Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasaStamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perangBelandadan Portugis pada tahun 1605.
Rumah api ini berfungsi membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuahradar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.
Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.
Nugget Point Lighthouse is a lighthouse at Nugget Point in the Otago region of the South Island of New Zealand. It is owned and operated by Maritime New Zealand. The light was built in 1870 and was originally fueled by oil. WikipediaAutomated: 1989Opened: 1870First lit: 1870