CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4544|Reply: 14

[Jenayah] Kes Samun & Rogol Sekitar Lembah Klang selesai

[Copy link]
Post time 16-2-2013 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Shared on Bernama.com / PDRM:

"SHAH ALAM, 15 Feb - Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan kes samun dan rogol di Lembah Klang sejak tahun lepas dengan penahanan lapan lelaki dalam beberapa siri serbuan di sekitar Kota Damansara dekat sini bermula awal minggu ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tiga suspek berusia antara 23 hingga 27 tahun diberkas di sebuah pusat karaoke Kota Damansara Isnin lepas pada 11.45 malam.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan Toyota Wish yang dinaiki suspek, polis menemui pelbagai senjata dan peralatan merompak seperti parang, pisau, pedang samurai, kayu pemukul bola lisut, topeng muka, topi dan alat membuka kunci kereta, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Toyota Wish itu dilaporkan hilang di Kampung Melayu Subang dekat sini pada tahun ini, katanya.

Serbuan ke atas pusat karaoke itu dibuat ekoran satu kejadian samun melibatkan empat suspek bertopi dan bertopeng di sebuah hotel di Sungai Buloh pada 1.40 petang, 9 Feb lepas.

Dalam kejadian itu, salah seorang suspek telah meletakkan parang di leher seorang lelaki penjaga kaunter hotel berkenaan sebelum melarikan wang tunai RM1,000 dan barangan peribadi mangsa.

"Berdasarkan risikan, polis melakukan tangkapan pertama dan hasil soal siasat, tiga suspek lagi ditahan di depan sebuah kedai di Kota Damansara pada Selasa lalu pada 12.30 tengah malam.

"Ketiga-tiga suspek berusia 25 hingga 27 tahun ini didapati positif dadah methamphetamine," katanya. Mohd Adnan berkata dalam serbuan seterusnya, polis menahan dua suspek berusia 31 dan 27 tahun masing-masing di sebuah rumah di Kampung Melayu Tambahan Subang dan Kota Damansara kelmarin dan semalam.

Beliau berkata salah seorang daripada suspek merupakan pegawai bank dan ada di antara suspek itu yang mempunyai rekod jenayah seperti samun, seksual dan dadah.

"Kumpulan ini juga disyaki terlibat dalam satu kes samun dan rogol seorang wanita di Gombak baru-baru ini. Dalam kes itu, tiga suspek telah menarik mangsa keluar kereta dan membawa ke satu lokasi sebelum merogolnya dan melarikan wang tunai RM1,200," katanya.

Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah melakukan jenayah dengan memakai topi serta topeng muka dan Menggunakan senjata ketika mangsa berada bersendirian.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, katanya."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 11:33 AM | Show all posts
Selesai lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:41 AM | Show all posts
kalau selesai? mangsa2 jenayah dapat pe? dpt nama? dpt keadilan? polis buat apa ek? sampai penjenayah bermaharaja lela? adanye polis utk cegah jenayah? bukan tangkap penjenayah semata mata main lg facebook kat balai. patut pun penjenayah bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 12:57 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 16-2-2013 11:41 AM
kalau selesai? mangsa2 jenayah dapat pe? dpt nama? dpt keadilan? polis buat apa ek? sampai pen ...

Polis mmg suka main fesbook

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 01:10 PM | Show all posts
muntah dah aku dgr statement2 pak polisi...pak polisi malaysia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:46 PM | Show all posts
dah dapat tu, kasi sebat je!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2013 08:53 PM | Show all posts
Kalau betul syukur sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:09 PM | Show all posts
ctaz posted on 16-2-2013 01:10 PM
muntah dah aku dgr statement2 pak polisi...pak polisi malaysia nih...

biasalah....ini statement pra PRU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2013 10:12 PM | Show all posts
yayy malaysia dah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:13 PM | Show all posts
kalau la saya ada bom nuklir....akan saya bom seluruh damansara....damansara the sin city
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:06 AM | Show all posts
kalau la betul...leh caya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:12 AM | Show all posts
so pasni aman la kan??????

terima kasih bang polis .......................... tapi tolong ronda2 kawasan kota damansara lagi & tangkap pencuri. rumah aku dah 2x kena pecah. bila wat laporan. polis wat bodo jeR!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:20 AM | Show all posts
iyer ke??

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 11:07 AM | Show all posts
malaysia rama.....

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 01:27 PM | Show all posts
mmmm..... longgokkan kes sampai setahun, dapat tangkap 2-3 ekor kambing hitam - semua tuduhan bubuh atas dia. Selesailah sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068680 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list