Assalamualaikum kepada semua forumer
Thread Kali ini,mari kita bincangkan misteri tentang rumpun serai berbunga.Pernah lihat rumpun serai berbunga? Amat jarang sekali untuk ditemui.Kalau dia berbunga apa kita boleh buat? Masak lomak ketam atau asam pedas ikan pari? hehe .
Ok..sebenarnya rumpun serai ini hanyalah rumpun serai yang biasa dan saya pernah lihat depan mata kepala sendiri,bunganya seperti bunga padi..dah dibawahnya mengandungi khazanah dari alam sana.Opsss! Kalau jumpa,jangan terus tarik nak tengok apa kebendanya bawah tu,mmg x de apa la..sbb nak dapatkan harta tu kena ada upacara iaitu upacara 'menarik'.Menarik kan..
Ok..mari kita lihat proses2 'menarik' ni dilakukan.Foto hasil daripada SAUDAGAR PERMATA MISTIK.Credit!
Serai yang berbunga.
Beras Kunyit dan minya atar diperlukan.Semakin kuat bau minya attar,semakin bagus.
Taburkan Beras kunyit dan selimutkan dengan kain wafak hitam selepas bunga serai dipatah2kan.
Selepas disusuli dengan beberapa surah,barulah proses penarikan bermula.Segala barangan yang dijumpai haruslah dikutip dengan cepat dan tertib.
Nilah harta yang dijumpai .Batu-batuan serai yang berkilau mengikut warna pelangi.
Ha,inilah harta karun yang berjaya diperolehi semasa proses penarikan..
Banyak khasiat batu serai ni.Untuk membuktikan yang batu ni ori,ia akan melekat kat cermin.Kalau ada maklumat atau komen apa2,jangan la sgan2 reply thread ni..caiyok!
Last edited by saifulperak on 14-1-2013 10:30 PM
|