CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Cintaku Hanya Untukmu (U)

[Copy link]
 Author| Post time 19-2-2013 01:42 PM | Show all posts
freddianza posted on 19-2-2013 11:47 AM
lagiiii..lagiii

Thanks. Baca jgn tak bace. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 01:31 PM | Show all posts
Jalan-2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 02:28 PM | Show all posts
indah91 posted on 19-2-2013 09:34 AM
Wsalam. Ni baru percubaan ptama nak tulis. Sori kalau tak menepati citarasa sume. Btw thanks for u ...

Salam

Tahniah atas percubaan anda. Menulis tidak perlu menepati citarasa semua org. Ambil segala teguran dan kritikan dgn terbuka dan melaluinya kita akan dpt mengenali siapa pembaca kita dan kenapa mrk menyokong tulisan kita. Itu yg saya pelajari dahulu dan komen saya juga berdasarkan itu oleh kerana kebanyakan tulisan2 yg ada sekarang terlalu cliche dan stereotype.

Teruskan karya anda dan InshaaAllah selagi ada saya akan terus membacanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 08:38 AM | Show all posts
Abang..We need to talk

Hafizi memandang lesu mesej yang baru saja dikirim oleh isterinya itu. Dia nak explain apa lagi? Semuanya dah terang lagi bersuluh. Dia ada affair dengan lelaki itu. Hafizi mendengus lagi. Dia meraup mukanya. Ya Allah, kenapa aku fikir macam ni?

Langkahnya dihayun lemah dan masuk ke dalam rumah selepas pulang dari bekerja. Sejak dia pulang dari Jepun haritu, rumah ini seperti tak memberi apa-apa makna kepadanya lagi. Semuanya disebabkan peristiwa itu.

"Abang dah balik?" Rania mengatur langkah ke arah Hafizi sebaik saja dia terlihat lelaki itu sampai di muka pintu. Beg suaminya itu diambil dan tangan Hafizi diciumnya.

"Tak pergi bukti harini?" Soal Hafizi. Hairan juga bila dia melihat isterinya itu sudah berada di rumah.

"Tak..sayang  tunggu abang balik. Abang pergi mandi and lepas tu kita boleh makan. Sayang masak special taw harini" kata Rania lagi sambil membelai wajah suaminya itu. Sengaja menggoda suaminya itu. Sudah hampir sebulan mereka berkelakuan dingin dan Rania tak mahu perkara ini berterusan lagi.

Hafizi kaku. Dia merenung wajah isterinya itu. Seketika terlupa apa yang jadi sebelum ini. Cair dengan tindakan isterinya itu.

"Erm...abang naik dulu" ujar Hafizi kemudian dan terus berlalu ke atas.

Rania tersenyum. Nampaknya ada harapan mereka akan berbaik kembali.




Suasana senyap seketika apabila masing-masing sudah duduk di meja makan.

"Abang..kenapa abang macam ni? Sayang ada buat salah ye?" Rania memulakan perbualan mereka. Dia merenung wajah suaminya itu. Mengharapkan Hafizi akan bersuara.

Hafizi mendengus. Lantas dia bangun dari meja makan dan ingin berlalu. Malas hendak membincangkan perkara ini.

"Atau abang marah pasal Zarul??" soalan Rania mematikan langkah Hafizi. Sengaja Rania menyebut nama lelaki itu. Mungkin ada betulnya cakap Yana semalam. Semua ini mungkin berpunca dari Zarul.

Zarul? Itu ke nama lelaki tak guna tu? Jadi memang betul mereka ada hubungan cinta?

"Siapa dia?" Hafizi meninggikan suaranya. Perasaan marah tiba-tiba datang menerpa.

Memang sah dia marah pasal Zarul. Jealous punya pasal lah ni. Rania bingkas bangun dan menghampiri tubuh suaminya itu.

"Abang..sayang tak pernah ada apa-apa dengan dia. Cinta sayang hanya untuk abang seorang je" bisik Rania lantas memeluk tubuh Hafizi dari belakang. Biarlah Hafizi mempercayai apa yang dikatanya.

"Kalau takde apa-apa, kenapa sayang selalu jumpa dia? Siap bagi bunga semua tu." ujar Hafizi dan dia meleraikan pelukan isterinya itu. Masih tak puas hati dengan penjelasan isterinya itu.

"Kalau abang nak tau..dia selalu ganggu sayang dekat kolej dulu. Tapi sayang tak pernah layan dia. Sayang tak suka dengan dia.  And sekarang ni dia selalu ganggu sayang. Semua yang abang nampak tu just salah faham je" panjang lebar Rania menjelaskan semuanya. Dia tak mahu berselindung lagi.

Hafizi terdiam. Dia sudah bersangka buruk dengan isterinya sendiri. Dia terpengaruh dengan bisik-bisik jahat sebelum ini. Rasa bersalah semakin menggunung kerana berkelakuan dingin dengan Rania.

"Kalau abang still tak percaya..sayang tak boleh cakap apa lagi dah. Sayang dah explain semuanya. Abang boleh tanya Yana kalau nakkan kepastian. Nanti jangan lupa makan." ujar Rania dan terus berlalu. Jauh hati apabila suaminya sendiri tak mempercayai apa yang dia katakan. Air matanya mengalir laju tanpa disedarinya.

"Sayang.. I'm sorry. Abang dah salah sangka dengan isteri abang sendiri. Sorry sangat-sangat sayangku" Hafizi menahan Rania dari berlalu. Kesian dengan isterinya yang langsung tak bersalah. Yang salah adalah lelaki tak guna itu. Dia harus bersemuka dengan Zarul.

"Sampai hati abang tak percaya dengan Rania." balas Rania sambil berpaling dari Hafizi. Sedih dengan sikap suaminya itu.

"Ya Allah. Sorry sangat. Memang abang yang salah. Abang bukan apa..abang cuma cemburu bila ada lelaki lain yang mendekati isteri abang yang comel ni" ujar Hafizi. Dia menghadiahkan senyuman manis untuk isterinya itu. Lama dia bermasam muka dengan wanita didepannya ini.

"Abang jangan risau..sayang hanya untuk abang seorang je" Rania berkata dan terus menyembamkan muka di tubuh suaminya itu. Pelukannya dieratkan lagi oleh Hafizi. Lega terasa apabila sudah berbaik.

"Aduh !!" ujar Rania tiba-tiba. Dia memegang perutnya yang semakin membesar.

"Why sayang? Sakit ke? Kita pergi klinik ye" Hafizi cemas dan serba salah. Selama dia pulang dari Jepun dia seakan malas hendak mengambil berat tentang anak mereka. Apa yang dah aku buat ni?

Rania tergelak. Geli hati melihat gelagat suaminya itu.

"Bukan sakit..baby dalam perut ni menendang..abang ni kelakarlah" ujar Rania sambil tergelak besar.

"Dia dah lapar sebab sayang tak makan lagi. Kesian baby" ujar Rania lagi. Baru teringat yang mereka belum sempat makan lagi. Maklumlah sibuk berdrama air mata tadi.

"Laa yeke.. risau abang. Oh mak buyung lapar ye? Okey jom kita makan ye baby" ujar Hafizi sambil tersenyum. Dia membelai lembut perut isterinya itu lantas mencapai tangan Rania memimpinnya ke dapur.

Rania tersenyum lagi. Suaminya sudah seperti dulu. Syukur Ya Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 08:39 AM | Show all posts
suria74 posted on 20-2-2013 01:31 PM
Jalan-2...

Dah update. Hehe. Cukup panjang tak this time? Ngehhh3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 08:41 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 20-2-2013 02:28 PM
Salam

Tahniah atas percubaan anda. Menulis tidak perlu menepati citarasa semua org. Ambil segal ...

Wsalam. Thanks bagi komen yg cukup membina ni. InsyaAllah saya akan cuba yg terbaik. Thanks again.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2013 09:08 AM | Show all posts
indah91 posted on 21-2-2013 08:39 AM
Dah update. Hehe. Cukup panjang tak this time? Ngehhh3

hhhmmm mcm x cukup jaaa.....hahhahahah anyway tq to update....still waiting next entry.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 11:18 AM | Show all posts
nak lagi n3...hehehe..tak puas sambungan nyaa..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 05:00 PM | Show all posts
indah91 posted on 21-2-2013 08:41 AM
Wsalam. Thanks bagi komen yg cukup membina ni. InsyaAllah saya akan cuba yg terbaik. Thanks again. ...

Salam indah91

saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman sewaktu menghadiri tutorial penulisan....tak habispun belajar sbb ada commitment lain. untuk garapan yg lebih cantik...perjalanan cerita harusnya dtg dari sudut 1. penulis 2. pendukung watak utama. apabila kita menghuraikan perasaan andainya dari watak utama ie Rania...apa yg terselit di hati suaminya tidak blh Rania ketahui cuma sekadar mengagak sahaja.

turutan cerita akan lebih menarik dan suspen kalau ada sedikit flashback yg akan membuat pembaca tertanya-tanya dan tatkala menceritakan tentang sesuatu scene cuba tekankan mimik muka, suara dan perasaan watak...selitkan juga jenaka dan kiasan.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2013 08:32 PM | Show all posts
Salam sume. Harap dapat tunggu utk next update. Tak bape nak sihat so utk next update lmbat sikit la ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 10:47 PM | Show all posts
indah91 posted on 23-2-2013 08:32 PM
Salam sume. Harap dapat tunggu utk next update. Tak bape nak sihat so utk next update lmbat sikit la ...

Wassalam

Jaga kesihatan dulu...banyakan rehat dan makan ubat...take care
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 04:43 PM | Show all posts
Selesai membersihkan diri, Hafizi terus ke almari dan mencapai sehelai tshirt putih untuk dipakai. Sesekali dia mengerling ke arah isterinya yang sedang khusyuk membaca buku. Ada senyuman manis terukir di bibir Rania.

Hafizi melangkah dan menyandarkan tubuhnya bersebelahan dengan Rania. Dia ingin mengetahui apa yang sedang dibaca isterinya itu. Khusyuk sangat nampaknya.

"Sayang buat apa nii? Sampai tak tengok abang langsung?" ujar Hafizi memulakan perbualan. Sambil itu dia mengusap lembut rambut isterinya itu.

"Alaaa sorry laa abang. Sayang tengah baca nama-nama yang sesuai untuk baby kita nanti" balas Rania pula sambil tersenyum. Kandungannya yang sudah memasuki usia enam bulan diusap.

" Kurang tiga bulan je lagi anak kita nak lahir.. kena pilih nama siap-siap" ujar Rania lagi sambil memandang wajah redup suaminya itu.

" Betul lah sayang.. Agak-agak sayang baby boy ke baby girl? Kalau baby girl mesti cantik macam isteri abang ni kan?" Hafizi berkata sambil membelai lembut perut isterinya yang kian memboyot itu. Dia tak kisah jantina anaknya itu asalkan Rania dan anak dalam kandungannya itu selamat sudah cukup baginya.

" Ada-ada je abang ni. Baby boy ke girl ke muka dia nanti mesti macam muka kita berdua laa" balas Rania sambil menampar lembut bahu suaminya itu. Tak sabar pula dengan kelahiran anak sulung mereka ini.

" Kalau baby boy abang nak namakan dia Adam Haikal. Sedap tak nama tu sayang?" soal Hafizi pula.

" Sedap jugak tu abang. Tapi if baby girl? Abang pilihkan lah. Sayang okeyy je" jawab Rania sambil menyelak buku nama-nama bayi dalam islam itu. Dia mencari pula helaian yang menyenaraikan nama untuk bayi perempuan.

" Abang takde idea lagi kalau baby girl. Tapi orang tua tua kata kalau perut macam sayang ni nampaknya macam lelaki je kat dalam tu" Hafizi berkata sambil menjuihkan bibirnya ke arah perut Rania. Itulah yang selalu dikatakan oleh orang tua mereka.

" Yelaa tu cik abang oi. Suka la tu kalau dapat hero ye?" Rania tergelak. Pelik jugak orang dulu-dulu boleh kenal jantina anak dalam kandungan hanya dengan melihat bentuk perut s ibu itu.

"Ehhh mestilahh. Yelaa sayang kalau hero, nanti dia boleh jaga adik-adik dia nanti. Betul tak?" balas Hafizi pula.

"Adik- adik?? Abang ingat senang ke nak mengandung ni? " Rania sengaja mencebik. Sengaja mahu gurau-gurau manja dengan suaminya itu.


Hafizi tergelak kecil. Kalau boleh dia nak buat satu team bola sepak. Ramai anak lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:46 AM | Show all posts
indah91 posted on 26-2-2013 04:43 PM
Selesai membersihkan diri, Hafizi terus ke almari dan mencapai sehelai tshirt putih untuk dipakai. S ...

bahagia kembali...tapi mesti ada halangan lg lps nih...zarul x kan berdiam diri tuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 09:54 AM | Show all posts
Hafizi bergegas melangkah masuk ke sebuah bangunan yang tinggi selepas mengetahui syarikat Zarul di situ. Dia harus bersemuka dengan lelaki itu. Tak mahu membiarkan Rania asyik diganggu oleh Zarul. Dia juga tak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada Rania dan anaknya nanti.

"Encik takde buat appointment, mana boleh berjumpa dengan Tuan Zarul" halang seorang gadis semasa dia mahu melangkah ke bilik pemuda itu. Mungkin dia setiausaha peribadi Zarul. Hafizi mengagak.

"Saya tak peduli. Saya nak jumpa dia jugak !" tegas Hafizi. Dia tidak menghiraukan gadis itu lalu terus membuka pintu bilik kepunyaan Zarul.

Gadis itu tadi terdiam. Dia hanya membiarkan Hafizi masuk ke dalam bilik bosnya. Seketika kemudian dia menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

Zarul yang sedang leka bermain game di laptop terkejut dengan kedatangan manusia yang sangat dikenalinya. Bermain game memang sudah menjadi rutinnya bila dipaksa ayahnya ke pejabat. Zarul tersenyum lebar apabila melihat wajah Hafizi. Memang dia sudah menjangka yang lelaki ini akan datang berjumpa dengannya.

"Kau siapa?! Masuk tak bagi salam" sindir Zarul bersahaja.

"Kau ingat aku nak datang sangat ke kat sini. Please leave Rania alone !" Hafizi memberi amaran. Tak guna berlembut pada orang yang tak reti berbahasa.

"Heiii ! Kau siapa nak suruh aku buat macam tu hah?" tengking Zarul sambil bingkas dari tempat duduknya. Dia lekas menghampiri Hafizi. Sengaja mahu membuat lelaki itu takut dengannya.

" She's my wife and aku husband dia. Tolonglah faham bila orang dah taknak tu jangan nak terhegeh-hegeh lagi. Kau tak malu ke?!" balas Hafizi dengan meninggikan suaranya. Bengang pula dengan perangai pemuda di hadapannya itu.

"Kurang ajar kau ye ! Kau tunggu satu hari nanti dia akan jadi milik aku jugak. Aku akan pastikan kau mampus !" ugut Zarul sambil menarik ganas kolar baju Hafizi. Sakit pula hatinya apabila mendengar kata-kata Hafizi tadi. Azamnya cuma satu Rania tetap akan jadi miliknya.

Hafizi tergamam. Mampus? Ya Allah. Lelaki ini sanggup buat apa saja untuk memiliki isterinya.

"Kau kena ingat Allah tu sentiasa ada dengan umatnya. Aku tak takut langsung dengan ugutan kau tu." ujar Hafizi dan segera berlalu dari situ. Biarlah Zarul mahu melakukan apa saja yang penting dia harus melindungi keluarganya.



p/s : Thanks kepada siapa yang masih lagi sudi baca cite nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 03:06 PM | Show all posts
indah91 posted on 28-2-2013 09:54 AM
Hafizi bergegas melangkah masuk ke sebuah bangunan yang tinggi selepas mengetahui syarikat Zarul di  ...

ramai lagi masih sudi baca entry tt....huhuhuhu rajin2 la update ye....hakhakhak selalu je jenguk tgk ada new post ke x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 10:24 PM | Show all posts
suria74 posted on 28-2-2013 03:06 PM
ramai lagi masih sudi baca entry tt....huhuhuhu rajin2 la update ye....hakhakhak selalu je jenguk  ...

Thank you so muchhh. Hihi. InsyaAllah. makin bersemangat nak update. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
indah91 posted on 28-2-2013 10:24 PM
Thank you so muchhh. Hihi. InsyaAllah. makin bersemangat nak update. hehe

Betul tue..huhuhu...kaka zue ni peminat penulisan tt...best gitu...bgt byk idea..terussssskan usaha okeh...fewittttttt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 01:28 PM | Show all posts
kakZue posted on 28-2-2013 10:40 PM
Betul tue..huhuhu...kaka zue ni peminat penulisan tt...best gitu...bgt byk idea..terussssskan usah ...

Wahhh yeke? Terharunyaaaa. Terima kasih. Will update the story later :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 08:50 AM | Show all posts
Sedari tadi Hafizi memerhatikan gelagat isterinya yang semakin sarat itu dari atas katil. Hari ni hari minggu dia mahu berehat saja di rumah setelah penat seminggu bekerja. Kelihatan isterinya sedang bersolek dan bersiap. Dia tak menafikan yang isterinya tusemakin hari semakin cantik. Seri ibu mengandunglah katakan. Itu yang selalu dikatakan oleh orang di luar sana. Memang Rania kelihatan anggun sekali apabila dia mengenakan dress labuh berwarna putih dan disertakan dengan cardigan hitam. Terselah kecantikan isterinya.

"Sayang abang yang comel ni nak pergi mana?" soal Hafizi ceria. Sengaja mahu mengajukan soalan yang dia sudah tau jawapannya. Saja mahu bermanja dengan Rania.

"Eh abang lupa laa tu. Kan sayang nak keluar shopping dengan Yana" kata Rania sambil mengenakan gincu berwarna pink di bibirnya itu. Baru malam tadi beritahu takkan dah lupa? Faktor umur la tu. Haha. Rania tergelak sebentar.

Hafizi bangun dan melangkah ke arah Rania. Dia tersengih.

"Abang saje jelah. Haa yang tergelak tadi tu kenapa? Sayang gelakkan abang ye?? Nak kena nih" ujar Hafizi sambil mencuit lembut hidung isterinya itu. Terasa pula Rania mentertawakan dirinya.

"Haha. Mana ada. Abang ni perasanlah. Dahlah sayang nak keluar dah ni. Abang duduk rumah jangan pergi mana-mana taw. Jangan nak menggatal dengan orang lain pulak" pesan Rania. Segera dia mencapai beg tangannya serta kunci kereta.

"Okeyy sayang. Promise me jaga diri baik-baik okey. Abang risau jugak nak bagi sayang keluar ni sebab sayang dah sarat" Hafizi meluahkan kerisauannya. Sepatutnya waktu seperti ini dia perlu menemani kemana saja isterinya itu pergi.

"Baiklah pakcik.. sayang larat lagi ni. Jangan risau ye cik abang" balas Rania sambil membelai lembut wajah suaminya itu.

"Mana abang tak risau. Abang tak teman sayang dengan baby hari ni" ujar Hafizi lagi sambil membelai lembut perut isterinya yang sudah berusia tujuh bulan itu. Berat hatinya untuk melepaskan isterinya itu.

Rania tersenyum melihat gelagat Hafizi. Seketika kemudian dia menyalam tangan suaminya dan bergegas pergi berjumpa Yana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 12:27 PM | Show all posts
Harap semua ok....huhuhuh su plak terlebih risau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073212 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list