CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2891|Reply: 1

Monyet Galak di Uluwatu : Travelog

[Copy link]
Post time 4-1-2013 09:35 AM | Show all posts |Read mode

“Awasi cermin mata dan tasnya. Kalau mahu mengambil gambar, masuk-in tangan pada tali kamera. Jangan pakai   topi. Soalnya monyet-monyel di sini galak”. Pesan Rui, kami angguk. Tersengih-sengih sesama sendiri. Tak begitu mengambil berat pesan Rui.

Lucu bila sifat galak digunakan untuk haiwan. “Kalau kita, galak tu maksudnya gatal merenyam hehehe”. Yatt ketawa, aku dan Abid pon ketawa sampai terhincut-hincut bahu. Rui mengiringi kami membeli tiket persembahan tarian kecak-kecak sebelum membawa kami mengitari kawasan pura lama itu. Persembahan akan bermula sebaik sahaja matahari terbenam. Setiap pengunjung diberikan tali kain berwarna kuning untuk diikat dipinggang. Aku pakai dengan perasaan was-was. Adakah ini dikira mengikut perlakuan keagamaan? Pengunjung yang berseluar pendek pula diberikan selembar kain. Mereka mengikat dua hujung di pinggang menjadi kain belah.

Meninjau tebing tinggi di Uluwatu sangat-sangat mengujakan. Nun jauh di bawah, pasir putih menadah pantai yang sempit. Ombak selalu menghempas keras pada tebing yang berlekak-lekuk, menghasilkan busa putih dan tebal di atas pasir. Begitu buih tak sempat hilang ombak yang lain pula tiba. Indahnya ciptaan Allah.

Cerita penuh di sini : http://kembarapoketnipis.wordpre ... t_galak_di_uluwatu/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2013 09:36 AM | Show all posts


kenapa gambar tak keluar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.081417 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list