CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 29-4-2013 05:12 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



              “ Takpelah doktor, saya rasa tak perlulah. Lagipun esok, saya nak pulang ke JB.  Anak-anak saya nak ambil keputusan peperiksaan PMR mereka. Saya dah biasa macam ni doktor. Esok lusa baiklah demam saya ni.” Ya. Lusa keputusan peperiksaan akan keluar.

                 Debaran menanti keputusan tidaklah sehebat dengan debaran kata-kata doktor Fuad tentang tahap kesihatan emak. Hatiku berdebar-debar namun dengan sedaya upaya aku cuba menyembunyikannya. Selepas, membayar duit di kaunter klinik tersebut, kami bergerak meninggalkan klinik tersebut. Aku tidak mampu untuk memberitahu hal sebenar kepada Liana. Sebaik sampai di rumah atuk, emak minta dibaringkan di atas tilam yang diubah tempatnya ke ruang tamu rumah atuk atas permintaan emak. Kami semua berkumpul di ruang tamu atuk. Emak ku perhatikan memandang wajah kami silih berganti.  Sayu pandangan emak pada pandanganku.  Tiba-tiba aku dihimpit rasa sebak.

                 Hari sudah masuk senja. Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku menemani emak di hadapan. Kakak dan atukku sedang menonton televisyen di ruang tengah. Cerekarama di TV3 pada hari itu menyiarkan drama hebat lakonan Norish Karman. Syurga Di Pintu Neraka. Itulah tajuk drama malam ini, tapi entah mengapa hati aku langsung ridak teringin untuk menontonnya. Hati aku ditarik-tarik untuk sentiasa di sisi emak. Perlahan kulihat tubuh tua atuk menghampiri kami.

                “ Yah, mengucap banyak-banyak Yah. Adik ko jangan leka, selalu ajar mak ko mengucap. Atuk nak ke bawah temankan kakak ko tengok tv. Ape-ape hal ko panggil atuk.” Arah atuk pada ku. Rasa aneh pula dengan permintaan atuk padaku. Aku hanya mengangguk lemah.

                “ Mak, kalau letih mak pejam je mata, lama-lama nanti mak tido terus.”  Entah mengapa mulutku laju saja menuturkan ayat itu. Mulut emak kulihat terkumat-kamit, kedengaran nama Yang Maha Esa (Allah) meniti di bibir pucatnya. Ya beberapa hari ini, hanya itu yang terbit dari mulutnya.

               “ Diamlah ko dik.  Kalau nak tengok tv, pegi je.”  Macam nak menitis air mata apabila dijerkah walaupun nadanya tidak keras, tapi hati aku agak tersentuh.  Namun aku faham, agaknya keadaan emak yang tidak sihat itu menjadikan dia begitu sensitif. Tanpa mengendahkan arahannya, aku mengambil sebiji bantal, lalu merebahkan diri di sisinya.  

              “ Adik akan temankan emak tidur malam ni…” bisikku….lalu terlena di sisi emak………


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 08:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2013 05:20 PM | Show all posts
fuh...atas permintaan sahabat, jenuh gak merempit nak habiskan bab 5.....wahai rakan-rakan saya baca jgn tak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 05:21 PM | Show all posts
alahaiii.. mesti2 adik bangun2, mak die da takdek kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 11:28 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


BAB 6



               Entah berapa lama aku terlena di sisi emak. Hampir tengah malam aku terjaga pabila tanganku tersentuh tangan emak. Eh..asal sejuk sangat tangan emak ni. Aku bingkas duduk. Hanya lampu pelita menemani. Memang keadaan itu biasa di rumah atuk bil awaktu malam ketika semua masuk tidur. Atuk hanya akan memasang lampu pelita yang diletakkan di hujung sudut tempat tidur kami. Aku mengalihkan pandangan pada emak. Dia ku lihat mengiring ke kanan menghadapku. Matanya bersinar dek panahan cahaya pelita. Tergerak hati aku untuk membangunkannya, manalah tahu emak mahu minum air?

             “ Mak….mak…bangunlah.  Mak nak air tak?” Emak langsung tidak menyahut, hanya kaku di sebelahku. Aku menggosok mataku, mimpi ke aku ni? Ku perhatikan dada emak. Kenapa tidak turun naik dadanya? Sekali lagi aku menggosok mataku, aku tergamam. Sah, dadanya tidak berombak.

             “ Eh…takkan kot emak dah….” tak sanggup untukku menghabiskan ayat itu.  Aku terus melompat, berdiri dan dengan pantas berlari menuju ke tiang yang mana terletaknya suis lampu. Aku memetik suis lampu, cahaya terang mula menyinari kamar luas itu.  Atuk dan kembarku terkejut.

             “ Kenapa ni adik.  Buat terkejut orang  je kau ni!” sedikit marah nada kembarku.

             “ Atuk, mak…mak atuk. Dari tadi adik gerak dia, tak bangun-bangun pun. Atuk cepatlah tengok mak!” Tanpa ku sedari, aku menarik lengan atuk. Atuk hanya menurut.  Dia duduk di sisi emak. Dia menyentuh hidung emak. Dia sedikit tersentak.

             “ Dik, ko pegi panggil Tok Wan. Rasa macam mak ko dah takde ni.”  Ujar atuk yang sedikit pucat mukanya.


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 11:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 11:32 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                 Aku meraup mukaku. Sedikit terkedu dengan kata-kata atuk. Dengan pantas, aku mencapai lampu suluh di tepi bantal atuk, langkah ku hayun ke pintu depan. Suis lampu yang terletak di tiang di sudut bilik itu ku petik. Lantas aku membuka pintu depan rumah atuk, gelapnya. Selalunya aku amat takut dengan suasana malam di rumah atuk. Gelap yang sangat kelam di laman rumahnya. Tapi hari ini, aku tidak tahu dari mana aku mendapat keberanian, tanpa melangkah menuruni tangga,  aku terus melompat ke bawah.  Kasut ku sarung dengan pantas. Aku berlari menuju ke rumah Tok Wan. Jiran sebelah rumah atukku itu seorang perempuan. Sedari kecil kami memanggilnya Tok Wan. Macam nak pecah pintu belakang rumahnya ku ketuk.

                 “ Assalamua’laikum. Tok Wan…oo Tok Wan…adik ni. Cepatlah Tok Wan bukak pintu ni. Mak…mak… Tok Wan.” Dari dalam rumah, kedengaran satu suara menyahut salamku.

                 “ Ye.. Tok Wan datang ni…” Pintu dapurnya terkuak. Dia menjengukkan kepala melihat kepada ku.

                 “ Lah, budak adik rupanya. Asal nih?” tanyanya sedikit tercengang dengan kehadiranku pada waktu malam begini.

                 “ Tok Wan, cepatlah..jom tengok mak.” Lantas aku menarik tangannya.

                 “ Eh…nanti, Tok Wan tak pakai kasut lagi ni.” Terkial-kial dia mahu menyarungkan seliparnya, aku menolongnya dengan membongkokkan sedikit badanku lalu mengambil seliparnya itu diletakkan betul-betul di hadapan kakinya. Selepas berjaya menyarung seliparnya ke kaki dia kemudiannya menuruti langkahku.  

                  Sampai sahaja di rumah atuk, aku terus sahaja duduk di sisi emak. Tok Wan menghampiri emak, dia turut duduk di sisi sebelah kanan emak. Di pegangnya muka emak, dada, leher, hidung dan mana-mana bahagian yang dia boleh rasakan nadi emak.  Dia menggeleng. Kecut perutku dengan gelengannya. Adakah aku sudah bersedia dengan kenyataan ini?  Oh…..air mata mula terbit.  


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 11:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 11:37 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              “ Dah, sabo dik, akak. Mak korang dah takde. Sabo banyak-banyak. Dah, jom kita uruskan mak ko.  Nanti, Tok Wan panggil orang kampung. Jangan tinggal mak ko. Duduk sebelah dia, baca Yassin banyak-banyak.”  Ya, walau hati menidakkan emak sudah tiada, namun semua itu bukan lagi realiti kerana hakikinya adalah emak telah pergi meninggalkan aku dan Liana selama-lamanya.

                Aku terduduk, memandang ke arah jasad emak yang terbujur kaku. Aku sempat menjeling jam di dinding rumah atuk, sudah pukul 12.30 tengah malam rupanya. Tidak tahu sudah berapa lama emak menghembuskan nafas terakhirnya.
Aku hampir pitam. Mak…., patutlah kebelakangan ini dia banyak berpesan supaya aku tolong tengokkan kembarku bila dia dah tiada. Aku sangkakan emak saja berkata begitu. Rupanya dia tahu, ajalnya sudah hampir. Apa yang akan aku lakukan sekarang? Macam mana aku nak teruskan hidup tanpa emak yang menjadi ‘tulang belakang’ kami selepas kematian bapaku? Fikiranku kosong…kosong, sekosong-kosongnya.  Kini kami sudah bergelar yatim piatu.

              “ Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku. Amat hebat dugaanMu kepadaku Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan, ketakwaan dan kesabaran yang tinggi padaku serta kurniakanlah ketabahan hati kepadaku dalam mengharungi liku-liku kehidupan di hari mendatang. Hanya kepadaMu aku berserah, hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan segalanya. Aku redha dan pasrah dengan segala ketentuanMu. Tempatkanlah roh ayah dan ibuku dikalangan mereka yang beriman. Ampunilah segala dosa-dosa mereka. Kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihi ku. Amin….aku meraup mukaku.

               Aku menangis sepuas-puasnya di sisi emak. Liana kulihat memeluk jasad kaku emak. Aku bingkas bangun. Dengan bantuan Tok Wan, aku menyalinkan pakaian emak.  Aku mengambil sebesen kecil air dan sehelai tuala. Aku membuka baju yang dipakai emak dengan cermat. Ku perah tuala itu, lalu mengelap tubuh emak. Setelah selesai mengelap emak, aku mengambil baju yang dihulurkan atuk. Kami menyarungkan dengan perlahan baju baru itu ke tubuh emak. Setelah siap menyalin pakain dan membersihkan tubuh emak, Tok Wan mengoyak sedikit kain putih yang dihulurkan atuk. Dia mengarahku memegang tangan emak. Dikiamkan tangan emak dan diikat dengan tali putih itu.  


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 11:40 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2013 11:41 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



                Setelah selesai mengikat ibu jari kaki dan kepala emak, aku mengambil kain batik lepas kepunyaan atuk, lalu menyelimutkan emak. Baru aku perasan yang mata emak terbuka sedikit. Aku berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, lalu ku raupkan dari dahi turun ke bawah. Alhamdulillah, mata emak tertutup. Dari mana aku tahu melakukannya, entahlah. Hanya mengikut gerak hatiku sahaja. Sehelai selendang putih ku ambil, ku bentangkan menutupi muka emak yang kelihatan seperti sedang tidur.  Aku bingkas bangun, menuju ke bilik air. Aku mengangkat wudhuk.
                “ Bismillahirrohmanirrahim…. Yassinnnn…” aku duduk di sisi emak, membaca surah Yassin….biarlah aku menemani emak, membaca Yassin di sisinya untuk kali terakhir.  Liana juga turut bersamaku.  

                 Kini sudah pukul tujuh setengah pagi. Aku perlu ke rumah Tok Wahil, gelaran yang arwah mak berikan pada isteri bekas guru mengajinya. Tok Mail yang dahulunya juga merupakan penghulu kampung itu, kini telah bersara kerana keuzuran. Aku melangkah perlahan ke rumahnya. Aku memberi salam. Dari dalam kedengaran suara Tok Wahil menjawab salamku, lantas membuka pintu rumahnya.

                “ Eh..ni bukan cucu Som? Anak Yah kan? Apasal ni, atuk ko sihat ke?” Soal Tok Wahil yang menyedari wajah keruhku. Aku hanya mengangguk kepadanya.

                “ Mak ko sihat ke?” Soalnya lagi. Mendengar sahaja nama emak disebut, laju sahaja air mataku mengalir. Dia tergamam.  

                “ Kenapa ni? Ada apa-apa terjadi ke kat rumah atuk ko?” soalnya lagi.

               “ Mak dak takde tok. Mak dah meninggal malam tadi. Adik datang ni nak tumpang guna telefon Tok Wahil. Atuk yang suruh. Nak telefon kawan-kawan mak kat JB. Boleh tak Tok Wahil?” kataku dengan nada tersekat-sekat. Air mataku takhenti-henti mengalir sejak dari malam tadi.

               “ Innalillahiwainnailaihirojiun. Sabo banyak-banyak ye. Tak sangka, dua hari lepas atuk ada bersembang dengan mak ko masa Tok Wahil singgah kat rumah atuk ko.  Macam tak percaya pula mak ko dah takde. Takpelah, pergilah ko gunalah telefon tu. Nanti Tok Wahil minta anak tok bagitau orang kampung.”   Tanpa banyak soal aku terus melangkah disatu sudut letaknya telefon di rumah Tok Wahil itu. Selesai membuat panggilan, aku mengucapkan terima kasih kepadanya, aku berlalu pergi.   

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 11:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 11:48 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              Sampai sahaja di perkarangan rumah atuk, kelihatan sebuah teksi sedia menanti di laman rumah atuk. Baru aku teringat, semalam mak menyuruh apek tu datang mengambil kami untuk pulang ke JB. Aku menghayunkan langkah ke arah teksi itu.

             “ Apek….saya minta maaflah sama apek. Itu orang yang semalam booking  teksi  apek tak boleh balik hari nilah! Dia sudah meninggal malam tadi.” Kelihatan apek itu tersentak. Terkejut dengan berita yang baru didengarnya.

             “ Aiiya…semalam hidup lagi, hali ni sulah mati ka! Manyak kesian wo, ‘talak’ jadi pigi JB ini hali la. Tak apalah, saya pigi lulu wo.” Pekat sungguh pelat Cinanya. Aku terdiam, tak tau nak jawab apa.

               Di dalam rumah, Mak Uda dan kakak ku lihat duduk di sisi emak membaca surah Yassin. Terdapat juga beberapa orang turut sama berbuat demikian. Manakala Maklong duduk di ruang tamu sedang bersembang rancak dengan beberapa tetamu di sana. Aku menghulurkan tangan dan tetamu yang lain menyambut huluran tanganku. Sampai sahaja pada Maklong, cepat-cepat ditariknya huluran tanganku tanpa sempat aku mencium tangannya. Sedikit terasa dengan tindakan Maklong terhadapku. Aku bangun, langkah ku hayun menuju ke arah Liana dan Mak Uda lalu turut sama menyertai mereka.  

              Selang sejam, orang-orang kampung mula memenuhi rumah atuk. Kaum wanita mula berkumpul di dalam rumah manakala kaum lelaki di laman rumah atuk. Aku bergerak ke arah kaum wanita di dapur, menyalami mereka. Masing-masing agak sibuk dengan tugas. Mereka sedang menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk pengurusan jenazah emak. Salah seorang dari mereka mengarahkan aku menadah air ke dalam bekas sebanyak yang mungkin untuk proses memandikan jenazah emak.   

             “ Ish, janganlah guna air paip tu banyak sangat. Jenuhlah aku nak membayar bil air lepas ni!”  Ujar satu suara yang sangat aku kenal dengan nada sedikit keras. Aku tergamam!! Aku tak tahu samada dia sedar atau tidak yang aku berada di situ?


Last edited by wipers81 on 29-4-2013 11:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2013 11:54 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                 Mengalir air mataku. Sampainya hati Maklong. Jenazah mak masih di atas, tergamak dia berkata begitu. Aku tahu, perbelanjaan rumah atuk banyak ditanggung olehnya. Aku sebak, kenapa seorang kakak tergamak melakukan sedemikian pada adiknya. Apa salah emak pada dia? Hati aku benar-benar luluh. Kalau diikutkan hati aku, mahu sahaja aku melawan kata-katanya. Namun aku tidak mampu kerana emak tidak ajar aku untuk bersikap kurang ajar dengan sesiapa pun.  Setelah selesai,  aku terus sahaja melangkah keluar dari bilik air itu. Sebaik melintas dihadapannya, dia mencebik kepadaku, aku hanya menjeling kepadanya dan terus berlalu. Ya Allah, berdosakah tindakan aku ini?

                Kira-kirajam sepuluh pagi, jenazah emak di mula dimandikan. Aku dan kembar mengambil peluang membantu. Ya, inilah mandian terakhir emak. Kolam mataku pecah lagi, dadaku sebak. Perut yang lapar langsung tidak ku hiraukan. Ku usap lembut kepala emak yang sedang kusiram dengan air. Mak…sampai hati mak tinggalkan kami.

              “ Liana, jangan macam ni. Tak baik meratapi pemergian orang yang kita sayang.  Ikhlaskan pemergian mak ko kak. Redha dengan ketentuan Illahi. Pak  Uda dan Mak Uda berjanji akan jaga korang.”  Kedengaran Mak Uda cuba memujuk Liana. Ternyata, Liana memang disayangi mereka berbanding aku. Aku memandang wajah emak dengan juraian air mata.

                Selesai jenazah emak dikafankan, kami diberi peluang mengucup jenazahnya sebelum disembahyangkan. Aku menyeka air mata yang sedari tadi tidak henti-henti mengalir, ku tundukkan wajah. Bibirku menyentuh dahi emak, sejuk ku rasakan.  Emak…rintih aku di dalam hati. Betapa sayangnya mahu berpisah dengannya. Hati meronta, tidak merelakan mereka membawa pergi jenazah emak. Namun aku harus berfikiran waras.  

               Jenazah emak akhirnya selamat dikebumikan. Pusaranya terletak di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah atuk. Berat rasa hati meninggalkan emak keseorangan di situ.  Mak Uda memapah kembarku bangun. Dia menarik lembut tubuh kembarku dalam pautannya dan aku juga bangun lalu berjalan beriringan meninggalkan pusara emak. Emak, adik akan kembali tengok mak nanti. Bersemadilah dengan aman mak…

Last edited by wipers81 on 29-4-2013 11:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 11:59 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


               Entah berapa lama perut ku tidak diisi. Seingatku, sejak dari waktu mendapat tahu ketiadaan emak hinggalah hari merangkak ke malam ini, sebutir nasi pun aku tidak jamah. Jiran-jiran atuk, sibuk menyediakan sedikit hidangan secara gotong-royong untuk kenduri tahlil malam ini. Kelihatan abang Iman berjalan menuju ke arahku yang sedang bersandar dikaki katil tempat kembarku baring. Liana kelihatan sangat lemah.

              “ Dik, jomlah makan. Dari tadi ko tak makan. Jomlah ajak kakak sekali. Karang korang sakit susah pula nanti. Sudahlah, Makngah dah pun pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Mesti roh dia sedih tengok korang macam ni.” Pujuk abang Iman. Aku tahu dia ikhlas memujuk kami tapi nak buat macam mana memang aku tiada selera buat masa ni.  

              “ Takpelah abang Iman, adik takde selera. Abang ajaklah kakak. Kalau adik lapar nanti, adik makanlah.” Balasku pendek. Seleraku benar-benar telah mati. Kepalaku terasa berdenyut-denyut. Aku mengurut dahiku bagi mengurangkan rasa sakit. Mataku juga terasa pedih dan bengkak kerana banyak menangis hari ini.

              “ Aku pergi makan dululah dik. Perut aku dah sebu sangat ni. Marilah abang Iman kita pergi makan. Tahulah adik kalau dia lapar nanti. Jomlah….” Ujar Liana lalu menarik lengan Iman. Mereka berdua berlalu namun sempat abang Iman menoleh ke arahku namun aku hanya memandang sepi ke arahnya. Aku menoleh ke sebelah kanan, terpandang olehku sepinggan kek span pandan terhidang di dalam dulang bersama lauk-pauk yang lain. Untuk orang masjid yang datang membaca tahlil barangkali. Lantas aku hanya mengambil sepotong, ku suap ke dalam mulut. Aku kemudian meneguk secawan air teh suam yang di bawa oleh abang Iman tadi. Cukuplah, terasa ketat tekaku menelan makanan ini. Sedaya upaya aku cuba menelan makanan itu.

              Ramai juga tetamu yang hadir pada malam ini. Rupanya, arwah mak memang ramai kawan di kampung. Teman-teman emak yang datang dari JB telah pun pulang petang tadi. Baru aku ingat, mak Fara juga turut datang menziarahi emak siang tadi.  Ada juga beberapa orang jiran kami di JB yang turut sama. Mereka menaiki teksi ke sini.  Terima kasih Makcik Faridah…nama emak Fara.

             Kepalaku terasa sangat berat. Macam-macam hal aku kena fikirkan. Aku buntu, walau apapun, aku kena juga hadapi hari esok. Kepalaku direbahkan ke atas sebiji bantal. Mungkin kerana penat yang teramat sangat, aku terlelap seketika. Terasa bahu ku di sentuh lembut. Aku terjaga. Dengan bersusah payah aku cuba membuka mata, kelihatan sesusuk tubuh di hadapanku. Aku tidak perasan siapakah dia kerana cahaya yang agak samar-samar. Pandangan mataku juga agak kelabu. Dia memelukku. Dalam keadaan yang masih mamai, aku membiarkan sahaja, mungkin Liana agaknya. Aku menyambung kembali lenaku sebaik melihat dia melangkah keluar.

Last edited by wipers81 on 30-4-2013 12:04 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 12:53 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


BAB 7



                   Hampir pukul sebelas malam. Para tetamu sudah lama pulang. Yang tinggal sekarang hanyalah kami, yang berkumpul di ruang tamu rumah atuk. Atuk, Paklong, Maklong, Pak Uda, Mak Uda, abang Iman, aku dan kembarku berkumpul di sana.  Anak Pak Longku, Abang Eddy atau nama penuhnya Zaidi Ikmal Bin Bakri dan adiknya Kak Ika yang nama penuhnya Zulaikha Akma juga turut serta. Aku tidaklah begitu rapat dengan mereka, kerana faham-faham ajelah dengan perangai Maklongku.  

                  “ Hah..sekarang macam mana dengan budak berdua ni? Aku tak nak jaga anak-anak Yah ni.” Maklong memulakan bicara sambil digolek-golekkan tangannya memberi isyarat yang sememangnya dia tidak sudi menjaga kami. Macamlah aku nak sangat duduk dengan dia.

                  “ Ish…apa ni Ida? Tak baik Ida cakap macam tu. Kesian kat budak berdua ni.  Diorang dah jadi yatim piatu Ida. Hanya kita aje yang diorang ada. Setakat nak menjaga diorang berdua ni, abang masih mampu lagi.” Paklongku bersuara tanda tidak berpuas hati dengan kelakuan isterinya, Zuraida iaitu Maklongku.

                   “ Eh..eh…awak ni. Jangan nak memandai pula. Macam nilah, kalau ko tak kisah Zakaria, ko ajelah yang jaga diorang ni. Lagipun bukan ape, aku tak nak nanti huru-hara pula rumahtangga aku. Yelah, manalah tahu ‘pisang berbuah dua kali’. Cukuplah mak diorang buat angkara kat aku dulu.” Mendengar sahaja ungkapan itu, aku terkejut. Apa maksud Maklong ni?

                    “ Kak Ida, tak habis-habis akak nak mengungkit hal lama. Lagipun kak, bukan salah Yah pun. Kan semuanya hanya salah faham saja. Benda dah lama, akak pun bahagia dengan abang Shukrikan, ape lagi yang akak tak puas hati ni. Abang Bakri pun dah anggap Yah sebagai adik dia. Sudah-sudahlah Kak Ida. Yah dah takde. Sepatutnya kita yang masih hidup ni, tambahkan amal ibadat, banyak-banyaklah bertaubat.  Biarlah Yah pergi dengan aman kak. Amanah dia ni, kita kena jaga.”  tepat jari telunjuknya di halakan ke arah kami. Aku pening. Kusut fikiranku, apa yang berlaku sampai macam tu sekali kebencian Maklong pada kami sekeluarga. Sudah lima belas tahun usiaku, namun rahsia ini masih aku tidak ketahui.

Last edited by wipers81 on 1-5-2013 04:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 03:42 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


            “ Ida..Ida. Sampai bila Ida nak berdendam dengan Yah. Abang dah lama buang perasaan abang pada Yah. Bukan salah Yah pun. Berapa kali abang nak terang pada Ida.  Abang hanya anggap dia  sebagai adik abang sekarang. Sudah dua puluh lapan tahun kita kahwin Ida, takkanlah itu pun masih tak cukup untuk abang buktikan cinta abang pada Ida? Tak baik berdendam Ida, takut nanti dendam tu akan makan diri Ida.” Paklongku mula bersuara. Dia hairan dengan isterinya yang terlalu berdendam dengan Zakiah sedangkan telah lama hal itu berlalu.

            “ Ah…Ida tak kira! Abang jangan nak memandai tawar diri nak jaga budak berdua ni. Biar Zakaria aje yang uruskan. Yang mak pun, jangan nak sibuk suruh diorang duduk dengan mak pula. Ingat mak, makan pakai mak dan semua perbelanjaan mak Ida yang tanggung.” Sempat lagi Maklong mengungkit dan mengugut atuk.  

              Atuk hanya menggeleng perlahan kepalanya. Aku nampak, dia menyeka dengan hujung lengan bajunya, air mata yang mula tumpah dari kolam mata tuanya itu. Sampai hati Maklong.  Kalau tak sudi nak jaga kami sekalipun, janganlah sesekali kecilkan hati atuk.  Aku pun bukan nak sangat tinggal dengan dia apatah lagi dengan Pak Uda dan atuk.  

           “ Takpelah kak Ida. Arwah memang pernah berpesan pada saya. Memang dia suruh saya tengok-tengokkan budak berdua ni kalau dia dah takde lagi. Hari tu, saya ingat dia hanya bergurau, tak sangka memang dia tinggalkan kita untuk selamanya.” SebaikPak Uda menghabiskan ayatnya, aku dan kakak terus menangis. Sangat-sangat hiba hati aku. Emak….kenapa tinggalkan kami?

             Mak Uda, merapati Liana. Diraih Liana dalam pelukannya. Abang Iman dan abang Eddy hanya memerhati ke arahku dengan pandangan yang sayu. Aku nampak, Maklong menghalang Kak Ika dengan memegang tangannya sambil menggeleng kepalanya kepada Kak Ika yang cuba mendekati kami. Dia kembali duduk di sisi emaknya.

Last edited by wipers81 on 2-5-2013 03:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 03:47 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


                “ Baguslah kalau dah macam tu. Kau  kan adik kesayangan dia, jadi memang ko lah yang layak untuk menjaga diorang ni. Belakang hari, pandai-pandai ko lah ye.”  Sempat dihadiahkan oleh Maklong satu jelingan yang tajam ke arah kami. Aku menarik nafas, mengumpul sedikit kekuatan. Aku perlu bersuara.

              “ Adik minta maaflah sebab mencelah. Macam nilah Pak Uda. Jika benar Pak Uda sayangkan arwah mak dan kami, Pak Uda janganlah susahkan diri. Mak pernah kata, sesusah mana pun kami, jangan sesekali menyusahkan orang. Pak Uda, adik rasa baik hantar kami ke rumah anak yatim saja. Susah senang, biarlah kami hadapi sendiri.” Tiba-tiba, datang satu keberanian dalam hati aku untuk berkata begitu. Aku kesian akan Pak Uda. Kerjanya hanyalah sebagai seorang posmen sahaja, manalah dia mampu hendak menanggung aku dan kakak. Sedangkan abang Iman pun masihbelajar lagi.

             “ Janganlah cakap macam tu dik. Pak Uda ikhlas nak jaga korang. Lagipun arwah mak korang dah amanahkan pada Pak Uda supaya tengok-tengokkan korang.” Dia memujuk aku kerana dia juga maklum sedikit sebanyak perangai arwah mak yang agak tegas tumpah pada aku. Emak banyak menceritakan hal kami padanya. Pak Uda tahu aku bagaimana orangnya.

            “ Macam yang adik kata tadi Pak Uda, arwah mak hanya suruh tengok-tengokkan kami sahaja bukannya suruh jaga kami. Pak Uda bayangkan jika Pak Uda gagal menjaga  kami dengan baik, macam mana agaknya? Mesti arwah mak sedih sangat bila roh dia balik tengok keadaan kami tidak seperti yang dia harapkan. Bukanlah adik nak kata kalau duduk rumah anak yatim tu semuanya sempurna. Sekurang-kurangnya, nasib orang yang yatim piatu macam kami ni terbela. Janganlah Pak Uda terasa hati, Pak Uda seorang pakcik yang baik pada kami berbanding yang lain. Tak terbalas rasanya jasa Pak Uda sekeluarga. Banyak sangat pertolongan yang Pak Uda hulurkan pada kami selama ini.”  Aku tidak tahu dari mana datangnya ilham untuk berkata demikian dengan Pak Uda. Sempat juga aku memerli Maklongku. Terasa ke tak dia ni?

           “ Hah, Zakaria. Dengar tu, dah budak ni kata nak tinggal rumah anak yatim, bagi ajelah. Yang ko nak susahkan diri ko tu kenapa?” Zuraida mengeluarkan kata-katanya yang berbisa itu. Berdesing juga telinganya bila diperli sedemikian.


Last edited by wipers81 on 2-5-2013 03:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 03:54 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



                Pak Uda hanya menundukkan mukanya. Mak Uda kelihatan tersandar di kerusi sambil memicit kepalanya manakala abang Iman memandang padaku dengan mata yang tidak berkelip. Mungkin terkejut dengan respon ku yang tidak dijangka. Maklong hanya membuat muka bosan. Paklong, abang Eddy dan kak Ika hanya mengeluh perlahan. Air mata atuk meleleh ke pipinya yang berkedut itu. Aku nekad dengan keputusanku. Akujuga berharap agar kembarku turut sama bersetuju denganku.

             “ Pak Uda, keputusan adik muktamad. Rasanya kakak pun akan setuju. Pak Uda tolonglah cari rumah anak yatim yang berdekatan. Pak Uda dan Mak Uda boleh datang jenguk kami selalu. Adik harap Pak Uda faham dengan niat adik ni. Tolonglah Pak Uda.”  Aku merayu padanya. Memang aku tak sanggup tinggal dengannya. Aku segan dengan anak tunggalnya itu. Pak Uda mengeluh panjang. Dia termenung, memikirkan cadanganku agaknya.

             “ Baiklah adik, kakak. Kalau dah itu yang korang nak Pak Uda akan cari rumah anak yatim untuk korang. Pak Uda harap korang dapat sesuaikan diri nanti. Kalausebaliknya, jangan segan beritahu Pak Uda. Pintu rumah Pak Uda sentiasa terbuka untuk korang.” Setelah agak lama mendiamkan diri, dia akhirnya setuju dengan cadanganku.  

             “ Betul ke Pak Uda? Kalau kakak tak serasi tinggal di sana, boleh kakak duduk dengan Pak Uda?”  Tiba-tiba kembarku mula bersuara. Aku memandangnya. Bilalah dia ni nak matang? Bukan dia tak tahu, mak pernah pesan jangan susahkan Pak Uda dan orang lain. Cubalah berdikari sendiri walau sesusah mana pun hidup kita.

            “ Ye kakak,  Mak Uda sangat alu-alukan kakak ke rumah. Jaga diri akak bila dah ke sana nanti. Insya Allah Mak Uda akan selalu telefon kakak kat sana ye.” Ujar Mak Uda lalu mengusap lembut belakang badan kakak sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Atukku hanya duduk berdiam diri sahaja. Sememangnya, kakak disayangi oleh Mak Uda dan atuk. Kembarku seorang yang cantik dan ayu tidak seperti aku yang serba kekurangan. Kakak membalas senyuman Mak Uda.

            “ Okeylah…kalau dah takde ape-ape, aku nak balik. Pandai-pandai engkolah nak uruskan budak berdua ni. Ida balik dululah mak. Ingat pesan Ida tadi mak.” Maklong terus sahaja berjalan ke muka pintu.

           “ Mak, saya balik dulu ye. Maafkanlah Ida ye mak, Bakri harap mak tak ambil hati dengan apa yang dia kata.” Lantas di raihnya tangan atuk, lalu menundukkan kepalanya mencium tangan atukku. Kelihatan abang Eddy dan kak Ika mengikut perlakuan ayah mereka.  

            Mereka kemudiannya memandang aku yang sedari tadi hanya memerhatikan tingkah laku mereka. Pandangan kami bersatu. Abang Eddy senyum padaku, dia mengangkat ibu jarinya kepadaku, dapat ku fahami gerak bibirnya yang mengucapkan ‘good luck’ kepadaku. Kak Ika melambai mesra padaku. Sesungguhnya mereka sebenarnya sangat baik.  Moga satu hari nanti, Maklong akan berubah dan akan mula menerima kehadiran kami. Amin……..



Last edited by wipers81 on 2-5-2013 04:15 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 10:12 PM | Show all posts
Alhamdulillah, novel saya dah ada dalam penulisan2u....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2013 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Demam pilihanraya tak hbs lg nmpknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2013 01:07 PM | Show all posts
macam mana agaknya ye novel saya ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2013 04:06 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


           Memang aku sudah nekad. Biarlah apa yang terjadi aku tetap dengan keputusanku. Aku harus mempertahankan diri aku dan kembarku. Puas aku memaksa mata aku supaya tidur namun gagal. Agaknya sebab aku dah tidur tadi. Aku bangun menuju ke dapur rumah atuk untuk membasahkan tekak yang ku rasakan kering. Selera makanku tetap mati. Sebutir nasi pun tidak ku jamah. Aku menarik kerusi di meja makan, lalu melabuhkan punggungku di atasnya. Aku menuang air masak ke dalam gelas. Aku meneguk sedikit demi sedikit hingga habis segelas air masak itu. Terasa sebu perutku yang kosong ini. Wajah emak mula memenuhi ruangan memori kepalaku. Wajah yang akan aku rindui sepanjang hayatku. Air mataku mengalir lagi. Aku melentokkan kepala di meja itu.

         “ Adik, janganlah macam ni.  Jangan buat abang Iman susah hati.” Aku terkejut. Tersentak sedikit badan aku. Mujur aku telah menelan air tersebut, kalau tidak pasti sudah ku sembur ke mukanya. Kali ini aku tidak menyangka, dia sudah berani memegang tanganku.  Dengan pantas aku menarik tanganku.

          “ Eh…tak tidur lagi ke abang? Terkejut adik tau tak! Kalau takde ape-ape adik masuk tidur dululah ye.” Aku terus bangun. Dia lantas, menarik lenganku. Disebabkan tarikan itu, imbangan badanku hilang, lalu aku terduduk di atas ribanya. Lantas, dia memelukku. Aku tergamam!! Aku menolak kasar badannya, lalu aku bangun.

         “ Abang minta maaf dik. Er…abang tak sengaja. Abang ingatkan kau dah boleh terima abang, rupanya masih keras hati kau dik. Sebenarnya masa adik terlelap tadi abang yang peluk kau dik. Adik, janganlah macam ni. Terimalah abang dik. Abang akan jaga adik selagi hayat dikandung badan. Abang sangat sayangkan kau Yana. Abang tak sanggup berjauhan dari kau dik. Perlu ke kau tinggal di rumah anak yatim tu? Kalaulah boleh diubah, biar abang je yang rasa semua ni.” Dia bangun dan menuju ke arahku. Aku berundur sedikit. Langkah terhenti, kerana belakang tubuhku sudah menyentuh dinding dapur rumah atuk. Hati aku cuak dengan tindak-tanduk dia yang semakin berani sekarang.

        “ Apa!!! Ya Allah abang, pleaselah. Janganlah buat adik macam ni. Nama aje Iman, tapi perangai dah macam orang tak beriman! Ingatlah sikit dosa dan pahala. Abang tak kesian ke kat adik, mak baru je meninggal. Kalau orang nampak apa yang abang buat tadi, tak ke jadi isu hangat? Apa kata orang nanti? Tolonglah abang, adik merayu janganlah ulangi apa yang abang buat ni. Kalaulah Liana nampak apa yang abang buat, apa tanggapan dia nanti?” Aku mula menangis. Sangat takut dengan keadaan yang tak terduga ini. Dia meraup mukanya dan beristighfar….

         “ Ya Allah, apa aku dah buat ni? Maafkan abang dik. Abang…abang tak dapat kawal perasaan tadi. Abang terlalu sayangkan adik. Abang sangat cintakan kau adik.  Abang nak beritahu abah untuk kahwinkan kita secepat yang mungkin. Biarlah abang yang jaga adik. Abang tak sanggup tengok adik tinggal di rumah anak yatim tu.” Biar betul abang sepupu   aku ni. Tak sangka sampai dalam macam tu sekali perasaannya padaku.

        “ Abang Iman dah gila ke?!! Jangan nak buat kerja bodoh! Adik masih sekolah lagi! Adik sayangkan abang Iman hanya sebagai seorang abang. Tak lebih dari itu.  Tolong jangan paksa adik! Kepala adik ni tengah serabut. Jangan nak tambah beban kat bahu adik. Apa yang adik fikirkan sekarang adalah masa depan kakak. Adik tak boleh pentingkan diri.” Bentakku. Aku masih mampu mengawal suaraku, bimbang yang lain akan terjaga.

          Terus sahaja aku berlari naik, menuju ke tempat tidurku. Aku menyelimuti seluruh tubuhku dengan selimut. Aku menangis sepuas-puasnya dengan nada perlahan.  Tidak mahu esakan aku menganggu Mak Uda dan kembarku serta atuk yang sedang tidur dalam bilik yang sama. Sampai hati abang Iman. Emak baru saja pergi. Aku tak faham, kenapa harus aku dikejarnya? Aku langsung memang tiada hati padanya. Masih banyak lagi wanita yang lebih layak untuknya di luar sana. Ingin sahaja aku menjerit, melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Tapi aku tak mampu. Aku memejam mataku serapat-rapatnya. Akhirnya, aku terlena….

Last edited by wipers81 on 13-5-2013 04:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 10:46 AM | Show all posts
teruskan.. teruskan.. sy suka cerita ni.. mungkin tak ramai yg bagi respon tapi ramai yg baca tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 08:49 PM | Show all posts
tq cmf_conan...saya perasan ramai juga yang baca cerita saya ni....terima kasih kepada yang sudi membaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.154454 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list