CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6754|Reply: 31

[Tempatan] {5} Dek pencuri sering lepas hukuman, penduduk gantung motor di pokok !

[Copy link]
Post time 31-3-2013 09:09 AM | Show all posts |Read mode


31 Mac 2013                    

KUALA TERENGGANU - Pengguna di laluan utama Darat Batu Rakit menghala ke Tepoh di Kampung Wakaf Chagak, di sini,  gempar  apabila melihat sebuah motosikal yang digantung pada pokok kekabu, di sini.
       
        Tidak cukup menggantung motosikal berkenaan, penduduk turut meletakkan satu nota pada  pokok  dengan mendakwa pemilik motosikal sebagai 'kaki pecah rumah, kaki curi motosikal, kaki curi lembu dan sebagainya'.
       
        Motosikal  dipercayai milik penjenayah yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk di sini, namun terpaksa membatalkan hasratnya apabila mengetahui tindakanya ketahui penduduk terus melarikan diri tanpa sempat mengambil motosikal  ditinggalkan tidak jauh dari  tempat kejadian.
       
        Menurut seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, tujuan penduduk  menggantung motosikal  berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada penjenayah terbabit, meskipun gagal menangkapnya.
       
        “Penjenayah ini sememangnya diketahui sering terlibat dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral di kampung, namun kerana tiada bukti kukuh, dia sering terlepas hukuman.
       
        “Namun, kami ingin memastikan dia (penjenayah) sedar bahawa segala tindakan dan kelakuannya sering menjadi perhatian dan kami akan memastikan dia akan menerima hukuman yang setimpal nanti,” katanya ketika ditemui, semalam.
       
        Sinar Harian turut difahamkan penjenayah terbabit yang juga penduduk di kampung berkenaan sering keluar masuk penjara  itu masih mengulangi kesalahan sama.
       
        Tindakan  nekad penduduk yang menggantung motosikal pada sebatang pokok di jalan utama adalah untuk memberi peringatan kepada penjenayah yang lain bahawa penduduk sememangnya sentiasa bersatu hati bagi memerangi gejala tidak bermoral terutamanya kes pecah rumah yang sering berlaku di kampung berkenaan.


p/s mcm nak gitau sesuatu jer...gantung di pokok yg berselirat bandera biru...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 09:11 AM | Show all posts
diversion factor ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 09:15 AM | Show all posts
pencuri kaler biru kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 09:25 AM | Show all posts
AMARAN !!!

" Hari ini kami gantung motor..."
" Esok kami gantung tuanpunya motor..."
" Ada brani ...!!! "
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 09:41 AM | Show all posts
dah jdi trend lak kat pantai timur... gntung motosikal pencurik atas pokok
kalo pencuri tu naik kete? nak gantung kete atas pokok gak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 09:51 AM | Show all posts
tt bongek.  mu boleh dak jgn guna word 'dek'. kang aku gantung mu atas pokok kekabu jugak.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2013 10:05 AM | Show all posts
Mcm movie seniman bujang lapuk pulak.  "abang jolok motor yer bang",  kata ajis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 10:27 AM | Show all posts
meroyan tak sudah-sudah...
guna `dek' pun jadi masalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 10:36 AM | Show all posts
motip gantung motor kat pokok yang banyak bendera parti haprak???
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 11:10 AM | Show all posts
ahahaa..memule aku xprasan bendera biru tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 11:21 AM | Show all posts
heh heh ini edisi 'pukul anak sindir menantu'...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 01:02 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 31-3-2013 09:51 AM
tt bongek.  mu boleh dak jgn guna word 'dek'. kang aku gantung mu atas pokok kekabu jugak.

pasai pa takleh guna perkataan dek na?

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 01:49 PM | Show all posts
edee_91 posted on 31-3-2013 01:02 PM
pasai pa takleh guna perkataan dek na?

bosan sebab tt kedaung selalu sgt guna.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 02:12 PM | Show all posts

.

haritu gantungr dan bagi motor makan pisang kt tiang letrik..kt ganu gak..



http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=696440

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 02:21 PM | Show all posts
Utusan, kalau tadak gambaq nak report cerita ni, sila guna gambaq ni...

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 02:43 PM | Show all posts
oh my, org tganu skang trend gantung2 motor ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2013 03:46 PM | Show all posts
sakit ati psl lain sume dikaitnye...
bodo...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 04:35 PM | Show all posts
kalau ikut mitos, hantu suka lepak atas pokok kekabu
maka molek amatlah bendera dari gabungan parti2 yg ramai penggundi hantu tu digantung atas pokok kekabu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 11:04 PM | Show all posts
aechae posted on 31-3-2013 02:43 PM
oh my, org tganu skang trend gantung2 motor ke???

JoinT kutuk2 ganu, aku lempang jugak budak ni kang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 07:22 AM | Show all posts
phuiii..nk pomot bendera la kunun..
kati tuh dah berat sebelah dah..tggu nak K.O jaa..wakakakak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.735179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list