CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 0

Kerap Hamil Jejas Tulang

[Copy link]
Post time 24-3-2013 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Memiliki zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran,  Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam  kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi  bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil  memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang  banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut  menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia  terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan  kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya  daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus  kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur  tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang  akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr.  Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di  dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru  ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan  tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis  yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya  kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium  lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk  mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam  kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr.  Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan  tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin,  Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif  sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh  seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan  fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh  ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma  kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali  mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga  kesihatannya.
Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan  selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan  dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini  termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau  IUCD  iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Dipetik dari: http://www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044445 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list