CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6167|Reply: 52

Penggunaan Jet Pejuang Satu Pembaziran/Kekejaman Melampau

[Copy link]
Post time 24-3-2013 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah blog telah mengeluarkan artikel ini, apa komen anda?

ENTAH dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat pejuang?

Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornet dan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.

Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?

Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.

Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.

Kita masih ada lagi operasi moping dan tempur di darat oleh pasukan Gerak Khas Komando, tentera dan polis, menggunakan pelbagai jenis kenderaan dan senjata yang turut menggunakan kos yang tinggi.

Selain itu, penggunaan bom berkuasa tinggi seperti itu turut menjadi persoalan dari segi kewajaran, memandangkan tentera diraja Sulu berkenaan hanya menggunakan senjata pegangan tangan (hand held weapon) seperti rifle M-16, RPG, mortar dan pelancar grenad.

Wajarkah kuasa tembakan sebesar itu digunakan untuk menghapuskan ancaman kecil seperti ini?

Malah ada berita yang tidak disahkan menyebut, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), turut melancarkan peluru berpandu bawah air ke permukaan jenis Exocet SM-39 dari kapal selam jenis Scorpene untuk memusnahkan ancaman tentera diraja Sulu ini!!

Semua ini membuktikan dengan begitu ketara sekali bahawa kerajaan BN hanya berminat untuk menghapuskan tentera diraja Sulu tersebut. Permohonan bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari supaya rundingan digerakkan semula, nampaknya tidak dilayan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya permintaan itu dibalas dengan serangan besar-besaran yang lebih kepada mahu menunjukkan kekuatan, berbanding menumpaskan tentera diraja Sulu itu.

Dari segi kemanusian pula, apakah nasib tentera diraja Sulu itu setelah kekuatan seperti ini digunakan? Ketepikan dulu penggunaan peluru berpandu dari kapal selam Scorpene itu, kita cerita soal penggunaan bom itu sahajalah.

Adakah ia wajar? Inikah yang dinamakan ‘jantan’?

Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka.

Suarapakatanrakyat.com boleh menerima kalau tentera nak menggunakan pesawat Hawk MK 108/208 kerana pesawat-pesawat itu memang dikhususkan untuk serangan aras rendah sahaja. Tapi Hornet? Itukan pesawat canggih yang dikhususkan untuk pertempuran udara-udara (dogfight) dan serangan pada waktu malam!!

Lagipun laman ini berpandangan, aset-aset sedia ada di darat seperti kereta kebal utama (MBT) PT91M Pendekar yang dimiliki tentera darat, sudah cukup untuk menghapuskan semua ancaman tersebut.

Atau paling tidak, pelancar roket berganda jenis Astros II yang turut berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati.

Pakatan Rakyat dengan ini menuntut penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah kewajaran membenarkan penggunaan senjata berkuasa tinggi ini oleh angkatan tentera kita dalam menghapuskan musuh yang berada dalam skala yang begitu kecil?

Selain wang yang dibazirkan, ia juga menunjukkan hilangnya kemanusian kita kerana laman ini yakin dengan bom sebesar itu, hancur berkecailah mayat tentera diraja Sulu tersebut dan ini adalah merupakan satu bentuk kekejaman yang amat dahsyat!!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 02:10 PM | Show all posts
mahalnye sebutir bom rm 2 juta. tu dh kira komisyen kepada kroni umno ke belum ye? baik beli mercun bola  5 kontena  buat bekas  bom free fall upah welding dan masukkan 5 kontenan mercun bola.. jgn lupa letak paku payung atau paku tekan. kalau tentera sulu tak mati? paling2 pun akan luka berdarah

lepas ni ada can lah  nak beli senjata baru? beli kapal selam boleh terbang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:00 PM | Show all posts
ok la tu guna bom..
takkan nak campak buluh runcing dari udara
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:11 PM | Show all posts
lain kali lawan guna sumpit je la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:28 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 24-3-2013 02:10 PM
mahalnye sebutir bom rm 2 juta. tu dh kira komisyen kepada kroni umno ke belum ye?  baik beli m ...

bom 2 tu dah dekat expiry date ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:33 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 24-3-2013 03:28 PM
bom 2 tu dah dekat expiry date ....

bom tu ada cop SIRIM tak? ada logo 1 malaysia? ada logo ayam for yu? kalau tak de bahaya? nanti tentera sulu boleh saman sebab bom tu tak de cop sirim .. tak valid dalam undang2 geneva
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2013 03:36 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 24-3-2013 03:33 PM
bom tu ada cop SIRIM tak? ada logo 1 malaysia? ada logo ayam for yu? kalau tak de bahaya? na ...

hanya ada amaran " Dilarang kepada bawah Orang 18 Tahun untuk mengguna"
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:41 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 24-3-2013 03:36 PM
hanya ada amaran " Dilarang kepada bawah Orang 18 Tahun untuk mengguna"

ini menyalahi konvensyen GENEVA.. menurut akta geneva seksyen 12 shah alam.. di larang mana2 negara mengebom tentera musuh bawah umur 18 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 03:44 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 24-3-2013 03:41 PM
ini menyalahi konvensyen GENEVA.. menurut akta geneva seksyen 12 shah alam.. di larang mana2 ...

alrite
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:49 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 24-3-2013 02:10 PM
mahalnye sebutir bom rm 2 juta. tu dh kira komisyen kepada kroni umno ke belum ye?  baik beli m ...

pasai pa bom 2 juta?
2 juta currency mana ?

so, kalo ada cop sirim , up 2.7juta lah?
tahan berapa tahun duk peram dalam setor 2juta x 100 unit / 2 years.. kalo mesti used within 2 years.



Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 03:58 PM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 24-3-2013 03:49 PM
pasai pa bom 2 juta?
2 juta currency mana ?

Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.

tak tahu currency mana. tp yang bengong je. harga seketul rm 2 juta.. bom 16 biji. lepas tu bom tu semua harga rm 16 juta. apa kah bengong nye wartawan yang tulis cerita ni? 16 biji kali rm 2 juta ialah rm 32 juta.. mmg add math fail masa SPM ni

2juta currency ringgit malaysia kut..

ada logik juga bom boleh cecah rm 2 juta. first of all kita mesti tahu? pembelian asset senjata atau kenderaaan tentera di lakukan melalui tender. jd ada syarikat akan consultation utk offer pada kementerian pertahanan zahid mc d.. jd dari situ? cuba kira brape fee cost? upah syarikat? upah kepada kroni? jd tentu dh up beberapa kali ganda kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 04:21 PM | Show all posts
aziz79 posted on 24-3-2013 03:00 PM
ok la tu guna bom..
takkan nak campak buluh runcing dari udara

  kan ada bom lain yg boleh guna utk hapuskan musuh.. faham bahasa tak bom yang tentera gunakan tu sesuai utk operasi besar besaran dan jet digunakan utk combat di ruang udara antara jet dgn jet..

satu peluru pun mahal.. semua tu duit rakyat. harus berjimat cerma tau kalau dh sampai lokasi musuh atau di serang musuh tak de hal lah 100 kelopak peluru digunakan utk hapuskan musuh. rakyat pun faham..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 04:25 PM | Show all posts
banyak yg boleh dipertikaikan kalau kita baca betul2 hasil tulisan di atas.
dumb bomb costnya takkan sampai 2juta? ni info dari mana?
kat wiki anggaran pon hnya sekitar US268.50 (2000)

seperti kata adam, kiraan matematik pon fail.

Exocet SM-39 ada guna ke? nak buat apa? tembak bot laju lanun?
ni lagi mustahil..

f18-D tak semestinya utk dog fight dan night attack sahaja..
Psikologi? ground attack?

PT-91M? sesuai ke utk mencari gerila musuh..?
sy berpendapat kenderaan berperisai dgn infranti pon dah cukup.

guna Astross? gila ke? mau terbakar berhektar2 kebun kelapa sawit kat situ
pastu tulis jika sulu hancur berkecai kena bom kita kejam..
apa bezanya dgn guna astross?

kesimpulannya, artikel tangkap muat.







Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 04:41 PM | Show all posts
Satu skru jah pong RM7.50.
Kita katokan yang jet-jet somut tuh boat purtunjokan LIMA
lunggokan 2 jota IC hanyo mampu dicairkan dungan C4?
Sapo saket naek lah ateh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 09:46 PM | Show all posts
When a "moron" talk something beyond his understanding ................. the best thing you can do is just to ignore them for a simple reason that you might insult your own intelligence.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 10:52 PM | Show all posts
batu kikir posted on 24-3-2013 09:46 PM
When a "moron" talk something beyond his understanding ................. the best thing you can do i ...

when "moron party" memerintah
bukan setakat beli submarine beliyon2 takbleh nyelam

.....beli jet pon tadak enjin.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2013 11:22 PM | Show all posts
cakap degar2, sembang kompang......hehehehe......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 11:39 PM | Show all posts
sy pulak tak de terfikir pasal harga bom 2...cuma terfikir macm bezakan tembak org sulu dgn org kampong..sb keduanya adalah  sama.. mmg ada kwsn merah..tp klu puak sulu 2 keluar bersama org kampong 2 dr kwsn merah 2 mcmamna..? bila masa pulak nak guna kereta perisai bagai 2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 02:24 AM | Show all posts
Pengkhianat macam engko bukannya tau berperang. Bising saja lebih. Khaaarrrrk ptuih

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna je la ke roket ke..apa yang penting penceroboh dihalau dan ditumpas. Satu lagi,tlg buat satu laporan khas yang telus utk orang ramai tahu punca,metod dll org 'asing' boleh masuk ke sabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.075774 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list