CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14046|Reply: 136

Tekanan Hidup

[Copy link]
Post time 8-2-2013 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Salam..tekanan hidup ni adakah ujian daripada Allah...kadang rasa tak mampu nak hadap... .kadang2 rasa Allah tak sayang je...astaghfirullah Last edited by tapirbiru on 8-2-2013 06:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 11:24 AM | Show all posts
hidup ini atas daya usaha diri sendiri kalau anda berusaha pasti ada hasilnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 12:29 PM | Show all posts
Ujian ke?


Boleh jugak dikatakan ujian..... tapi kalau dah biasa susah, apa nak di hairankan, cari dan usahalah lebih sikit, jangan bergantung pada satu sumber. Nak tak nak je tu, usaha tangga kejayaan.....

Tapi beruntung jadi orang susah, sebab kita akan terus mengharap dan bergantung pada Allah, tapi kalau kita senang.... biasanya kita lupa... lupa terusssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 01:37 PM | Show all posts
semua manusia diuji...
ujian kita semua berbeza....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 02:06 PM | Show all posts
Kadang2 ujian ke, musibah ke, dimana semuanya dari Allah, ada maknanya.

Contoh, suruh ambik tindakan berbeza, pikir balik strategi, cari cara nak kurangkan tekanan etc.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 04:09 PM | Show all posts
usaha tu
hanya bersebab je saudara ku
USAHA DOA dan TAWAKKAL - baru jadi mukminin

saya teringat Hadith Nabi
apabila seseorang mengeluh beban hidupnya, lalu jawab Nabi:
DIMANA KAMU DENGAN SOLAT DAN ZIKIRNYA PARA MALAIKAT??
lalu ditanya apa zikirnya para malaikat
SUBBUHUN QUDDUSUN RABBUL MALAIKATILWARRUHH

solat fajar dan berzikir sebelum SOLAT PADA WAKTU SUBUH

p/s: dah dimurahkan rezeki tu nanti
  ubahlah niat tu balik, mengerjakannya hanya bersama PARA2 NURR ya
  MOGA DIRAHMATI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2013 05:54 PM | Show all posts
sebagai manusia rasanya , menempuh cabaran , ujian , dugaan tu dah memang kena jangka dan ALLAH MENGUJI HAMBANYA berkadaran dengan apa yg termampu ditanggung oleh tuan punya badan itu sendiri .

Allah knows that you are a winner at the end ....atau Anda akan jadi manusia yg terbaik [ pilihan anda ] di akhir ujian ini.

dan bersama ujian tu ada kesenangan

just  u know bila rasa tertekan , grab Quran ....ambik Quran baca.

dan percayalah bahawa Allah itu tahuuuu yg awak sedang SABAR menghadapi ujian-Nya.

bila kita diuji , connection dengan ALLAH akan wujud so do not worry u just sabar dan senyum dan stay focus.

dan above all else didik hati , pujuk hati tu  sabar - say this to yourself - alas, I am stronger than this [ whole situation ] actually...so Allah , please be with me through this.....say this...masa doa ... Ya Rabb , be with me...please be with me, I need you, I need to feel you...calm me down, please... always, regardless .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 06:31 PM | Show all posts
Bergantung kpd apa yg menekannya
Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri, mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An-Nisaa' 4:97)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2013 06:56 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 8-2-2013 05:54 PM
sebagai manusia rasanya , menempuh cabaran , ujian , dugaan tu dah memang kena jangka dan ALLAH MENG ...

Tq.. The best answer so far
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 04:30 PM | Show all posts
Cuba dalam beribadah tu sediakan tempat ibadah khas...dalam fengshui tempat ibadah memang perlu ada satu ruang khas...jangan sesekali buat tempat ibadah dalam bilik tidur sebab kurang sopan dalam fengshui...

Good Luck....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 04:33 PM | Show all posts
Kalau boleh pilih tempat ibadah tu kat Northwest...tempat tu x mengadap mana2 ruang lain dalam rumah...apatah lagi toilet.. arah northwest ni juga menenangkan...kalau boleh letak la lonceng angin untuk tambahkan energy kat kawasan tu...kalau sekalikan bilik belajar/ keje pun bagus..amalkan juga zikir Asmaulhusna

xin nian Kuai le...Amin Last edited by nobito on 12-2-2013 07:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 06:04 PM | Show all posts
"Salam..tekanan hidup ni adakah ujian daripada Allah...kadang rasa tak mampu nak hadap... .kadang2 rasa Allah tak sayang je...astaghfirullah"

...hhmmm..kadang tu..
nak pujuk diri sndiri...manja tertanye2..
nape la Allah swt sayangkan sgt2 saaannnngaaanntt....dgn manja ni..???..
sambil......
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 09:41 PM | Show all posts
manjalara_01 posted on 9-2-2013 06:04 PM
"Salam..tekanan hidup ni adakah ujian daripada Allah...kadang rasa tak mampu nak hadap... .kadang2 r ...

Bagi aku manusia ni yang jahat...dulu aku pernah dapat bos perempuan jahat dan sgt hipokrit, n suka mengata keburukan big boss sendiri...aku rasa separuh dari jiwa aku hilang semasa aku keja kat situ ibarat Dementor yg menyedut Soul mangsanya dlm cerita Harry Potter...lepastu Allah balas balik sampai dia menangis terduduk disebabkan perangai dia yg annoying tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 09:50 PM | Show all posts
Bagi aku nak berjaya neh satu benda je yg ko kena buang iaitu busuk hati, dendam dan sikap perkauman...perkauman ni la yg paling jahat sebab dia akan membawa kepada prejudis...benda ni la yg boss betina aku ni selalu buat iaitu bercakap tentang benda2 perkauman...aku benci cara dia walaupun aku dulu belajar kat uitm di mana majoritinya Bumi...

Pernah sekali tu depan2 boss betina tu aku mintak kawan Christian aku belikan Bible katholik yg dia selalu bawa untuk aku baca ...sebab aku benci dengan umat Islam=melayu macam boss aku tu...yg tak tahu menghormati orang lain sedangkan benda tu paling asas dan paling penting dalam dakwah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 10:34 PM | Show all posts
nobito posted on 9-2-2013 09:50 PM
Bagi aku nak berjaya neh satu benda je yg ko kena buang iaitu busuk hati, dendam dan sikap perkauman ...

Laaa...belaja kat unisabsidi uitm jugak kau ni...aku hingatkan kat haved
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 10:40 PM | Show all posts
"Salam..tekanan hidup ni adakah ujian daripada Allah...kadang rasa tak mampu nak hadap... .kadang2 rasa Allah tak sayang je...astaghfirullah"

semua hamba yg diuji akan rasa camtu. Tapi sayang tu; Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Bersabarlah TT......mungkin Allah sayang TT lebih dari yg lain.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 10:55 PM | Show all posts
Berfikiran positif ciri Mukmin sejati
Font: [ BB B M S ]
•Khas •Agama •2013-02-04 08:35 •Click: 30 •Disediakan oleh Berita Harian

1Bersabar hadapi kesusahan, bersyukur nikmati kesenangan

Jika menilai ibadah, amal salih dan ketaatan lain kita kepada Allah SWT, ia masih kurang dibandingkan rahmat serta kasih sayang tidak terhingga yang dilimpahkan Allah SWT untuk hamba-Nya.

Paling banyak kita lakukan sepanjang masa adalah kemaksiatan dan dosa terhadap Allah SWT seakan-akan murka-Nya tersembunyi di sebalik kasih sayang diberikan. Setiap hari kita akan melakukan dan menabung dosa, namun kita masih lagi dinaungi oleh rahmat-Nya.

Bukankah kita masih diperkenankan untuk meneruskan perjalanan hidup. Udara di dunia masih boleh dihirup dan dihembus setiap detik. Bahkan, pelbagai jenis keperluan kehidupan masih lagi dipenuhi dan ditunaikan oleh Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Alam yang sementara ini masih relatif bersahabat dengan kita apabila dibandingkan dengan umat terdahulu yang langsung diazab dan dihukum oleh alam ketika dosa serta kemaksiatan semakin bermaharajalela.




Ini menandakan betapa luasnya rahmat Allah berbanding kemurkaan-Nya. Oleh itu, di hadapan sahabatnya, Rasulullah SAW berpesan: “Tatkala Allah menciptakan seluruh makhluk, Allah menuliskan dalam kitab-Nya, yang kitab itu berada di sisi-Nya di atas Arasy, yang isinya adalah: “Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pernah terjadi pada suatu ketika, ada satu rombongan tawanan perang dihadapkan kepada Rasulullah SAW. Di tengah-tengah rombongan itu, ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya.

Tatkala dia berhasil menemui bayinya itu, maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan lalu menyusuinya. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya kepada rombongan: “Apakah menurut pandangan kalian semua ibu ini akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam api yang panas membakar? Rombongan itu menjawab: Tidak mungkin, demi Allah. Sebaliknya si ibu sanggup mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan bayinya daripada terlempar ke dalamnya. Maka Rasulullah SAW bersabda: Memang benar, Allah SWT lebih sayang kepada hamba-Nya daripada ibu ini yang menyayangi anaknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, setiap Muslim wajib menginsafi jika kini kita semakin yakin betapa luasnya rahmat Allah SWT, seharusnya kita lebih bersemangat dan jangan sama sekali terlintas dalam benak fikiran untuk berputus asa. Sikap berputus asa sebenarnya adalah sifat orang kafir dan sesat.

Benarlah firman Allah SWT bermaksud: “Mereka menjawab: Kami menggembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar, oleh itu janganlah engkau menjadi orang yang berputus asa. Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 55-56)

Oleh itu, Rasulullah SAW menyanjungi seorang mukmin yang berfikir positif dalam hidupnya, bahkan sifat itu antara ciri mukmin sejati. Rasulullah SAW bersabda: “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Mukmin sejati sudah pasti menginsafi baik mahupun buruk dalam kehidupan ini akan datang silih berganti menimpa dirinya. Pada satu ketika, dia mengecapi nikmat kesenangan yang dikurniakan Allah dan mungkin pada ketika lain dia akan ditimpa kesusahan yang menguji kesabarannya.

Keadaan itu bertepatan firman Allah SWT bermaksud: “Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkannya antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya).” (Surah Ali-Imran, ayat 140)

Penulis ialah Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA


http://berita.cari.com.my/news.php?id=45812 Last edited by mbhcsf on 9-2-2013 10:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 11:01 PM | Show all posts
tapirbiru posted on 8-2-2013 06:56 PM
Tq.. The best answer so far

u know, this person taught ni one nice phrase :

a'la kulli haal

apa apa pun alhamdulillah

diuji kesenangan pun alhamdulillah , diuji kesusahan pun alhamdulillah.

just ingat yg Nabi Muhammad SAW menerima ujian yg paling hebat tu , sedangkan baginda tu mmg dah definitely masuk syurga.

so , u know ni penting ya ada pemahaman jelas ttg aqidah supaya kita tak terbabas dengan bebenda yg kekadang kita cakap, kita fikir bila mana musibah menimpa.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 11:03 PM | Show all posts
nobito posted on 9-2-2013 09:50 PM
Bagi aku nak berjaya neh satu benda je yg ko kena buang iaitu busuk hati, dendam dan sikap perkauman ...

i bukan nak bawa isu politik tapi alhamdulilah anda produk DEB/ NEP.

satu polisi yg dicemuh sebagai racist.

well...anyway. Jgn percaya Fenh Shui sudahlah ye.

lagi satu - u kan kalau nak jadi a better person than org yg you benci tu, actually kena doakan dan tak membalas.

dakwah ni susah kan?

dan hating someone hardly Islamic, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 03:54 AM | Show all posts
Alhamdulillah TT dh buang tekanan² 'tertentu' - sedia maklum
Bersyukur atas nikmatNya dan sentiasa menCARI yg lebih baik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.075470 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list