CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Cintaku Hanya Untukmu (U)

[Copy link]
 Author| Post time 23-1-2013 11:37 AM | Show all posts
Setelah hampir dua bulan tak berjumpa, Hafizi sengaja mengejutkan isterinya itu dengan kedatangannya di Melaka. Terlalu rindu dengan isterinya itu. Rania juga berasa gembira bukan main lagi apabila suaminya datang menjenguk. Mereka menghabiskan masa bersama dengan membeli belah di Mahkota Parade.

"Sayang..skirt labuh nii cantik sangat. Abang belikan untuk sayang ye"ujar Hafizi sambil menunjukkan skirt labuh berwarna puih kepada Rania. Dia membayangkan isterinya memakai skirt tersebut. Alangkah ayunya gadis itu.

"Yeke? Sayang try dulu ye abang..pandai abang pilih. cantik" balas Rania sambil mencapai skirt tersebut dan melangkah masuk ke fitting room.

Setelah mencuba, Hafizi terus menuju ke kaunter pembayaran dan terus membayar skirt itu. Mereka berdua beriringan keluar dari kedai itu dan serentak itu Hafizi cuba mencapai tangan Rania dan mengenggam kemas jari jemari isterinya itu. Lekas Rania memandang wajah suaminya itu sambil tersenyum. Bahagia sungguh bila diperlakukan sebegitu.




"Bro, apa projek ini malam?" soal Zarul sambil melabuhkan punggungnya di kerusi meja Mcdonald. Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu berada di situ bersama tiga orang rakan kolejnya itu.

"Malam ni kita berseronok dekat club la. Apa barang duduk rumah je" Zack bersuara. Lelaki ini sudah terbiasa dengan kehidupan baratnya sehingga terlupa apa yang haram di sisi agama.

"Good plan. Aku pun dah lama tak usha minah-minah club tu" balas Adam yang juga merupakan teman baik Zarul. Di mana ada Zarul dan di situlah ada dia.

Zarul gelak sakan melihat rakannya itu. Dia mengenangkan projek mereka malam ini. Terbaeklah. Balik rumah dalam keadaan mabuk di hujung minggu memang sudah menjadi rutin kepada Zarul. Anak Datuk Affendy ini memang sudah tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya.  

"Eh, tu bukan perempuan yang kau gila-gilakan kat kolej tu?" soal Zack kepada Zarul sambil menuding jari ke arah sepasang suami isteri yang baru sampai di situ.

"Itulah laki dia. Patutlah dia taknak kat kau. Laki dia lagi loaded and hensem dari kau. Memang melepas lah kau" Zul sengaja menyimbah hati Zarul yang sedang panas itu dengan minyak. Sengaja mahu melihat Zarul sakit hati.

Zarul mengetap bibirnya. Bengang bila rakannya sendiri merendah-rendahkan maruahnya. Dia juga berasa cemburu melihat kemesraan gadis kesukaannya itu bersama lelaki lain.

"Kau tengoklah nanti perempuan tu mesti jatuh kat tangan aku jugak satu hari nanti" ujar Zarul sambil mengepal penumbuknya.  Makin menjadi-jadi api kemarahannya itu. Patutlah kau langsung tak layan aku Rania, nanti kau perempuan !




Azalea menghirup jus oren sekali lagi. Petang isnin itu dia menghabiskan masa membaca novel "Kau Yang Satu" sambil menunggu kepulangan Iskandar dari kerja. Taman di laman rumah mertuanya itu sungguh tenang sekali dan nyaman terasa. Tak hairanlah jika hampir setiap petang dia suka menghabiskan masa di sini. Hendak membuat kerja-kerja rumah ditegah mertua dan suaminya.

Perutnya yang kelihatan sedikit buncit diusap perlahan. Inilah saat yang paling bahagia bagi seorang isteri apabila dapat mengandungkan zuriat suami yang dicintai. Teringat kembali saat sewaktu dia baru mengetahui mereka akan menjadi ibu bapa tak lama lagi.

"Is..Lea ada benda nak cakap ni" panggil Azalea. Kelihatan Iskandar sedang sibuk menyiapkan tugasan untuk kursusnya itu.

"Apa dia Lea? Rindu Malaysia ke? Sabarlah..kursus lagi seminggu habis" ujar Iskandar dari jauh. Hampir setiap hari mereka di sana Azalea akan mengatakan yang dia rindukan keluarga mereka di Malaysia. Skrip Azalea pun dah dihafal. Iskandar tersenyum sendiri.

"Alaaa malaslah nak beritahu Is. Sibuk sangat dengan kerja. Hmmmm !" Azalea merajuk. Dia memalingkan mukanya dan terus menghadap tv tanpa mempedulikan Iskandar.

Iskandar tersengih. Alahai merajuk pula buah hati aku ni. Lately sensitif betul. Iskandar bingkas bangun dan terus merapati Azalea. Dia membawa Azalea ke dalam pelukannya. Tak pula Azalea membantah.

"Okeyy okeyy..Honey i'm sorry..So apa yang Lea nak cakapkan tu?"

"Taknak ! Lea merajuk" manja suara Azalea kedengaran.

Iskandar tersenyum lagi. Sekal lagi dia cuba memujuk.

"Alalalala merajuk pulak isteri Is ni. Okeyy my Azalea sayang, tell me what you wanna say?"

Azalea tersenyum kembali. Dia pun sudah tak sabar untuk memberitahu berita gembira itu.

"Sekarang ni kan..kita dah bertiga..bukan berdua lagi" sengaja Azalea berkias. Entah Is faham ke tak.

"I dont understand..Honey you ada orang lain ke?" syak Iskandar pula. Apa lagi kalau dah bertiga tu kalau bukan isterinya itu dah ada orang lain.

"Yes memang Lea ada orang lain.. I'm pregnant Is. Orang lain yang Lea patut sayang anak kita lah." Azalea berterus terang. Tangan Iskandar dicapai dan dilekapkan di perutnya.

"Serious? Is nak jadi papa? Yahooooooooooooooooo !" Iskandar bersorak. Tanpa sedar dia terus mengangkat isterinya dan menari gembira.

Azalea hendak tergelak melihat gelagat suaminya itu. Berita itulah yang mereka berdua tunggu apabila sudah hampir enam bulan bernikah.

"Sorry Lea..Is tahu tak baik buat macamni. Nanti sakit pula perut Lea. Thanks honey" Iskandar segera menurunkan Azalea di sofa itu apabila teringat yang isterinya itu sedang mengandung.

Tersentak lamunan Azalea bila seseorang menutup matanya dari belakang. Sungguh jauh lamunannya sehinggakan dia tak sedar ada orang datang ke arahnya.

"Haaaa Lea berangan ingat siapa tu??" Iskandar melabuhkan punggungnya sambil meletakkan briefcasenya di sebelahnya.

"Is ! Nakalnya. Terperanjat Lea tau. Baby pun terperanjat. Kesian dia" Azalea berkata sambil memukul lembut peha Iskandar.

"Alaaa anak papa. Papa sorry..Harini anak papa buat apa? Nakal tak? Jangan naughty taw kesian kat mama" Iskandar bersuara sambil meletakkan kepala di atas perut comel isterinya itu. Azalea tersenyum manis. Dia mengusap kepala suaminya itu.

"Harini Lea ada muntah-muntah lagi tak?" soal Iskandar. Kesian juga melihat isterinya kebelakangan ini. Asyik muntah saja. Teruk juga alahnya itu.

"Dont worry lah Is, bila dah masuk empat bulan ni dah okeyy sikit. Takde muntah lagi" balas Azalea. Dia tak mahu suaminya itu risau akan dirinya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 04:26 PM | Show all posts
Rania terkocoh-kocoh bangun apabila melihat jam didinding telah menunjukkan tepat pukul 9 pagi. Dia perlu hantar assignment pukul 10 nanti. Dia segera mengejutkan Yana di bilik sebelah. Mereka tidur lewat malam tadi gara-gara menyiapkan assignment. Selesai membersihkan diri, Rania segera pergi ke almari dan mencapai sehelai t-shirt ringkas serta seluar jeans biru.

Alamak, asal tak boleh button seluar jeans ni? Orang nak cepat sampai kolej ni. Berkali Rania cuba butang seluarnya namun tak berjaya. Eh aku ni dah gemuk ke? Rania melihat imejnya dicermin lama. Memerhatikan susuk tubuh badannya itu. Takde apa yang naik, semua nampak sama je.

"Beb dah siap belum?? Aku dah siap" Yana bersuara sebaik saja kepalanya dijengahkan ke bilik rakannya itu. Kelihatan Rania sedang menatap cermin lama.

"Belum lah. Tiba-tiba seluar aku ni tak boleh nak button pulak" adu Rania. Lekas dia memikirkan apa yang patut dipakainya. Tiba-tiba dia teringat skirt pemberian suaminya itu. Segera dia mengeluarkan skirt itu dari almarinya.

"Laaa kenapa pulak tu? Berat kau dah naik kot..Yelah bahagia di samping orang tersayang" sempat lagi Yana bergurau. Dia tergelak melihat Rania yang sedang kelam kabut itu.

"Dah lah cepat siap. Pakai je skirt putih tu. Aku tunggu kat luar. Biar aku panaskan enjin kereta" Yana berkata sambil menjuihkan bibirnya ke arah skirt itu. Sebelum keluar dari bilik, dia sempat mencapai kunci kereta milik Rania.

Rania segera menyarung skirt putih itu. Selepas itu dia melihat imejnya di cermin. Perfect. Muat pula skirt ni. Malas fikirlah lagipun kalau lambat bising pula pensyarahnya. Beg kuliahnya segera dicapai dan terus berlari ke pintu. Selepas menunci pintu rumah segera dia berlari ke kereta.




Selesai membersihkan dapur, Datin Milah melangkah ke ruang tamu. Kelihatan suaminya sedang khusyuk membaca suratkhabar. Dia duduk berhadapan dengan suaminya.

"Bang, saya rindulah dengan Nia. Lama dia tak balik rumah" Datin Milah berkata. Mahu saja dia mengajak suaminya itu datang menjenguk anaknya.

"Dia sibuklah tu, banyak tugasan kena buat. Nanti kalau dia free dia baliklah" ujar Datuk Yusof. Pandangannya masih dihalakna kepada artikel di dalam suratkhabar itu. Dia juga rindu pada anak gadisnya tapi malas hendak menganggu urusan anaknya.

"Yelah..bang dah dua bulan anak kita tu jadi isteri orang ye. Tak sangka saya kejap je masa berlalu" Datin Milah bersuara lagi. Terasa singkat waktu berjalan. Anak gadisnya itu sudah menjadi isteri orang dan tak lama lagi menantu prempuannya itu akan melahirkan cucu sulungnya.

"Awak tau takpe..kita ni pula dah makin tua" balas Datuk Yusof. Kedengaran bunyi kereta di laman rumah mereka.

"Siapa pula yang datang tu Milah?" soal Datuk Yusof sambil melihat ke arah pintu. Menunggu gerangan siapa yang datang.

"Assalamualikum papa mama" Hafizi memberi salam sambil tersenyum. Kemudian dia terus mengorak langkah dan bersalam dengan mertuanya.

"Fizi apa khabar?" soal Datin Milah sebaik saja menantunya itu melabuhkan punggung di sofa.

"Alhamdulillah mama. Papa dan mama pula?" jawab Hafizi pula.

"Kami sihat. Lama kamu tak datang sini?" Datuk Yusof bersuara.

"Biasalah pa. Sibuk sikit. Tadi sebelum saya datang sini Nia ada call, dia beritahu dia nak balik hujung minggu ni. Jadi saya datang ni ingat nak ambil baju dia sikit. saya fikir nak bawak dia tinggal kat rumah kami" panjang lebar Hafizi menjelasnya. Sebagai seorang suami dia berhak untuk membawa isterinya itu tinggal bersama dengannya di rumah mereka sendiri. Biar berdikari menguruskan rumah tangga mereka.

"Yeke? Baguslah dia nak balik. Mamanya ni dah rindu sangat kat Nia. Papa takde halangan. Elok juga kalau kamu tinggal berdua. Lagipun pasal kami jangan risau sebab Iskandar dan Azalea ada jaga" balas Datuk Yusof. Sememangnya itu yang terbaik bagi anak dan menantunya itu.

"Nia nak balik? Bagus jugak tu Fizi. Tapi kena janji dengan mama selalu bawak dia jenguk papa dan mama ye" pesan Datin Milah. Sedih juga terpaksa berpisah dengan anak gadisnya itu.

"Papa dan mama jangan risaulah. Rumah kami yang baru tu setengah jam je dari sini. Kalau ada masa nanti kami datang lah jenguk mama" Hafizi menghadiahkan senyuman. Dia faham apa yang mertuanya rasakan.




Harini Rania terkejar-kejar menyiapkan assigment yang semakin bertimbun. Nak tak nak dia terpaksa menyiapkan semua ni dengan cepat. Hujung minggu nanti dia mahu pulang ke rumah baru mereka. Tak sabar pula rasanya.

Seharian berada di kolej menyebabkan tubuhnya itu terasa penat. Malam itu dia merehatkan diri di sofa sambil menonton tv bersama Yana. Entah kenapa penat semacam tubuhnya itu sehinggakan dia malas hendak menjamah nasi goreng yang dimasak Yana.

"Nia, kau okey tak ni? Aku tengok lain macam je penat kau ni" Yana bersuara apabila memerhatikan keadaan Rania yang terbaring lesu kepenatan.

Rania mengangguk lemah.

"Aku okey lah. Penat sikit tadi sibuk uruskan assignment. Aku kena siapkan cepat sebab hujung minggu ni aku nak balik KL" balas Rania lemah namun dalam hatinya tak sabar hendak menunggu hari lusa untuk pulang ke rumah.

"Betul kau okey ni? Tapi kenapa sampai tak makan? Kang masuk angin pula perut kau tu. Banyak lagi ke kerja yang tak siap? Balik KL sorang ke beb?" bebel Yana tak ubah seperti seorang emak yang risau tentang anaknya.

Rania tersenyum. Risau sungguh rakannya itu sedangkan takde apa yang berlaku kepada dirinya itu.

"Malas nak makan. Macam takde selera je. Esok sempat siap rasanya. Balik soranglah dah kau taknak teman" Rania menjawab dengan nada yang merajuk. Suaminya pasti risau jika dia memandu sorang dari Melaka.

"Bukan taknak baliklah tapi Daniel ajak pergi Kelantan cuti ni jumpa ibu dia. Sorry sangat dear" bukan sengaja dia tak mahu meneman rakannya itu balik tapi sudah berjanji lama dengan Daniel untuk bertemu dengan keluarganya.

"Takpelah. Its okey. Jumpa bakal mertua lagi penting beb. Goodluck ! " balas Rania pula. Tergelak melihat gelagat rakannya itu. Betul-betul sahabat sejati. Selalu mengambil berat tentangnya.




Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 04:52 PM | Show all posts
....tq ada pun smbgn... rumah lain sume xder smbgn lagik.... hhehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2013 11:12 PM | Show all posts
suria74 posted on 23-1-2013 04:52 PM
....tq ada pun smbgn... rumah lain sume xder smbgn lagik.... hhehehehe

Terima kasih sebab support. InsyaAllah will update more later
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2013 02:07 AM | Show all posts
Setelah berhari berhempas pulas menyiapkan kerja yang bertimbun secepat mungkin, kini tiba masa untuk Rania pulang ke rumah barunya. Tak sabar nak memulakan kehidupan baru mereka. Pagi itu, perjalanannya berjalan secara lancar dan tak sampai tiga jam dia sudah melepasi tol Sg Besi. Excited punya pasal Rania terus memecut laju di lorong kanan.

Tiba-tiba kereta dihadapannya brek secara mengejut dan bergerak secara perlahan. Nasib baik jaraknya dengan kereta dihadapan agak jauh kalau tak mesti kereta pemberian suaminya itu sudah tercium bontot kereta di hadapan. Akibat brek secara mengejut, tubuhnya tertujah ke hadapan. Terasa senak di perutnya akbat sedikit hentakan di stereng kereta. Namun dia tak menghiraukan sakitnya itu kerana apa yang paling penting dia mahu cepat sampai.

Tibanya di rumah banglo dua tingkat itu, dia segera mematikan enjin kereta dan mencapai handbagnya lantas keluar dari kereta. Hafizi menyambutnya dengan senyuman di muka pintu.

"Sayang nampak penat je muka tu" Hafizi bersuara sebaik saja Rania mencium lembut tangannya itu. Dia memandang wajah isterinya itu yang kelihatan sedikit pucat. Tak ubah seperti orang sakit. Sakitkah dia?

"Nothinglah abang. Penat sikit dua tiga hari ni siapkan semua kerja" jawab Rania sambil mengorak langkah menuju sofa. Perutnya yang semakin pedih itu memaksanya untuk duduk.

"Yeke..emm..Sayang datang bulan ke?" tanya Hafizi apabila terlihatkan setompok darah di seluar Rania dan beberapa titis darah di lantai. Dia agak hairan apabila melihat darah yang berada di lantai rumahnya itu.

"Tak..kenapa? Abang..sakitnya perut..arghhhhh" sebaik saja dia mahu menoleh ke arah Hafizi, pandangannya tiba-tiba menjadi gelap dan tubuhnya terasa melayang.

"Sayang !!" jerit Hafizi sambil mendapatkan tubuh isterinya yang sudah terbaring kaku di atas lantai. Tanpa berlengah dia terus membawa Rania ke hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 02:09 AM | Show all posts

manarik. ada lagi tak sambungannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2013 09:06 PM | Show all posts
mayaBB posted on 24-1-2013 02:09 AM
manarik. ada lagi tak sambungannya

thank youuu. Ada..tunggu ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 09:30 PM | Show all posts
indah91 posted on 24-1-2013 02:07 AM
Setelah berhari berhempas pulas menyiapkan kerja yang bertimbun secepat mungkin, kini tiba masa untu ...

datang bulan? die lupa ke bini die pegnen?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2013 12:27 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-1-2013 09:30 PM
datang bulan? die lupa ke bini die pegnen?

jeng3. tungguuuuuuuuuu. btw thank youuu sudi bace
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 01:39 AM | Show all posts
Hafizi meraup wajahnya. Bimbang dengan keadaan isterinya ketika ini. Seingatnya Rania sihat saja tak pernah pula mengadu sakit apa-apa. Sudah dua jam dia menunggu namun masih belum ada berita. Keluarga Rania juga sabar menunggu di situ.

"Kenapa dengan Nia?" tanya Puan Sri Linda. Kelam kabut dia datang dengan suaminya apabila dimaklumkan keadaan menantunya itu.

"Saya pun tak tahu mak. Tiba-tiba je dia pengsan waktu sampai dari Melaka tadi" jelas Hafizi. Dalam hatinya tak putus-putus dia berdoa agar isterinya itu selamat.

"Harap-harap takde apa yang serius lah. Sama-sama kita doakan" Datuk Yusof pula bersuara. Risau juga bila terjadi kejadian seperti ini. Dia taknak kehilangan anak bongsunya itu.

Tak lama kemudian, seorang doktor wanita keluar dari bilik kecemasan dan melangkah ke arah mereka.

"Encik Hafizi, kami dah cuba tapi kandungan Puan Rania tak dapat diselamatkan" ujar Doktor wanita yang berumur 30-an itu. Dia menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi kepada Rania.

"kandungan? Maksud doktor isteri saya pregnant before this?" Hafizi agak terkejut dengan kenyataan doktor tadi. Doktor wanita itu mengangguk dan menyuruhnya bersabar dan terus berlalu. Rasa bersalah kerana tak peka dalam hal ini dan menyebabkan isterinya keguguran. Ya Allah...

"Fizi sabar ye..Mungkin ada hikmah ni semua jadi" pujuk Datin Milah untuk menenangkan menantunya itu. Dia juga kesal dengan apa yang terjadi.

"Apa yang jadi dah takdir..sekarang ni kamu perlu kuat untuk isteri kamu" pesan Tan Sri Halim. Dia tak mahu emosi anaknya itu mempengaruhi emosi Rania. Rania perlu berehat sebaik mungkin.



Hafizi melangkah masuk bilik yang menempatkan Rania. Kelihatan isterinya itu terbaring lesu. Sebaik saja dia melabuhkan punggungnya, dia terus mengenggam tangan isterinya itu. Dia tak mahu isterinya itu nampak kesedihan yang dia alami.

"Abang..kenapa sayang ada dekat sini?" soal Rania sebaik saja dia sedar. Dia memandang sekeliling. Hospital? Aku sakit ke?

Hafizi menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi. Rania tergamam mendengar penjelasan suaminya itu. Sungguh dia tak sedar yang dia sebenarnya mengandung. sebelum ni dia tak pernah mengalami simptom orang mengandung.

"Sayang mintak maaf..sayang taktau pun yang sayang mengandungkan anak kita" Rania bersuara selepas mengetahui keadaan sebenar. Air matanya mengalir tanpa henti. Sedih apabila mengenangkan zuriat mereka berdua yang telah tiada. Mesti suaminya itu bersedih dengan apa yang terjadi. Entah kenapa dia merasa semua yang terjadi disebabkan kecuaian dirinya.

"No..sayang tak payah mintak maaf. Bukan salah sayang. Abang redha..mungkin ada sebab kenapa semua ni berlaku. Sekarang ni sayang rehat cukup-cukup dan jangan fikir yang bukan-buka" Hafizi menenangkan isterinya. Air matanya hampir berlinang apabila melihat isterinya yang seperti menyalahkan diri sendiri namun cuba ditahan air mata itu. Dia perlu kuat dan Rania memerlukan soongan yang kuat daripadanya.

"Tak..memang salah sayang. Sayang cuai. Sayang tak jaga diri betul-betul" Rania tetap menyalahkan dirinya. Air matanya tak henti-henti mengalir. Menyesali dengan apa yang terjadi.

Hafizi menjadi lemah. Tak sanggup dia melihat keadaan isterinya itu. Dia mengusap lembut dan seterusnya mencium dahi isterinya itu.

"Dont say like that..Sayang taktau kan. Its okeyy. Ini semua dah ketentuannya. Sayang rehat ya. Jangan fikir lagi" bisik Hafizi sambil memeluk tubuh isterinya. Dia berdoa agar kesedihan ini berlalu dan bahagia akan muncul nanti.




Keesokan harinya, Iskandar dan isterinya datang melawat. Baru hari ni mereka ada kesempatan untuk melawat Rania kerana  baru pulang dari Perak melawat tapak projek terbaru Iskandar.

"Nia apa khabar hari ni?" Azalea bersuara. Sebak juga hatinya melihat kesedihan adik iparnya itu. Baru nak merasa bahagia dengan Hafizi.

"Nia okey" pendek saja jawapan Rania. Fikirannya asyik teringatkan kejadian semalam. Dia masih tak dapat memaafkan dirinya itu.

"Adik abang ni janganlah sedih-sedih. Yang penting kena sembuh dulu. Jangan fikir pasal benda lain" nasihat abangnya. Wajah pucat adiknya itu membimbangkan dirinya.

Rania hanya mampu tersenyum. Seketika kemudian dia terpandangkan perut akak iparnya yang semakin membuncit. Perasaan sedih semakin membuak-buak.

"Kak Lea dah berapa bulan? Baby sihat? Kalau Nia tak gugur mesti tak lama lagi..."

" Nia jangan cakap macamtu. Tak baik taw. Nia masih ada peluang lagi. Alhamdulillah dah nak masuk 5 bulan dah" belum sempat Rania menghabiskan ayatnya, Azalea menyampuk. Dia tak mahu adik iparnya itu dibelenggu kesedihan.




Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 10:17 AM | Show all posts
huhuhu dah agak nia mesti preknen...tp nk buat mcm mana kan...lom smpi rezeki lg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 11:08 AM | Show all posts
Bila nak sambung lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 11:19 AM | Show all posts
aisehhhh.. salah org daa.. yg sebelum ni citer pegnent si azalea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 02:05 PM | Show all posts
suria74 posted on 25-1-2013 10:17 AM
huhuhu dah agak nia mesti preknen...tp nk buat mcm mana kan...lom smpi rezeki lg..

tulah pasal. kesian Nia kan :') Teruskan membaca yeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 02:08 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 25-1-2013 11:08 AM
Bila nak sambung lagi.....

Tunggu ye. Weekend ni bz ckit. InsyaAllah will update later
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2013 02:08 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 25-1-2013 11:19 AM
aisehhhh.. salah org daa.. yg sebelum ni citer pegnent si azalea

haha. Laaa yeke. Patotla. Takpe teruskan membace. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2013 01:31 AM | Show all posts
Enam bulan telah berlalu. Sepanjang tempoh itu Rania dapat menerima nasib hidupnya itu. Mungkin semua itu sudah ketentuannya. Dia dan Yana juga sudah berjaya menghabiskan pengajian mereka. Selama tempoh ini juga lah Zarul tak pernah berhenti menagih kasih darinya. Azalea juga telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel yang dinamakan Nur Diana.

Seperti biasa pada hujung minggu, Hafizi dan Rania akan melawat keluarga mereka. Itu memang dah menjadi rutin mingguan mereka. Selang seli dengan keluarga masing-masing.

"Comelnyaaa anak buah maksu ni. Nak cubit-cubit je pipi dia" ujar Rania sambil mendukung Diana sebaik saja dia sampai di rumah keluarganya. Hafizi tersenyum. Syukur kepadanya kerana Rania kembali menjadi seorang yang ceria. Isterinya itu mengambil masa dalam sebulan untuk semnagtnya pulih seperti sedia kala.

"Tengoklah papa dia Nia. Papa dia seribu kali comel kot" Iskandar menyampuk apabila mendengar pujian Rania. Sengaja mahu mengusik adiknya itu.

"Nia bila nak ada baby? Best tau bila ada baby." soal Azalea. Memang dia tak dapat nafikan sejak kehadiran anak perempuannya itu, hidupnya dan Iskandar semakin bermakna.

Rania terdiam. Segera otaknya teringat kembali kejadian yang berlaku enam bulan lepas. Kalau itu semua tak berlaku, mungkin sekarang ni dia tengah bermain dengan anaknya. Sementara itu,  Azalea terkedu. Soalan itu tak patut dia tanya. Soalan sensitif.

"InsyaAllah kak Lea. Kalau ada rezeki lagi, lepas ni kitorang bertiga lah pulak" senda Hafizi. Dia menghangatkan kembali keadaan yang suram tadi.

"Nia lepas habis study ni nak buat apa?" soal Datuk Yusof. Dari tadi dia hanya memerhatikan gelagat anak dan menantunya.

"Ingat nak relax dulu lepas tu baru fikir nak buat apa. Buat masa sekarang ni Nia ingat nak fokuskan pada rumah tangga je dulu" jelas Rania panjang lebar. Dia sudah berbincang perkara ini terlebih dahulu dengan suaminya. Hafizi juga tak menghalang niatnya itu.

"Bagus jugak tu. Mama setuju. Kalau boleh biarlah Nia duduk rumah je. Tak payah kerja" Datin Milah bersuara. Ada baiknya jika Rania tak bekerja. Lagipun Hafizi terlebih mampu untuk menanggung anaknya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 10:24 AM | Show all posts
indah91 posted on 29-1-2013 01:31 AM
Enam bulan telah berlalu. Sepanjang tempoh itu Rania dapat menerima nasib hidupnya itu. Mungkin semu ...

salam tt....hhehehehe napa sikit sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 01:52 AM | Show all posts
suria74 posted on 29-1-2013 10:24 AM
salam tt....hhehehehe napa sikit sgt...

Wasalam. Opss soriii. Bz sikit minggu ni. will update more later
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2013 02:35 AM | Show all posts
Rania melemparkan pandangannya ke luar jendela. Ingatannya kembali kepada kejadian yang berlaku enam bulan yang lalu. Memang sukar untuk dia lupakan apa yang berlaku. Kini sudah berbulan bukan perkara itu berlalu, namun dia masih lagi belum mengandung. Dia melepaskan satu keluhan.

Hafizi yang baru pulang dari kerja segera mendapatkan isterinya di bilik mereka setelah mencari segenap pelusuk rumah. Kelihatan Rania sedang termenung panjang, idea nakal secara tiba-tiba datang menerpa. Dia memeluk tubuh isterinya dari belakang. Seketika Rania terperanjat dengan kehadirannya.

"Bila abang balik?"

"Sayang ni teringat kat siapa lah tu..? Sampai abang yang balik ni pun tak sedar" Hafizi pura-pura merajuk. Sengaja mahu bermanja dengan isterinya itu.

"Takde pape pon. Alahaii sorry laa abang hensem, sayang tak perasan. Cuba senyum sikit" Rania cuba memujuk. Tangannya lembut membelai wajah suaminya itu.

Hafizi kembali tersenyum.

"Abang ada present untuk sayang. Lusa kita pergi honeymoon dekat Pulau Perhentian. Abang dah booked chalet semua" ujar Hafizi sambil mengeratkan lagi pelukannya itu. baru sekarang mereka berkesempatan untuk berbulan madu.

"Honeymoon? Pulau Perhentian? Bestnyaaa. Sayang pun dah bosan kat rumah ni. Tak sabar pulak nak bercuti" Rania teruja. Setelah beberapa minggu terperap di rumah, akhirnya suaminya akan membawa dia bercuti. Maklumlah sejak Yana berkahwin dengan pilihan hatinya, dia terpaksa menetap di Kelantan dan hanya berjumpa Rania jika mereka berdua itu pulang ke rumah keluarga Yana.

"Kesian isteri abang ni bosan kat rumah. Sorry sayang kerja banyak ka office tu" Hafizi mengeluh. Minggu ni dia memang tiada masa untuk membawa isterinya itu keluar ke mana mana. Terlampau sibuk dengan kerja di pejabat.

"Abang tau takpe" Rania mencebik.

"Abang ni masamlah. Pergi mandi dulu lah" tambah Rania lagi sambil melepaskan pelukan suaminya itu. Dia segera menutup hidungnya.

Hafizi mencium tubuhnya. Wangi lagi. Taklah masam sangat.

"Jom mandi dengan abang" ajak Hafizi sambil tersengih. semakin hari perangainya semakin manja dan mengada-ngada.

"Ishh taknaklah. Seganlah sayang" balas Rania mahu melangkah keluar bilik namun tangannya sempat dicapai Hafizi.

"Kalau sayang taknak, abang takkan lepaskan sayang" ugut Hafizi. Sengaja mahu memaksa isterinya itu.

"Alaaaa abang ni. Ngada-ngada eh? Okeyyy lah. Jom" selepas mendengar respon Rania, Hafizi lekas mencapai tuala isterinya dan mereka beriringan melangkah ke bilik air. Rania tersenyum sendirian melihat gelagat suaminya itu.






"Zarul, abah ada benda nak bincang dengan kamu. Duduk sini kejap" Datuk Fuad ayah kepada Zarul bersuara apabila terlihat Zarul melangkah ke luar rumah.

"Ada apa abah? Zarul nak cepat ni. Dah janji dengan member" balas Zarul tegas. Sejak menghabiskan pengajiannya, dia hanya melepak di rumah dan befoya-foya di kelab malam.

"Ni pasal bisnes family kita. Abah nak kamu teruskan bisnes ni."

Zarul melangkah kembali ke dalam rumah. Dia terus melabuhkan punggungnya di sofa. Bisnes. Penting untuk dia tahu semua ni.

"Abah nak kau bersaing dengan HL Company. Tan Sri Halim. Projek asyik dapat dekat company dia je. Kalau selalu macam tu lingkupah bisnes kita" Datuk Fuad berkata. Padanya Tan Sri Halim adalah musuhnya. Dia selalu menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan tender sesuatu projek.

Zarul berfikir sejenak. Tan Sri Halim? Mertua Rania? Dia menumbuk perlahan meja rumahnya.

"Abah jangan risau. Zarul akan bersaing dengan company mereka walau dengan apa cara sekali pun." janji Zarul. Dia mahu membalas dendam ke atas keluarga itu. Cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Jatuh maruahnya jika dia tak mampu memiliki cinta Rania.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.084573 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list