CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Cintaku Hanya Untukmu (U)

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2013 03:12 PM | Show all posts
suria74 posted on 6-2-2013 11:38 AM
erkkkk...zarul dah mula kaco rania...takutnya jika rania diapa2kan....nk plak suami kt oversea....ha ...

Itulaa pasal. Orang dah taknak kite tak boleh paksa. hehe. Btw tenkiu sudi bace n komen. Will update later
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
teruja nye nak tau kisah selanjutnye..nice story!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 12:27 AM | Show all posts
stars83 posted on 7-2-2013 02:43 PM
teruja nye nak tau kisah selanjutnye..nice story!

Thank youuu. Teruskan mbace kisah tak sberapa nii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2013 02:35 AM | Show all posts
Keesokan harinya, selepas pulang dari butik Rania bergegas ke rumah keluarganya. Lama tak menjenguk kedua ibubapanya. Harini sudah masuk hari keempat dia berjauhan dengan Hafizi. Hari yang dilalui terasa lambat berjalan. Rindu rasanya untk dibelai dan dimanja oleh suami sendiri.

Aroma karipap goreng menusuk hidungnya ketika melangkah masuk ke rumah. Langkahnya semakin dicepatkan. Bau karipap itu betul-betul mengancam perutnya yang kebetulan sedang lapar. Mesti diaorang tengan minum petang ni?

"Assalamualaikummmmm" Rania bersuara sebaik saja memasuki ruang dapur. Dia terus menuju ke mama dan papanya dan bersalam.

"Waalaikumsalam..rindunya kat anak mama ni. Lama tak jenguk mama" Datin Milah bangun lalu memeluk anak gadisnya itu.  Ibu mana yang tak gembira bila anaknya ada di depan mata.

"Sorry ma..Nia busy dengan butik tu" balas Rania pendek. Nasib baik ada butik. Ada juga tempat untuk dia menyibukkan diri. Kalau tak mesti dia bosan duduk rumah sorang-sorang.

"Hurmm yeke..takpelaa. Ni cucu mama sihat tak ni?" soal Datin Milah sambil menyentuh lembut perut anaknya. Tak lama lagi bertambah lagi ahli keluarga mereka.

"Awak ni kalau ye pun..suruhlah anak tu duduk dulu..Nia duduk makan sekali karipap ni" datuk Yusof menyampuk. Bila dua beranak ni dah bersua muka, memang tak ingat dunialah jawabnya. Dia tersenyum melihat gelagat dua wanita kesayangnnya itu.


"Alhamdulillah mama. Cucu mama ni sihat..insyaAllah. Sedapnya karipap ni." belum sempat duduk lagi Rania sudah mencapai satu karipap. Belum habis lagi dimulutnya, dia mencapai lagi satu.

Gelagat Rania diperhatikan mama dan papanya. Mereka menoleh antara satu sama lain lalu menggeleng.

"Nia...makan tu slow-slow. Nanti tercekik baru tau" pesan papanya. Gelojoh bukan main. Tak pernah nampak karipap ke? Datuk Yusof menggelengkan kepalanya.

"Aah nak..banyak lagi karipap tu..tak habis punya" gurau Datin Milah. Dia memerhatikan gelagat anak gadisnya itu. Satu persatu karipap dicapai sehingga licin pinggan.

"Alhamdulllah kenyang..." Rania bersuara selepas menghirup secawan teh panas. Lama dia tak minum petang macam ni.

"Alaa..bukan Nia yang nak makan sangat. Cucu papa dengan mama ni hah" Rania tersengih. Sebaris gigi ditayangkan kedua orang tuanya itu.

Serentak itu Datuk Yusof dan Datin Milah tergelak. Ada-ada saja anak perempuan mereka itu. Lagi berapa bulan nak jadi mak orang dah tapi perangai masih tak berubah. Masih kebudak-budakan lagi.

"Eh papa..senyap je rumah ni? Mana little Diana? Rindu kat budak comel tu" Rania menjengahkan kepalanya ke ruang tamu. Sunyi pulak rumah tu bila tak kedengaran bunyi Diana menangis.

"Macam biasalah..petang-petang macam ni Azalea bawa dia pergi taman depan sana. Dah nak maghrib nanti baru balik" ujar papanya. Memang sudah jadi kebiasaan menantunya itu membawa anaknya pergi bersiar-siar di taman.






Usai membersihkan diri, Rania mengeringkan rambutnya. Losyen di atas meja dicapai. Dari dulu lagi dia gemar menyapu losyen selepas mandi. Tak lama kemudian, henfonnya berbunyi. Dia bangun dan bergegas mencapai henfon yang terletak di atas katil. Nama Yana tertera di skrin. Lantas dia menjawab panggilan itu.

"Hey..whats up mom to be?" suara Yana kedengaran.

"Hey beb..macam ni jelah. Kau pulak? Ceria semacam je. Ada apa-apa nak share dengan aku?" soal Rania. Mesti ada good news ni.

"Haha. Kau ni macam tau-tau je? Macam ni.. Daniel dapat transfer kat kl next month. Nanti kitaorang terus duduk sana. Boleh aku lepak sama-sama dengan kau" jelas Yana panjang lebar. Dia memang mengharapkan dapat tinggal dekat dengan keluarga dan rakan-rakannya.

"Eh yeke? That's good..tapi mak Daniel macam mana?" soal Rania lagi. Setahu dia, Daniel memang berkeras nak tinggal dekat Kelantan sebab nak jaga orang tuanya.

"Nanti tinggal sekali dengan aku. Nanti bila aku dah kat sana.. I let you know okey"

"Eh laki aku dah panggil lah. Aku chow dulu. See you later" ujar Yana lagi. Kedengaran teruja suaranya itu. Maklumlah nak hidup dekat KL kembali lah katakan.

Rania mematikan panggilan itu. Dia mula membayangkan jika Yana sudah mula menetap di sini. Ada juga teman rapat yang boleh diajak berborak nanti. Rania tersenyum meleret. Mungkin Yana boleh jadi share patner dekat butik nanti?









Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
wah..dh ada n3 bru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2013 06:32 PM | Show all posts
Zarul memerhatikan Rania dari jauh. Bibirnya mengukir satu senyuman lebar. Inilah masa yang sesuai untuk dia mendekati wanita itu lagi. Dari jauh kakinya mula melangkah menuju ke arah Rania.

Rania melangkah memasuki pasaraya Jusco itu. Dia mahu membeli barang-barang dapur yang sudah habis. Harini hari yang ditunggu-tunggu kerana suaminya dalam perjalanan pulang ke Malaysia pagi tadi. Malam ini dia mahu menyambut kepulangan suaminya itu dengan menyediakan makan malam yang istimewa.

Satu persatu barang dimasukkan ke dalam troli. Nota kecil yang lengkap ditulis barang-barang keperluannya diteliti. Rania tersenyum. Akhirnya semua barang telah dibeli. Belum sempat dia menolak troli untuk ke kaunter, Zarul terlebih dulu menahan. Langkahnya terhenti. Rania mendengus lagi.

"Haii my love" Zarul memulakan perbualan.

Rania cuba menolak troli ke arah lain. Malas hendak melayan lelaki yang tak faham bahasa itu. Dia mahu segera sampai ke rumah.

"Janganlah sombong sangat dengan I"

Pergerakan Rania terbatas lagi apabila dihalang Zarul. Wajah Rania berubah. Geram. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"You..kenapa diam je ni? Taknak cakap dengan I ke?" soal Zarul lagi apabila tiada respon dari Rania. Zarul tergelak. Gelagat Rania yang sombong itu betul-betul menarik perhatiannya. Lagi dia suka untuk mengganggu wanita itu. Tetapi ada sesuatu yang menganggu pemerhatiannya. Sekali lagi dia memerhatikan tubuh wanita di hadapannya itu.

"Are you pregnant sayang?" ujar Zarul sekali lagi apabila melihat perut Rania yang semakin membuncit. Zarul mengeluh. Ini akan menyusahkan lagi rancangannya untuk mendapatkan Rania.

"Apa sayang-sayang ni? Takde kena mengena dengan awak. Awak pergilah..nanti orang tengok tak elok pula" akhirnya Rania bersuara. Dia berharap Zarul tak menganggu dirinya lagi.

"Patutlah muka you semakin berseri-seri. Orang kata pregnant woman ni sexy tau" balas Zarul. Masih tak mahu mengalah.

"Baik awak pergi dari sini..kalau tak saya jerit nanti" Rania tekad untuk menjerit kalau terpaksa. Memang menyampah sangat dengan perangai lelaki ini.

"Okey.. I akan pergi tapi you kena ingat Rania. I akan dapatkan you dengan apa cara sekali pun. You ingat tu !" Zarul memberi amaran sebelum melangkah pergi.

Rania terdiam. Apa cara sekali pun walaupun menggunakan cara kotor?


Hafizi ternampak isterinya dengan lelaki lain di pasaraya itu. Memang betul dan dia tak tersilap. Kebetulan selepas sampai di Malaysia, dia terus pergi ke situ untuk mencari hadiah buat Rania. Otaknya ligat berfikir. Siapa lelaki itu? Adakah isterinya curang semasa dia tiada di sini? Berbagai-bagai andaian dibuat olehnya. Cemburu juga melihat gelagat mesra lelaki tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2013 06:38 PM | Show all posts
mmg hampangas betul si zarul neh..jgnlah hafizi salah sangka kat rania...nahhh utk awak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2013 09:44 PM | Show all posts
stars83 posted on 9-2-2013 06:38 PM
mmg hampangas betul si zarul neh..jgnlah hafizi salah sangka kat rania...nahhh  utk awak... ...

kan..nanti apa pulak hafizi sangka. hihi tenkiuu dapat bunga

Teruskan membace taw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2013 05:54 PM | Show all posts
Hafizi melemparkan pandangannya jauh ke tasik di hadapannya. Masih jelas lagi bayangan isterinya yang sedang berbual dengan seorang lelaki yang tak dikenalinya. Dia mula fikir yang bukan-bukan. Keraguan tentang kesetiaan Rania mula menjengah hati Hafizi. Dia mendengus kasar. Sesekali dia mengerling jam tangannya itu. Tepat jam 9 malam. Malas terasa hendak pulang ke rumah. Fikirannya berserabut.

Selama ini dia tak pernah bersangka buruk dengan isterinya itu. Memang dia tak dapat menafikan yang cemburunya itu meluap-luap melihat kejadian petang tadi walaupun Rania hanya kelihatan berbual kosong saja dengan pemuda itu. Cemburu itu menguasai dirinya hingga terlupa Rania sedang menunggu kepulangannya.




'Mana abang ni? Patutnya dah sampai. Call pun tak dapat' gumam Rania sendirian. Sesekali dia mendail nombor telefon suaminya itu. Kerisauan mula terbit di wajahnya.

'Makanan dah nak sejuk dah tu. Ya Allah...mana pulak pergi suami aku ni?'

Rania mula risau. Jam di dinding sudah tepat pukul 11 malam.  Kalau ikutkan sebelum maghrib tadi suaminya sudah sampai jika tiada apa yang menghalang. Dia mundar mandir di ruang tamu sambil menunggu kepulangan Hafizi.




Tepat jam 1 pagi, Hafizi sampai ke rumahnya. Dia membawa masuk beg bagasi ke dalam rumah. Baru saja dia mahu naik ke tangga dia ternampak Rania sedang lena di sofa di ruang tamu. Langkahnya terhenti. Serba salah mula terasa kerana membiarkan isterinya menunggu.

Segera dia melangkah kembali ke ruang tamu, niat dihati mahu mengejut isterinya itu untuk tidur di dalam bilik.

"Bangun...tidur kat atas" ujar Hafizi sebaik saja Rania membuka mata.

Rania memeluk tubuh suaminya itu. Hafizi kaku. Sememangnya dia sangat rindukan isterinya itu.

"Abang pergi mana? Sayang risau taw. Abang dah makan? Sayang masak special taw" Rania berkata dalam nada ceria. Terus terlupa penat dia menunggu sebentar tadi.

Hafizi meleraikan pelukan isterinya.

"Abang penat. Abang naik atas tidur dulu" kata Hafizi dan terus berlalu ke atas tanpa memikirkan perasaan Rania.

Rania terpinga-pinga. Pelik dengan sikap dingin lelaki itu. Dia terasa yang suaminya mula berubah tingkah laku. Kenapa abang berubah? Apa salah yang aku dah lakukan? Tanpa disedari, air mata jernih mula berlinang di pipi gebu Rania.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:30 AM | Show all posts
indah91 posted on 13-2-2013 05:54 PM
Hafizi melemparkan pandangannya jauh ke tasik di hadapannya. Masih jelas lagi bayangan isterinya yan ...

ooooo tidak...kenapa semudah itu suami rania berubah...masih tidak mengenali hati budi isteri sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2013 04:33 PM | Show all posts
suria74 posted on 14-2-2013 09:30 AM
ooooo tidak...kenapa semudah itu suami rania berubah...masih tidak mengenali hati budi isteri send ...

hurmmm kesian rania kan. Btw, teruskan membace
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2013 01:09 AM | Show all posts
Tiba waktu rehat, Hafizi bergegas ke butik isterinya. Sengaja mahu melihat segala tindak tanduk Rania. Fikirannya berkecamuk. Entah kenapa segala kepercayaan terhadap isterinya hilang tiba-tiba.

Dia memakirkan keretanya tak jauh dari butik itu. Beberapa minit kemudian kelihatan seorang pemuda yang dilihat tempoh hari berjalan melangkah ke arah butik itu. Ada sejambak bunga dan sedikit buah-buahan di tangan lelaki itu. Dia memerhatikan apa yang hendak dilakukan lelaki itu.


"Hey my darling" tegur Zarul sebaik saja dia melangkah ke dalam butik. Sejambak bunga dan buah tangan darinya dihulurkan kepada Rania yang sedang sibuk meneliti akaun butik itu.

Rania enggan menoleh ke arah Zarul. Dia sudah kenal sangat dengan suara itu. Malas hendak melayan lelaki itu. Ditambah lagi dengan perangai Hafizi yang semakin berubah.

"I datang ni nak bagi you bunga..buah..untuk baby you.. I nak dia sihat je" Zarul bersuara lagi apabila tak diendahkan oleh Rania. Sengaja dia menunjukkan perangai baik untuk menarik perhatian wanita itu.

"Tolonglah Zarul. Please jangan ganggu hidup saya. Saya dah bersuami. Apa yang awak buat ni tak manis orang pandang" panjang lebar Rania berkata. Dia sudah tak tahu lagi bagaimana hendak menghalang segala perbuatan Zarul itu. Takut juga dia jika suaminya ternampak semua ini.

"I buat apa? I just amek berat pasal you. Thats all" balas Zarul. Sengaja tak mahu berkasar dengan wanita itu. Belum tiba masanya lagi.  Zarul tersenyum sinis.

"Okey lah. I'm sorry. I pergi dulu" Zarul beredar dari butik itu. Satu senyuman terukir. Akhirnya Hafizi nampak apa yang dilakukannya tadi. Dari awal lagi dia sudah diberitahu yang Hafizi cuba memerhatikan Rania.


Hafizi yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka melepaskan satu keluhan. Benci dengan apa yang dilihatnya. Benarkah isterinya itu sudah berpaling kasih darinya? Dia seakan lupa akan kasih sayang yang dicurahkan isterinya itu. Dia mendengus kasar. Segera itu dia terus memecut kereta dan berlalu pergi dari situ.





Rania merehatkan diri di atas katil selepas pulang dari butik. Kelihatan Hafizi keluar dari bilik air. Rania memerhatikan gelagat Hafizi. Sudah seminggu lebih suaminya itu berperangai pelik. Dingin dan seakan menjadi orang lain. Kebiasaannya dia dan Hafizi akan berborak dan meluangkan masa bersama apabila masing-masng ada di rumah. Sekarang semuanya berubah. Tiada lagi senyuman terukir di bibir lelaki itu.

"Abang..esok sayang ada check up kat klinik. Abang temankan boleh?" Rania bangun dari katil dan menghampiri tubuh Hafizi. Rania cuba mengembalikan suasana dulu. Dia sudah tidak sanggup lagi menanggung kesedihan itu.

"Pergi sendiri. Meeting sampai petang esok." Hafizi berdalih. Dia memalingkan muka dari berhadapan dengan isterinya itu. Kesian juga melihat Rania. Namun disebabkan ego dia cuba untuk tak mengalah.

"Sekejap je..takkan tak boleh..sayang balik sendiri nanti" Rania mengumpulkan segala kekuatannya untuk merenung wajah suaminya itu. Kali ini dia pasti yang Hafizi semakin berubah. Tiada lagi panggilan manja keluar dari bibir suaminya.

"Aku cakap aku sibuk aku sibuklah. Cuba faham !" tengking Hafizi dan terus beredar dari situ.

Mata Rania berkaca. Selama ini Hafizi tak pernah menengkingnya. Apa salah dia sampai Hafizi berkelakuan begitu. Dia mengusap lembut perutnya yang semakin membesar. Itu saja kekuatan untuk dia terus tabah.

"Papa dah tak sayang kat mama. Papa marah-marah kat mama" perlahan Rania berbisik. Air matanya berlinang laju. Dia tak tahu apa salahnya sehingga suaminya berubah sedemikian rupa.

Hafizi memerhatikan gelagat Rania dar luar bilik tanpa disedari isterinya itu. Perasaan serba salah mula menganggu dirinya. Tak patut dia meninggikan suaranya. Hafizi mengeluh perlahan.










Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 07:11 PM | Show all posts
indah91 posted on 18-2-2013 01:09 AM
Tiba waktu rehat, Hafizi bergegas ke butik isterinya. Sengaja mahu melihat segala tindak tanduk Rani ...

Salam

Kenapa watak Hafizi dilemahkan? Alangkah eloknya kalau watak Hafizi itu seorang suami yg bertanggungjawab serta seorang lelaki yang mempertahankan haknya. Dah nampak lelaki lain bersama isteri kenapa tidak dihampiri? Kenalkan diri dan cuba mengenali lelaki tersebut serta tujuan dan hajatnya. Tidak lagi menyelidik asal usul perkara isteri yg berbadan dua ditengking...aduhhh. Perhitungan sepatutnya di antara Hafizi dan Zarul. Apa yang Hafizi perlukan adalah penjelasan dari Rania....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:41 PM | Show all posts
sanaa1 posted on 18-2-2013 07:11 PM
Salam

Kenapa watak Hafizi dilemahkan? Alangkah eloknya kalau watak Hafizi itu seorang suami yg  ...

cuba fikir.. dlm dunia ni semua org mcm yg anda gambarkan tu ke? tak kan? ada yg kuat, ada yg lemah.
kita tgk aje le mcm mana penulis nak mengembangkan watak2nya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:34 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 18-2-2013 07:11 PM
Salam

Kenapa watak Hafizi dilemahkan? Alangkah eloknya kalau watak Hafizi itu seorang suami yg  ...

Wsalam. Ni baru percubaan ptama nak tulis. Sori kalau tak menepati citarasa sume. Btw thanks for ur comment
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:35 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-2-2013 10:41 PM
cuba fikir.. dlm dunia ni semua org mcm yg anda gambarkan tu ke? tak kan? ada yg kuat, ada yg lema ...

Thanks for your support . Will try my best ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2013 10:56 AM | Show all posts
Yana melangkah masuk ke dalam restoran itu dan mencari-cari bffnya itu. Dia baru saja sampai di KL dua hari lepas. Tak sabar rasanya untuk meneruskan kehidupan di bandar itu. Dekat dengan keluarga dan teman-teman tersayang.

"Heyy. Termenung jauh nampak?" tegur Yana apabila melihat Rania sedang duduk menunggunya.

"Dah sampai mana kak? New Zealand?" ujar Yana sekali lagi sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan temannya itu.

"Hurmm. Kau ni lambatlah. Penat aku tunggu" balas Rania acuh tak acuh. Fikirannya masih lagi teringat kepada kelakuan suaminya itu.

"Sorry lah..Biasalah aku ni kan siap berjam-jam. Haha" gelak kecil dari Yana mula kedengaran namun tiada respon dari Rania. Dia memerhatikan gelagat rakannya itu. Tidak seperti selalu. Murung. Macam ada masalah besar.

"Eh kenapa aku tengok kau ni murung je? Ada problem ke beb? " Yana cuba bertanya. Mana tahu jika Rania hendak bercerita dengannya masalah yang dihadapinya itu.

"No..takde pape la. Eh order makanan jom" balas Rania pendek seraya memanggil waiter di kedai tersebut.

Yana mengeluh perlahan. Dia kenal sangat dengan perangai Rania. Tak mudah bercerita masalah peribadinya. Sebaik saja pesanan dibuat, Yana cuba bertanya lagi.

"Aku tengok kau dah tak macam dulu lagi. Nampak sedih je. Why??"

"Aku tak tau nak cerita pada siapa. Hafizi. He's changed now" luah Rania. Tak sanggup lagi hendak menanggung semua ini seorang diri. Biarlah semua ni diketahui Yana.

"Hah? Serious? Apa terjadi sebenarnya..? Bukan dia sayang sangat dekat kau ke? Atau dia ada perempuan lain??" bertalu-talu soalan diajukan. Yana bengang. Dia tak suka orang menyakiti teman baiknya itu.

"Aku pun tak tau..Dia berubah sangat lepas balik dari Jepun last week. Tak taulah if aku ada buat salah tapi seingat aku macam takde. Semua macam biasa" Rania menceritakan segalanya. Malas berselindung lagi.

"Malam tadi aku mintak dia teman pergi check up pagi ni pun dia marah-marah. Aku tak taulah Yana. Apa salah aku?"

Tekun Yana mendengar cerita temannya itu. Dia juga hairan kenapa suami Rania berubah sedemikian rupa. Beberapa minit kemudian makanan yang dipesan sampai.

"Yeke? Ish pelik betul sampai dia marah-marah kau. Apa yang terjadi sebenarnya?" ujar Yana sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Lapar kerana tak bersarapan di rumah tadi.

"I dont know. Sekarang ni aku rasa stress sangat. Dengan Zarul yang selalu ganggu aku" Rania tertekan. Dengan keadaannya sekarang dia hanya mahu kasih sayang dari suaminya. Tetapi sekarang semuanya berubah.

"Kau jangan stress sangat beb. Kau tengah mengandung. Nanti effect baby taw. Hah Zarul? Apa dia nak lagi? Tak habis-habis lah dia tu." balas Yana. Risau pula dengan keadaan kawannya itu.

"Maybe sebab Zarul suami kau tu berubah?" Yana menyambung lagi. Dia terfikir hanya itu saja sebab kenapa Hafizi berubah. Mungkin cemburu dengan lelaki itu.

"Hurmmm..tapi beb aku tak layan mamat gila tu. Aku sayangkan laki aku. Tak pernah terfikir pun nak menduakan dia" lemah saja Rania membalas. Ada betulnya sangkaan Yana. Mungkin Hafizi pernah terlihat Zarul datang berjumpa dengannya.

"aku faham kau memang sayang kat dia. Takpelah nanti aku suruh Daniel slow talk dengan dia. Kau pun jangan layan sangat stress tu. Dah sekarang kita makan..lapar baby kau nanti" pesan Yana. Dia memang mengambil berat terhadap rakannya itu.

Rania mengangguk lemah. Dia menyuapkan makanan ke mulutnya. Baru dia teringat yang dia harus menjaga kesihatannya. Tak boleh melayan stress yang mungkin akan memberi kesan buruk pada kandungannya nanti.




Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 11:32 AM | Show all posts
errrkkk sikitnya tt...baru nk panas enjin...ahaaaaha smbg la nanti yeeee... x sabar nk tau reaksi hafizi bila tau bini dia dok kena kacau ngan zarul jekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 11:47 AM | Show all posts
lagiiii..lagiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 01:42 PM | Show all posts
suria74 posted on 19-2-2013 11:32 AM
errrkkk sikitnya tt...baru nk panas enjin...ahaaaaha smbg la nanti yeeee... x sabar nk tau reaksi ha ...

Haha. Alahai. Okey lepas ni sy cube smbg lg pnjg. hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071196 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list