CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10736|Reply: 43

Zizan Razak Sedia Kahwin Tahun Depan

[Copy link]
Post time 14-3-2013 09:47 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 13 MAC 2013: Pelawak, Zizan Razak, 29, akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan ketika usianya mencecah 30 tahun.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata, sudah tiba masanya dia memikirkan soal untuk berkahwin dan berkeluarga selepas melihat ramai rakan-rakannya yang telah mendirikan rumah tangga.

"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.

"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.

"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.

"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga," katanya kepada murai.com.my di majlis meraikan peminat Fasha Sandha, Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Indah, Shah Alam, petang semalam.

Pun begitu, Zizan Razak memberitahu dia masih belum mempunyai kekasih serta calon isteri untuk dikahwininya, sebaliknya berserah segala-galanya kepada jodoh.

"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.

"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," jelasnya lagi.

Apabila ditanya, adakah dia masih mengharapkan cinta daripada Juliana Evans, Zizan menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan yang maha Esa dan bukan hanya membuka hatinya pada wanita dikalangan artis
.
"Saya dan Ju (Juliana Evans) masih lagi berkawan dan bertanya khabar. Cuma kami tidak serapat dulu. Saya hanya doakan dia semoga maju jaya.

"Saya bukan hendak mengejar kekasih dalam golongan artis kerana bagi saya artis itu adalah pekerjaan sahaja," luahnya lagi.

Zizan yang sedang menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil arahan Shafiq Yusof itu bakal muncul dengan filem Bikers Kental, KL Gangster 2 dan Tokan pada tahun ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2013 09:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:08 AM | Show all posts
Siapa-siapa kahwin dengan zizan mesti bahagia..dengan lawak nye je da menghiburkan hati..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:15 AM | Show all posts
zizan ni berangan nak makwe pan asian saje..nyampesss
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:24 AM | Show all posts
sapelah yg bertuah tue yerk..

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:26 AM | Show all posts
zizan di sini saya nasihatkan...

kahwin bila dah betul2 bersedia nk ikat komitmen.. bukan kahwin sbb tgk org lain kahwin ko pun nk kawen gak... hbs tu org lain cerai ko pun ikut nak cerai gak le?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2013 10:29 AM | Show all posts
oooooo...kawen jela
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:29 AM | Show all posts
zizan ni bukan gayboy ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 11:40 AM | Show all posts
ooiii oghe ganu pung ramai come come blake....ape ni...nak cari pan asian....tak kenang jasa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 11:46 AM | Show all posts
kawen jer la zizan oiiii
uolls tu dh lebey dr mampu kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 12:29 PM | Show all posts
kawin ler... dah lebih dari mampu... nak sekali 4 pun bleh jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 01:13 PM | Show all posts
meh kawin dgn anak dara aku..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 01:23 PM | Show all posts
annehuda posted on 14-3-2013 10:26 AM
zizan di sini saya nasihatkan...

kahwin bila dah betul2 bersedia nk ikat komitmen.. bukan kahwin  ...

sangat betoil.. kawenlah bila dah jupe org yg nak dijadikan isteri
dan bila dah bersedia nak jadi suami dan ayah
jangan kawen semata2 nak kawen tgk org len kawen
takot lepas kawen baru jupe dgn seseorang kan dah nayaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 01:32 PM | Show all posts
annehuda posted on 14-3-2013 10:26 AM
zizan di sini saya nasihatkan...

kahwin bila dah betul2 bersedia nk ikat komitmen.. bukan kahwin  ...

well said my dear...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 01:33 PM | Show all posts
Ni raih undi tuk ABPBH ke? Huhu da lame x kuar cite kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 01:33 PM | Show all posts
saya nak cuba nasib leee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 02:07 PM | Show all posts
ngorat anok ustad azhar la zizang wei..... timba ilmu akhirat lalu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 03:37 PM | Show all posts
baguslah.....hidup membujang lama2 pun buat apa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 03:48 PM | Show all posts
elok jugak la kawen.. apa salahnya.. aminkan doa zizan!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 03:55 PM | Show all posts
bagusla....alhamdulilah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 1.045887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list