View: 6241|Reply: 25
|
[Jenayah]
{4} Polis terpelanting 3 meter dilanggar mat rempit !
[Copy link]
|
|
Ipoh: Seorang anggota polis terpelanting sejauh lebih tiga meter selepas dirempuh seorang mat rempit yang memecut motosikal melepasi sekatan jalan raya di Jalan Dato’ Seri Ahmad Said di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa Lans Koperal Luqman Hakim Abu Bakar, 26, yang berkhidmat di Balai Polis Sungai Senam, di sini, patah tulang betis akibat rempuhan kuat itu.
Kemalangan berlaku ketika mangsa bertugas melakukan pemeriksaan rutin terhadap kereta dan motosikal melalui jalan berkenaan.
Mangsa yang ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, berkata, kejadian itu berlaku apabila seorang penunggang motosikal enggan memperlahankan kenderaannya walaupun sudah diarahkan berhenti.
Menurutnya, penunggang motosikal itu memecut dan cuba melepasi sekatan sebelum melanggar kaki kanannya.
“Rempuhan itu menyebabkan saya terpelanting sejauh lebih tiga meter. Saya tidak sempat mengelak berikutan insiden itu berlaku pantas selain tidak dijangka.
“Saya terbaring kesakitan di atas jalan akibat kecederaan pada betis dan kaki selain luka pada tangan. Susulan itu saya segera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.
Dia yang menjalani pemeriksaan x-ray diberitahu doktor patah dua tulang betis selain perlu menjalani pembedahan bagi memasukkan besi.
“Ketika ini keadaan saya semakin stabil cuma doktor memaklumkan perlu melakukan pembedahan memasukkan besi dalam tempoh terdekat.
“Saya mungkin berehat dua bulan sebelum boleh memulakan tugas kembali,” katanya yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka.
Luqman Hakim berkata, dia percaya penunggang motosikal yang merempuhnya cuba melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen menunggang motosikal sah.
Bagaimanapun, katanya, penunggang berusia 20-an itu diberkas sejurus selepas kemalangan berlaku. “Ini kejadian paling teruk pernah dialami selepas kerap dirempuh mat rempit.
“Saya tidak dapat bayangkan jika rempuhan itu mengenai tepat perut atau badan saya mungkin kecederaan lebih parah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong yang dihubungi mengesahkan kejadian itu membabitkan seorang anggotanya dan siasatan masih dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15
p/s takpe...lepas nie naik satu calit lagik...korperal...
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak kena langgar preve. kalau tak arwah polis ni |
|
|
|
|
|
|
|
eeei...cilaker punya matt rempit...
kalo polis baling mat rempit ni ngan helmet... sure polis tu akan dilaknati oleh rakyat melesia khennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
nie dah langgar, patut polis tembak kasik mampus saja....!  |
|
|
|
|
|
|
|
mat rempit nih mmg menyusahkan org sajeeeeee!!! |
|
|
|
|
|
|
|
abah aku pernah bagi flying kick tepat ke leher sorang mat rempit ni lepas langgar abang aku melintas masa lampu merah. nasib mat rempit tu?? tak tahu lah arwah dah ke atau idak |
|
|
|
|
|
|
|
konpom jadi lauk brader2 polis tu kalau rempit tu kena tangkap. belasah je abes2. masyarakat tak marah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak bagi polis tu ambil motor dia  |
|
|
|
|
|
|
|
da tau xdak lesen pastu jumpa roadblock,benti je la...paling koman pn kne basuh kaw2 ngan polis pastu saman...nie ko pegi langgar plak polis,nasib baik patah kaki je..kalo mati da jd kes lain plak...ooooo lpa,mat rempit mana ada otak |
|
|
|
|
|
|
|
mat rempit sama mcm sampah hidup..
berjalan2 merata2...menyemak dan busukkan alam sekitar. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau polis baham mat rempit lancau ni, nanti rakyat kata polis kejam terhadap PENUNGGANG.. penunggang kapla bapak dia camni..
kalau polis x belasah mat najis ni, nanti orang kata polis x buat kerja..  |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nya jadi polis zaman sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
kes terpencil.......ops... |
|
|
|
|
|
|
|
3 meter = hampir 10 kaki...
kuat tuh...kuat yg melanggarr, dan kuat polis tu tak mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Gegancu posted on 18-2-2013 08:26 AM 
kalau polis baham mat rempit lancau ni, nanti rakyat kata polis kejam terhadap PENUNGGANG.. penungga ...
kan..... kata polis kejam bla2.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
yang salah tetap salah.
mat rempit langgar polis, mat rempit salah
polis baling helmet kpd mat rempit, polis salah.
it is a clear cut... x de ragu2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|