CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6515|Reply: 38

SETULUS CINTA...

[Copy link]
Post time 24-1-2013 04:32 PM | Show all posts |Read mode
dah lama tak menulis cerita baru.... skill menulis pun makin tumpul. harap ada yang sudi baca kisah ini.... kisah cinta Nadrah Alia dan... nama hero tak ada lagi...(tengah memikirkan nama yang sesuai)

“maafkan mama sayang….” Alia memeluk erat tubuh kecil di dalam dukungannya itu. Tubuh yang masih merah itu di tatap sayu.Baru dua hari si kecil menjengah dunia dan kini terpaksa berpisah dengannya. Pedihnya hati seorang ibu namun dia tidak punya pilihan.
Suatu waktu dulu dia yakin, tidak akan ada rasa kasih pada si kecil itu. Namun detik ini keyakinan itu makin goyah. Naluri keibuannya begitu kuat tapi dia tak punya pilihan. Janji yang dilafazkannya dahulu perlu ditunaikan.

“Maafkan mama… Nurin Alia…” Nurin Alia,nama yang dia pilih untuk si kecil. Si jantung hati yang sentiasa menemaninya selama sembilan bulan dalam kandungan. Itu sahaja yang dia pinta. Biarlah dia yang memberi nama pada si kecil.

“sabar Lia… tak elok kau menangis bersedih macam ni…” pujuk Zakiah. Sahabat yang sentiasa ada di sisi di kala susahmahupun senang.

“aku tahu… tapi aku tak mampu….ni anak aku…”Alia masih erat memeluk tubuh si kecil.

“ aku faham Lia… dari dulu lagi aku dahnasihat. Aku nak kau fikir panjang tapi kau degil… ini yang aku paling takut,kau takkan mampu berpisah dengan dia dan hati kau akan terluka…” Zakiahbersuara sayu. Sedih melihat keadaan sahabatnya itu.

“aku cintakan dia Yah… sangat cintakan dia.Aku sanggup korbankan apa sahaja demi dia…” sayu suara Alia. Zakiah hanya mampumengeluh. Mengeluh mengenangkan kisah cinta Nadrah Alia… Kisah cinta yang takkesampaian… kisah cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan…

bersambung.............(sorry kalau pendek sangat)
Last edited by shana85 on 24-1-2013 05:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2013 07:01 PM | Show all posts
Zaim Khalish merenung wajah gembira di hadapannya. Gembira akhirnya impian untuk menjadi ibu akhirnya menjadi kenyataan. Dia tahu betapa besarnya harapan Nazrina untuk bergelar seorang ibu. Impian yang pernah hancur bila rahim Nazrina terpaksa di buang untuk mengelak kanser rahim yang dihadapi merebak.

Dia tahu, betapa sedihnya Nazrina kala itu. Berbulan lamanya Nazrina bermuram durja berendam air mata. Hati Zaim sendiri sakit bila melihat keadaan Nazrina kala itu. Bagaimana harus dia tersenyum melihat insan yang sangat di cintainya berduka. Lalu dia rela melakukan apa sahaja untuk mengembalikan senyuman wanita itu.

Demi kegembiraan Nazrina, dia berjanji untuk mengambil anak angkat. Namun jauh di sudut hatinya dia inginkan anak dari keturunannya sendiri. Dia nekad menggunakan Alia. Dia tahu Alia adik angkatnya itu sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Alia yang sangat mencintainya sejak dari sekolah menengah. Mereka berkenalan tika dia di tingkatan lima manakala Alia hanya di tingkatan dua. Namun hubungan mereka terputus sebaik sahaja dia menamatkan alam persekolahannya.


Pertemuan semula hampir dua tahun yang lalu merubah semuanya. Merubah hidupnya dan Alia. Alia si anak yatim yang tak punya sesiapa selepas kematian kedua ibu bapanya lima tahun dahulu. alia yang sangat tulus. Alia yang setia pada cintanya. Kejamkah dia?


Dia hanya inginkan zuriat sendiri, lalu dalam diam dia mengahwini Alia hanya untuk zuriat impiannya bersama Nazrina. Pada Nazrina dikhabarkan ada kenalan yang tolong dia mencari anak angkat buat mereka dan keluarga itu sanggup menyerahkan anak pada mereka untuk dijadikan anak angkat kerana masalah kesempitan hidup. Nazrina menerima khabar itu penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 11:49 AM | Show all posts
sikit nauuu! Sambung lagi ekkk?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 12:23 PM | Show all posts
ok.. da stat rasa pedih ulu hati baca cite ni... sambung please....

btw sis lady, kisah ya maulana tu akan dibukukan tak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 03:24 PM | Show all posts
yamapi posted on 25-1-2013 12:23 PM
ok.. da stat rasa pedih ulu hati baca cite ni... sambung please....

btw sis lady, kisah ya maulan ...

Wallahualam. Ada rezki akan ke versi cetak. Lady sebenarnya baru je htr kat penerbit. Puas edit untuk meminimakan bilangan mukasurat tanpa membuang part2 yg awak2 suka.  

Alhamdulillah dptlah lady cut off almost 100 pages. Ok tak? But dun worry x mencacatkan jln cerita. Ada scene yg dibuang dan ada yg ditambah.



psssttt... kalau PLK didramakan awak awak suka tak?


Sorry tt, terhaijek plak tred tt
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 03:50 PM | Show all posts
sukeeeeeeeeeeeee~~~~~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2013 10:29 PM | Show all posts
yamapi posted on 25-1-2013 12:23 PM
ok.. da stat rasa pedih ulu hati baca cite ni... sambung please....

btw sis lady, kisah ya maulan ...

hana akan sambung esok. Insyaallah. hari ni busy sikit. buat kenduri arwah utk my mom

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 10:33 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-1-2013 11:49 AM
sikit nauuu! Sambung lagi ekkk?

dah lama x menulis... tengah asah semula otak yg da mula berkarat nieh.....akan cuba memanjangkan jalan cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2013 04:32 PM | Show all posts
Bestttt. Teruskannnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 09:00 PM | Show all posts
sambunglah cepat..
best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 10:06 PM | Show all posts
nak habaq hana dah ubah nama hero dari Zaim ke Irfan. sorry k. ada masalah ckit ngan nama tu. apapun tq coz sudi baca...


Irfan merenung wajah yang tenang dalam tidur. Tersenyum melihat wajah comel itu namunsenyumannya sirna bila menyedari ada kesan air mata di pipi. Sesekali terdengaresakan kecil. Apa yang di sedihkan? Irfan kerut dahi. Wajah itu di renungteliti. Ada kesedihan di wajah yang tenang itu. Kenapa?



Aliatersedar dari lenanya bila terasa ada seseorang disisinya. Perit terasa matabila di buka apatah lagi dalam keadaan bilik yang terang. Irfan berdiri di sisikatil. Sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat lain. Wajah itu jugakelihatan resah.


“hhmm...bila abang datang? Maaf Lia tak sedar abang datang,” Alia bersuara perlahan. Irfan sekadar tersenyum hambar.


“Kenapa Liamenangis?” soal Irfan. Alia tersentak mendengar pertanyaan Irfan. Kelu lidahnyauntuk bersuara.


“mana adaLia menangis....” Alia bersuara perlahan. Cuba mengukir senyuman. Namun tetaphambar pada pandangan Irfan   malah mata itu takkan mampu menipunya. Mata yangpenuh kesedihan, penuh kelukaan. Mata cantik yang memukau pandangannya sedaridahulu. mata yang mengambarkan perasaan hati pemiliknya.



“Lia takboleh tipu abang sebab mata Lia takkan mampu menipu...” Irfan bersuaraperlahan. Tubuh Alia di hampiri. Tangannya mengusap kesan air mata di pipi.


“Ini takkanmampu menipu abang Lia.... apa yang mengganggu Lia? Lia tahukan Lia bolehcerita apapun pada abang. Abangkan abang Lia yang paling baik...” Irfan memelukAlia. Cuba menenangkan Alia.


“Ya abangmemang abang yang paling baik pada Lia tapi abang lupa abang suami Lia dan Liaisteri abang... Lia ni isteri bukannya adik abang... Lia isteri abang...abangsuami Lia bukannya abang Lia. Lia Cuma nak suami Lia...” bisik Alia perlahan. Irfan terkedu mendengar bicara Alia itu.

*************************************************************************************************



“Maafkan abang Lia. Abang dah tak sanggup untuk terus hidup dalam kepura-puraan lagi. Abang dah tak sanggup untuk menipu Nazrina lagi. Abang rasa cukup setakat ini sahaja. dengan ini abang lepaskan Alia dengan talak satu. Abang tak nak seksa Alia sebab abang tahu abang takkan mampu untuk cintakan Alia...” Irfan bersuara tenang. Alia tergamam. Hanya air jernih mengalir di pipi. Terasa sebeban batu menghempap tubuhnya. Hatinya terluka. Sangat terluka. Sampai hati Irfan. Inikah pengakhiran kisah mereka.

“Alia terima tapi satu pinta Lia, jangan pernah lupa beritahu anak Lia siapa ibu yang mengandung dan lahirkan dia sebab biar apa cara pun abang sembunyikan kebenaran siapa Lia pada abang dan anak kita Lia yakin kebenaran itu akan terbongkar juga...” ucap Alia tenang. Ada senyuman di bibirnya. Entah mengapa jauh di sudut hati dia tahu Irfan takkan mampu menyembunyikan apa yang berlaku selamanya.

Irfan terus melangkah. Tangisan Nurin Alia bergema. Tahu detik ini dia akan terpisah dengan ibunya. Alia menangis. Tangisan Nurin Alia amat memilukan hatinya. Anak mama... maafkan mama sayang... mama sangat cintakan papa sebab itu mama korbankan apa sahaja untuk dia yang mama cinta. Adakah mama bodoh sayang? Bodohkah mama yang mencintai dia yang tak menyintai mama? rintih hati Alia. Tangisannya bagaikan tiada penghujung.
Last edited by shana85 on 13-2-2013 10:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 10:13 PM | Show all posts
indah91 posted on 28-1-2013 04:32 PM
Bestttt. Teruskannnn

terima kasih...

masih berusaha menyusun plot cerita ni....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 10:15 PM | Show all posts
umi_qaz88 posted on 30-1-2013 09:00 PM
sambunglah cepat..
best...

tengah berusaha...

ilham ada tapi bila nak menaip otak jd blurrr... sebab dah lama x menulis kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 10:35 PM | Show all posts
Lima tahun berlalu

“Nadim, jangan lari sayang jatuh nanti,” Alia bersuara tegas. Nadim yang sangat aktif kadang kala memenatkan tubuhnya. Ada sahaja yang ingin dilakukan oleh anak kecil itu.

“Nadim tahu mama tapi Nadim nak pergi toilet tak tahan dah ni,” jerit anak kecil itu. Beg sekolahnya di campakkan sahaja begitu juga dengan kasut mahupun stokin. Bersepah atas lantai sepanjang perjalanan ke tandas. Alia tersenyum melihat gelagat Nadim. Ada- ada sahaja si kecil itu. Perlahan dia mengutip semula barang-barang si kecil yang bertaburan atas lantai.

“Sorry mama...” tiba-tiba terdengar suara si kecil Nadim. Tangan comel itu turut membantu Alia mengutip stokin yang bertaburan lalu kasut di tangan Alia di ambil. Si kecil pantas meletakkan kasut di  rak belakang pintu manakala stokin di bawa ke bilik cucian. Memasukkan ke dalam mesin basuh.

“pandainya anak mama. Ni yang buat mama sayang sangat nieh...” ucap Alia lalu si kecil Nadim di bawa kedalam pelukan. Terasa pipinya di kucup si kecil.

“Nadim pun sayang mama. Sayang sangat...” balas si comel tersenyum manis. Alia ketawa. Bahagia. Si kecil jantung hatinya. Nyawanya. Segalanya hanya untuk Irhan Nadim.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 11:55 AM | Show all posts
best citer ni... harap akan sentiasa ada n3
keep good work
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 06:35 PM | Show all posts
best citer ni... cepat2 smbung please!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2013 06:42 PM | Show all posts
best... sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 03:40 AM | Show all posts
jalan cerita yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
harap citer ni ada penamatnya,tak mau lah sekerat2 je jalan citer..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 01:30 PM | Show all posts
best...tak sabar menanti entry baru..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060917 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list