CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8174|Reply: 2

Sawan Babi

[Copy link]
Post time 5-3-2013 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Sawan babi boleh digambarkan sebagai episod mengejut pembebasan elektrik yang memberi kesan terhadap sekumpulan saraf, bermula hanya pada satu bahagian otak dan kadang-kalanya dapat merebak ke keseluruhan otak untuk menjadi keabnormalan yang menyeluruh.


  • Serangan penyakit yang menyeluruh

      v Sawan ketiadaan, contohnya petit mal, yang berlanjutan selama 10-15 saat.
          Seseorang itu akan berhenti dari menyambung kegiatannya dan mungkin
          merenung. Bola mata mungkin menghanyut ke tepi mata.  Seorang kanak-
          kanak dengan serangan ketiadaan munkin mengalami kesukaran
          pembelajaran dan memberi perhatian di dalam kelas.

      v Sawan mioklonik
      v Sawan tonik klonik, contohnya grand mal. Seseorang itu akan jatuh, menjadi
          kaku dan tersentak pada keseluruhannya. Sesorang itu mungkin hilang
          sedar dan air liurnya meleleh. Sawan mungkin berlanjutan sehingga 3 minit.

      v Sawan tonik
      v Sawan atonik atau akinetik

  • Sawan separuhan (“focal epileptic focus”)

      v Mudah tanpa kehilangan kesedaran.
      v Sawan separuhan yang kompleks dengan kehilangan kesedaran.
      v Sawan separuhan, samada mudah atau kompleks.
      v Sawan tonik-klonik keseluruhan.


Punca-punca Sawan
v Idiopati – punca-punca yang tidak diketahui.
v Warisan atau familial - contohnya petit mal
v Kecacatan perkembangan – contohnya rubella intrauterin, radiasi.
v Renjatan (trauma) kelahiran, contohnya pendarahan serebral
v Anoksia (ketiadaan oksigen) semasa bayi atau kanak-kanak.
v Tumor
v Salur darah – contohnya, penyempitan salur-salur darah yang mengalir ke otak.
v Jangkitan, contohnya sawan yang diakibatkan oleh demam (konvulsi febril), meningitis
v Keradangan – contohnya sklerosis multipel
v Metabolik e.g. Glisemia uremik
v Toksik, contohnya alcohol/dadah, logam plumbum
v Kemerosotan, contohnya penyakit  Alzheimer.

Gejala-gejala
Gejala-gejala bergantung kepada jenis sawan. Semua gejala-gejala yang disebut tidak akan didapati pada jenis sawan yang tertentu. Di antara gejala-gejalanya adalah:-
v Kehilangan kesedaran.
v Memberhentikan aktiviti-aktivit untuk beberapa saat dan merenung atau kibasan kelopak
    mata.

v Bola mata yang berputar ke atas.
v Bibir yang membiru dan memucat serta pelelehan air liur.
v Sentakan kepala dan anggota badan yang ganas dan berulangan selama 3-5 minit.
v Apabila sedar semula, seseorang itu mungkin mengalami kehilangan ingatan untuk
    jangkamasa yang pendek, sakit kepala dan mudah tersinggung dll
.
Komplikasi-komplikasi
v Kecederaan fizikal disebabkan oleh pergerakan yang ganas.
v Tercekik dengan lidah sendiri.
v Kerosakan kepada otak disebabkan oleh serangan-serangan yang berpanjangan dan
    berulang-ulang.

v Maut pada kes-kes tertentu.

Faktor-faktor Pencetus
Beberapa faktor-faktor yang boleh mencetus serangan sawan adalah :-
v Kekurangan tidur
v Tekanan
v Haid
v Jangkitan
v Minuman  beralkohol
v Memberhenti perubatan sawan dengan tiba-tiba.

Tabiat-tabiat Untuk Diperhati
v Pada kanak-kanak dengan demam melebihi 38.5°C, adalah penting untuk memberikannya
    ubat demam dan menspannya dengan air suam kuku untuk menurunkan suhunya.

v Bagi merka-mereka yang ada sawan babi, elakkan sukan berbahaya. Pakai topi keledar
    keselamatan semasa mengayuh basikah atau menunggang kuda.

v Ketahui rawatan yang anda sedang jalani dan ikuti nasihat doktor dengan tegas.
v Simpan prekrepsi gantian yang lebih di rumah.
v Beritahu doktor jika anda bercadang untuk mengandung.
v Pakai rantai tangan waspadaan perubatan.
v Jelaskan kemusykilan anda semasa berjumpa dengan doktor dan perhatikan mana-mana
    tanda atau gejala baru terhadap ubat.

v Jadilah ahli persatuan sawan babi tempatan.
v Simpan bekalan perubatan yang mencukupi yang dipreskripsi oleh doktor.

Elakkan
v Berenang sendirian.
v Kekurangan tidur.
v Meminum terlalu banyak minuman beralkohol.
v Memandu kenderaan atau mengendalikan mesin jika serangan masih tidak terkawal.
vmemandu kenderaan awam jika anda mempunyai sawan babi.

Apa Yang Harus Dilakukan Jika Seseorang Itu Mengalami Sawan
v Elakkannya dari jatuh dan mencederakan dirinya.
v Jauhkan objek-objek mengelilingi orang itu, yang mungkin mencederakannya.
v Sebaik sahaja kekejangan terhenti, longgarkan pakaiannya dan balikkannya ke sisi untuk
    mengelak dari tercekik.

v Jangan beri apa-apa untuk meminum atau memakan untuk suatu jangkamasa selepas
    serangan sawan.

v Jika terdapat demam yang tinggi, spankannya untuk menurunkan suhunya.
v Bawa pesakit berjumpa dengan doktor jika pesakit merupakan seoarang kanak-kanak atau
    jika mengalami sawan buat kali pertamanya atau jika sawan berlanjutan melebihi 10 minit,
    atau terdapat sawan yang beulangan.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Doktor
v Memastikan punca berlakunya sawan.
v Merawati pesakit dengan ubat-ubatan.
v Merujuk pesakit ke hospital untu kpenyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Ingat untuk mengikuti nasihat doktor berkenaan rawatan. Jangan suai ubat. Runding dengan pegawai farmasi atau doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/kemusykilan mengenai ubat yang diambil oleh anda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2013 10:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 10:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.104678 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list