CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2675|Reply: 11

Pencuri kereta cekik bayi hingga mati

[Copy link]
Post time 7-3-2013 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Beijing: Seorang pencuri kereta mencekik seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas mencuri sebuah kereta dengan kanak-kanak berkenaan di dalamnya.
Kanak-kanak itu berada di dalam kenderaan dicuri Zhou Xijun, 48, di wilayah Jilin, timur laut China, Isnin lalu. Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai di seluruh China. Gerakan memburunya membabitkan ribuan polis dan pemandu teksi dilancar sehingga dia menyerah diri dan mengaku melakukan kekejaman itu kelmarin.

Zhou menyedari kehadiran kanak-kanak itu di tempat duduk belakang selepas melarikan kereta itu. Dia berhenti di tepi jalan sebelum mencekik kanak-kanak itu hingga mati dan menanam mayat berkenaan dalam salji,” kata polis.


Tiada maklumat mengenai sama ada mayat itu sudah ditemui semula.

Media China memberi liputan besar-besaran terhadap kes itu dan berita mengenainya menguasai laman sosial media. Ibu bapa kanak-kanak itu meninggalkannya dalam kereta selama 10 minit sebelum menyedari kenderaan itu dicuri. - AP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 09:46 AM | Show all posts
Nyawa x bernilai di mata seorang penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 09:49 AM | Show all posts

kenapa gi cekik baby tu? Tinggalkan kat tepi jalan tak boleh ke?
kejam betul..nasib la dah dpt tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:01 AM | Show all posts
zalim sungguh.. mintak2 dia kene hukuman tembak sampai berkecai kpala..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:05 AM | Show all posts
lahabau pny perompak!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:48 AM | Show all posts
mmg gila punya olang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2013 11:27 AM | Show all posts
Walaupun sekejap je nak singgah kedai elok le bawak baby tu sekali kang tak pasal2 jadi cam kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 11:33 AM | Show all posts
mak bapak budak tu pun seharusnya di hukum kerana kecuaian !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 11:56 AM | Show all posts
cari dan tangkap pukol2 smpai mati baru infom polis, curi jela nak cekit2 anak org lak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:03 PM | Show all posts
bodohnya perompak
and xtau nak ckp kenapa baby tu ditinggal dek parents dia sorg2!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:14 PM | Show all posts
kesian baby tue....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:21 PM | Show all posts
rompak je la yang pi jadi pembunuh buat apa.. siannya la budak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.304578 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list