CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3070|Reply: 3

Produk Terbaru Kaspersky Khas untuk Perniagaan

[Copy link]
Post time 7-3-2013 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Pada 6 Mac 2013, Kaspersky Lab mengumumkan penyelesaian keselamatan perniagaan generasi baru yangdireka untuk membantu perniagaan mengatasi cabaran terkini dalam menguruskanrangkaian yang selamat dan cekap. Kaspersky Endpoint Security for Business,platform perlindungan terbaru untuk perniagaan ini telah dibina untuk memberiperlindungan terbaik dalam industri daripada malware canggih dan juga jenayah siber, serta memerangi satu lagimusuh perlindungan IT – kerumitan.

Kaspersky Endpoint Security forBusiness merupakan landasan keselamatansebenar yang pertama yang dibina dari bawah, yang menawarkan kepada perniagaan suatukombinasi perlindungan yang mendalam, cekap dan pengurusan yang lancar.

Pengarah Jualan Saluran, SEA, Kaspersky Lab,Malaysia, En. Jimmy Fong, yakin bahawa Kaspersky Endpoint Security forBusiness baru ini akan menjadi produkstrategik syarikat dalam mengembangkan bahagian pasarannya di sampingmelindungi perusahaan-perusahaan di Malaysia selaras dengan peningkatanperbelanjaan korporat ICT.   

“Kamitelah memasuki zaman serangan berprofil tinggi yang disasarkan, di manaperalatan perisikan yang canggih semakin berleluasa. Perisikan-siber kianmenjadi ancaman serius kepada perniagaan, di mana ia boleh diserang, tidak kirasaiz atau bahagian pasarannya. Semua perniagaan mempunyai data yang berhargakepada penjenayah-siber, yang boleh dijadikan pintu masuk kepada perniagaanlain. Pencerobohan mungkin hadir sebagai penjenayah-siber yang sedang mencari kekayaanperibadi, atau sebuah negara yang ingin mencuri maklumat hakmilik atau maklumatsulit. Para pembuat keputusan perlu ingat kesemua ini apabila membinainfrastruktur perlindungan IT syarikatnya,” tambah En. Fong.

“Teknologi adalah asas kepada perusahaan. Perbelanjaan ICT diMalaysia dijangka akan melepasi penanda US$10 billion[1] pada tahun 2013. Walaubagaimanapun, ia adalah pedang berbilah dua kerana semakin banyak perusahaanbergantung kepada teknologi di dalam operasi mereka, maka lebih tinggi risikodan pendedahan mereka kepada malware danancaman. Kaspersky Lab mengesan 200,000 malwarebaru setiap hari – inilah petunjuk bagaimana berleluasanya malware ini. Semakin banyak syarikat membenarkan para pekerjanyamenggunakan telefon pintar dan tablet sendiri sebagai alat perniagaan, maka semakintinggilah ancaman serangan ke atas rangkaian korporat, sekiranya endpoint, termasuk peranti peribadi initidak dilindungi dengan baik. Kaspersky Lab yakin dengan penerimaan produk perniagaanutamanya yang baru di Malaysia kerana ia melindungi endpoint  dengan hanya satukonsol, satu landasan dan satu kos kompetitif”, kata En. Fong.


Realiti Jabatan IT Baru
Misi asas pentadbir IT tidak banyak berubah, namun terdapatlebih banyak halangan yang akan dihadapi. Syarikat dari pelbagai saiz akanberhadapan dengan cabaran-cabaran ini, tetapi syarikat kecil dan sederhana akanmenanggung halangan tambahan iaitu kekurangan sumber dan kepakaran untukmenguruskan permintaan baru ini.

Di samping malwarecanggih yang menyerang perniagaan setiap hari, para Pentadbir IT sekarang perlumengambilkira kerumitan baru, antaranya:
·      Telefon pintar dan tablet yang digunakan untuk mengakses rangkaiansyarikat dari serata dunia
·      Para pekerja yang ingin menggunakan peranti mudah alih dan PC merekauntuk melaksanakan tugas
·      Data sulit yang bergerak bebas di dalam rangkaian syarikat, atau di luarrangkaian melalui laptop atau USB thumb drive
·      Mencari dan menampal lubang pada aplikasi pengguna dan sistem operasi

Realiti teknologi baru ini telah menyebabkan para pentadbirIT bergelut dengan masalah keselamatan berkaitan, dan dalam kebanyakan kes,mereka terpaksa menilai, membeli, memasang dan mengurus peralatan baru untuksetiap senario. Pengurusan Peranti MudahAlih (Mobile Device Management),Pengurusan Tampalan (Patch Management), EnkripsiData (EncryptionData) dan banyak lagi – peralatan baru ini digabungkan bersama-samadengan teknologi anti-malware sediaada, meninggalkan Pentadbir IT dengan rangkaian yang lebih kompleks untukmengurus, tetapi tidak semestinya lebih selamat.


Apa yang Baru dan Lebih Baikpada Kaspersky Endpoint Security forBusiness
Cabaran-cabaran baru jenayahsiber terancang serta peningkatan perantimilik-pekerja telah menyukarkan perlindungan terhadap data perniagaan.Untuk memudahkan dan melindungi perniagaan pelbagai saiz, Kaspersky Endpoint Security for Business dilengkapi dengan beberapateknologi baru yang diperbaiki yang akan membolehkan para pentadbir IT Melihat, Mengawal dan Melindungi rangkaian mereka.


·      Keselamatan Mudah Alih dan Pengurusan Peranti (Mobile Security and Device Management) - Kaspersky Lab membenarkan para pentadbirmelindungi data, walaupun pada telefon pintar dan tablet pekerja-pekerja.Perlindungan titik akhir mudah alih boleh dibuat secara jarak jauh melaluiPengurusan Peranti Mudah Alih (MobileDevice Management- MDM) berpusat.  

·      Enkripsi Data (DataEncryption) –Pastikankeselamatan fail, folder atau full-disk individudengan  Advanced Encryption Standard (AES)256 bit enkripsi untuk menjamin bahawa segala maklumat kekal selamat sekiranyaberlaku kehilangan peranti yang tidak disengajakan ataupun kecurian. Teknologienkripsi baru Kaspersky Lab juga boleh dikuatkuasakan pada peranti persisian, removable drives, fail, dan folder, danianya telus kepada para pengguna dan aplikasi tetapi data tidak dapat dibacaoleh penjenayah siber.

·      Peralatan Kawalan Titik Akhir (Endpoint Control Tools) –Kaspersky Endpoint Security forBusiness telah direka untuk mengawalpenggunaan aplikasi melalui polisi dan dynamicwhitelisting.  Para pentadbir juga bolehmembuat polisi tersendiri pada peranti penyimpanan yang boleh ditanggalkan,peranti penyimpanan USB dan pencetak, dan membuat polisi web on-device yang membenarkan para penggunamelayari Internet dengan selamat samada pada rangkaian korporat atau di rumah.

·       Sistem Pengurusan (SystemsManagement)– Pelbagaikonfigurasi sistem baru, peralatan penghantaran dan pengurusan yang terkandungdi dalam Kaspersky Endpoint Security forBusiness menjadikan kerja-kerja IT yang memakan masa yang lama sepertipemasangan OS, inventori rangkaian, peruntukan sistem, pentadbiran jarak jauh,kawalan kemasukan rangkaian (networkadmission control - NAC) dan pengurusan lesen lebih cepat dan kurangkompleks. Pengimbasan kelemahan automatik (Automatedvulnerability scanning) dan pengurusan tampalan memastikan para penggunadan pentadbir sentiasa mengetahui perkembangan terkini serta dimaklumkansepenuhnya mengenai pendedahan keselamatan yang kritikal.

·      Semua diuruskan daripada Pusat Keselamatan Kaspersky Lab – Konsol pentadbiranberkuasa menyatukan sekaligus kesemua aspek titik akhir, server fail danperlindungan infrastruktur maya Kaspersky Lab.

·      Anti-Malware Industri Terkemuka (Industry-Leading Anti-Malware) – Gabungan terbukti kaedah-kaedah di premis, proaktif dan berasaskanawan Kaspersky Lab untuk mengesan malwaremembolehkan para pengguna disambungkan kepada ancaman terkini yang dikesan olehpakar-pakar kami. Prestasi  Kaspersky Labyang cemerlang semasa penilaian bebas dijalankan sepanjang tahun 2012menyebabkannya menerima penghargaan tertinggi di dalam industri. Di dalamlaporan akhir tahunnya, AV-Comparatives menganugerahkan Kaspersky Lab mata keseluruhan tertinggi didalam ujian “Product of the Year” untuk dua tahun berturut-turut.   AV-Test juga telah memberi Anugerah Perlindungan Terbaik danAnugerah Pembaikan Terbaik untuk tahun 2012 kepada Kaspersky Endpoint Security.

Apabila menganalisa ujian-ujian yang dijalankan sejakbeberapa tahun kebelakangan ini  olehfirma-firma bebas, termasuk AV-Comparatives, AV-Test dan lain-lain lagi, hasilnya menunjukkan bahawa Kaspersky Lab sentiasa mencapaitahap kejayaan mengesan malware tertinggi di dalam industri, menduduki tempat 3teratas di dalam lebih daripada 80 peratus ujian. Ini adalah 20 peratus lebihkerap daripada saingan terdekat.

Disesuaikan dan Diskala mengikutKehendak Anda
Kerja-kerja Pentadbir IT adalah untuk membina dan memelihararangkaian yang membenarkan para pekerjanya menjadi lebih produktif; sesuatuyang cukup stabil untuk tidak gagal tetapi cukup lincah untuk menggabungkanteknologi dan peranti baru, dan mampu beroperasi di dalam lingkungan belanjawanpihak pengurusan. Tatkala matlamat ini konsisten merentasi semua jenisperniagaan, tiada dua organisasi yang serupa. Kaspersky Endpoint Security for Business dibina denganmengambilkira SMB, dengan menawarkan teknologi perlindungan premium tanpaperlunya belanjawan baru atau sumber manusia untuk mengurusnya.

Kini tersedia untuk dibeli di dalam bundle khusus untukperniagaan pelbagai saiz, KasperskyEndpoint Security for Business merupakan platform tunggal dan bersepaduyang direka oleh jurutera-jurutera Kaspersky Lab daripada asas-kod tunggal, yangdapat memberi perlindungan dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh  produk keselamatan lain. Melalui SATUplatform, SATU konsol, dan pada SATU kos, para Pentadir IT akan dapat melihat,mengawal dan melindungi semua sistem dan titik akhir di dalam rangkaian, samadaia adalah PC di koridor, mesin virtual di pejabat lain atau telefon pintar yangtelah hilang di tempat jauh.

Kaspersky Endpoint Security forBusiness boleh didapati dalamkonfigurasi asas berikut, yang modular dan diperkembangkan untuk memenuhikeperluan masa depan:

·      Kaspersky Endpoint Security for Business: Core–merupakan asas kepada perlindungan anti-malware workstation berkuasaKaspersky Lab dan firewall, diuruskan oleh konsol pentadbiran intuitif – PusatKeselamatan Kaspersky. Ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan penyelesaiananti-malware terbaik.

·      Kaspersky Endpoint Security for Business: Select – termasuk Keselamatan Server Fail & Workstation(Workstation & File Server Security),Kawalan Aplikasi dengan Dynamic Whitelisting,Kawalan Peranti, dan Kawalan Web.  Iajuga termasuk penyelesaian perlindungan mudah alih yang terdiri daripada agenkeselamatan endpoint dan Pengurusan Peranti Mudah Alih (Mobile Device Management - MDM).     

·      Kaspersky Endpoint Security for Business: Advanced – termasuk kesemua teknologi di dalam KESB Select, dengantambahan peralatan Enkripsi  danPengurusan Sistem. Sekiranya keperluan perniagaan anda termasuk penghantaranjauh, Pengurusan Tampalan dan Pengimbasan Kelemahan, KESB Advanced adalahsesuai.

·      Kaspersky Endpoint Security for Business – tawaran utama ini termasuk perlindungan tambahandengan kemasukan perlindungan tahap-infrastruktur untuk Web, Mel dan Kolabrasi server.Dengan Kaspersky Lab, anda dapat memberi perlindungan dari endpoint sehingga ke laluan Internet.

Kebanyakan teknologi keselamatan dan kecekapan IT ini bolehdibeli secara berasingan sebagai Penyelesaian Sasaran. Penjualan berasingan inimembolehkan perniagaan mereka-bentuk skim perlindungan mereka sendiri dan inimeletakkan teknologi Kaspersky Lab di pointtertentu merentasi rangkaian sebagaimana yang dikehendaki.
Kaspersky Endpoint Security for Businessbaru ini adalah bukti dedikasi pasukan hebat R&D dan PenyelidikanKeselamatan.  Di dalam industri di manapengambilalihan dan konsolidasi menjadi kebiasaan, membina teknologi dari bawahsememangnya bukan jalan yang paling mudah, namun Kaspersky Endpoint Security untuk Perniagaan adalah perlindunganterbaik untuk pelanggan kami,” kata En. Andrey Pozhogin, Pengurus KananPelancaran Produk, Kaspersky Lab.

KasperskyEndpoint Security for Business akan menunjukkan kepada pengurus IT bahawapenyelesaian keselamatan adalah lebih daripada jumlah komponennya, danpenyelesaian yang direka dengan baik serta diintegrasikan sepenuhnya bukansahaja menguntungkan, malah ia memberi perlindungan yang lebih baik kepadaorganisasi mereka. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kesemua ujian bebasdan analisis industri yang dijalankan telah menunjukkan bahawa Kaspersky Lab telahmengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di dalam industri IT global. Kamiyakin bahawa Kaspersky Endpoint Security for Business dapat membuktikankepada perusahaan dan SMB bahawa kami kekal peneraju teknologi keselamatan,”kata En. Fong di dalam penutupnya.




Last edited by huddhabib on 7-3-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 01:33 PM | Show all posts
tq
aku nak coba kaspersky nanti

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2013 08:04 PM | Show all posts
Kaspersky Endpoint Security for Business 10 (KESB10) ini adalah anti-virus yang digunakan dalam perniagaan dan ia link dengan segala gadget yang anda guna untuk kerja seperti smartphone.. Contohnya seperti kita membuka emel kerja kita melalui smartphone kita..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 12:28 PM | Show all posts
lagi lagi.... apa kelebihan nya? saya nak propose ke top management.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047560 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list