|
GiQ posted on 8-4-2013 03:32 PM
Assalamualaikum,
Tak kan la saudara tak nampak perbezaan Agama Islam dengan Islam.
Jd, nnt Al-Masih Isa a.s. beragama apa?
Adakah agama yg dibawa setiap para rasul Allah berbeza dgn yg di bawa nabi Muhammad s.a.w.?
|
|
|
|
|
|
|
|
mix_chinese posted on 8-4-2013 01:43 PM
salah ke sy, jika belajar basic agama shj.
Daripada baca mcm2 pastu lagi confuse.
Salam...
Yang terbaik memang mulakan dengan yang basic, dan jika ingin mengetahui dengan mendalam seeloknya belajar dan berguru (seperti yang disarankan oleh @NorAddin).
Ada perkara yang mudah, tapi disebabkan oleh banyak pemikiran berdasarkan andaian maka kalau yang basic tu belum kukuh tentu akan mudah keliru. Justeru, utamakan yang basic tu , betul tu...
Kalau ada yang keliru, dalam Islam kita diperintahkan berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah, dan bertanya kepada yang lebih mengetahui (ahlazzikri). Ulama pewaris Nabi, mereka lah sumber penjelasan jika timbul kekeliruan dalam agama.
Jika ada kes Ulama berbeza pendapat (contoh dalam hukum feqah), kita lapangkan dada, dari khilaf itu mungkin ada sedikit kelonggaran/keringanan. Namun, dalam bab Aqidah, Ulama bersepakat.
Kalau nak ikut forum, siapa-siapa pun boleh beri pendapat, kita nilai pendapat tu dari neraca Al-Quran dan Sunnah, dan kalau nak lebih kepastian kita tanya Alim Ulama....
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 03:52 PM
Jd, nnt Al-Masih Isa a.s. beragama apa?
Adakah agama yg dibawa setiap para rasul Allah berbeza dg ...
Alhamdulillah,
AL MASIH ISA A.S akan menjadi umat Nabi Muhammad. Mengikut syariat yang di bawa oleh Baginda.
Adakah agama yg dibawa setiap para rasul Allah berbeza dgn yg di bawa nabi Muhammad s.a.w.?
" Sesungguhnya ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu , maka bertaqwalah kepada-Ku "
Asasnya sama iaitu MENGTAUHIDKAN TUHAN YANG ESA Last edited by GiQ on 8-4-2013 04:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 01:12 PM
Assalamualaikum...
Salam...
Nampaknya saudara sangat berminat nak berbahas lagi.... saya tidak berminat untuk berbahas jika saudara membuat istilah-istilah andaian. Jika ada sandaran Al-Quran dan Hadith, maka Insya-Allah saya teruskan....
" Sesungguhnya ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu , maka bertaqwalah kepada-Ku "
Alhamdulillah, ini ayat yang saudara bawa, dan ayat ini benar kan ? baiklah mana dia perkataan atau ayat yang sebut ISLAM dalam ayat tu?
Ayat Al-Quran itu saling menafsir antara satu sama lain. Tidakkah saudara jumpa ayat lain yang berbunyi:
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.
(Aali-'Imran, 19)
Ayat ni dah disebut pada halaman yang lepas, bersama tafsirannya.
Last edited by mnm77 on 8-4-2013 04:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-4-2013 04:12 PM
Salam...
Nampaknya saudara sangat berminat nak berbahas lagi.... saya tidak berminat untuk be ...
Alhamdulillah saudara mnm77 yang saya hormati
Tiada keraguan pada saya tentang ayat itu...
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam.
(Aali-'Imran, 19)
Sangat jelas Ayat ini !!!!! ... ALLAH tak sebut pun AGAMA ISLAM. Hanya ISLAM (SELAMAT/SEJAHTERA)
Ayat ini membenarkan Agama-agama yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu dan juga Agama yang di bawa Baginda Rasulallah.
Kiranya pada ayat itu .....Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah AGAMA Islam. Saya dengan lapang dada menerima kefahaman saudara bahawa Agama Nabi dan Rasul terdahulu itu juga AGAMA ISLAM.
Adakah perlu lagi kepada hadis-hadis untuk menerangkan ayat ini ?
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 04:31 PM
Alhamdulillah saudara mnm77 yang saya hormati
Tiada keraguan pada saya tentang ayat itu...
Alhamdulillah...
Ayat ini membenarkan Agama-agama yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu dan juga Agama yang di bawa Baginda Rasulallah.
Saudara yang dihormati, harap berlapang dada, isunya kecil sahaja, yang MASIH menjadi kekeliruan di sini ialah masalah ISTILAH. Kini istilah 'agama' pula yang saudara hujjahkan.
Kiranya pada ayat itu .....Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah AGAMA Islam. Saya dengan lapang dada menerima kefahaman saudara bahawa Agama Nabi dan Rasul terdahulu itu juga AGAMA ISLAM.
Adakah perlu lagi kepada hadis-hadis untuk menerangkan ayat ini ?
Harap elakkan mengandai, kiranya, seandainya,.... semua ini falsafah akal
Cuba baca balik yang digariskan. Adakah Islam itu Ad-Deen (agama yang meliputi cara hidup)?
Apabila disebut Ad-Deen di sisi Allah, adakah MESTI diulang 'Ad-Deen Islam'?
Macam kita sebut Al-Quran itu Kalam Allah, adakah kita kena kata 'Kalam Allah Al-Quran' setiap kali kita merujuk kepada Al-Quran?
Last edited by mnm77 on 8-4-2013 04:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-4-2013 04:38 PM
Alhamdulillah...
Alhamdulillah,
Cara Hidup itu lah yang membezakan di antara setiap Nabi dan Rasul itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 04:00 PM
Alhamdulillah,
AL MASIH ISA A.S akan menjadi umat Nabi Muhammad. Mengikut syariat yang di bawa ...
Adakah agama itu berbeza mengikut syariat?
Dan yg mana smpi dulu antara kitab dan rasul?
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 04:58 PM
Alhamdulillah,
Cara Hidup itu lah yang membezakan di antara setiap Nabi dan Rasul itu.
Alhamdulillah...
Syariat saja berbeza, agama (ad-deen) semuanya sama, iaitu HANYA Islam sahaja yang diterima sebagai AD-DEEN (Agama meliputi cara hidup)
Lihat lagi, ayat yang lain pula:
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Aali-'Imran, 85)
Cuba saudara bawa terjemahan ayat di atas, dari mana-mana terjemahan yang saudara ada. Silakan.
Semoga bermanfaat.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 8-4-2013 05:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 8-4-2013 02:54 PM
salam
itz ok to not be ok .. hehe Islam is perfect ..
Muslim are not ..
Dont be confused ! Thanks,
Jika kita mengatakan orang Islam sebagai beriman salah...sebab orang Islam ada yang Mukminun fasiq munafiq dll...sebab tu perjuangan bangsa tidak wujud dalam Islam...melainkan perjuangan Mukmin untuk agama Islam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-4-2013 05:15 PM
Alhamdulillah...
Syariat saja berbeza, agama (ad-deen) semuanya sama, iaitu HANYA Islam sahaja ...
Alhamdulillah,
Ayat seterusnya bagaimana? kenapa tak di sertakan sekali ?
Diriwayatkan oleh an-Nasaa-i, Ibnu Hiban, dan al Hakim, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa seorang laki-laki dari kaum Anshar murtad dari Islam. Ia menyesal atas kemurtadannya. Ia minta pada kaumnya agar mengutus seseorang menghadap Rasulullah saw. untuk menanyakan apakah tobatnya diteriman. Maka turunlah ayat tersebut di atas (Ali ‘Imraan: 85-89), disampaikan utusan itu kepadanya, sehingga iapun kembali memeluk Islam
Nuzul nya ayat itu semasa Cara Hidup Islam itu telah di amalkan.... dan semasa itu ada di antara mereka yang memeluk Agama Islam telah murtad..dan itu lah ayat yang bersangkutan dengan event nya....
Faham kan kenapa ayat itu di turunkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 05:33 PM
Alhamdulillah,
Ayat seterusnya bagaimana? kenapa tak di sertakan sekali ?
Sebelum ni saudara bawa isu tentang istilah 'AGAMA ISLAM'
Saya minta saudara berikan terjemahan ayat 85 Surah Aali-'Imran, boleh?
TIADA MASALAH dengan ayat berikutnya...jangan kalut sangat, boleh?
Nuzul nya ayat itu semasa Cara Hidup Islam itu telah di amalkan.... dan semasa itu ada di antara mereka yang memeluk Agama Islam telah murtad..dan itu lah ayat yang bersangkutan dengan event nya....
Faham kan kenapa ayat itu di turunkan.
Dah masuk Asbab nuzul pula.... takdak masalah pun kalau nak bincang panjang lebar pasal Asbab Nuzul.
Harap berhujjah satu per-satu, bukan bawa isu baru bila hujjah sendiri dah terbatal. Asbab Nuzul tu tak mengubah makna AGAMA ISLAM atau Ad-Deen atau Cara Hidup Islam
Maka sila bawa terjemahan ayat 85 Surah Aali-'Imran, boleh?
Kemudian kalau nak teruskan bincang asbab nuzul, boleh.... silakan...
Last edited by mnm77 on 8-4-2013 05:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-4-2013 05:15 PM
Alhamdulillah...
Syariat saja berbeza, agama (ad-deen) semuanya sama, iaitu HANYA Islam sahaja ...
Alhamdulillah saya tak kalut,
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam , maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Aali-'Imran, 85)
Cuba saudara bawa terjemahan ayat di atas, dari mana-mana terjemahan yang saudara ada. Silakan
InsyaALLAH,
Kan dah di beritahu ayat ini merujuk semasa Agama Islam itu di praktikkan. Bermakna "AGAMA-AGAMA ISLAM" terdahuluuuuu.... yang saudara kata itu dan juga agama-agama lain itu tidak di terima.
Saya tak rujuk terus pada hadis, saya rujuk dulu kepada perjalanan ayat tersebut... Seperti kata saudara kita berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH...
Last edited by GiQ on 8-4-2013 06:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 06:02 PM
Alhamdulillah saya tak kalut,
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam , maka s ...
Jika saudara bijak bestari, bagaimanakah keadaan kembalinya kebenaran di muka bumi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 06:10 PM
Jika saudara bijak bestari, bagaimanakah keadaan kembalinya kebenaran di muka bumi?
MasyaALLAH....
Pi tanye tuhan ahh....hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 06:15 PM
MasyaALLAH....
Pi tanye tuhan ahh....hehehe
Bedut la hang ni, kata baca Al-Quran?
- Kalam Allah Al-Haq!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 06:20 PM
Bedut la hang ni, kata baca Al-Quran?
- Kalam Allah Al-Haq!
haaaa.. hang da silap ... tak kata baca quran aihh, kaji perjalanan je..
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 8-4-2013 05:20 PM
Thanks,
Jika kita mengatakan orang Islam sebagai beriman salah...sebab orang Islam ada yang Muk ...
Assalamualaikum,
Kenyataan saudara itu tidak tepat.
Jika kita mengatakan orang Islam sebagai beriman salah...sebab orang Islam ada yang Mukminun fasiq munafiq dll...sebab tu perjuangan bangsa tidak wujud dalam Islam...melainkan perjuangan Mukmin untuk agama Islam
Sesungguhnya orang Islam itu adalah mereka yang BERIMAN dan telah terjamin tempatnya . Yang belum terjamin itu adalah "PENGANUT/PENGIKUT" Agama Islam itu sendiri (Mereka perlu melalui proses dalam mengamalkan Agama Islam sehingga mereka melepasi ujian sebagai bukti keimanan). Orang Islam yang di sebut dalam Kitab Al-Quran itu adalah mereka-mereka yang "SELAMAT".
Kita masih salah perletakan......
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-4-2013 02:22 AM
Saya katakan mereka Islam (Muslim) dengan dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu
TID ...
Assalamualaikum,
Sungguh saya tak faham perkataan saudara ini..
'Penyaksian' itu sebahagian dari berserah diri kepada Allah (Muslim)
Bukankah penyaksian itu yang membawa kepada penyerahan diri kepada ALLAH?
Rukun Iman nampak simple saja, tapi tuntutan rukun Iman ni, antaranya dah secara ringkas disebut dalam Surah Mukminun.
Adakah Surah Mukminun itu saudara rujuk sebagai sebahagian tuntutan Rukun Iman secara ringkas ?
Adakah saudara mengatakan 10 ayat awal itu berkenaan rukun iman?
Apa yang saudara perlu fahami ialah:
Apabila dah yakin (beriman), sudah tentu dia dah bersaksi (penyaksian) sebagai seorang Islam, yakni saksi akan keEsaan Allah (Tauhid)
Sila jelaskan perkataan saudara ini. Last edited by GiQ on 8-4-2013 09:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
GiQ posted on 8-4-2013 06:27 PM
haaaa.. hang da silap ... tak kata baca quran aihh, kaji perjalanan je..
Kot ye pn baca la dlu...semuanya!
Bkn sepetik-dua setakat-takat tu je, baca ulang² ek.
Saya pn dok merangkak jgk, yg lain mgkin ada yg dh katam byk kali.
Yg hang dok kaji tu utk apa???
Cer citer...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|