CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3770|Reply: 13

jadikan Sabar dan Solat Sebagai Penolongmu

[Copy link]
Post time 25-2-2013 04:48 PM | Show all posts |Read mode

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا۟ اسۡتَعِينُوا۟ بِالصَّبۡ رِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
- Ayat 153, Surah Al-Baqarah

Sy mohon mereka yang berilmu di sini menghuraikan maksud sabar dan solat sebenarnya dalam ayat ini. Bagaimana kita hendak mempraktikkannya lebih2 lagi dalam keadaan diuji dengan sebegitu hebat. Jazakallah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 04:56 PM | Show all posts
apabila kita menghadapi ujian daripada Allah

hendaklah kita bersabar dengan apa jua dugaan yang melanda

yakinlah bahawa Allah bagi ujian tanda Allah sayang dengan kita,

dalam menghadapi ujian tersebut,

hendaklah kita meminta pertolongan dengan Allah dalam solat dan doalah dengan penuh keyakinan Allah akan membantu kita

InsyaAllah...Allah akan beri kebaikan

p/s : ini bukan tafsiran daripada ayat di atas sebab saya bukan ahli tafsir,ini hanya serba sedikit pandangan saya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 05:28 PM | Show all posts
salam

solat khusyuk .. eerrmm .. aku rasa ..
apabila kita tak mensyirik kan DIA ..
Allah berserta orang yang sabar ..

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِى
20:14. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah .. tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku
maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:44 AM | Show all posts
up...







Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:25 AM | Show all posts
awat banyak sabgat thread sabaq ni ....baguih laaa....pelik skit sebab banyak ...

ini bulan kesabaran ke? ke theme of the week ...in this board?

nak buat tema thread minggu ini sabaq? nak tak

dari kupasan dalil naqli dan aqli ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:26 AM | Show all posts
oh i am talkig to myself , it is 3:30 am mondayyy huhuuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2013 12:54 PM | Show all posts
saja bawak naik, sy tgk asyik bergaduh saja porum ni...

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 01:05 PM | Show all posts
sebab ramai orang tak sabaq la ni.....huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2013 10:21 AM | Show all posts
Assalammualaikum,

Pengertian sabar itu pada maksud apa yg diamalkan berdasarkan ilmu yg dimiliki dalam erti kata mendengar dan mentaati perintah Allah SWT. Orang yg bersabar adalah mereka2 yg diberi petunjuk olehNya berdasarkan ilmu yg terdapat di dalam Alquran dan Sunnah untuk diamalkan.

Orang yg bersabar itu senantiasa beristiqomah dalam apa jua perkara yg dilakukan samaada ketika dirinya berbaring, duduk, berdiri dan seumpama dengannya. Istiqomah ketika bersabar itu adalah ketika diri seseorang itu memahami apa yg perlu dilakukan oleh dirinya dalam mencari pengertian hamba yg diciptakan olehNya di atas muka bumi.

Seseorang yg bersabar itu senantiasa bersangka baik padaNya dalam apa jua keadaan samaada dlm keadaan sempit ataupun lapang, sakit ataupun sihat, tua ataupun muda, hidup ataupun mati dan miskin ataupun kaya. Seorang yg bersabar itu tidak mengeluh pada Rabb Allah yg menciptakan dirinya sedemikian rupa sebaliknya sentiasa memohon keampunan dengan penuh kesabaran sehingga Allah SWT memperteguhkan dirinya dalam erti kata sabar yg dikehendaki olehNya.

Dalam melalui kehidupan yg cukup mencabar dizaman ini, kita dituntut untuk bersabar dengan sebarang ujian yg diberikan olehNya. Antara ujian yg kita sedia maklum adalah bagaimana keadaan umat2 Islam di negara luar yg ditindas, dihina dan dibunuh dengan kejam angkara syaitan2 yg diciptakan olehNya di atas muka bumi ini. Tidaklah pula kita perlu memarahi pada apa yg dimaksudkan petunjukNya, sebaliknya kita memperbaiki ilmu dan amal yg kita lakukan supaya apa yg terjadi di negara luar dijadikan suri teladan ujian yg datang dariNya atas pilihan manusia itu sendiri.

Dalil :
     Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun (bani Israel), dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
                  (Ad-Dukhaan 44:17)

Semoga kita tidak terlalu memikirkan perihal dunia, sebaliknya kita bersabar menghadapi ujian yg diberikan olehNya ketika berada didunia dengan penuh sabar semata-mata kerana mencari keredhoanNya.

Innalillah Wa Innalillah Hirrajiun




Last edited by Abangcute on 10-12-2013 10:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 12:07 PM | Show all posts
Kata Imam Ghazali:
Separuh dari iman adalah sabar, dan separuh lagi adalah syukur.

Itu sebabnya Nabi Saw bersabda:

“Orang-orang beriman telah membuatku kagum. Jika mereka mendapatkan karunia, mereka akan bersyukur, sehingga karunia itu akan menjadi kebaikan bagi mereka. Jika mereka mendapatkan kesulitan, mereka akan bersabar, sehingga kesulitan itu membawa kebaikan bagi mereka.”

Solat itu memberi ketenangan dalam mengharungi ujian, dan bukti kesyukuran dalam hikmah disebalik ujian.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 02:59 PM | Show all posts
Abangcute posted on 10-12-2013 10:21 AM
Innalillah Wa Innalillah Hirrajiun

Salam... saya telah melihat tulisan kalimah di atas ditulis sebelum ini, dan saya tidak tegur sebelum ni sebab saya cuba bersangka baik mungkin tersalah tulis. Apabila saya terbaca kalimah yang sama berkali-kali, saya tak rasa kalimah di atas tersalah tulis.

Kalimah di atas tu jika ditulis sedemikian boleh memberi maksud:
Sesungguhnya dari Allah dan sesungguhnya dari Allah Hirr dikembalikan

Sebutan yang sebetulnya:

Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun
Sesungguhnya kami dari Allah dan kepada-Nya (Allah) sesungguhnya kami dikembalikan (Al-Baqarah, 156)

Inna = sesungguhnya
Innaa = sesungguhnya kami
lillahi = dari Allah
wa = dan
ilaihi = kepada-Nya
raaji'uun = dikembalikan

WAllahu a'lam







Last edited by mnm77 on 11-12-2013 03:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 09:20 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-12-2013 02:59 PM
Salam... saya telah melihat tulisan kalimah di atas ditulis sebelum ini, dan saya tidak tegur sebe ...

bukankah lebih bijak jika kamu menyatakan begini :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

jika kamu sudah faham apa yg saya sampaikan, itu sudah memadai. jgnlah pula mengada2kan sesuatu yg tidak sepatutnya disini kerana saya suka memudahkan sesuatu perkara supaya yg saya baca boleh jadi berbeza dengan yg kamu andaikan. jgnlah pula kamu bersangka orang lain bodoh dan diri kamu itu cerdik kerana disebalik kecerdikan kamu itu terkandung maksud memperendahkan orang lain ketika menyatakan sesuatu. dan perkara ini dilarang oleh baginda Rasullullah saw.

menggunakan perkataan romawi seperti yg kamu nyatakan itu sesuatu yg tidak bijak kerana sebutannya tetap tidak sama seperti yg saya nyatakan sekarang ini. tidakkah itu contoh terbaik untuk diri kamu memahami maksud sangkaan yg kamu sengaja ada2kan?

menegur mana2 manusia kerana Allah perlulah mengikut Alquran. jika gagal untuk memahami isi kandungan Alquran, apa kata saya beri satu nasihat yg paling bermakna untuk sama2 kita amalkan, yg baik dan buruk itu atas pilihan manusia itu sendiri. maka yg menerima apa yg dinyatakan itu boleh jadi baik atau buruk kerana itulah dinamakan ciptaanNya (perbuatan, kata2 dan niat). kembali kepada maksud akidah itu lebih utama ketika bersyariat. adakah apa yg kamu tegurkan itu mengikut Alquran? perlukah saya pastekan kepada kamu apa yg kamu perselisihkan?

bukankah menggunakan bahasa arab itu lebih baik jika mahu menegur? jika kamu tidak mampu berbuat demikian, adakah patut saya mengikut jejak2 syaitan ketika membetulkan apa yg saya nyatakan?

siapakah itu syaitan? jin dan manusia. bagaimana mengenali syaitan dari manusia?
1) membetulkan orang lain tanpa merujuk Alquran dan Sunnah (dalam bentuk sangkaan) tanpa disedari apa yg dinyatakan olehnya tetap menyimpang dari maksud yg sebenar
2) membetulkan orang lain yg sudah ditakdirkan atas apa yg dirinya tidak ketahui.
3) membetulkan keadaan dalam erti kata menganggap manusia mampu mengubah keadaan sedangkan hakikat sebenar hanya Allah jualah yg menentukan.

jika ada yg tersinggung dengan kata2 ini, nasihat saya, maka sama2lah kita perbetulkan akidah dan syariat ketika berbicara terlebih dahulu sebelum menegur orang lain kerana kadang2 orang lain malas mahu menunjukkan apa yg dirinya sudah ketahui atau tidak ketahui dan sesungguhnya, cukuplah bagi diri manusia itu mengingati Allah selaku pelindung kepada kepada dari manusia ketika berada di dunia dan akhirat kelak.

apa pun tq kerana menegur. tugas umat Islam adalah menegur untuk memperbetulkan kesilapan. hanya Allah jualah yg boleh membalas jasa baik kamu ketika menegur saya dgn penuh hikmah.
Last edited by Abangcute on 12-12-2013 10:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 10:22 AM | Show all posts
Abangcute posted on 12-12-2013 09:20 AM
bukankah lebih bijak jika kamu menyatakan begini :


Ayat rujukan telah saya beri, supaya kamu boleh buat rujukan dalam bahasa Arabnya sendiri. Jika kamu nak menilai bijak atau tidak, itu menunjukkan cara diri kamu suka membantah untuk meremehkan teguran, sekalipun teguran itu bukan bertujuan untuk memburukkan kamu!

Saya tak mahu besarkan perkara ini sebab saya tegur kerana rasa tanggungjawab saya supaya orang lain tak terikut-ikut kesalahan yang kamu tulis berkali-kali.

Kebetulan saya juga pernah terdengar dalam drama TV pun ada beberapa kali kesalahan YANG SAMA diulang-ulang, pengarahnya tak silap saya David Teo. Pelakon bukannya arif nak tegur, maka disebarkan kesalahan sebutan tu berkali-kali. Jadi bila ditulis di sini, yang mana ada saluran untuk saya tegur, maka menjadi tanggungjawab saya untuk tegur.

Jika kamu mahu panjangkan ISU TEGURAN, saya hanya serahkan pada Allah kerana HANYA ALLAH YANG TAHU niat saya. Saya tak minta dihormati, disanjung, atau dimuliakan kerana itu bukan tujuan saya.

Sekian harap maklum

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 10:34 AM | Show all posts
mnm77 posted on 12-12-2013 10:22 AM
Ayat rujukan telah saya beri, supaya kamu boleh buat rujukan dalam bahasa Arabnya sendiri. Jika  ...

Alhamdullillah dengan apa yg Dia berikan dengan dihantarkan hamba2Nya untuk menegur. KepadaNya jualah kita merujuk apa yg diperselisihkan.

semoga hati kamu tenang dengan penjelasan yg kamu berikan kepada saya untuk sama2 diamalkan dan bukanlah pula untuk dilupakan. Insya'allah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.520060 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list