.” Kata kakak sambil tersenyum. Dia mendapat 1A 2B 5C. Bagi aku, satu keputusan yang agak memberangsangkan kerana kembarku agak sederhana dalam pelajaran. Aku bersyukur dia juga turut lulus.

           “ Tahniah kak. Pak Uda bangga dengan korang berdua.” Ucapnya sambil memaut kami di bahu kiri dan kanannya. Aku hanya tersengih.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 02:35 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             Selepas itu, aku dan kakak mula sibuk menguruskan semua dokumen berkenaan dengan pemberhentian sekolah kami. Pertama kali juga kami bersembang face to face dengan puan pengetua kami iaitu Puan Fatimah. Selalunya semasa perhimpunan, macam-macam pesanan akan disampaikan dengan suara lantangnya. Dari karekternya sebelum ini, agak garang juga orangnya. Tak sangka pula aku yang dia seorang yang ramah rupanya. Dia menyerahkan wang hasil kutipan derma dari semua pelajar di sekolah ini.  Aku sangat terharu.  Akan aku gunakan wang ini dengan sebaikmungkin.

             Pantas sungguh masa berlalu. Sedar-sedar saja jam dah menunjukkan pukul dua belas setengah tengahari. Aku telah menyuruh Pak Uda pulang dahulu. Kakak mengikut Pak Uda pulang. Katanya dia mahu menghabiskan mengemas barang yang masih ada sedikit lagi. Bagus juga, biar dia dengan abang Iman yang buat. Tak larat dah aku nak melayan kerenah abang Iman yang semakin menggeletis itu. Maksudnya GATAL!!.

            Seperti yang dijanjikan, aku menunggu di pintu pagar sekolah. Setengah jam lagi, akan kedengaran loceng tamat waktu sekolah. Aku mengambil tempat seperti yang dijanjikan oleh Sofiasemalam. Ingatan aku terimbau semasa aku sedang sibuk menguruskan segala dokumen di pejabat sekolah tadi. Aku ternampak kelibat rakan-rakanku sedang menikmati makanan di kantin. Sengaja aku tak nak kacau mereka. Aku hanya perhatikan mereka dengan linangan air mata. Alangkah bahagianya jika aku juga berada dalam kelompok itu. Aku menyeka air mata.

          “ Hai Yana!!” Ni sorang lagi suka main sergah-sergah. Aku pun apa lagi…

           “ Opocot ulat bulu!!!” Aksi lompatan terkejut aku pamerkan ketika itu. Mana taknya,  kerana terkejut sangat,  aku terus saja meloncat dari kerusi  yang aku duduki lalu dengan imbangan yang tidak stabil aku terjatuh ke atas rumput. Terasa kebas aje punggung aku ni.  Auch…..sengalnya aku rasa!!!!

           “ Yana..Yana…sejak bila pula kau belajar melatah ni? Macam-macam benda baru kau belajar sekarang. Besok-besok ni, ntah apa pula kau belajar? Jangan belajar bersilat sudah. Karang tak  pasal-pasal masuk hospital pula makhluk yang kena silat dengan kau dek latah kau tu.” Mengekek-ngekek si Sofia gelak kat aku. Erk…baru aku perasan, Fahim pun ada sama dan dia sedang senyum. Alamak!!! Mana nak sorok muka aku ni.  

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:39 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 02:41 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

              Magik…ooo….Magik, mana kau menghilang ni? Patutnya aku yang menghilang sekarang!!

            “ Aku cukup pantang kalau orang main sergah-sergah aku tau tak! Apasallah takdir aku kenal dengan makhluk yang ‘kureng’ macam kau ni. Dekat rumah aku pun ada satu.  Hummpph….”  Aku memalingkan muka, buat-buat muka menyampah pada Sofia.

            “ Eh..eh….marahlah pulak kawan aku ni. Yelah Lily Dayana, maafkan patik wahai tuan puteri. Ampunkan patik penunggu gua..ampunkan patik penunggu gua.”  Euw…perli ke? Ada ke muka aku macam penunggu gua? Ada yang kena sekeh jugak denganaku ni.  

            “ Agak-agak ar Sofia. Aku kalau jadi penunggu gua, kau orang pertama aku jadikan tahanan dalam gua tu tau. Ni satu lagi, asal diorang berdua tu ada sama?” Aku berbisik ke telinganya sambil menghalakan jari telunjukku ke arah mereka berdua.  

            “ Opss…tengok! Seronok sangat gelak kat kau aku lupa dah tujuan ajak kau ke sini. Sebenarnya Yana, bukan aku yang nak jumpa kau kat sini. Ada seseorang yang minta tolong kat aku, ada sesuatu dia nak cakap kat kau. Tu, si Fahim, dia yang nak sangat jumpa kau. Aku tunggu kau dekat sanalah ek. Tak naklah kacau daun. Kawan-kawan yang lain pun ada kat sana. I wish, all the best to you, my lovely friend.”  Dia mangangkat ibu jarinya lalu meninggalkan kami berdua di pondok berdekatan pintu pagar sekolah itu. Uish…malunya. Dahlah time balik ni. Banyak mata sedang perhati kami. Aku menundukkan wajah. Apa yang aku renung pada meja batu itu…aku pun tak tahu.

             “ Errr…Lily Dayana. Saya minta maaf andai permintaan saya ini agak keterlaluan. Saya terpaksa Lily Dayana. Saya sudah tak mampu memendam rasa hati.  Sebenarnya tujuan saya nak jumpa awak hari ni adalah kerana saya inginkan kepastian. Sudikah awak mendengar luahan hati saya ni?” Dia memulakan bicara setelah beberapa minit suasana sepi. Rasa macam hafal skrip pula. Hatiku berdebar-debar. Romantik gila suara dia.

             “ Bergantung pada apa yang awak nak luah Mohd. Fahim Hijazi. Insya Allah saya akan cuba menjadi pendengar yang baik.” Balasku pun macam dalam skrip pula. Formal gila aku rasakan. Fahim tersenyum. Hai..sempat lagi dia ni senyum. Aku dahlah gabra tahap gaban ni.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 02:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 03:00 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

             “ Sebenarnya Yana, saya sangat sukakan awak dari mula saya jumpa awak. Hati saya terpaut  dengan awak dan ia semakin menebal dari hari ke hari. Andainya sekarang  kita bukan lagi di bangku sekolah, sudah tentu saya akan terus lamar awak menjadi permaisuri saya. Saya..saya….” tergantung di situ ayatnya. Namun sudah cukup untuk aku terkesima! Dia mula memanggilku Yana. Eh… biar betul dia ni…kitakan masih di bangku sekolah. Ni sorang lagi macam abang Iman. Tapi nasib baik aku minat kat kau dari dulu lagi. Kalaulah kita dah dewasa, nak aje aku kata ya…hai Yana, mengenyam jugak kau ni ek.

            “ Fahim, terima kasih kerana akhirnya awak sudi meluahkan kata-kata keramat itu hari ini. Ternyata, selama ini saya tidak bertepuk sebelah tangan. Namun…..sayangnya Fahim, bagi saya dah terlewat. Awak pun tahukan yang saya akan pergi tak lama lagi.  Mana mungkin hubungan ini diteruskan. Kalau orang lain, tentu bahagia bila orang yang disukai juga turut memendam rasa. Namun, saya tak mampu menerima cinta awak Fahim!  Saya akui, hari ini adalah hari yang terindah buat saya dan akan saya jadikan hari ini sebagai kenangan manis buat saya.” Kataku setelah berjaya meredakan sedikit gundah di hati. Ya, akan aku sematkan kenangan ini di dalam hatiku.

            “ Yana, izinkan saya untuk terus menyayangi awak. Saya berjanji akan setia menanti awak selama mana pun. Dalam hati saya ni sudah penuh dengan nama awak Yana, hingga ia melimpah ruah. Tolonglah berikan saya ‘hak’ untuk menunggu awak.”  Aduh….romantisnya madah dia ni. Tahulah dia ni penyajak tersohor dalam sekolah ni. Sesak otak aku nak fikirkan jawapannya.

           " Fahim, siapalah saya untuk memberikan ‘hak’ itu pada awak. Perjalanan hidup saya selepas ini sudah tentu banyak likunya. Saya tak tahu di mana akan saya berhenti dan sampai bila?!! Saya tak tahu Fahim, sampai bila saya mampu  bertahan? Saya tak mahu terlalu meletakkan harapan dalam hubungan ini dan saya harap awak juga begitu.  Saya akui saya juga sukakan awak. Saya tak kuat untuk menyemarakkan rasa sayang saya pada awak sedangkan hidup saya terumbang-ambing sekarang. Saya sebenarnya keliru Fahim.”  Berjaya juga aku menyusun ayat. Kalau buat sajak, mesti best ni. Tiba-tiba dadaku rasa sebu. Aku memejamkan mata, cuba menahan rasa sebak yang melanda.

Last edited by wipers81 on 16-5-2013 03:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2013 03:41 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

          “ Saya sanggup menunggu selama yang mungkin. Ambillah seberapa banyak masa yang awak perlukan,Yana. Hati saya tetap pada awak. Tolonglah! Jangan menidakkan ‘hak’ saya ini. Atau awak sebenarnya sudah ada pilihan hati?  Adakah dia lelaki tempoh hari?” Ah...sudah!! Masak aku macam ni. Aku tahu siapa yang dia maksudkan.  Tak pasal-pasal mamat ulat bulu nak dipadankan dengan aku.

          “ Hah…dengan abang Iman!!! Oh, no..no way  Fahim!! Antara kami memang takde apa-apa. Saya hanya anggap dia macam abang saya. Kami tak sesuai bersama.  Saya juga rasa begitu dengan awak. Saya tak sepadan dengan awak Fahim. Banyak kekurangan dan kelemahan saya. Tambahan pula dengan status saya sebagai seorang anak yatim piatu, mana mungkin bagi saya untuk memikirkan soal cinta.  Masa depan saya dan kakak adalah yang utama sekarang. Kami perlu cari hala tuju hidup kami mulai sekarang. Saya akan belajar membebaskan awak dari hati saya, jadi saya harap awak pun begitu juga. Berpijaklah di bumi yang nyata Fahim!”

           " Awak dan saya tak mungkin akan bersama. Mungkin untuk selama-lamanya dan janganlah awak menyeksa diri awak hanya kerana perempuan seperti saya yang masih kabur masa depan. Tolong jangan buat saya menyalahkan diri saya Fahim. Jangan buat saya tak dapat memaafkan diri saya andai ada antara kita yang akan kecewa kelak. Saya takut!! Saya fobia!! Seperti seorang demi seorang, orang yang saya sayangi pergi meninggalkan saya. Seolah-olah saya ni pembawa malang!! Awak tahu tak?” Ya, itu yang akurasakan! Air mataku terus merembes keluar dengan laju.  Fahim terkejut!!  Kelihatan dia meraup mukanya.  

             Dulu arwah bapa aku, selang sepuluh tahun emak pula menyusul…aku takut jika sesiapa yang bersama aku akan menerima nasib yang sama. Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali aku fikirkan. Berdosanya aku…oh…ampuni aku Ya Allah. Kenapa aku perlu mempertikaikan takdir yang Allah ciptakan untukku? Aku mengucap di dalam hati bila menyedari khilaf aku sebentar tadi. Itulah padahnya jika terlalu mengikut telunjuk syaitan yang sering melalaikan manusia. Astaghfirulallahalazim….!!!

            “ Janganlah macam tu Yana. Semua itu takdir Yana. Derita itu manis dan bahagia itu pahit. Percayalah, satu hari nanti awak akan faham dengan ungkapan saya itu.  Mungkin sekarang awak tidak menyedarinya. Baiklah Yana, saya takkan paksa awak.  Saya akan terus berdoa semoga pintu hati awak akan dibuka untuk saya. Saya doakan yang terbaik untuk awak.  Ingatlah, di sini ada seseorang yang menantikan awak. Andai terbukanya pintu hati awak untuk saya, di sinilah ia akan menjadi saksi.  Saya yakin awak akan kembali semula di sini. Pergilah, saya yakin dengan awak, saya tahu awak juga seorang yang tabah. Selamat tinggal saya ucapkan pada awak.”  Ujarnya, lantas bangun meninggalkan aku.  

              Aku terkedu!! Pantas sahaja air mataku mengalir. Kenapa harus saya Fahim?  Mengapa awak terlalu yakin yang saya akan kembali ke sini Fahim? Air mataku mengalir dan terus mengalir lagi. Kalau diturutkan hati sudah tentu aku sudi menerima dirinya, namun aku tidak berdaya. Apakah masih ada sinar yang menantiku di sini atau di mana-mana?  Biarlah masa yang menetukan…..


Last edited by wipers81 on 16-5-2013 03:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 09:58 PM | Show all posts
sudi untuk bab 10 pula.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 05:01 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...

BAB 10


              Akhirnya, kami telah menjadi penghuni di rumah anak yatim yang telah dipilih oleh Pak Udaku. Kebetulan sudah 3 hari kami menyambut puasa. Turut menghantar kami ke sini ialah Mak Uda dan abang Iman. Atuk tidak turut serta kerana masalah kesihatan.  Aku terharu kerana abang Eddy dan kak Ika juga sudi menemani kami begitu juga Paklong. Rasanya Maklong tidak tahu akan penyertaan mereka dalam rombongan kami ini. Itu pun aku terdengar perbualan antara Paklong dan atuk. Penghuni lelaki hampir dua puluh lima orang kesemuanya. Yang sebaya denganku ada tujuh orang. Manakala penghuni perempuan ada lebih kurang lima belas orang.  Dua daripada mereka sebayaku. Mari selesaikan masalah matematik ini….hahaha. Yelah, macam kuiz matematik pula.

            " Dik, jangan lupa selalu tulis surat dekat abang ye. Abang akan selalu rindukan adik.”  Euw…dah mula dah ulat bulu naik daun…yelah, zaman ni telefon bimbit belum berleluasa lagi penggunaannya.  Kalau ada pun..mak ai mahalnya dan uih..besar gedabak rupanya.

           “ Hmm…yelah tu. Banyaklah duit adik nak beli setem. Jangan nak mengada-ngadalah abang.  Pergilah cari ‘kakak ipar’ untuk kami di luar sana tu cepat-cepat sikit.  Cari yang cantik-cantik tau.”  Lontaran ayat aku yang nak melepaskan diri. Tak kuasa aku.

            “ Eh..apasal pula nak cari kat luar sana, kan kat depan abang dah ada, jadi buat apa abang nak penat-penat mencari. Cuma nak tunggu adik bagi green light  je ni.”  Toing….macam nak pengsan aku dibuatnya.  Malas nak layan sengal ni!!!

            “ Ooo…kat sini rupanya korang. Tak habis-habis dating. Tuh, Paklong panggil, buat apa entah sampai aku panggil pun tak dengar.” Amboi kakak aku ni. Takde insuran agaknya mulut! Siapa yang nak dating dengan abang ulat bulu ni? Aku bingkas bangun dari kerusi menuju ke arah Paklong meninggalkan mereka berdua.

Last edited by wipers81 on 17-5-2013 05:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 05:07 PM | Show all posts
taraaa....sedikit sedutan bab 10...hahaha macam promo dalam tv pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.506125 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list